Tuesday, January 19, 2010

Rotavirus Infection ... Hospital Pantai Ayer Keroh


Balik petang 12/1/2010 lalu, Amira tak semena-mena muntah tanpa henti ... dalam 30 minit, ada la 10-12 kali muntah. Bagi minum air, dia muntah semula banyak mana air yang diminum. Aku rushed kan dia ke Pakar Kanak-Kanak Bright Child di Malim. Dia tak ada symptom demam panas pada malam tu. The Paeds hanya bagi oral dehydration salt & suruh observe. Katanya itu petanda awal untuk Rotavirus infection yang common in toddlers between age 1-3 years. Dah ada outbreak pun virus tu sekarang. Amira refused nak minum mahupun makan pada malam tu.Demam pun dah mula menyerang pada suhu yang sederhana panas ( belum capai 38.5 Celsius. )
13/1/2010 - Balik tengahari tu, aku lihat Amira baring jer .... minum pun taknak. Habis kerja je, aku rushed lagi sekali ke Bright Child Specialist. Kali bi , Paeds bagitau yang Amira teramat dehydrated & need to be warded. Aku called up insurans agent aku tanyakan sama ada cover atau tak untuk penyakit tu ... dia kata insurans Mira cover untuk tu tapi kena pi Hospital Swasta. So, aku decided nak admit dia kat Hospital Pantai Ayer Keroh. Lagi pun, Paeds tu adalah visiting Doctor kat situ ... so, senang citer, dia boleh follow up case tu. Amira warded at 8.30 pm di ward 810 ( Paed's ward ) dengan 2 orang sebilik. Stool & darah diambil untuk kajian.

14/1/2010 - Result came out, confirmed Rotavirus infection! So, doktor suruh dia masuk ke isolation ward di mana semua yang sama kes diletakkan setempat. Rotavirus ni adalah contagious .... So, Amira dipindahkan ke ward 802A. Hari yang sama , 2 orang budak dah discharged. Aku called abahnya yang kebetulan ada kerja luar kat Pontian & paksa dia balik. Ye la ... siapa nak uruskan bebudak kat rumah kalau aku kena jaga Mira kat hospital? Kelam kabut juga aku! Sampai bila nak harapkan neighbours untuk hantar keperluan2 di hospital? Nasib baik la Paeds yang check adalah Dr Liau Kok Keon ( dari Bright Child Specialist ) juga. At least, Amira dah kenal doktor ni!

15/1/2010 - Mira dah mula nak minum sikit2. Muntah2 pun dah stop sebab ubat muntah dimasukkan IV 3 kali sehari. Dia pun nak jenjalan sekitar ward. Kalau kita pun boring kalau tertambat je kat katil. Dia cuma berak cirit je 3 kali sehari dengan najis yang teramat busuk & cair. Nasib baik la layanan nurses kat situ ok. Kalau kat Hospital Melaka, sure la dengan masam muka diorang layan pesakit! Drip dah masuk botol ke 3 hari ni. Aku amat teliti kalau pasai infusion ni. Pantang ada bubble sikit ... aku akan panggil nurse betulkan, since aku dah biasa ngan benda-benda ni! Nak amik air panas pun aku tekan loceng panggil nurse amikkan.

16/1/2010 - Amira getting better walaupun merengek-rengek. Pagi ni, doktor round & kata Amira boleh discharge & buat observation kat rumah je. Follow-up treatment kalau diarhea dia berterusan untuk seminggu lagi di klinik dia. Discharged at 10.30 pm. Kalau ikutkan bil, kena bayar RM 1,576.00, but since insurans dia covered, aku hanya kena bayar RM 339.00 je untuk miscellinous charged di ward.Alhamdulillah ...

17-19/1/2010 - Amira getting better & better ... dah mula nak minum susu & makan pun dah banyak without muntah2. Akal dia pun dah bertambah, dah mula merajuk & sorok muka ... dah pandai main dengan teddy bear .. siap dodoikan teddy tu tido .... Harapnya semua akan kembali normal semula! Sakit pinggang aku pun dah bertambah baik, cuma rasa tak sedap perut & muntah2 .... tension aku! NAsib baik 2 hari ni Najib amik off day dia ... malam ni dia akan balik JB. Maybe this weekends tak balik sebab dah cuti minggu ni. Hmmm....

Ok la, take care & cherio!

Monday, January 11, 2010

School Days ... & also Weekends Getaway!



Diam tak dia, anak aku yang 2nd dah masuk Tahun 1. Hmmm ... terasa dah tua bila anak2 dah mula bersekolah.

Si Adib ni actually ok je kalau kat sekolah, tak macam abangnya Si Amir. Adib tak payah ditunggu lelama kat sekolah & senang sangat cari kawan baru. Dia masuk Tahun 1 Cemerlang SK Ayer Keroh. Dia juga akan belajar bahasa Cina although dia takder basis kat situ ... takper, boleh belajar ... kan ke 1 Malaysia!

Adib lebih suka bawa bekal makanan ke Sekolah & dia tak guna pon duit yang aku bekalkan setiap pagi. Lain beno banding ngan abangnya yang sedikit boros.

Dalam kesibukan ni & sempena abahnya bercuti seminggu, aku grab dengan bawa the kids gi Kemang Indah Condominium ( KMC ) kat Teluk Kemang, PD. Kebetulan pula ada kenduri staff PERHILITAN kat situ. Aku suka bila nengok the kids enjoying the weekends. Bibik pula taknak ikut serta. Katanya nanti capik. So, aku tinggalkan dia kat rumah Rezam, agen yang dia ikut dulu. Mamat ni punya isteri orang kampung Imas. Okay la.. at least dia ada getaway dari bebudak ni.Aku yakin dia takkan lari!

Balik, semua keletihan. Sebelah malam lak, Najib dah balik JB. Minggu depan dia kata tak balik ... just wait & see!

Ok la...nanti bebila free tulis lagi!

Friday, January 01, 2010

HAPPY NEW YEAR 2010 ...

HAPPY NEW YEAR

SEMOGA 2010 AKAN MEMBAWA

RAHMAT, REZEKI & DIBERKATI

ALLAH !!