Friday, September 28, 2007



Semalam, 27/9/07 ( Khamis ), 2 pasang Orang Utan Borneo ( Pongo pygmaeus wurmbii ) telah dihantar ke KLIA Animal Hotel ... dalam perjalanan pulang ke Jakarta, Indonesia . Penghantaran pulang orang-orang utan ini adalah sekadar memenuhi protokol CITES. Malaysia adalah ahli CITES ( Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora ) sejak tahun 1978 lagi. Ujian DNA menyeluruh telah dibuat oleh PERHILITAN dan 4 ekor haiwan tersebut tidak dapat dipastikan sumber perolehannya ke negara ini. Oleh yang demikian, protokol CITES ialah, setiap haiwan yang tidak dapat ditentusahkan sumber perolehannya ke sesebuah negara mestilah dihantar pulang ke negara asalnya oleh pemiliknya.

Orang Utan tersebut diberi nama Dodi ( Jantan ) , Linda ( Betina ) , Mamat ( Jantan ) dan Minah ( Betina ). Umur keempat-empat mereka adalah di antara 5-7 tahun. Mereka akan berlepas dari KLIA ke Jakarta denagn pesawat MAS MH 711 pada 28/9/07 jam 4 petang.

Sayang sekali .... kerana Dodi dan Linda adalah Orang Utan untuk aktiviti Free-ranging di Zoo Melaka. Unit Persembahan Zoo Melaka dalam proses untuk melatih 3 ekor lagi anak Orang Utan yang terdapat di Zoo ini untuk aktiviti tersebut.

Semalam, team kami berbuka puasa di sebuah warung di LBJ , Negeri Sembilan. Okay jugak makanan yang di order dan untuk 8 orang makan harganya baru RM 60. Menu yang terlibat adalah 2 mangkuk sup Tulang ( boleh dikategorikan sedap ), 1 mangkuk tomyam campur, 3 pinggan nasi putih, 2 biji telur dadar, telur bungkus untuk 2 orang, 3 pinggan nasi goreng kampung cili padi dan 2 pinggan nasi goreng cina. Air lak, air buah ada 6 gelas, nescafe tarik 1 gelas, nescafe O ais 1 gelas dan ais kosong ada 6 gelas. Nasi goreng cina dia sedap tapi ada segenggam cili padi potong. Belasah jer ....

Okay la... nanti tulis lagi. Till then, take care & bye!

Monday, September 24, 2007

Majlis Berbuka Puasa Ex-Batch7 Beseri 22/9/2007

Dari kiri : Raja Aniz, Intan Mawaddah, Syafizah ( Bond ), Irma, Salina ( Sally ), Ija and Me

Majlis Berbuka Puasa Ex-Beseri7 telah selamat berlangsung kat rumah Iwan dalam Kem Wardieburn , Setapak pada 22 hb September 2007 lalu ( Hari Sabtu ! ). Tak ramai yang datang sebab ramai jugak yang tarik diri although dah bayar. At the end, berlambak lauk yang tak habis ... kitorang tapau lagi bawak balik untuk sahur dari buang.

Bergerak untuk majlis at about noon that Saturday. Gi lepak kat rumah Intan Mawaddah dulu until 4 pm sebab dia akan tumpang my car untuk gi sana. Lepas gi hantar anak dia yang kecik ( Irfan ) ke MIL kat Kg Sg Penchala, shoot off ke Setapak. Ikut LDP sekejap je sampai...not even 6 pm yet. So, kitorang sempat gi window shopping and also beli sesikit kat Carrefour Wangsa Maju. Kopak jugak RM 80 untuk baju & mainan my kids. Also sempat grabbed kain tudung / selendang for Raya since banyak betul jualan baju kat situ.

Kitorang sampai kat Wardieburn ngam-ngam lagi 3 minit sebelum berbuka. The guys dah lama sampai dah ... Ada Mat Pau, Ranjau, Bani, Poji, Mamat, Che'In , Karel aka Joe Sarawak , Massrul, Shazrie , Madi dan ada la 3-4 orang lagi yang dah lupa nama. The girls yang pi adalah Ija, Irma, Zarita, De'La, Bond, Mawaddah, Raja Aniz and Sally. Most of them datang dengan pasangan masing-masing ... ada yang bawak anak-anak jugak. Me? Aku pi sorang je. Najib nak kasi peluang untuk aku bermesra ngan kengkawan yang dah lama tak jumpa. But ... kena balik malam tu jugak !

Makanan ? Waaallllaaa .... sedap jugak especially Keli Masak Cili dia. I just ratah lauk je. Banyak betul lauk yang Iwan order ... siap ada laksa penang lagi and also karamel pudding. Macam-macam ragam ada since ramai yang dah lama tak jumpa. I don't even recognize my own classmates! Muka semua dah bapak budak ... badan dah tembam dan cara percakapan pun dah professional sikit.

Gerak balik at about 9.15 pm sebab nak gi hantar Mawaddah balik ke Kg Sg Penchala. Pastu shot off balik ke Melaka melalui LDP at about 11 pm. Singgah sat kat R&R Seremban untuk gi toilet and sampai balik Melaka at about 12.15 am. Bukan saja nak rush balik malam tu jugak but esoknya ada janji ngan family especially the kids untuk beli baju raya, mainan raya dan macam-macam raya lagi kat Jusco !

p/s,

To Aida Yurani ... really miss you that night. Semua yang pergi bertanyakan awak. I'm sorry for what had happened to you and really glad coz you get to know that news early. Be tough my friend! Jaga kesihatan ...jangan stress sangat !

To Aminah Azirah ... miss you too ! Kalau hang mai lagi havoc rasanya!

Till then .. take care & Bye!

Wednesday, September 19, 2007

Perbelanjaan di Bulan Ramadhan

Hmm...why I choose this topic? Sebab rasanya, masa bulan Ramadhan ni la nak makan itu & ini tapi MALAS nak buat / sediakan sendiri. Tanya la sesiapa pun, tanya makanan apa yang sedap untuk berbuka pasti ramai yang beri bantuan ... nasi beriani la, mee sup la, char kuey teaw la, ayam percik la ... bak conclusionnya, beribu jenis masakan ada kat Bazar Ramadhan kat negeri masing-masing. Sama juga la dengan aku. Malas betul nak masak di bulan yang mulia ni. Jimat masa satu hal, takder la boring asyik makan menu yang sama berhari-hari. Yang menjadi kegilaan aku pada bulan posa ni adalah Kek Batik Taman Cempaka. Sedddaaaap siot! Dia jual 3 potong singgit ( cube dlm ukuran 1"X1" ). Ada prepack satu tupperware microwave yang famous tu ... RM 5.00 setupperware. Last few days, aku borong sampai 4 tupperware.Kopak duit RM 20 ... takpa, sedap nya pasal. Kalau nak order satu set untuk / 1 pelengat ( bekas = cakap org Kedah !) masak a.k.a. baking pan, hanya RM 26.00 tapi kena order sehari awal. Tengokla ... maybe order satu untuk Raya nanti.

Hari ni nak masak apa? Well, itu yang dok pikir dari pagi tadi. Najib gi rescue kat Saleng dengan Vet & co. , sampai balik around 6-7 pm nanti. Makan nasi kut ... Maybe masak kurma ayam, ikan keli sambal and ikan keli goreng for my kids. Air? Soya Cincau Yeo's yang beli semalam.

Dak Amir lak demam tadi, so, cuti la dari skolah hari ni. Bawa gi Klinik pagi tadi. Kalau lambat bertindak ... kita yang hangin tak boleh tido !! Eiii... tak sabar nak jumpa kengkawan lama kat Majlis Berbuka Puasa Batch 7 kat Kem Wardieburn this Saturday ( 22/9 ). Lama betul tak jumpa depa!!

Okay la, nanti ada free boleh coret lagi. Till then, Take Care & cherio!

Wednesday, September 12, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Apa citer? Hmm ... dah lama tak berblog sebab kesibukan yang teramat sangat. Balik dari bercuti, macam-macam kes happened.

Anyway, Esok dah start puasa. InsyaAllah ..kita akan dapat menunaikan rukun Islam ini dengan tabah. Dah prepare ke semua? Physically & mentally? Rasanya as for me, alhamdulillah dah bersedia.

X Beseri batch 7 akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Setapak, KL. Aku dah dapat pelepasan BIG BOSS untuk pi sana tapi sorang je. Chewah ... jadi mak dara lak! Bujang sekejap !! Dia kata nak kasi peluang untuk aku riang ria bersama rakan-rakan . Bukan apa takut aku tak happy kalau hero-hero aku join sebab diorang ni teramatla aktif dan lasak giler ... Mungkin ikut perangai mak dia masa muda-muda dulu..hmmm... Aku dah call Iwan, budak kelas Fasih tu. Dia kata dia tempah katering dan buat kat Kem Wardieburn. InsyaAllah aku tau tempat ni sebab jalan tu yang aku dok ulang-alik masa kerja kat Zoo Negara 10 tahun lepas.

Okay la..nanti aku update lagi. Till then, Take Care & Cherio!

Monday, September 03, 2007

HAPPY 7th ANNIVERSARY


7 years ago, my husband and I diijabkabulkan di Masjid Kelang Lama, Kulim, Kedah at 11.30 am, 3/9/2000. Diam tak diam, dah masuk 7 tahun kitorang hidup bersama ... menempuh segala onak dan ranjau kehidupan berumahtangga ( biasanya Najib yang selalu mengalah ! ). Kami dikurniakan 2 orang putera yang lasak ( macam mamanya ! ) Muhammad Amir Najwa ( 6 tahun ) dan Muhammad Adib Najwa ( 4 tahun ). Bila nak tambah anak? Hmmm... hajat hati memang la nak tambah tapi takder rezeki lagi selepas keguguran pada bulan Mac lepas. Kalau tak, anytime dah bersalin sekarang.

Sayang,

InsyaAllah kita akan tempuh bersama kehidupan rumahtangga yang kita bina bersama ... penyerinya adalah anak-anak kita. Walaupun mereka lasak, mereka akan membesar di depan mata kita. Amir akan menempuh alam persekolahan ( Tahun Satu ) tahun depan dan Adib akan memasuki alam Tadika. Semoga kehidupan kita sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati ALLAH selalu. Amiiinnn....



Okaylah ... next time tulis lagi. Till then, Cherio!