Sunday, April 05, 2009

Update yang tak Lengkap!

Hi ALL,

Coretan ini adalah sekadar update tetapi tak lengkap.Nanti akan dilengkapkan bila internet kat Klinik aku dah ok semula.Upload gambar pun lepas internet ok sebab ni aku tumpang PC Peg Vet yang kosong. Nasib baik dia ada wireless.

Kitorang balik dari bercuti di Langkawi pada 18/3/09. Pastu lepak kat Kulim sampai Sabtu. Hari Ahad lak, aku dipanggil untuk bertugas sebab ada beruang yang collapsed kat sangkar. Aku masuk tugas dari 9-12 tghari je.Tak kose aku nak lelama!

Masa kat Langkawi, aku gembira tengok anak2 aku enjoy. Kitorang gi Cable Car, Oriental Village, Bird Park UWL dan jenjalan pekan Kuah. Hotel? So far aku puas hati walaupun apartment 2 bilik tu bayarannya agak mahal iaitu RM 300 semalam.Dah tu air-conditioning kat bilik utama lak buat hal .... gas habih! Tapi overall ... makanan & layanan ok! Pool dia by-the-sea, memang lawa pemandangan. Sepanjang kitorang kat sana, time tengahari je, hujan ribut kat pekan Kuah. Tension betul! Managed untuk jumpa kengkawan aku, Ariati, yang keja kat UWL. Pastu dengan effort sikit, aku pi jumpa lak kawan aku yang dah lama tak jumpa ... she was my ex-schoolmate masa di SNC , iaitu Dr REET KAUR SANDHU. Masa tu dia ada Kursus Induksi KKM di Aseania Resort. Aku tengok maid aku pun enjoy sebab ni dia punya first time pi Langkawi. Aku sampai balik kat rumah Kulim at 12 midnight. Yang lambat tu bukan apa, Najib jumpa kawan dia kat Perlis .... siap ajak makan malam sekali!

Nanti aku upload gambar, tapi tak semua laaa .. sesiapa nak tengok banyak lagi, pi la tengok kat FB aku. Maybe aku akan upload semua gambar percutian aku tu.
Last week, aku amik periksa PTK lak kat IBD. Aku tido kat rumah MIL aku. Balik dari situ, Najib lak ada Periksa Khas dan pastu dia kena masuk hutan dari 8-18/4/09 kat Taman Negara Pahang untuk kawalan kuatkuasa.Tinggal la aku & anak-anak kat Melaka. Dia balik pun nanti masa hujung bulan.

Okayla ... enough untuk update sesikit.Lenkali tulis lagi.

Till then, take care & cherio!

No comments: