Wednesday, November 06, 2013

Syohhh...Syohhh....Pi jauh-jauh la wahai SAWANG...!

Assalamualaikum...




Lama betoi tak jengah blog kesayangan ku ni. Ini lah keburukan lama mesia sosial seperti FB & Twitter ... Asyik duk update sana, yg kat sini dilupakan..!

Takde apa marbelles juga yg nak dikongsikan ... cuma...

RESULT UPSR dah nak kuar... sebagai mama, aku pulak yg nebes tak tentu hala. Kata mereka 13 hb ni kuar result... sama hari ngan Hari Kualiti SKJS .. hmmm....

Towards the end of the year, I am just wondering, bila la rezeki keluarga kami akan bertambah??

InsyaAllah, tahun depan, kalau dapat tawaran yg lebih bagus, demi keluarga, akan ku gagahi jua. Ke mana? Masih belum tentu ... ( Kalau umur aku panjang la...mudah-mudahan...)

Tak sayang P**^7*5$@N lagi  ke? Well...

AKU MEMANG SAYANG SANGAT-SANGAT DENGAN KERJA / JABATAN AKU SEKARANG TETAPI ..... 

Aku rasa, ramai yang akan bersetuju ngan aku dan mereka yang bersetuju itu mengalami apa yang aku alami sekarang. ...

Buat SALAH ... tak buat KENA MARAH ...!

Aku berharap sesangat agar nama jabatan aku ni akan naik semula dalam 2-3 tahun mendatang ... takde lagi orang duk kutuk, duk komplen, macam2 perkara depa serang ... walaupun tak kena direct, tapi tempiasnya tetap ada walaupun sedikit. Kesian mereka!

Ok la ... takmo banyak2 tulis ... kalau banyak tulis kalu, mesti kena panggil mengadap lagi ...

till then, Take care & cherio!

Monday, June 24, 2013

Birthday After Birthday ....

Pada Bulan Jun, 3 orang ahli keluarga akan menyambut Hari Kelahiran masing-masing...

18 Jun



Muhammad Amir Najwa nama diberi ... Lahir pada jam 4.53 petang di Hospital Melaka..  Pada tarikh ini, genap 12 tahun usianya. Pejam celik pejam celik, dah besar anak teruna ku ini. Tahun ni juga beliau akan menduduki Peperiksaan UPSR yang akan menentukan hala tuju kehidupannya. Semoga beliau berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan itu nanti.


25 Jun























Pada tarikh ini, 2 insan yang paling aku sayangi menyambut Hari Lahir pada tarikh yang sama.

Nur Amira Najwa nama diberi. Puteri tunggal dalam keluarga kami ... lahir pada jam 5.36 pagi di Hospital Melaka. Anak kesayangan abahnya ...membesar menjadi seorang yang cerdik dan terang hati.

Tuan Haji Jaafar bin Haji Saidin ... kalau tiada beliau, maka tiada lah aku dapat melihat dunia. Abah sekarang berusia 76 tahun dan masih setia menjaga mama dengan baik. Di usia ini, beliau telah kehilangan sebatang jari di kaki kirinya akibat dari penyakit Diabetes Mellitus yang dihidapinya. Namun, itu tidak mematahkan semangat juangnya.
I LOVE YOU ABAH! Semoga abah dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki sentiasa....

Take Care & Cherio!

Wednesday, May 22, 2013

Birthday Celebration...



Diam tak diam, dah lama gak aku tak conteng2 kat blog aku ni...maklumla..segala update aku update kat FB jer..
Hari ni aku nak citer pasai sambutan besday Dak Angah yang ke 10 tahun. Dah besar anak teruna aku sorang ni.
Kitorang celebrate kat Kenny Roger's Roaster di Starmall Mentakab. Settle gak la RM 160! Tapi, anak2 nye pasal & beli makanan, aku pasrah jer.Bukan selalu pun kitorang gi makan2 ke fast food gini.

Bibik pun aku heret sekali pi makan2 except abah diorang yang kena gi keja kat Hutan Kemasul....dia kena bagi makan gajah liar yang kena tangkap. Kesian Sayang ...

All of them seen enjoyed their meal .....sampai tapau2 lagi . The restaurant happened to launch their new menu book on that dah..tapi servis dia lembap la jugak! Minta ayaq kosong sampai 1/2 jam....minta macaroni & cheese pun dekat 1/2 jam baru dapat.






Well, kat atas adalah latest gambar anak2 aku...Dak Afiq pun dah nak masuk 3 tahun this year ..Adik lagi? OOHH..TIDAKKK!! Depa 4 orang pun dah macam2 perangai! .Lagi satu budget utk beli MPV lom lagi kesampaian sebab banyak ngat komitmen...

Ok la...next time aku berblog lagi.

Take care & cherio!