Friday, May 29, 2009

Hasad Dengki, Jealous & Iri Hati

Ni la sifat yang ada dalam diri manusia lately ... sifat-sifat yang tak pernah lari dalam diri depa. Depa ni dengki kalau nampak orang senang, jealous bila tengok orang lain hidup bahagia & iri hati dengan pencapaian dan sokongan orang lain terhadap orang yang di dengki. Iskh ...

Untuk yang dah mendengki dengan coretan aku ni, ada satu clause yang aku nak korang baca :

" BLOG ni Blog AKU! Apa yang aku coret kat sini adalah perasaan AKU! Aku nak luahkan macamana , itu adalah HAK AKU ... hanya AKU yang berhak atas BLOG ni. Kalau korang tak puas hati dengan blog ni, lebih baik jangan baca ... buat tambah sakit hati bakper ... baik korang buat keja len yang lebih berfaedah! " Kalau tak puas hati dengan aku dan blog aku, jumpa aku direct ... ada aku KACAU periuk nasi korang? Ada aku sebut nama korang? Takder? So ... LEBIH BAIK DIAM dan JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG LAIN !! Ingat ... jaga tepi kain sendiri yang dah koyak tu dari dok jaga tepi kain orang lain. Ikut suka AKU la nak buat apa ... bukannya kacau korang pon!"

Sebelum aku mengamok dengan lebih jauh, baik korang diam ... toksah dok bawa masuk meeting ke ... apa ker ..... sebab aku tak kacau korang. Kalau ada yang terasa hati tu : SIAPA YANG MAKAN CILI, DIA LA YANG AKAN TERASA PEDASNYA! So,
Please leave me alone. Ni BLOG aku ... sukati aku!

Till then, take care, mengucap bebanyak ... & Cherio!

Wednesday, May 06, 2009

Mama ..... Selamat Hari Ibu!


Bila dahaga, yang susukan aku .... mama
Bila lapar, yang suapkan aku .... mama
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku ..... mama
Kata mama, perkataan pertama yang aku sebut .... mama
Bila bangun tidur, aku cari .... mama
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mama
Bila nak bermanja, aku dekati .... mama
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah .... mama
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya .... mama
Bila nakal, yang memarahi aku .... mama
Bila merajuk, yang memujukku cuma .... mama
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah .... mama
Bila takut, yang tenangkan aku .... mama
Bila nak peluk, yang aku suka peluk .... mama
Aku selalu teringatkan .... mama
Bila sedih, aku mesti talipon .... mama
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu ..... mama
Bila bengang .. aku suka luahkan pada .... mama
Bila takut, aku selalu panggil ... "mmaaamaaa! "
Bila sakit, orang paling risau adalah .... mama
Bila nak exam, orang paling sibuk juga .... mama
Bila buat hal, yang marah aku dulu .... mama
Bila ada masalah, yang paling risau .... mama
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni ..... mama
Yang selalu masak makanan kegemaranku .... mama
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan buah-buahan, lauk pauk & duit ..... mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku .... mama
Yang selalu berleter kat aku ..... mama
Yang selalu puji aku .... mama
Yang selalu nasihat aku .... mama
Bila nak kahwin .. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk ..... mama

SELAMAT HARI IBU, MAMA!

Sunday, May 03, 2009

Ops Tapir di Kampung Gajah Mati, Jamaluang, Johor

Pada 29/4/09 jam, 11.00 mlm, iaitu sejurus selepas citer CSI VEGAS ... aku terima panggilan telefon dari Halid ( Ketua Projek Jamaluang ) yang mengatakan ada tapir kena resQ di Kampung gajah Mati. Giler ke ... jam 11 malam lak tu! Mana nak meraba orang nak ajak pi sana! Last-last aku minta dia call bos aku. Bos baru aku ni cerewet sikit. Aku taknak lak dikatakan pekerja yang tak hormat bos. Cara bos baru ni AMAT BERBEZA dengan bos lama ( Mantan ).

At 8.15 am keesokannya ( 30/4/09 ), aku dah bersiap sedia nak hantar anak2 bulu aku masuk wad kat Hospital Veterinar, bos tipon aku. Dia minta aku tangguhkan ke UPM & gi resQ tapir kat Jamaluang. Katanya bos Johor dah tipon dia. So, aku terpaksa take lead untuk pi resQ ni. Bos nak tengok senarai orang yang akan pi & nak tau kenderaan mana yang nak digunakan untuk operasi ni. Mana nak kumpul orang, cari crate, baiki crate ( ada rosak skit ) dan cari kenderaan. Aku malas sebenarnya nak pi sebab AKU BUKAN PEGAWAI VETERINAR!. Untuk kes resQ tapir ni, aku kena guna Immobilon ( sejenis morphine-based yang merbahaya! ) dan yang authorised utk guna hanyalah Doktor Veterinar! Ni la susahnya kalau kat Zoo ni takder Pegawai Vet. Aku buat keja free tanggung kerja Peg. Vet & untuk operasi, kalau la terjadi insiden yang tak baik, aku boleh mati katak jer! Anyway, disebabkan atas rasa tanggungjawab dan kesian kat haiwan Zoo, aku tawakkal jer la!

Aku gerak dari Zoo dengan lagi 7 orang team aku ( termasuk driver - aku pandu pajero & driver pandu Hilux! ) jam 11.00 pagi. Kitorang sampai ke lokasi jam 3 petang. Lokasinya dalam kebun kelapa sawit & bersempadan ngan belukar. Tapir tu tak isolated, bebas cuma kurang gerak sebab dia ada banyak buah-buahan kat kawasan tu & tapir tu juga cedera , berkemungkinan ditembak di belakangnya. Mungkin pemburu haram, guna Bulk Shot , sebab ada 2 lubang kat situ ... siap ada ulat lagi!Lupa lak nak bagitau, tapir tu Betina ... age lebih kurang 4-5 tahun. Perjalanan untuk dart ada la lebihkurang 200 meter dari jalan kelapa sawit ke dalam belukar. Kalau boleh di selamatkan manually , lagi aku suka sebab tak payah guna tranquiliser! Dalam keadaan cenggitu, aku gunakan hanya 0.3 ml Immobilon sahaja ( pure ) & tapir tu tidur ... senang team aku nak angkat masuk tong. Guess what! Berat tapir tu adalah 253 kg! Berat giler!

Settle semua kerja dalam jam 6.30 petang. Break sekejap untuk minum , makan & solat kat Felda Nitar 2. Gerak semula jam 7.30 mlm untuk balik ke Zoo. Tapir tu dah sedar tetapi disebabkan hepatic cycling, dia masih laloq masa kitorang gerak balik. Perjalanan amik masa 4 jam, nagn trellar panjang banyak kat laluan Kahang - Kluang ..... tension betul!

Sampai Zoo jam 11.00 malam ... Baru noticed, semua event berkaitan jam 11. Settle turunkan tapir tu dalam 11.30 malam. Penat giler! Dah la tu, minggu ni minggu kerja lak tu. Badan exhausted tahap cipan ni!

Ok la, nanti update lagi. Till then, take care & Cherio!