Monday, September 21, 2009
Aidilfitri 1430H = 20/09/2009
Aidilfitri tahun ni agak unik dengan numeric 20092009 ...
Pada pagi lebaran, jam 7.00 pagi aku kejutkan anak-anak serta abahnya sekali .. Sarapan? dari malamnya aku dah sediakan 2 jenis rendang ... rendang ayam ( ayam pencen! ) & rendang daging. Pastu tipon mama tanyakan cara2 nak buat kuah kacang. Aku beli lemang dari kenalan di Rembau & confirmed, raya ke-2 dah settled!
Pas Solat Raya, before sesiapa mai rumah, kitorang pakat-pakat posing ngan baju baru . Bagi Amira, baju kurung dia , my sister beri ... since masih nampak baru & kena pada tema warnanya, tu la baju kurung pertama baginya! Tema Warna kitorang pada tahun ni adalah Merah HAti ...
Baju kurung tu, aku hanya pakai dari jam 8.00 pagi sampai 11.15 pagi je. Lepas dari jam tu, aku terpaksa sarung baju untuk bekerja. Oh Ya! Tahun ni aku kena kerja (kena standby! ) selama 2 hari iaitu raya 1 & raya 2. Petang lebaran ke 2 baru nak balik ke Temerloh, Pahang, since tahun ni giliran sana untuk raya pertama. Kitorang akan balik ke Kulim ( kampung aku lak! ) pada 24 hb. Kitorang akan balik ke Melaka pada 28 hb. Open house aku buat pada Raya 1 untuk orang-orang yang keja Zoo pada masa tu. Zoo mula operasi pada jam 12 tghari ... pengunjungnya ... punya la RAMAI!Depa lawat sedara-mara depa kat Zoo ni pada hari raya! hehehehe
Petang ni, nak gerak balik Temerloh sekitar jam 5.00 petang. Tak boleh nak adjust lagi sebab bekerja .. Nasib baik keluarga Mertua dah faham ngan kerja aku.
Okayla, nanti update lagi!
Take Care ... & cherio!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Selamat Hari raya. Saya singgah di Kulim to meet up with Uncle jeff & makcik Rabu lepas. Nice to see they doing pine, alhamdulillah.
Hi...lama tak dengar berita! Mama & Kak Jam ada habaq... Keluarga sihat?
Post a Comment