, N
Awal Muharram datang buat kali kedua dalam tahun 2008 ni. Tak caya? Sila lihat kelendar 2008 korang ... pada tanggal 10/1/08 kita dah sambut 1429H dan esok, 29/12/08, kita sambut lak 1430H. Apa-apa pun, Selamat mnyambut tahun baru kelendar Islam yang ke 1430H!
Selang 2 hari pas tu, kita akan sambut tahun 2009 , tahun Masihi lak. Apa azam korang? Tu soklan peberet setiap kali menyambut tahun baru. Entahkan azam lama dah tercapai ke belum ... Wallahua'lam!
Bebudak pun dah nak bukak skolah pada 5/1/09 nanti. Macam-macam ragam ada. Nasib baik la dak Amir dah reti sikit. Harapnya tak jadi macam masa dia masuk skolah dulu ... naya je mama dia kena tunggu since abahnya kat JB!
Mira? dah mula nak mendudukkan diri walaupun masuk gear satu pun tak berapa betul lagi! Gigi dah nak tumbuh ... sesekali bebila dia breastfeeding, digigitnya puting ...! Mak Oii!... rasa macam nak tempeleng jer! Pandai lak dia ... bila mamanya marah2 .. and dia tau salah dia, dia akan senyum meleret .... cair hati mamanya! Dia pun baru nak kebah dari chicken pox, berat badan pun naik sikit jer ... lagipun sekarang ni dia memang tengah lasak. Dia sangat rapat ngan Abang Long nya dari Angah. Bertutur cara baby?? Hmmm ... dah pandai panggil "Bah", "Mama", "Ngah", "Maaam", "uuk uuk " & " Nen". Translation? Sesiapa yang ada baby tau la maksud sesemua perkataan tu!
Lagi nak tutup tahun, lagi banyak timbul masalah kat negara kita. Siap ada lak orang Islam yang sanggup menghina Rasulullah s.a.w., junjungan kita. Alhamdulillah blog dia dah disekat oleh blogspot. Orang lain pun open minded gak, tapi kena pada subjeknya la ... jangan sampai hal menghina agama Islam di terima dengan open minded gak! Lu Fikirla Sendiri!
Okay la ... nanti sambung lagi.
Till then, take care & cherio!
No comments:
Post a Comment