Sunday, December 16, 2012

Family trip to Genting Highlands






Hampir sahaja blog ini menjadi blog tinggal ...penuh sawang dan debu. Mintak mahap ler sesangat...teman bizi lately...bizi ngan FB. Hehehehehehe!

Tanggal 14-16 hb Disember lalu, aku ngan anak2 dan juga bibik , telah pergi bercuti-cuti Malaysia ke Genting Highlands. This trip without my beloved hubby kerana beliau taknak balik minggu ni disebabkan Hari khamis nanti kitorang nak balik Kedah. Bebudak? Diorang enjoy ...tapi ralat sikit sebab sepanjang kitorang kat sana, kabus tebal giler!

Kitorang stayed kat Amber Court...nak habiskan points Leisure Holidays punya pasal ...ok la....duk kat tingkat 20, nun jauh ke atas!

Masa nak gerak, satu kejadian yg tak diingini berlaku ... sebuah Hilux amat teringin nak lepak atas bonet wira kesayanganku. Nasib baik hilux, kalau kereta, konpem hancur sampai enjin. Salah hilux tu sebab 1) tiada cermin sisi co driver  2) melulu reverse tanpa pandang belakang. Aku masa tu baru kuar parking sebelah dia...baru nak masuk gear 1, DUMMM!! ...dah tu takmo mengaku salah lak. bawa ke pomen berhampiran, dia bayar aku RM 200 lepas pomen tu estimate kerugian. Dia kata dia keja ngan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil ..jaga lembu VIP tersebut kat Janda Baik. Aku lak, bengong tak mintak no tipon dia...akibat terkedu insiden yang berlaku.

Walau apa yg berlaku, kami tetap teruskan perjalanan ke Genting. Suasana aman tanpa jem...tanpa panas tapi sejuk giler..!!

Hari pertama, lawat Muzium Ripley's...then main bowling kat First World .. makan lunch kat Kenny Roger's & BAPAK ramai orang kat sana! Tension aku! Dah tu, taman tema kat luar lak tutup sebab kabus tebal...



Balik, sampai JS, hujan macam chipsmore..sekejap ada & sekejap takde...

Ok la...enough dulu. Let the pictures tell everything!

Apa-apa pun...SERONOK!

Take care & cherio!

Friday, September 07, 2012

Gather2 dengan BFF during Aidilfitri 2012







Hari Raya .. kalau balik Kulim, kalau My BFF balik kpg, confirm kitorang pi gather2 ...Latest, pi makan2 kat Abang E Capati. masa tu jugak jumpa Lediugly ( Ida ) ..

Hope acara ini berterusan sampai mati!

DUGAAN BESAR 2012


                                                ~ Adib @ observation ward HOSHAS 6/9/2012 ~


                                             ~ Afiq @ observation ward HOSHAS 7/9/2012 ~


With the same symptoms i.e. unstoppable vomitting, both brothers were admitted in the observation ward at HOSHAS casualty for about 6 hours. Kesian anak-anak mama! Tetiba kena acute food poisoning ... before this dak Amir & Mira kena but both kena masa klinik GP bukak lagi. Yang another 2 ni kena masa tengah malam ...

Yang herannya, kalau food poisoning, mesti la kena serentak sebab semua makan benda makanan yang sama. Ni idak ... selang sehari. Yang penatnya adalah mamanya kerana kena drive all the way to HOSHAS. Tapi takpe..demi kesihatan anak2 mama, mama redah jer! Mama harap mereka akan sihat seperti sediakala..

Mengantuk? Toksah kata la...tido pun 2 jam je.. selebihnya hanya tido-tido ghimau. Masa Afiq admitted le dpt tido lama sket sebab dia nak ngan bibik jer. Tido kat wad pun ngan bibik. Nasib baik la dapat BOS yang memahami situasi emergency ni.

Ok la...banyak lagi nak settle.

Doakan anak2 mama ni cepat sembuh!

Take care & Cherio!

Thursday, August 30, 2012

Salam Aidilfitri 1433H







Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf  Zahir & Batin



Ikhlas :      Mohd Najib Othman
                   Jawahir Jaafar
                   Muhammad Amir Najwa
                   Muhammad Adib Najwa
                   Nur Amira Najwa
                   Muhammad Afiq Najwa

Sunday, June 24, 2012

MY BOYS ... Am Sooo proud of you guys!


Why? Because you guys are my kiddos ... You guys were brave enough to take the challenge!

Recently, my first son, Muhammad Amir Najwa was announced as the winner for the Science 's Storytelling competition. It was for the Kuala Krau Zone & qualify for the district of Temerloh's Zone . Although for the District Zone, which was held at the SMK Temerloh you just obtained the 7th place, it's all right for me because you are brave enough to tell a story named " My Journey To The Moon ", in front of the audiences.

Next, my second son, Muhammad Adib Najwa ... you are brave enough to dance & sing in front of the audiences in the district of Temerloh "Action Song ". Your school gained the 4th place in the competition although you guys should have got the 3rd place.

Here are their videos ...



Woooo Hoooo... Lama Giler Sonyappp!


Fuiiyooo...tak sangka aku lama sungguh menyepi! Bukan apa, busy giler! Mana ngan nak buat keja, nak update Facebook laa... Ketua baru laa...keja luar laa... macam-macam bende aku nak ingat & tulis! Hanya hari ni berkesempatan nak jengah blog kesayangan aku ni.

 Bulan Mei, sepanjang bulan ni aku tak lekat kat rumah...asyik kena keja luar la..kursus la...

Bulan Jun, aku sempat gak balik ke kampung masa cuti skolah lalu. Dah lama tak menjengah orang tua kat Kulim. Spent the whole week kat sana. Sempat gak bawa mama gi berubat after berjaya dipujuk. Abah & My sis minta aku pujuk mama gi berubat kat sorang Ustaz ni kat Pengkalan Hulu, Perak. Nama kampung dia Kampung Kuak Tengah. Memang REAAALLL sangat cara ustaz ni berubat orang & buang segala gangguan yang manusia biasa tak boleh nampak.Siap kebolehannya boleh membuat surgeri secara ghaib serta buat dialisis darah secara ghaib jugak. Tapi  yang slacked nya adalah, masaa untuk perubatannya adalah selepas Isyak. Manusia ramai sungguh yang kena kacau dek makhluk-makhluk halus ni. Dari serata ceruk Malaysia pi berubat kat dia.Dan, bukan dia sorang yang mengubatnya ... diorang ni satu group ahli baca kitab dengan sorang pompuan.Balik malam tu ke rumah dah jam 3 pagi...

Balik ke Pahang lak, proses pertukaran bos baru lak. Kali ni dapat bos pompuan. Okayla...so far dia tak kerek sangat dan boleh dibawa berbincang. Boileh dikatakan sporting gak macam bos lama.

Anak-anak? Hmm ... bulan Mei, Dak Adib sambut besday yang ke 9 tahun ...bulan Jun, Dak Amir & Amira sambut besday yang ke 11  & 4 tahun ... Dak Mira dah pandai minta hadiah besday ...

Ok la...nanti aku update lagi dengan story yang best-best lagi ...

Take Care you all!!

Cherio!

Friday, April 27, 2012

GILOSSS .... Giler Kerja Sungguh!

Urrmmm .... Nasib baik la hari Jumaat yang mulia ni tak kena kerja luar lagi .. kalau tak, genap 5 hari aku duk luar jer! Kesian kat my kiddos , dah la abahnya duk nun jauuuhhh kat selatan tanahair ... mamanya lak asyik kuar sokmo kerana panggilan kerja! Diorang taktau yang mamanya dah separuh mati dah ni dek kerana penat ...

Kerja kat mana? Hari Isnin lepas sampai hari Rabu, aku kena pi jengah Zoo Melaka yang pernah aku tinggalkan dulu. Ni semua gara-gara operasi menyelamat tapir yang berlangsung pada 22 hb kat Bandar Penawar. Nasib baik la senang tapir tu dimasukkan ke dalam crate oleh petugas Zoo Melaka.Kalau idak, konpem aku kena pi sana!Pergi Melaka  pada mulanya hanya nak stay untuk sehari ... pastu bila tengok keterukan kaki tapir yang patah tu, aku kena stay lagi sehari. Instinct aku mengatakan yang umur tapir tu tak berapa nak panjang ... kalau aku balik, ditakdirkan dia mati esoknya, dah nak kena datang semula untuk postmortem. Betul juga telahan aku bila awal pagi esoknya dapat sms ddari petugas kuarantin mengatakan tapir tu dah mati. Postmortem dijalankan di Bilik PM Zoo Melaka yang canggih gak tu pada sebelah petangnya. Giler sakit pinggang aku membongkok dan berdiri dalam jangkamasa lama! Nampak sangat la dah tua!

Balik dari Melaka, aku dikehendaki ke Zoo Temerloh lak untuk rawatan harimau kat sana. Masa ni la binatang tu nak sakit! Aku ni ibarat macam dah pegang Ijazah Kedoktoran Veterinar la pulak ... walhal baru diploma holder... aku ni sekarang dah jadi macam sorang konsultan yang percuma lak! Sana sini call aku tanya itu ini, walhal ada Pegawai Veterinar kat Ex-Situ HQ. Lotih den!

Okay la...pas ni taktau bila lak nak update lagi. Till then, take care & cherio!


Friday, March 23, 2012

Kursus " BETTER SPOKEN ENGLISH "



Those in the picture were the participants in the Better Spoken Engliah, a 5 days course held in INTIM
( INTAN Kemaman ) from 11-15 March 2012. A very easy going course which only has the practical seesion instead of theory. The dept participated were the ARKIB, JKJR,District office of the Hulu Terengganu, PERHILITAN, STATISTIC Dept, SPR, KKM, UPEN Terengganu , JKM, UTM and INSOLVENSI..

The first 3 days, we learnt the pronunciation and also speechwork. The Fasilitator for the session was Madam Sarimah Tamsi from INTENGAH. A very nice spoken lady. The last 2 days we learnt how to do Oral Presentation by Madam Param , also from INTENGAH

From the 5 days course, there were so many things I've learned in term of improving my speechworks and pronunciation. I also know how to READ a Dictionary, well, reading the diphtongs and others.

For all of you, If you have the opportunity to go for a course like this, just GO! You will enjoy it and learn so many things about the English Language...

That's all for now.
Take Care & Cherio!

Thursday, March 01, 2012

SKJS - Number 1




SKJS number 1 ... itu lah cita-cita dan impian warga-warga sekolah Kebangsaan LKTP Jenderak Selatan. InsyaAllah !! Demi menuju visi tersebut, kesemua tenaga pengajar, murid-murid serta PIBG sekolah tersebut kena bergembeling tenaga dan berusaha dengan lebih kuat lagi.

Anak-anak murid sekolah ini terdiri dari anak-anak / cucu-cucu peneroka Felda Jenderak Selatan dan juga anak-anak orang Asli ( OA ) dari Kampung Paya Rekoh dan Kampung Berdot berhampiran.Boleh dikatakan hampir 50 % anak-anak murid sekolah ini adalah OA. Kelas tak banyak ... Tahun 1-4 hanya 1 kelas each , tahun 5 ada 2 kelas & tahun 6 hanya 1 kelas.

Guru Besarnya pula sering bertukar ... yang terbaru adalah Cikgu Pirzan. Dia ni strict sikit & lebih berdisiplin. Sekarang kat SKJS dah kurang penggunaan tong sampah. Gambar di bawah menerangkan apa yang dimaksudkan di atas. Ok gak ... dapat mendisiplinkan para pelajar & guru. Nasib baik anak-anak aku dah ditrainkan sejak kecik lagi ttg penggunaan tong sampah.


Lagi satu, tentang ponteng skolah & merempit .... kat sini, aku bagaikan culture shocked bila nyaris eksiden dengan mat-mat rempit yang rata-rata berumur sebaya ngan anak-anakku. Dah la tunggang motor BAPAK nyer laju, takde helmet lak tu ... aku harapkan dengan disiplinnya pelajar ni dapat mengurangkan lagi budaya sebegini. Ingatlah ... Anggota badan dan nyawa kita ni TAK ADA SPAREPART untuk digantikan seperti sparepart motor.

Bebaru ni ada Mesyuarat Agung PIBG sekolah ni untuk kali ke-26. Aku ni sebenornya malas sikit nak berpersatuan gini. Infact, kat Melaka dulu tak pernah berkesempatan nak hadir. Kat sini? Hm.. dah 2 tahun berturutan aku dilantik jadi NYDP. Bukan nak gah sangat tentang kedudukan tu ... tanggungjawab berat oooo!! Tapi ... InsyaAllah ... aku akan cuba buat terbaekkk!

Harapan aku, anak-anak aku akan CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG semasa mereka belajar di skolah ni!

Ok la... nanti aku post lagi.Till then, take care & cherio!

Saturday, February 11, 2012

Balik Kampung & Lubok Jong


Went back to my hometown in Kulim from 22-26 January 2012. Brought all the kids back and we stayed at my parents house. Waaahh...speaking London la pulak!

Kitorang balik Kulim sempena CNY lepas ( macam la celebrate sangat! ). bebudak pun dah lama tak balik rumah tok & wan mereka. They seemed really enjoyed the journey although a bit exhausted. Bawa abah for a medical check-up at the Hospital Kulim but environmentaly very poor there. Tak de sistematik langsung!

Nothing much to update except photos taken masa pegi Lubok Jong in Mahang ... dah kali kedua pi mandi kat sungai sana. The stream was ...MARVELLOUS! BUT ... kat situ pun environment atas darat dia amat menyedihkan! Tandas awam, kutip RM0.30 tapi macam sial jer toilet dia....berlubang sana sini, takde air,kotor dan macam2 lagi! Nasib baik la takde lembu-lembu yang join kitorang mandi like last time....hehehehe

Ok, hope you guys enjoy the photos!

Tuesday, January 03, 2012

2012 - Selamat Memunculkan dirimu ...

Lama betul tak update blog aku ni ... aleh-aleh, dah sampai ke tahun 2012. Maknanya ... dah 7 tahun aku berblogging .. itu pun ramai yang tak sedar.

Memula aku berblog, aku suka-suka jer. Since aku begitu taksub ngan pekerjaanku bersama-sama WILDLIFE. Tapi bila blog aku menjadi batu loncatan untuk setan-setan kat luar sana untuk memfitnah serta mengutuk aku, aku mula jadi tawar hati untuk update frequentely tentang pekerjaan aku tu. Ada yang kata aku ni pembangkang laa .... nak kondem jabatan aku laa ... Come on!! Kalau aku betul-betul nak kondem jabatan aku ni, dah lama dah aku accept opsyen untuk tukar Ketua Jabatan. Aku masih sayangkan Jabatan ni dan ingin sekali melihat nama jabatan kesayangan aku ni menjulang naik ( bukan menjuling naik ! ) di mata Malaysia dan juga dunia. Aku tau memang bapak susah untuk merealisasikan hasrat aku ni ... apa yang diperlukan ada komitmen penuh oleh ahli-ahlinya dan semangat kerjasama sebagai satu pasukan ... bukannya perasaan irihati, dendam , tamak haloba , cemburu serta gah pada pangkat yang dipegang. Sedar la.. pangkat tu hanya sementara dan onpaper ... takleh bawa ke dalam kubur pun. Walaupun terma superior yang disandang , tak bermakna kata kau saja yang betul ...tak bermakna orang bawahan ni semuanya bodoh ... sedar lah!

Oklah...cukup untuk permulaan Tahun 2012.

Take care & cherio!