Saturday, November 19, 2005

KRONISME

Apa itu kronisme?
Well.....itu lah hakikat yang melanda, bukan sahaja di sektor kerajaan, sektor swasta dan agensi-agensi lain terlibat. Tidak dinafikan di dalam jabatan-jabatan kerajaan , ada di antaranya sarat dengan kronisme antara pegawai dan kakitangan bawahannya. Mereka ini ingin menunjuk " AKU YANG BERKUASA...PANGKAT AKU LEBIH TINGGI DARI KAU...APA YANG AKU KATA ADALAH BETUL...ARAHAN AKU MESTI DITURUTI TANPA ALASAN ". Mereka ini membentuk kroni atau kumpulan mereka tersendiri demi menjaga reputasi atau pangkat tanpa menghiraukan kakitangan bawahan yang tertindas. Bagi ahli kumpulan, mereka ini cukup bertuah jika pandai membodek, air-cond kan Si Ketua...akan dilayan dengan baik dan bermulut manis sedangkan bagi yang bukan ahli serta golongan tertindas, hampeh ...dimaki,dihamun,dicerca serta diugut... salah sedikit, digemburnya satu tapak perumahan serta diugut untuk dibuang kerja. Mereka-mereka ini tidak menghiraukan apa masalah orang bawahan ataupun welfare mereka...Cuba la fikirkan....jika dibuang kerja, apa kah yang akan disuapkan kepada anak bini di rumah.. Kengkadang tu aku kesian melihatkan mereka yang tertindas dan ingin menghulurkan bantuan sekadar yang termampu tetapi...sekarang, aku sendiri pun mengalaminya...mangsa keadaan...

Di Malaysia ni, ada undang-undang yang adil dan saksama. Oleh itu, bagi mereka-mereka yang terasa ditindaskan akibat kronisme...pergi lah ke Biro Pengaduan yang ditubuhkan oleh kerajaan...Jabatan Buruh pun ada kat Malaysia ni yang boleh membantu.

Apa-apa pun..yang utamanya...pegang prinsip " aku tak kacau periuk nasi kau; kau jangan kacau periuk nasi aku "...buat kerja dengan ikhlas dengan niat yang difokuskan untuk nafkah anak bini...InsyaAllah..Allah Maha Mengetahui dan sentiasa memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya...Amiiinnnn...

Well guys, Cherio!!

No comments: