Monday, November 28, 2005

8 TIPS ATASI FOBIA

Interesting topic...kan?

Well, dalam dunia ni...tak semua orang tu berani. Mungkin diorang cuma berlagak dan hipokrit bila dicabar oleh si Polan untuk membuat sesuatu yang dia sendiri tak berani buat. Anda pernah mengalami nasib begini? Kat sini saya coretkan 8 tips yang menarik untuk atasi phobia kata orang putih...fobia taua ketakutan kata orang melayu. Tips ini saya dapati menarik untuk dikongsi semua apabila saya terbaca di dalam Majalah REMAJA keluaran Januari 2005. Walaupun dah agak berusia, saya masih membaca majalah-majalah seperti ini...bukan perasan awet muda but banyak topik-topik menarik dan tips yang berguna di dalamnya. Here are the tips :

  1. Kenalpasti punca sebenar anda berada di dalam keadaan takut tersebut. Pasti ada satu pengalaman silam yang membuatkan anda mengelakkan diri dari berada di dalam situasi atau berhampiran objek tersebut.
  2. Berehat dengan fikiran yang tenang. Belajar bagaimana untuk berehat dan menenangkan fikiran. Contohnya , tarik nafas sedalam-dalamnya dan tahan selama lebih kurang 5-6 saat. Kemudian, hembus keluar perlahan-lahan.
  3. Senaraikan semua objek / situasi yang anda tidak suka untuk menghadapinya. Contoh , anda takut suasana gelap. Kemudian, tulislah apa objek yang anda takut seperti lipas, rama-rama, ulat dan sebagainya.
  4. Semak senarai tadi dan kemudian mulakan 'bertenang' dengan perkara-perkara yang paling kurang menimbulkan kebimbangan kepada anda sehinggalah habis kesemua senarai yang dibuat. Bayangkan anda berada di dalam situasi tersebut dan kemudian cuba tarik nafas dan hembus seperti para ke- 2 di atas dan cuba tenangkan fikiran.
  5. Anda boleh juga semak senarai yang dibuat tadi dan bayangkan anda berada di dalam situasi yang akan menyebabkan anda fobia sambil berlatih untuk menenangkan fikiran dan merehatkan diri.
  6. Lakukan semua perkara yang menimbulkan fobia pada anda atau bayangkan situasi fobia anda sambil berlatih menenangkan fikiran.
  7. Luahkan kesemua perasaaan yang anda alami ketika menhadapi perasaan fobia seperti " saya akan mati " ataupun " saya tidak boleh bernafas ". Sebaliknya tulislah juga alternatifnya seperti " saya tidak akan mati " atau " saya boleh bernafas " ataupun " saya boleh berehat ".
  8. Dalam kehidupan realiti, letakkan diri anda di dalam situasi yang kurang menimbulkan kebimbangan dalam senarai terakhir dan berlatihlah merehatkan diridengan tenang seperti yang anda bayangkan. Tanamkan dalam diri anda dengan pelbagai alternatif dan positive thinking yang dapat membantu menenangkan keadaan anda pada masa tersebut.

Dapat tips tu? Tips ini amat berguna ...amalkan...mudah-mudahan perasaan fobia TIDAK LAGI wujud dalam diri anda semua.

Well guys, right now, I am still counting days towards meeting my GOOD FRIENDS next month...

Take care & Cherio!

2 comments:

Anonymous said...

ooo wahir.. kalu seme x phobia dah, x laku le fear factor heheheh k hope 2 c u nxt mth!

Mrs O said...

weyy wahir ko nie ada phobia aper2 tak?? taula ko paling macho kat mrsm perlis tuh ..[hewitttttt...

me too..counting days to hug u...
-minah-