Friday, March 23, 2007

6 WEIRD THINGS ABOUT ME !

I've been tagged by Channel 11.5 ( Aida ) regarding 6 weird things about myself. Well ... Here goes ..... :

  1. I tak boleh minum kopi / black coffee . Kalau minum jugak, jawabnya I will sleep the whole day. Orang lain minum kopi akan berjaga tetapi berlawanan dengan myself. Kalau nak berjaga / stay up, I will drink MILO or Hot Chocolate.
  2. Jarang sekali orang akan nampak I minum hot drinks. Minuman yang selalu I pesan kalau makan di luar adalah jus buah tanpa gula or iced tea or iced lime juice. Kalau nak nampak I ambil minuman panas suam hanya Milo di waktu pagi sebelum gi kerja.
  3. I'm a regular blood donor. Masuk yang latest in January 2007, dah 22 kali I derma darah. Memandangkan my blood group O positive, baik I buat amal jariah sikit dengan membantu orang yang memerlukan darah. I will know when I have to donate my blood ... kalau I started mengambil makanan dengan banyak or kerap sangat nak makan, tandanya I have to do the blood donation. Selepas derma darah, usually orang akan kata kita akan makan banyak but berlawanan dengan myself ... I boleh control my meal selepas derma darah.
  4. I LOVE driving my car. Bayangkan ... I can go to Muar & patah balik ke Melaka in within an hour. Biasanya I akan buat kerja giler ni waktu break lunchtime. Keluar dari Zoo at 12.45 pm and will be back at work by 2.00 pm. Kalau gi rescue binatang pun, if I had the chance, I will drive to the location. Driving will release all my stress.
  5. I HATE LIPAS ... especially yang suka terbang. EEiiii ... kalau I jumpa lipas, I will habiskan 1 can penuh aerosol pada lipas tu sampai lipas tu tak bergerak lagi. Pastu baru I stop spraying.
  6. I LOVE TIGERs. So far, I dapati ianya hanya garang physically dan kalau kita selalu bercakap dengannya , kita akan dapati sebenarnya tigers ni gentle and caring animals. I dah bela lebih kurang 12 cubs sepanjang I kerja di Zoo Melaka ni and mereka semua masih boleh dipegang, dipanggil and even didekati without any tranquilisers. Kalau lama kita tak jumpa mereka or bercuti ... then gi jumpa semula, they will act just exactly like other domestic cats. That is why my nickname is rimaugirl5275.

Well ... harap cik Aida kita puas hati. I will pass this tagging things to those 6 peoples :

  1. Syaf di New Zealand
  2. Azura of PERHILITAN Melaka
  3. Mala Agai di Zoo Melaka
  4. Nik Zamani di Zoo Melaka
  5. Intan Mawaddah di Putrajaya
  6. Irmawati di Maybank

That's all for now. Take Care & Cherio !

2 comments:

Channel 11.5 said...

ok-ok, puas hati! hehehehehe. eh, nanti next month ada nak pegi melaka. Next week aku call, tgh tunggu my friend kat melaka confirm date dulu. Weekday la, will stop by and visit you ok? But tanak pegi tgk rimau la!

the enigmatic syaf said...

ehhhh... aku dah penah kena tag la.. tak mau la buat sekali lagi no! no! no! hahhahahaha