Monday, February 16, 2009
HUBBY oooo HUBBY!!
Gambar kat atas adalah gambar husband tersayang aku ..... coretan ni bukan nak mengata atau memburukkan suami tapi sekadar LUAHAN HATI ...
Tak dinafikan aku memang amat sayangkan hubby aku ni. Dia la husband aku dunia akhirat! Dia juga seorang bapa yang penyayang bagi anak-anak aku yang 3 orang ni .... Akan tetapi, aku merasakan semenjak dua menjak ni dia semakin jauh dengan keluarganya
( kitorang kat Melaka ni la! ) . Taktau la pasai apa aku rasa gitu ... maybe sebab dia dah jarang balik mingguan kut! Kalau balik pun sekejap je atau ada hal tertentu. Macam minggu lepas, dia balik sebab ada latihan untuk sukan jabatan. Boleh dikatakan dia begitu attached dengan kengkawan dia pada hari Jumaat & Sabtu tu. Makan malam pun bersama kengkawan dia. Kalau dikira dengan jam, hanya lebih kurang 4 jam je dia bersama aku & anak-anak. Bayangkan, anak-anak dia sanggup tunggu dan tak tido semata-mata nak tunggu abah ... Minggu sebelum tu ( minggu birthday aku! ) dia tak balik sebab katanya ada kerja luar iaitu rondaan, walaupun masa tu Johor cuti Thaipusam. Aku tau, memang la dia cari rezeki untuk keluarga ... Sepanjang malam aku menangis ... sedih ada ... geram pun ada ... Minggu depoan dia dah beritau dia tak balik Melaka sebab ada sukan kat IBD Lanchang !
Hari Sabtu lepas, dia ngajak aku & anak-anak ( termasuk bibik! ) dinner kat Luar. Kitorang ke Restoran Sri Percik, Malim. Maybe dia rasa bersalah sebab sepanjang malam sebelum tu aku asyik sindir dia jer.... salah satu projek dia nak pujuk la tu! Biasanya dia tak suka makan kat luar sebab anak-anak dia yang lelaki tu lasak giler! Selalunya aku yang mainkan peranan untuk ajak dia makan kat luar!
Hari Ahad, dia balik ke JB jam 7.30 malam. Anak-anak siap tanyakan bila nak balik lagi .... kenapa abah tak kerja kat Melaka lagi .... Kenapa abah kena kerja kat JB ... penat aku nak menjawabnya!
Okay la, kepada suamiku, ini ada luahan hati isterimu. Ingatla bahawa kami di sini sentiasa menyayangimu ...
Till then, take care & cherio!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment