
7 years ago, my husband and I diijabkabulkan di Masjid Kelang Lama, Kulim, Kedah at 11.30 am, 3/9/2000. Diam tak diam, dah masuk 7 tahun kitorang hidup bersama ... menempuh segala onak dan ranjau kehidupan berumahtangga ( biasanya Najib yang selalu mengalah ! ). Kami dikurniakan 2 orang putera yang lasak ( macam mamanya ! ) Muhammad Amir Najwa ( 6 tahun ) dan Muhammad Adib Najwa ( 4 tahun ). Bila nak tambah anak? Hmmm... hajat hati memang la nak tambah tapi takder rezeki lagi selepas keguguran pada bulan Mac lepas. Kalau tak, anytime dah bersalin sekarang.

Sayang,
InsyaAllah kita akan tempuh bersama kehidupan rumahtangga yang kita bina bersama ... penyerinya adalah anak-anak kita. Walaupun mereka lasak, mereka akan membesar di depan mata kita. Amir akan menempuh alam persekolahan ( Tahun Satu ) tahun depan dan Adib akan memasuki alam Tadika. Semoga kehidupan kita sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati ALLAH selalu. Amiiinnn....
Okaylah ... next time tulis lagi. Till then, Cherio!
No comments:
Post a Comment