Tuesday, November 04, 2008
Satu Pandangan Seribu Makna...
Ni gambar latest Nur Amira Najwa. Sekarang dia dah 4 bulan, dah pandai meniarap ... mereverse kan diri sebelum masuk gear satu ke depan.
Mira menjadi kesayangan kedua-dua Abang Long & Abang Ngah dia. Bangun pagi, mesti ciuman lekat di pipi Mira ... Begitu juga berlaku semasa mereka berdua nak tidur. Kalau boleh saban masa nak cium Mira. Kita yang mendukung dan melihat pun rasa rimas!
Abah? Hanya balik ke Melaka pada hujung minggu, itupun jika tiada tugasan luar yang perlu diselesaikan. Minggu ni dia tak balik dan aku jugak kena pergi ke Zoo Taiping untuk Animal Exchange Programme. Tinggalkan Mira, abang-abang dengan bibik.Nasib baik la bibik tu capable of doing things at home and also pandai jaga budak, compared tu kakak yang lama. Rasa berbaloi jugak keluarkan RM 6,200 untuk proses mengambil bibik ni. Dia orang Bandung, janda anak 2 yang dah besar & umurnya baru 32 tahun ( a year younger than I am....). Gambar di sebelah mentafsirkan apa yang terbuku di hati abahnya ...
Next 2 weeks, masa cuti sekolah, aku pulak kena amik peperiksaan PTK kat IBD, Pahang. Kali ni, aku seret diorang sekali & letakkan di rumah mertua kat Temerloh. Tak lama ... 2 hari je.
Anak rimau? Hmm ... umur mereka baru 2 minggu lebih. Dah gemuk, mana taknya ... menyusu setiap 3 jam dengan susu kambing. Si Chiko dah jadi macam kucing sphink yang botak ... They response to my call ... dah tau nama masing-masing. Manja ...
Ok la, nanti sambung. Take Care.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ish3.. besar dugaannye dok jauh2 ni huhuu..
*sambil imagine tmpt amira yg ditenung abahnye dlm gmbar tukar dgn mamanye*
hehee jgn marah Wahir.. :D
Tak tau nak pilih, your daughter or anak rimau lagik comel?
:)
Azeeda: Wei...aku tak marah laa....aku pun bayangkan cenggitu...hehehehehe!
Rina : Ko pilih je dua-dua...Kan ke spesis lelain ni..Ada penambahan, 2 ekor lion cubs lak! Klinik Zoo macam pasar borong pepagi...Tak menang tangan dibuatnya!
Post a Comment