Monday, September 26, 2005

What A Weekend...

Hmmm..My family & I just got back from a long journey, we went to Besut, Terengganu Darul Iman. Holiday again? Nooooo...we had to attend friendly games with the State PERHILITAN. Actually, we went there together with other representatives from Zoo Melaka Sports & Recreation Club....CONVOI..Supposed we only had a 6 hours journey BUT instead of it, we had a 12 hours journey, with two cars having problems with the back tyre bearing ( hancur! ) and the injection rotorbody problem ( keta aku ler!! ). Journey kitorang bermula dari 7 pm 23/9/05 dan sampai Besut at 7 am 24/9/05.

Malam ni dah kena bergerak ke Pulau Singa Besar, Langkawi untuk hantar Burung Merak Biru ( Pavo critatus ). Hai..letih badan..tapi dah aku seronok, nak buat camner! Rasa tak sabar nak jejak kaki ke sana semula after about 10 years tak gi sana. Last gi sana in 1996 masa buat Kajian Kemungkinan under En Mahbub UPM . My titile for that kajian was Kajian Kemungkinan untuk Membina Sebuah Restoran Terapung di Pulau Singa Besar. At that time, the island was under JPH..Now, Pulau tu dah bawah jagaan Jabatan PERHILITAN as reserved area ( Protected Area ). baju pun aku tak berkemas lagi! Dengar citernya aku kena belayar selama 7 jam dari Jeti Kuala Kedah ke Kuah, Langkawi naik kargo. Kalau naik boat penumpang , hanya 1 1/2 jam je perjalanan...Ada hikmah juga nampaknya...BOLEH MEMANCING LAUT!! yea..yea..

Okay la..got to go. See you guys on Thursday, 29/9/05 nanti!

Cherio!

Wednesday, September 21, 2005

...Hari-Hari yang PENAT GILER...
19/9/05
20/9/05
21/9/05

Tiga hari di atas merupakan hari-hari yang penat giler dalam kamus hidup aku dalam setengah tahun 2005. Rasanya masa Dr Vet bercuti tak la aku penat camni...mana taknya..hari-hari tu aku kena tackle banyak kes rawatan dalam Zoo, gi Jabatan Haiwan uruskan permit haiwan-haiwan yang akan masuk dan keluar dari Zoo ( Malayan Tapir - Tapirus indicus ) dan macam-macam lagi..uihs...rasanya Pak Lah pun tak sibuk camni...

Masa aku tulis blog ni , aku baru je habis taklimat menggantikan Dr Vet yang ke Singapura hantar Tapir dan ambil Tapir...nasib baik la Dr Vet tu kind enough nak buatkan Powerpoint Presentation untuk aku. So...aku baca je la! Pas tu buat unformally...Questions & Answers session ngan peserta-peserta Sijil Perhutanan Kepong untuk Renjer Hutan. Nasib baik ler depa ni tak banyak tanya soalan gila...hehehe...

Habis je taklimat, aku buat rawatan memerang kat Klinik...susah sikit nih!! Nak kena pujuk dulu baru memerang ni nak makan ubat biji...Dekat setengah jam aku menyuapkan ubat-ubat dia. Memerang ni terhempas pintu sangkar atas badan dia. Nasib baik dia ni takde insurans...kalau tak, banyak duit giler kalau dia buat claim! Mau taknya...claim untuk keilatan sementara...MC lagi...huihs...banyak tu! Hahaha...

Esok ada lagi sesi ngan para peserta Sijil Perhutanan tu. Kali ni theyall kena cuci sangkar di waktu pagi dan sesi petang lak...tangkap-menangkap beruk, kera & musang untuk slot tangkap pindah dan juga cara-cara membuat pemeriksaan kesihatan.Arrgghh...boringnya... dah la depa tu quite old members...

Okay la..enough for these busy days...

Cherio!

Sunday, September 18, 2005

Hmmm

Hari ni ..Sunday, 18/9/2005...aku kena ganti the other AVO untuk keje..hampeh...Hari ni takde cases but ada volunteers from Forestry Faculty in UPM. Pukul 8.30 pagi dah tercacak 130 orang... untuk my unit, aku amik 9 orang je. Kalau amik bebanyak, depa semua tak banyak keje nak buat.

Yesterday night ada case last minute...keeper kata memerang tu bergaduh tapi bila ditekan....dia ubah pengakuan dan kata memerang tu kena pintu, pintu terhempas atas badannya..so, jadik le memerang lumpuh..makan minum bersuap. Ni la kecuaian yang common kat Zoo Melaka ni.. keepers are not really alert to what they do. Dah banyak kes terjadi but they'll never learnt. Bila sakit, mati, Unit Veterinar yang jadi mangsa panahan, cacian Pengarah..Kesian kat kami..hhmmm....

Student volunteers habih at 11.00 am. Keje depa yang aku kasi adalah Operasi Mencegah Aedes dari membiak..well, it works!

Okay la..nak pi break. Cherio!

Friday, September 16, 2005

.... Minggu Sedih ....

Minggu ni..peristiwa sedih berlaku untuk semua warga Zoo..kami kehilangan seekor lagi Red Panda jantan yang selama ini tidak menunjukkan kepincangan dalam hidup dia. Setelah 2 hari tak makan, dan..setelah 2 jenis antibiotik diberi dan disuntik, dia pergi jua pada pukul 8.45 malam 15/9/05. Di akhir-akhir nyawanya, frothy fluid bercampur darah keluar dari mulutnya...Sedih wei...binatang tu valuenya adalah RM 100,000 seekor dan nak dapat punya lah susah!

Pas tu...pagi tadi, seekor lagi buaya Jejulung ( False Gharial ) mati..yang ni lak si Jantan dah teerrrlebih power sampai mati yang betina di buatnya! Dah 2 ekor mati angkara si jantan yang 13 kaki panjang tu!Kesiann....

Dua hari lepas, aku berulang ke UPM kerana bawa Red Panda tu..dapatla jumpa juniors dan juga lecturer yang pernah mengajar aku dulu..Well Intan Nazrahayu..your pop quiz tu nanti la aku jawab..

Minggu Depan, exchange program between SZG & Zoo Melaka akan berlangsung..kesian Minah, aku tak jadi pi sana last minit sebab Bos suruh Dr Vet gi. Bos suruh aku gi Pulau Singa Besar next week gak!

Aku maybe ikut team Bolasepak Zoo Melaka gi Terengganu untuk friendly game ngan PERHILITAN sana.Jalan lagi....

Rezeki aku sefamily melimpah ruah bulan ni...aku dapat 7 tangga kenaikan gaji, suami aku lak dapat naik pangkat ke G17 dan juga dapat Khidmat Cemerlang...ALHAMDULILLAH...

Okayla..enough for today, nak gi JPH Melaka untuk uruskan permit import / eksport Tapir.

Cherio!

Wednesday, September 14, 2005

NICKY
Dah lama tak update blog ni.Hmmm..been busy lately.Pas ni nak kena gi Pulau Singa Besar, Langkawi untuk gi hantar Merak Biru yang nak dilepaskan di sana.Nasib baik tak kena gi Singapore...Kalau tidak, letih giler!
Yesterday, masa baca blog Aida at Channel 11.5, ternampak lak blog address untuk Intan Nazrahayu....same batch with us masa kat MRSM Beseri.Dah matang pun dia! All this while baru tau yang anak kecik yang menyanyi lagu Anuar Zain tu anak dia! Maklumla..mak dia tulis lirik lagu Anuar Zain tu...
Semalam gak, our celebrity, si Nicky tu ada shooting Majalah 3. Dah petang baru datang ! Si Nicky ni lak tak suka bebenor ngan kamera....ada ke kamera tu nak diterkamnya!! Bila berjaya pujuk, dia siap menjeling katy kamera lagi....Semalam dah vaccinate dia dengan FRCPV ( 4 + 1 vaccine ) .Pas ni kena booster lak a month later.
Balik rumah, betapa senangnya hati sebab husband tersayang secara volunteer nak masak nasi goreng sebab dia tengok isterinya sibuks the whole day. At first aku nak beli ja...dia tak nak..Julung-julung kali dia nak masakkan untuk family...Masa makan..not bad nasi goreng dia, cuma kurang rencah je..overall, ALHAMDULILLAH..dia nak masak pun dah besar Rahmat!
Hari ni, incharge klinik sebab Dr Vet cuti...before dia cuti, agenda aku telah dipenuhkan..Enough for today rasanya..
Cherio...

Tuesday, September 06, 2005

Celebrity Month!


Yesterday tak tulis blog sebab terrrlalu sibuks, meeting, rawatan dan lain-lain lagi. Penat giler..Hari ni (2/9/2005) pagi, Datul Jamaludin Jarjis, Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi serta family datang melawat Zoo especially Nicky. Petang lak, ada mesyuarat keeper.

Yang ditunggu-tunggu....3/9/2005 pagi, gi PD setelah dijemput oleh my sis untuk bercuti merangkap second honeymoon after 5 years of marriage. Diam tak diam dah 5 tahun aku mendirikan rumahtangga...mmm...apa yang spesel lagi? Kedua-dua anak aku sampai taknak kuar dari swimming pool...naik biru muka menahan kesejukan...mana taknya, dah 2 bulan aku tak bawa diorang gi swimming.Biarla mereka swimming sepuas-puasnya!

Balik dari PD ..a busy week ahead. Semalam, aku kena soung bertalu-talu oleh pengarah dalam tipon sebab tak kunci pintu klinik..sedangkan masa tu ada yang belum balik. Pagi tadi semua orang klinik kena mengadap dia..apa lagi, tadah je la telinga tu nak mendengar leteran dia. Lepas berleter, dia ada meeting ngan TKP PERHILITAN kat Bilik Gerakan. Aku? Lepas tu kena buat postmortem Rusa Bintik ( Axis Deer ) yang mati akibat stress dikejar. Aku dah laporkan kat Bos apa yang berlaku semalam supaya lepas ni aku tak kena leter lagi.

Hujan selebat-lebatnya pagi ni. 8 & 9 bulan ni dah nak kena bawak Nicky gi Star Celebration kat Shah Alam....tak tau lagi siapa yang nak kena accompany dia.

Ni nak pi minum..redah je la hujan tu. Next time sambung lagi...Cherio!