Sunday, June 24, 2012

Woooo Hoooo... Lama Giler Sonyappp!


Fuiiyooo...tak sangka aku lama sungguh menyepi! Bukan apa, busy giler! Mana ngan nak buat keja, nak update Facebook laa... Ketua baru laa...keja luar laa... macam-macam bende aku nak ingat & tulis! Hanya hari ni berkesempatan nak jengah blog kesayangan aku ni.

 Bulan Mei, sepanjang bulan ni aku tak lekat kat rumah...asyik kena keja luar la..kursus la...

Bulan Jun, aku sempat gak balik ke kampung masa cuti skolah lalu. Dah lama tak menjengah orang tua kat Kulim. Spent the whole week kat sana. Sempat gak bawa mama gi berubat after berjaya dipujuk. Abah & My sis minta aku pujuk mama gi berubat kat sorang Ustaz ni kat Pengkalan Hulu, Perak. Nama kampung dia Kampung Kuak Tengah. Memang REAAALLL sangat cara ustaz ni berubat orang & buang segala gangguan yang manusia biasa tak boleh nampak.Siap kebolehannya boleh membuat surgeri secara ghaib serta buat dialisis darah secara ghaib jugak. Tapi  yang slacked nya adalah, masaa untuk perubatannya adalah selepas Isyak. Manusia ramai sungguh yang kena kacau dek makhluk-makhluk halus ni. Dari serata ceruk Malaysia pi berubat kat dia.Dan, bukan dia sorang yang mengubatnya ... diorang ni satu group ahli baca kitab dengan sorang pompuan.Balik malam tu ke rumah dah jam 3 pagi...

Balik ke Pahang lak, proses pertukaran bos baru lak. Kali ni dapat bos pompuan. Okayla...so far dia tak kerek sangat dan boleh dibawa berbincang. Boileh dikatakan sporting gak macam bos lama.

Anak-anak? Hmm ... bulan Mei, Dak Adib sambut besday yang ke 9 tahun ...bulan Jun, Dak Amir & Amira sambut besday yang ke 11  & 4 tahun ... Dak Mira dah pandai minta hadiah besday ...

Ok la...nanti aku update lagi dengan story yang best-best lagi ...

Take Care you all!!

Cherio!

No comments: