Peerrrggghhh ... lama betul aku tak jengah blog kesayangan aku ni. Bukan tak hengat, tapi ke"busy"an tahap gaban. Almaklumla ... aku ke hulu, aku ke hilir ... jangan sampai satu tahap di mana aku kantoi kat tengah jalan udah la!
Perjalanan hidup aku ada pasang surut ... especially berkaitan dengan kewangan. Ye la, duit gaji aku habis gitu saja ... ada 5 perut ( tak termasuk perut aku sendiri ) yang nak kena diisi.Sebab itu la , aku kena cari part time utk buat keja supaya ongkosnya lebih sikit. Memang orang tengok aku ni gaji besar ... tapi sebenarnya tak besar mana pun gaji aku jika dibandingkan dengan harga barang-barang di pasaran sekarang. Beli pampers, susu, ayam & barangan dapur 2-3 benda, dah cecah RM 100. Dah tu, sekali nak beli, kena kuar ke Kuala Krau. Kat FELDA ni ada la kedainya tapi cekik darah nak mampos! Kalau setakat untung sekadar 20 sen atau 30 sen aku buleh terima ... ni sampai 70-80 sen se barang. Macam susu, tak semua jenis yg ada ... kena la kuar jugak! Nasib baik la minyak kereta aku dikira save banyak jugak .. kereta aku kalau setakat Kuala Krau ke Jenderak, minyak kalau full habis, seminggu lebih atau 150-180 km baru turun jarumnya. Alhamdulillah ...
Bulan lepas je aku duk KL seminggu untuk latihan dan Sukan NRE. Lepak kat rumah Rahmah kat Sentul. Maunya tak .. latihan bowling lak kat The Mines... penginapan, jabatan aku sediakan kat Paya Indah. Bapak la jauhnya nak berulang setiap hari. So, aku kena la cari alternatif lain. So far, perjalanan aku pada bulan lepas adalah safe journey. Buleh la relax jap ... tenangkan fikiran.
Bulan Puasa dah menjelma & rata-rata dah sibuk dengan persiapan Raya. Aku pun tak ketinggalan. Baju Raya dahpun dibeli. Terima kasih kepada suamiku tersayang kerana telah bertungkus-lumus membelanjakan kitorang beli baju raya. Dekat RM 1000 gak ler. Takper .. dia punya side income dia sendiri. Terima kasih Sayang ...
Ok la, tak boleh lama2 ...
Till then, take care & cherio!