Sunday, May 03, 2009

Ops Tapir di Kampung Gajah Mati, Jamaluang, Johor

Pada 29/4/09 jam, 11.00 mlm, iaitu sejurus selepas citer CSI VEGAS ... aku terima panggilan telefon dari Halid ( Ketua Projek Jamaluang ) yang mengatakan ada tapir kena resQ di Kampung gajah Mati. Giler ke ... jam 11 malam lak tu! Mana nak meraba orang nak ajak pi sana! Last-last aku minta dia call bos aku. Bos baru aku ni cerewet sikit. Aku taknak lak dikatakan pekerja yang tak hormat bos. Cara bos baru ni AMAT BERBEZA dengan bos lama ( Mantan ).

At 8.15 am keesokannya ( 30/4/09 ), aku dah bersiap sedia nak hantar anak2 bulu aku masuk wad kat Hospital Veterinar, bos tipon aku. Dia minta aku tangguhkan ke UPM & gi resQ tapir kat Jamaluang. Katanya bos Johor dah tipon dia. So, aku terpaksa take lead untuk pi resQ ni. Bos nak tengok senarai orang yang akan pi & nak tau kenderaan mana yang nak digunakan untuk operasi ni. Mana nak kumpul orang, cari crate, baiki crate ( ada rosak skit ) dan cari kenderaan. Aku malas sebenarnya nak pi sebab AKU BUKAN PEGAWAI VETERINAR!. Untuk kes resQ tapir ni, aku kena guna Immobilon ( sejenis morphine-based yang merbahaya! ) dan yang authorised utk guna hanyalah Doktor Veterinar! Ni la susahnya kalau kat Zoo ni takder Pegawai Vet. Aku buat keja free tanggung kerja Peg. Vet & untuk operasi, kalau la terjadi insiden yang tak baik, aku boleh mati katak jer! Anyway, disebabkan atas rasa tanggungjawab dan kesian kat haiwan Zoo, aku tawakkal jer la!

Aku gerak dari Zoo dengan lagi 7 orang team aku ( termasuk driver - aku pandu pajero & driver pandu Hilux! ) jam 11.00 pagi. Kitorang sampai ke lokasi jam 3 petang. Lokasinya dalam kebun kelapa sawit & bersempadan ngan belukar. Tapir tu tak isolated, bebas cuma kurang gerak sebab dia ada banyak buah-buahan kat kawasan tu & tapir tu juga cedera , berkemungkinan ditembak di belakangnya. Mungkin pemburu haram, guna Bulk Shot , sebab ada 2 lubang kat situ ... siap ada ulat lagi!Lupa lak nak bagitau, tapir tu Betina ... age lebih kurang 4-5 tahun. Perjalanan untuk dart ada la lebihkurang 200 meter dari jalan kelapa sawit ke dalam belukar. Kalau boleh di selamatkan manually , lagi aku suka sebab tak payah guna tranquiliser! Dalam keadaan cenggitu, aku gunakan hanya 0.3 ml Immobilon sahaja ( pure ) & tapir tu tidur ... senang team aku nak angkat masuk tong. Guess what! Berat tapir tu adalah 253 kg! Berat giler!

Settle semua kerja dalam jam 6.30 petang. Break sekejap untuk minum , makan & solat kat Felda Nitar 2. Gerak semula jam 7.30 mlm untuk balik ke Zoo. Tapir tu dah sedar tetapi disebabkan hepatic cycling, dia masih laloq masa kitorang gerak balik. Perjalanan amik masa 4 jam, nagn trellar panjang banyak kat laluan Kahang - Kluang ..... tension betul!

Sampai Zoo jam 11.00 malam ... Baru noticed, semua event berkaitan jam 11. Settle turunkan tapir tu dalam 11.30 malam. Penat giler! Dah la tu, minggu ni minggu kerja lak tu. Badan exhausted tahap cipan ni!

Ok la, nanti update lagi. Till then, take care & Cherio!

3 comments:

life said...

Wow!

Anonymous said...

Kak Wahir,
My students baru2 ni citer, last year kat kampung diaorang ada sekor tapir terkena jerat - and one of the kaki got cut off! And now the three-legged-tapir still can be seen nearby the kampung once in a while. Takpe ke cam gitu? Takde ape2 ResQ pun.

Kodiang sister.

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

Well, awat tak lapor kat PERHILITAN? Kalau ada laporan baru kitorang bertindak. Find the nearest PERHILITAN ( rasanya AS kot! ), kaunch adaun pasai tapir ni & diorang akan buat trap. Sure ka ada lagi? 3 legged? Chances utk dia hidup adah 30-70%...kalau dia masih idup, cepat2 pi buat laporan!