Tuesday, October 07, 2008

Satu Hari di Musim Raya ....


Yup! That photo is supposed to be the latest photo of my family.Was taken on the first day of Raya.

Masa bertolak balik ke Kulim 4 hari sebelum umat Islam menyambut Hari Lebaran ni, aku dikejutkan dengan berita abah & mama accident. Berderau darah aku ! Abah who happened to be the driver when the car collapsed nearby the PGA Kem at Kulim. They were on the way back from my sister's house that afternoon. Mujur la mereka berdua selamat ... ALHAMDULILLAH! Kalau tengokkan rupa kereta, memang tak ada yang menyangka mama akan selamat sebab remuk teruk di sebelah mama punya side. Gandar roda depan patah bila abah termasuk ke dalam lubang besar di pinggir jalan bila abah nak amik selekoh. Mujur juga kereta terbabas ke arah tepi jalan. Kereta skidded about 50 meters dan langgar paip besar kat tepi jalan ... abah terpaksa langgar sebab brake tak berfungsi bila gandar dah patah ... steering pun jammed! Dah tu, mereka dibawa ke kecemasan Hospital Kulim by my sister but then discharged tanpa x-ray muka mama yang bengkak teruk dan hidung abah yang masih berdarah tanpa henti.Apa la punya bahagian kecemasan .... lepas tu sikap MA yang kurang adab sopan ... memang tak lama la MA tu kat situ sebab my sister dah amik nama dia & IC untuk dibawa kes ni ke Kementerian Kesihatan by my other sister yang kerja kat JPA tu. Kitorang adik-beradik berpakat bawa mama gi Klinik Swasta untuk x-ray. Kesian Mama! Masa kitorang sampai kat rumah, mata mama sebelah kanan tak boleh dibuka langsung sebab dah membengkak. Luckily masa raya, dah surut bengkak dan penyudahnya, sebelah muka lebam ....

Kitorang lepak kat Kulim sampai 2nd day raya ... at 3 pm hari tu dah gerak balik ke Temerloh pulak. Jalanraya tak jam tapi ramai pulak yang nak pi Genting Highlands. Camner tahu? Hmmm ... kitorang shortcut ikut Genting dari Batang Kali. Sampai Temerloh dah jam 9.30 malam. Meriah suasana kat sana. Siap keesokannya diorang buat kenduri tahlil / arwah. Lepak Pahang sampai Hari Ahad lepas. Kitorang masih cuti hari Isnin tu ... nak settle things yang ditinggalkan seminggu before Hari Raya.

Amira? Dah besar dah anak dara aku ni. Tak caya? Tengok gambar kat bawah ni ...
Dah pandai ketawa bila diagah ... dah pandai senyum ... dan juga tak lupa, dah pandai mengamok!

Okay la, stop update kat sini. Nanti bebila free update lagi. Ada kerja sikit nak buat.

Till then, Take Care & Cherio!

3 comments:

Anonymous said...

pergh!!! betol2 bernasib baik parents ko tu ya.... anyway selamat hari raya wahir!!!

Rina said...

Alhamdulillah, selamat your parents. :)

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

Thank you for the support.

Sue: Ye la, alhamdulillah depa takde apa2.

Rina : Selamat HAri RAya, maaf zahir batin