Thursday, February 05, 2009

Turning 34 TODAY... HAPPY BIRTHDAY to ME!


Diam tak dia, umur aku dah naik setakuk, dah jadi 34 hari ni. Ya ..... Happy Birthday to ME! Alhamdulillah, umur aku panjang lagi & dapat melihat anak-anak aku membesar. Yang sedihnya hari ni, aku menyambut ulangtahun tanpa suami tersayang disisi. Najib tak dapat balik minggu ni sebab ada kerja luar. Sepanjang 7 tahun hidup bersama, Najib tak pernah takder masa hari lahir aku. Masuk tahun ke-8 pulak dia tak dapat balik. Kerja luar? Dah bos dia suruh, nak buat camner ... untuk cari rezeki kami sekeluarga. Jangan dok pi menggatal ... sudah! Sendiri mau ingat laa ..... ! Anak-anak kat rumah masih perlukan seorang ayah di sisi & aku juga perlukan seorang suami di sisi untuk menyokong kehidupan aku1 Untuk suamiku ... Mohd Najib bin Othman, THANK YOU for being a GOOD father to the kids & a responsible husband to me.
I
LOVE YOU
always!

Menempuh usia 34 tahun ini, banyak betul dugaan dan cabaran yang kena aku hadapi .... kena jadi driver setia for the kids, fetch them after school & also send them to school. Lagi, kena menanggung jawatan seorang DR. VET although I'm not qualify for that job ( aku ni hanya Asst Vet jer! ). Badan pun dah sakit-sakit sebab lack of rest. My asthma dah menyerang aku setiap malam. Dulu , just cukup dengan Ventolin 4 mg sekali sehari bila perlu BUT now, kena Ventolin 4 mg setiap malam plus inhaler lagik before tido. Kalau tak, memang tak dapat nak tido sebab asyik batuk jer! Sakit pinggang? Tak payah nak cakap ler ... physically orang akan nampak aku ni macam sihat wal'afiat, dengan bentuk badan yang besar TAPI SEBENARNYA, aku sedaya upaya melawan sakit aku tu! Setiap malam aku berdoa ke hadrat Ilahi supaya berikan aku kekuatan untuk melawan penyakit tu, dengan keadaan aku sekarang ... Aku masih punyai anak-anak yang masih kecil dan perlukan aku di sisi mereka kerana abah mereka berjauhan dengan mereka. Memang betul, kengkadang mereka terkena tempias marah aku sebab terlalu penat, dan mereka buat perangai ... tapi hakikatnya ... mereka ni anak-anak aku, darah daging aku & AKU SAYANG MEREKA!

" YA ALLAH, berikan aku kekuatan dan semangat untuk meneruskan percaturan hidup ini, murahkan lah rezeki aku dan jauhi lah aku dan keluargaku dari segala musibah "

.... Ammiiiinnnnn ......

Happy Birthday to ME!

3 comments:

Anonymous said...

hepi birthday Wahir.. jadi kat ruangan tepi kanan tu.. tak leh la tulis "I'm a dedicated Assistant Veterinary Officer at the zoo, aged at the early 30's who loves animals"... kena tulis mid 30's la kan..hehehe

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

Thanks Abg Dimas...InsyaAllah akan ditukaukan!
Bila nak balik Mesia ni??Dah dapat aweks Thai yang cute ker??

Anonymous said...

insya Allah.. hujung tahun ni balik la.. aweks... heheheh takde la.. tak sape nak kat i nih...