Friday, October 29, 2010
Dugaan ..... demi .... Dugaan
Firstly, mohon maaf sebab lama dah tak update blog aku ni. Dah bersawang pun! Bukan apa, sibuk dengan kegiatan harian , dengan baby lagi ... macam-macam!
Dugaan demi dugaan Allah berikan kepada aku sebagai hambanya ... Dugaan yang berat adalah di mana aku tak dapat untuk berada di sisi mama tercinta di kala beliau memerlukan semua anak-anaknya bersamanya. Mama didiagnos mempunyai carcinoma pada dinding uterusnya ... jadi, pada tanggal 27/10/10 lalu, beliau telah menjalani satu pembedahan untuk membuang uterus set ( sekali ovaries ) untuk menghalang kanser tersebut dari merebak / metastasis. So far beliau didiagnos mempunyai Stage 1 cancer. Doktor sepatutnya mengeluarkan lmph nodesnya sekali tetapi tidak berbuat demikian kerana masalah jantung mama yang tidak dapat bertahan lama ... Pembedahan tersebut memakan masa selama lebih kurang 4 jam. Pada saat itu juga, ahli keluarga digalakkan menderma darah untuk kegunaan mama. Aku terkilan kerana tak dapat berbuat demikian demi mama kerana I used to be a regular donor. Kakak-kakak aku memastikan adiknya yang jauh ini mendapat update yg sewajarnya sama ada secara online ataupun telefon. Aku tak dapat balik ke Kedah kerana faktor-faktor yang tak dapat dielakkan, kerana aku juga baru mulai bekerja setelah maternity leave selama 60 hari dan juga anak-anak yang bersekolah ....
Di rumah pula, aku diuji Allah dengan ujian baby aku menangis tanpa henti setiap kali selepas Maghrib. Afiq akan mulai menangis selepas mendengar azan Maghrib & akan berhenti dalam jam 10 malam ... tu pun setelah dia tertido. Suamiku pula bukan jenis yang mempercayai perubatan tradisional .... Semalam, aku bawa Afiq berjumpa dengan Mak Long ( bidan yang mengurut aku tempoh hari ) untuk membuat air tawar. Mak Long mengatakan memang ada makhluk halus yang sering menyakat Afiq setiap hari menjelang Maghrib kerana kedudukan rumah yang terkena pada laluannya. sememangnya kedudukan rumah di sini berhampiran dengan kawasan perkuburan Islam Jenderak Selatan. Alhamdulillah ... selepas dimandikan semasa waktu Zohor seperti yang diarahkan Mak Long & di tawarkan dengan "kunyit bolai" , Afiq tidak lagi diganggu semalaman ... Berat badan Afiq juga sudah bertambah dan berat terkini ( 2 bulan ) adalah 5.21 kg. Alhamdulillah!
Alhamdulillah Syukur juga aku kepada Allah kerana menurunkan dugaan-dugaan ini ... Dugaan ini menjadikan aku lebih cekal dan tabah untuk menghadapi dugaan-dugaan yang akan datang ... InsyaAllah!! Jika tidak kerana dugaan ini, aku mungkin akan berputus harapan & give-up ... Mujur juga aku mempunyai pembantu yang memahami di rumah, melayan kerenah anak-anak aku dan tidak demanding!
Akhir story, nanti aku update lagi ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment