Tuesday, June 16, 2009

HIPOKRIT vs JUJUR

Hari ini aku terpaksa menjadi seorang hipokrit demi untuk menjaga reputasi seseorang yang bergelar INSAN ... demi menjaga reputasi dirinya , aku diarahkan men"delete" post luahan hati aku yang lepas, walaupun dalam keadaan terpaksa. Luahan tersebut represent kejujuran .... AKU TAK SUKA BOHONG ORANG & AKU JUGA TAK SUKA DIBOHONGI! Mak aku pesan kat aku, sejak dari kecil lagi ... " Wahir, tipu atau bohong hukumnya adalah BERDOSA ... orang berdosa akan masuk NERAKA bila depa mati nanti " Jadi, Lu pikir la sendiri ...! Kalau sesiapa minta pendapat aku, aku berikan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Kalau aku tak tau , aku cakap taktau ataupun aku akan cuba cari jawapannya ... AKU TAK SUKA HIPOKRIT!

Apa yang aku tenung, renung dan tengok ngan mata kepala aku sendiri, ramai manusia sekarang sanggup menjadi pengampu ... or dengan kata lain sekarang ni " pemasang air-conditioner " demi untuk mencapai apa yang mereka mahu di dalam hidup, tak kira pangkat ke ... darjat ke ... yang penting, depa dapat apa yang depa nak ... bergantung kepada berapa horsepower air-conditioner yang depa gunakan. Lagi besar hp , lagi besar peluang yang ada. Ramai orang berada di belakang aku, menyokong aku, membantu aku di kala aku memerlukan mereka. Terima Kasih yang tak terhingga aku ucapkan! Sokongan kalian membuatkan aku berasa lebih bersemangat untuk teruskan perjuangan hidup aku.

Nasihat aku kepada mereka di luar sana .... BERHENTI lah jadi kaki ampu ... kalau sudah tertulis oleh ALLAH bahawa rezeki itu kita yang punya , orang lain takkan dapat merasakan rezeki tersebut. Takyah la pasang air-conditioner tu ... bazir tenaga, wang ringgit & juga air liur!

Kalau ada sesiapa yang terasa semasa membaca posting aku yang lepas, aku minta maaf ... bukan niat aku nak jatuhkan maruah sesiapa atau malukan sesiapa tetapi itu adalah luahan hati aku yang sebenar ... bukan selalu pun aku luahkan begini. Yang biasa-biasa , aku kena marah atau kena tegur oleh siapa-siapa ... aku simpan je dalam hati. Tau jer la, siapa aku untuk melawan ... aku ni "KULI" jer. Kalau tak ikut cakap, nanti aku dikenakan hukuman!

Aku letih ni ... banyak mende nak kena fikir, buat dan juga handle. Sampaikan anak-anak aku pon selalu gak ditinggalkan walaupun mereka TETAP UTAMA dalam hati aku.
I LOVE YOU ALL!

Dah, aku nak balik lepas seharian memandu kereta. Nanti aku update lagi!
Till then, STOP JAGA TEPI KAIN ORANG LAIN ... take care & cherio!

5 comments:

Bonekahati said...

Alah.. kenapa delete? takut orang ban blog awak ka? Atau takut sesiapa blame awak ka? Rasanya tidak kot. Saya suka sgt semua karya kat sini. Semuanya melambangkan perwatakatan awak yg sebenarnya. Blog ni mcm sebuah diari kita catat luahan hati kita. Kenapa kita perlu jadi hiporik ? Errrmmmm..... Takut sesiapa marah ka ? sabarlah jawahir, dlm hidup ni ada macam2 manusia. So pepandailah kita bawa diri dalam arus kehidupan.

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

saya delete sebab ramai yang desak saya delete ...kata mereka saya telah aibkan mereka walaupun saya tak maksudkan begitu. Kalau saya tak delete, saya tak takut blog ssaya kena ban tapi siap akan tutup periuk nasi saya ... kita ni kuli kan? kalau tak ikut, 3T sedia tunggu kita!
Anyway, thanks atas sokongan ... really need it .
Saya terkilan sebab selama hari ni tak de lak org jabatan saya nak kesah apa yang saya tulis TAPI lepas kuar isuhangat tu, meletop story tu habih kat seluruh tempat kerja ... siap ada yang create different version dari apa yang saya tulis, tokok tambah takyah citer la ...heran betul!
Anyway, thanks again.terima kasih sebab sudi baca blog saya!

Bonekahati said...

Berkata-kata yang benar walaupun ianya pahit. Tak mengapalah Jawajir, saya sgt-sgt faham situasi awak. Apapun teruskan usaha awak. Sifat & nilai murni sentiasa dilihat dalam setiap karya awak. Selamatkan mereka yg memerlukan bantuan dr awak.

p/s: cuba utk jadi diri sendiri.

Sue Ellan said...

manusia di akhir zaman tidak takut kepada ALLAH s.w.t... biar ajelah ALLAH sahaja yg membalasnya.. dan janganlah ko pong mengikut jejak langkah mereka yang MUNAFIQ/ HIPOKRIT...

Azim said...

Tuesday June 9, 2009 The Star
Zoos are torture chambers for animals

I FELT a tremendous sense of sadness and helplessness as I read the letter “Save Zoo Negara and the poor animals” (The Star, June 4). I, too, would like to relate my experience at the zoo.
My first encounter was of the elephants that were kept in a sunny and heavily cemented enclosure with very little vegetation. There was barely any water for them to splash about on that hot day.
Big birds like the hornbills were put in small enclosures. Giraffes were pacing up and down in a narrow strip. Hippos were given a small pool that can barely fit them.
Monkeys were housed in a small cage with hardly enough space for them to swing about.
The aquarium glasses were dirty and moldy. Birds were placed in a dingy and pitifully small area. The orang utans were kept in a small enclosure and they looked pretty sad. Tigers and the rest of the cat species were equally not spared.
The animals at the mini zoo in Jabatan Perhilitan, Termeloh, are going through even worse conditions than those at Zoo Negara. Animals are not given food or water when it’s the worker’s day off. This is being really cruel towards the animals and is absolutely insane.
It hurts to see these animals suffering. There is no religion which condones torture of animals.
I wonder why WWF, SPCA, Malaysia Nature Society and Sahabat Alam Malaysia are not putting in enough efforts to check on the living condition of these animals in the zoos?
Zoos and other animal “sanctuaries” are no more than “torture chambers” for the animals. They exist only to earn money from the sponsors or the operators.
HAVE MERCY,
Kuala Lumpur