Monday, March 27, 2006

CUTI-CUTI MALAYSIA ....again...

Hi guys... going off for a 3 days & 2 nights holidays at the Kemang Island Resort in Port Dickson tomorrow. Decided to go for holidays and bring along the kids .. plus the maid.. after been working for the past three weeks non-stop. Tension woo....my brain pun nak relax gak, sesambil bawak the kids mandi laut and also mandi pool..
Last Saturday, we went to "Pameran Alam Misteri" at Bastion House, Banda Hilir, Melaka. The cost for an adult was RM 3 and children RM 1.. Takde apa yang best sangat macam digembar-gemburkan di dalam akhbar, cuma makhluk jenglot dari Indonesia tu aja ( sepasang ) yang best sikit. Yang lelain tu, seperti burung cenderawasih , common for me and hari-hari tengok kat Zoo Melaka ni. Others, tulang Gajah Purba ( rasanya mammorth ).. quite besar , the elephant's semen ( fossilized ) and banyak tulang-tulang dang fossil-fossil haiwan purba. Then, after find it tak cukup interesting, kitorang pun jalan-jalan sekitar Bangunan Merah dan melawat muzium-muzium kat situ. My Maid? Well... dia tak ikut sama... aman dunia! hahahaha...
Walaupun esok dah nak bercuti, macam-macam keje bos suruh buat today & minta settle before next week. Hai.... maunya tak tension!
Okay la..nanti balik bercuti kita sambung citer. How I wish dapat join SPKG MRSM Beseri, Perlis for their gathering... Takpa..ni annual punya event, I'll try to join them balik maktab next year..
Take Care & Cherio!

Friday, March 24, 2006

BOWLING TOURNAMENT

Wahir masuk bowling tournament?...Mesti ramai yang tertanya-tanya and even kaget, Wahir ni dah buang tebiat ke? Heh..heh... Bidan terjun je... Kelab Sukan & Kebajikan Zoo Melaka telah sudi mensponsorkan fee untuk Kejohanan Bowling anjuran MAKSAK ( Sukan antara jabatan Kerajaan ) .Hushhh... MASAK jadiknyer! Kejohanan tu berlangsung semalam, 23/3/2006 dari jam 3.15 petang hingga 8.15 malam. Kena main 6 game semuanya.Giler! Dah 2 tahun tak membowlingkan diri, tup..tup..suruh masuk tournament! The best I got for score was 148.. and total semua 6 game hanya 746. Jadik ler untuk 2 tahun tak main .. Dah naik pitam kat lane plus the hypoglasemic reaction sebab hanya makan jam 10 pagi waktu rehat jer. Pas tu lunch tak amik, hanya at 5.00 pm makan 2 keping sandwich telur. Nasib baik pihak penganjur sediakan bihun goreng for dinner semasa game yang last. Rasa nak tercabut tangan....
Natijah dari tournament tu, got to know others from different Jabatan Kerajaan sekitar Melaka yang mana semuanya terrer giler. The PDRM teams ( A-E ) conquered all the awards..diikuti dengan Jabatan Pendidikan Melaka. Zoo Melaka amongst the last place but OKAY la untuk first time joining in.
Well... nanti boleh la ajak ANSERI anjur bowling antara ahli lak...
Take Care & Cherio!

Saturday, March 18, 2006

Buaya oh Buaya...

Just came back yesterday from Pantai Cinta Berahi .. somewhere, the most beautiful beach in Kelantan ( east coast of Peninsular Malaysia ). Bukannya pi suka-suka... tapi pi pasai nak amik buaya julung-julung ( False ghavial; Tomistoma schlegelii )sebanyak 3 ekor , nak bawa ke Zoo Melaka. Found out I have to go for outstation duty the day before by my Director.

Kitorang bergerak dari Zoo after semua barang kelengkapan dah lengkap at about 9.00 am 15/3/
06... what a great journey since someone like myself, travelling dengan lori 3 tan. Yang pergi adalah myself, a driver and a keeper ( croc's keeper ) . Pergi pun bukannya kosong, have to monitor a cockatoo as the exchange for the ghavial..

Sampai KB at about 9.00 pm.. Wow!.. a very long journey! Sakit pinggang tak tau nak habarq laa... Terpaksa banyak berenti sebab bawa binatang kena make sure dia safely arrived, hidup. Checked-in kat HB Villages di PCB, nearby the Perdana Beach Resort. Nasib baik la Pak Hussain Berlada ni murah hati menyediakan chalet kat kitorang. For dinner, kitorang pada mulanya nak pi makan kat seafood restaurant nearby sebab semua dah keletihan. Samapai ja kat restaurant tu, sekor anjing menyambut kedatangan we all... terdetik gak, apsal semua orang kat restaurant tu pandang kami semacam jer... apsal lak hanya golongan Cina & India jer jadi pelanggannya.... hmmm...kitorang pun, apa lagi, start lori & pi cari tempat makan kat tepi pantai la...

Had dinner kat salah satu gerai kat tepi pantai.. seafood...YUMMY! Order sayur campur, nasi goreng cina air kelapa and the main course, Ikan Siakap Steamed.. ( kat menu gerai tu tulih : Ikan Siakap Masak Sting ).. pas tu amik 4 cucuk udang gorang tepung dan 2 ekor sotong sepanjang 5 inci goreng tepung.. hhhmmmm... tidur kekenyangan malam tu!

Pagi esoknya ( 16/3/06 ), Pak Wan ( Penyelia kat HB Villages ) bermurah hati meminjamkan kitorang van Nissan Vennette C22 untuk kitorang gi ke Bandar Kota Bharu. Pastu dia siap belanja Nasi Dagang yang sedap lagi murah kat nearby stall. Bayangkan, nasi dagang sepinggan with kari ayam 3 ketul isi for RM 1.50 je.. gila babas punya murah! Pas breakfast kitorang gi Pejabat PERHILITAN Kelantan kat Wisma. Lepak ngan Pengarah dia, En Pazil for an hour dan pas tu gi shopping kat Pasar Siti Khadijah. Beli baju batik kapitan & baju the kids kat rumah. Baju budak dapat la sorang 3 pasang ( plus baju Power Rangers ! ) dan kapitan for me and my maid sorang 2 pasang. Then beli TOTO / Narita kain macam kulit jaguar for RM 55.00 ( Queen size + cadar ). Baju Najib beli lah jugak.. tapi dia punya susah nak dapat size t-shirt yang besar. Semua free size dan sizes like M & L je. Agaknya orang Kelantan semuanya kecik-kecik saiz badannya kut! Camner pun, beli la jugak 3 t-shirt & sepasang shorts + t-shirt. My Husband ni tak suka baju kemeja... apa lagi nak pakai kemeja berbunga atau batik! Turun tingkat bawah pasar, borong keropok ikan 13 bungkus. Lastly, beli buah mangga 3 kilo RM 10.00. Tuuu... dia... tu baru kat Pasar Siti Khadijah, belum lagi gi Rantau Panjang! Okay la... next trip kalau nak ke Kelantan kena spare RM 500.00 ke RM 1000.00 baru syok shopping~ sambil menyelam minum air...

Tangkap Buaya Julung-julung at about 3.30 pm sebab cuacu panas giler kat sana. Siap masukkan transponder ID and buat sexing lagi kat situ!. Habis loading kat dalam lori at about 6.00 pm and bergerak balik ke Zoo Melaka at 6.15 pm. Saja je jalan malam sebab sejuk... tak yah berenti banyak kali untuk siram air. Sampai Zoo at about 8.30 in the morning. Huh...penat yang amat sangat plus sakit pinggang. Dah la tido tak cukup. Nasib baik dapat excused dari Peg Vet untuk balik tido!

Petang, at 4.30 pm, Nizar & Apitt datang jumpa I kat Zoo... saja bawak anak dia jalan. Dia masuk Zoo Siang & Malam. Jamu dia dinner Nasi Ayam Singapore yang famous kat sini. Malam kena kerja sebab my duty week... Balik rumah at about 11.00 pm... mandi & terus tido keletihan!

Well guys, tu la rentetan yang dapat dikongsi bersama jika I gi outstation. Hope you all enjoy membacanya...

Take care & Cherio!

Monday, March 13, 2006

8 jenis Seksaan yang menimpa WANITA

Came across this good article few days ago...given by my collegue.

Artikel ni adalah mengenai 10 jenis seksaan yang menimpa golongan WANITA yang diperlihatkan kepada Rasulullah ( s.a.w. ) ketika melalui Peristiwa Isra' dan Mikraj. Peristiwa ini membuatkan Rasulullah (s.a.w) menangis setiap kali mengenangkannya.

Seksaan yang dapat diperlihatkan dalam perjalanan Baginda adalah :

1. Perempuan yang digantung dengan rambut, dan otak di kepalanya mendidih
- mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain
2. Perempuan yang digantung dengan lidahnya, tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak
panas dituangkan ke dalam kerongkongnya

- mereka adalah perempuan yang suka menyakiti suami dengan kata-katanya
3. Perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam
kerongkongnya

- mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya
4. Perempuan yang diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ekor ular
dan kala jengking

- mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak
berwuduk dan tidak mahu mandi junub.
- mereka sering keluar rumah tanpa mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi iaitu
tidak bersuci selepas habis haid dan nifas
5. Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala
- mereka adalah perempuan berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain
6. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari Neraka
- mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang lain meliohat akan
perhiasannya
7. Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai
- mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta
8. Perempuan yang rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam
mulutnya dan keluar melalui duburnya

- mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain

Well guys... kalau dikaji semula peristiwa-peristiwa yang telah diperlihatkan kepada Rasulullah ( s.a.w ) di atas, kaum wanita mempunyai tanggungjawab yang berat untuk dilaksanakan.
Peringatan kepada kengkawan pompuan yang telah bersuami khasnya serta yang belum bersuami amnya...jaga tingkahlaku dan peradaban korang. Semoga kita sesama TIDAK BERADA di dalam golongan di atas...AAAAmmmiiinnn...

Take Care & Cherio!

Thursday, March 09, 2006

SAMAN OH SAMAN...

Mengeluh kena saman??....Sama la kita.
Yang paling tak puas hati ialah...PDRM seolah-olah nak menganiaya rakyat Malaysia. Pasai apa aku cakap camtu? Well...cuba fikirkan....

Senario 1 :
Surat saman dialamatkan kepada aku telah diterima pada 13/2/2006, registered tapi masa terima dah terkoyak dan terbuka. Bila kena saman? Saman halaju tu adalah untuk tarikh 20/1/2005..lebih setahun dah! Tempat disaman.. KM 302 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara.Hadlaju 90 km/jam tapi suami aku pandu 114 km/jam. Kompaunnya RM 150.00. Dah bayar dah!

Senario 2 : Abah aku kat Kulim lak kena saman dengan kereta veteran dia kat KM 8, Jalan Lunas, Kulim. Ini untuk saman halaju gak. Macaman tak kata aniaya rakyat....saman tu adalah pada 23/2/1999, sampai la ni tak terima surat kompaun pun...tapi dalam internet bila check, ada tercatat. Kompaun dia RM 110.00. Bayangkan...dah 7 tahun masih tak hantar surat kompaun lagi. Kesian kat abah! Berapa laju sangat la orang tua boleh pandu kereta...dah tu kereta veteran AAD 260 Toyota Corona 1.6 GLS tahun 1978 ?

Pas ni tah sapa-sapa lak yang kena saman tapi tak dapat surat saman pun. Awat kat orang lain boleh sampai surat ber-register ( Kepala Atuk Dia! Register pun boleh terbukak! ) tapi kat abah aku dia tak leh hantar? Nak tunggu dia mati baru surat saman sampai? Iskh...iskh...dah takdak duit sangat ka Polis Trafik ni?

Apa-apa pun, la ni PDRM dah tak terima rayuan untuk kurangkan saman. Pada sesiapa yang memandu, HATI-HATI di JALAN RAYA....nanti kalau kena saman, lepas korang mati baru dapat surat kompaun tu.

Take Care & Cherio!

Saturday, March 04, 2006

Haaa..Haaa...Baru nak UPDATE blog!!




Ha..ha..ha...for a month blog aku ni asyik citer yang sama jer...tentu korang yang baca dah boring, kan?

Sebenarnya aku ni kan busy...oncall duaplohpatjam...dengan cuti lagi, balik kampung, server down,bla..bla..bla.... Iskh, banyak sungguh alasan aku ni. Anyway, ni aku update dah.

Hari tu aku balik kampung, jengah mama dan abah kat Kedah.Abah sihat, cuma mama jer yang tak berapa sihat. Tumit kaki dia dan lutut sakit, biasa ler..sakit orang tua! Anak-anak dan orang gaji aku yang paling happy. Mana taknya, orang gaji aku dapat balik kampung seminggu dan anak2 aku lak dapat jumpa wan dan tok depa kat kampung. Yang tak bestnya, towards nak balik Melaka, Si Adib lak demam panas yang teruk...pergi kat Klinik Pakar Kanak-Kanak kat Kulim pun tak jalan. Dia bagi antibiotik tapi batuk dan demam Adib makin teruk hingga suhu badan cecah 40 C dan bukannya makin baik.Last-last aku campakkan antibiotik dia dan aku pi farmasi beli Amoxycillin antibiotic. Alhamdulillah...baru makan 2 hari, demam dan batuk dah kebah. Rasa rugi lak gi Pakar dan spent RM 98.00 utk 4 jenis ubat tapi last-last aku kena beli ubat / antibiotik yang harganya hanya RM 4.00 sebotol...iskh..iskh...rrrruuuugggiinyaaa!!

Aku tabik sping kat kawan aku Aida Yurani yang bertekad nak kuruskan badan dalam 3 bulan ni..Syabas!!
Ni mesti ada apa-apa ke? Or...the BIG OCASSION is going to arrive soon??

Okay la..nanti aku sambung lagi bila berkesempatan....

Take Care & Cherio!