Wednesday, August 24, 2011
Selamat Hari Lahir yg 1st - MUHAMMAD AFIQ NAJWA!
Pada tarikh 24 Ogos 2010, bulan Ramadan juga ... mama selamat melahirkanmu. Sepanjang proses kehamilan sehingga detik melahirkanmu, banyak ranjau, onak duri yg mama lalui bersamamu ( yang berada bersama mama di dalam kandungan ). Baru 2 minggu usia perpindahan mama ke Negeri Pahang ..... nak buat macamana ... " Saya yang menurut perintah !" walaupun dengan perut memboyot , menunggu hari sahaja untuk melahirkanmu.
ALHAMDULILLAH ... mama dapat tempuh semua itu dan kamu dilahirkan dengan selamatnya. Abah sentiasa berada di sisi mama sepanjang proses kelahiranmu. Tidak sia-sia mama mengusap lembut perut yg mengandungkanmu setiap malam sebelum tido ... memujuk kamu supaya sedia untuk lahir pada masa abahmu berada di rumah. ALHAMDULILLAH ... kamu seorang budak yang mendengar kata .... Syukur mama pada ALLAH atas kurniaannya ini!! Kamu dinamakan oleh abang Long & abang Ngah kamu dengan nama MUHAMMAD AFIQ NAJWA.
Pada tarikh hari ini, 24 Ogos 2011, juga di dalam bulan yang penuh rahmat & kemuliaan .... umurmu genap setahun. Kamu membesar dengan cepat .... dengan kehadiran kamu di dalam keluarga ini, bertambahlah keceriaan dan kebahagiaan mama & abah ... Kamu lain dari yang lain ...
Doa mama : Semoga kamu membesar menjadi seorang anak yang bijak, taat kepada ibu bapa, soleh & berjaya dalam hidupmu!
Mama SAyang Kamu, Muhammad Afiq Najwa!! mWAAHHH!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment