Monday, February 02, 2009

UPDATE on NUR AMIRA NAJWA


Hi again... Baru balik dari tackle case kat field. Banyak kes utk ID anak-anak haiwan jer. Oh ya! Tak lupa jugak nak sexing depa. Petang, ada kes Buaya Tembaga ( bukan buaya darat yee...!) gaduh sampai hancur kaki.

Orait...straight to the point. Amira Najwa dah masuk 7 bulan. Budak ni dah pandai merangkak & also dah pandai duduk. Perangai pun dari sehari ke sehari dah bertukar. Dah terlalu manja sekarang sebab dikelilingi oleh orang-orang yang terlalu sayangkan dia.

Yang kesian sangat kat dia adalah bila tido malam dia selalu dikejutkan oleh mangkuk-mangkuk yang berkaraoke kat Restoran D'Pelican yang terletak lebih kurang 50 meter dari rumah. Dah tu mangkuk-mangkuk ni juga naik motor superbike dan Harley Davidson yang ekzosnya memekak giler! Rasa macam suatu hari aku akan selinap pegi kat motor diorang dang sumbatkan ekzos tu dengan pisang!Eiii ..... GERRRAAAMMM! Dah la restoran tu beroperasi sampai jam 3-4 pagi. Diorang sikit pun tak prihatin kitorang yang duduk kat Kuarters Zoo sedangkan jalan masuk ke restoran tu hanya bersebelahan dengan bilik tido kitorang! Tau la korang tu KAYA ... & kitorang tak mampu nak pakai kenderaan macam korang ... Hormat la sikit! Cuba bayangkan yang korang ditempat kitorang kat kuarters ... apa rasa?

Back to Mira, puas dia bermain ngan abahnya yang bercuti 9 hari
( termasuk Sabtu/Ahad ) masa CNY lepas. Sempat balik ke Temerloh lagi! Ni abahnya pun dah balik sambung kerja kat JB.

Apa yang dilihat, Amira lebih rapat dengan Abang Long Amir dia berbanding Abang Ngah Adib. Sejurus lepas bangun tido, kalau dia terlihat kelibat Amir, pasti dia tergelak sakan.

Alhamdulillah .... permata-permata hatiku ni membesar dengan sihat!

Okay la ... nanti bebila free tulis lagi. Till then, take care & cherio!

No comments: