Thursday, March 01, 2012

SKJS - Number 1




SKJS number 1 ... itu lah cita-cita dan impian warga-warga sekolah Kebangsaan LKTP Jenderak Selatan. InsyaAllah !! Demi menuju visi tersebut, kesemua tenaga pengajar, murid-murid serta PIBG sekolah tersebut kena bergembeling tenaga dan berusaha dengan lebih kuat lagi.

Anak-anak murid sekolah ini terdiri dari anak-anak / cucu-cucu peneroka Felda Jenderak Selatan dan juga anak-anak orang Asli ( OA ) dari Kampung Paya Rekoh dan Kampung Berdot berhampiran.Boleh dikatakan hampir 50 % anak-anak murid sekolah ini adalah OA. Kelas tak banyak ... Tahun 1-4 hanya 1 kelas each , tahun 5 ada 2 kelas & tahun 6 hanya 1 kelas.

Guru Besarnya pula sering bertukar ... yang terbaru adalah Cikgu Pirzan. Dia ni strict sikit & lebih berdisiplin. Sekarang kat SKJS dah kurang penggunaan tong sampah. Gambar di bawah menerangkan apa yang dimaksudkan di atas. Ok gak ... dapat mendisiplinkan para pelajar & guru. Nasib baik anak-anak aku dah ditrainkan sejak kecik lagi ttg penggunaan tong sampah.


Lagi satu, tentang ponteng skolah & merempit .... kat sini, aku bagaikan culture shocked bila nyaris eksiden dengan mat-mat rempit yang rata-rata berumur sebaya ngan anak-anakku. Dah la tunggang motor BAPAK nyer laju, takde helmet lak tu ... aku harapkan dengan disiplinnya pelajar ni dapat mengurangkan lagi budaya sebegini. Ingatlah ... Anggota badan dan nyawa kita ni TAK ADA SPAREPART untuk digantikan seperti sparepart motor.

Bebaru ni ada Mesyuarat Agung PIBG sekolah ni untuk kali ke-26. Aku ni sebenornya malas sikit nak berpersatuan gini. Infact, kat Melaka dulu tak pernah berkesempatan nak hadir. Kat sini? Hm.. dah 2 tahun berturutan aku dilantik jadi NYDP. Bukan nak gah sangat tentang kedudukan tu ... tanggungjawab berat oooo!! Tapi ... InsyaAllah ... aku akan cuba buat terbaekkk!

Harapan aku, anak-anak aku akan CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG semasa mereka belajar di skolah ni!

Ok la... nanti aku post lagi.Till then, take care & cherio!

No comments: