Tuesday, September 06, 2005

Celebrity Month!


Yesterday tak tulis blog sebab terrrlalu sibuks, meeting, rawatan dan lain-lain lagi. Penat giler..Hari ni (2/9/2005) pagi, Datul Jamaludin Jarjis, Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi serta family datang melawat Zoo especially Nicky. Petang lak, ada mesyuarat keeper.

Yang ditunggu-tunggu....3/9/2005 pagi, gi PD setelah dijemput oleh my sis untuk bercuti merangkap second honeymoon after 5 years of marriage. Diam tak diam dah 5 tahun aku mendirikan rumahtangga...mmm...apa yang spesel lagi? Kedua-dua anak aku sampai taknak kuar dari swimming pool...naik biru muka menahan kesejukan...mana taknya, dah 2 bulan aku tak bawa diorang gi swimming.Biarla mereka swimming sepuas-puasnya!

Balik dari PD ..a busy week ahead. Semalam, aku kena soung bertalu-talu oleh pengarah dalam tipon sebab tak kunci pintu klinik..sedangkan masa tu ada yang belum balik. Pagi tadi semua orang klinik kena mengadap dia..apa lagi, tadah je la telinga tu nak mendengar leteran dia. Lepas berleter, dia ada meeting ngan TKP PERHILITAN kat Bilik Gerakan. Aku? Lepas tu kena buat postmortem Rusa Bintik ( Axis Deer ) yang mati akibat stress dikejar. Aku dah laporkan kat Bos apa yang berlaku semalam supaya lepas ni aku tak kena leter lagi.

Hujan selebat-lebatnya pagi ni. 8 & 9 bulan ni dah nak kena bawak Nicky gi Star Celebration kat Shah Alam....tak tau lagi siapa yang nak kena accompany dia.

Ni nak pi minum..redah je la hujan tu. Next time sambung lagi...Cherio!

No comments: