
Monday, February 26, 2007
CERIA disebalik DUKA...

Thursday, February 22, 2007
Sad News of the Early 2007
Nak pergi ke klinik biasa, orang yang menunggu sampai melimpah keluar klinik, so merayau la ngan hubby & kids ( without the maid ) nak cari klinik yang buat ultrasound and of course mestilah doktor tu pompuan.
Citernya camni, on the 19 th February, had a major bleeding but for just that particular night only. MasyaAllah... macam darah nifas la pulak punya banyaknya! But both my hubby & I alhamdulillah tak panic. Tak gi hospital pun ! Masa masuk toilet, ternampak macam ada ketul darah jatuh tapi tak sempat nak tahan dari masuk lubang tandas, so bermula la perasaan was-was. Cuti tahun baru, rata-rata klinik pun bercuti, so diamkan je ... treat macam period biasa je. Semalam baru gi buat ultrasound. My urine check masih lagi positif untuk preggy but bila scan, tak nampak apa-apa ketulan & by right in 8 weeks of preggy sepatutnya dah ada sedikit rupa bentuk.So, the doctor asked me to wait for a week before doing the urine test again ... if still positif, dia soh buat ultrasound again.. but for me, it is a miscarriage ! Takper.. nanti try again! Yang ralatnya, memang we expected to have the newcomer in this family ... dah plan macam-macam untuk dia. Nak buat camner, takder rezeki. Maybe foetus tu ada masalah therefore dia gugur dengan sendirinya.
Well, tak boleh nak buat benda-benda lasak sangat for the time being ... buat yang ringan-ringan jer.
Till then, take care & Cherio!
Wednesday, February 14, 2007
OPERASI TAPIR KAT KUANTAN 12/2/2007

Hi all ...
Just came back from a Tapir rescue at Sg Soi, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Dia ni betina and now dah hantar ke Pusat Konservasi Badak Cipan di Sg Dusun, Selangor Darul Ehsan.
Received an order from my bos at 10.30 am 12 February 2007 ( Monday ). Ada anggota PERHILITAN Kuantan telefon dia ... minta selamatkan seekor tapir betina , full grown adult jatuh ke dalam perigi yang penuh dengan lumpur sedalam 12 kaki. Masa gambar di atas dirakamkan, tapir tu dah penat... terlalu penat ... kitorang suspect dia ni pregnant. Dasar jantan keparat ... dibiarkan tapir tu cari tempat beranak sesekor ... dah la dibuntingkan ...iskh!iskh!
Anyway, we managed to get her out . Our team arrived at the site at about 5 pm, bergerak dari zoo at 12 noon. Hujan lebat & gerimis di sepanjang jalan highway Segamat-Kuantan. Sebaik sampai, Dr Vet dari HQ dah ada kat sana & kita pun mulakan operasi menyelamat. Kitorang terpaksa minta back hoe korekkan tebing perigi tu untuk buat path bagi tapir tu masuk ke crate. Tenaga kerja dah la tak ramai .... Lastly, dapat naikkan dia without guna any tranquilisers at about 7.00 pm. Penat giler ... dah la team tak makan lunch, hanya makan roti jer dalam perjalanan.
Bergerak balik ke Melaka after having our lunch-ner at Ilham Tomyam, Kuantan on the way back .. semua yang ada punya la pelahap ... makan tak ingat dunia! Kitorang share bayar RM 71.00 semua sekali! Pastu kitorang berpecah, kenderaan Hilux yang bawa tapir tu gerak terus ke Sg Dusun bersama 3 ahli and pajero yang I drive balik ke Melaka dengan 5 ahli ( including me! ). Balik ikut Temerloh-Triang sebab nak elak Lori Balak. Sampai Melaka at 1.30 am 13/2/07. Nasib baik tak rempuh sekatan polis yang dibuat dalam gelap selepas selekoh. Bodoh betul!
Okay la.. tapir tu pu dah selamat kat Sg Dusun. Letih tu letih ... tapi best! Harap2 ada lagi rescue before confinement sometimes in September. Amin....
Till then, take care & Cherio!
Thursday, February 08, 2007
Newly Arrival at the Zoo
Ini lah akibatnya jika bekerja sepenuh hati .... terutama untuk shift malam. Tengok la betapa letihnya dia sampai gambar diambil pun tak sedar. Siap tangkap lentok lagi. Natijahnya, bekerja la ikut kemampuan badan. Takut nanti bila masuk kerja keesokan harinya anda semua akan jadi camni. Habih tu camner nak produktif ..... Tak dapek den nolong!

Oh ya .. perkenalkan, di bawah ni seekor anak Orang Utan, berumur lebih kurang 2 tahun ... namanya " SEN ". Dia ni betina. Masih lagi menyusu, kalau di Zoo Melaka, susu untuk anak-anak haiwan yang kami gunakan adalah jenama " SNOW P7 infant formula ". Susu ni bukan khas untuk primate jer ..... even anak Gajah pun menyusu guna susu dari jenama ni. Mahal tu! Harga se-tin susu ni RM 33.70 ( 900 gm ). Takder tin besar ...

Sen ni diserahkan kepada Ibupejabat Jabatan PERHILITAN di Cheras oleh orang awam dan terus diorang hantar ke Zoo Melaka untuk intensive care. Dia sangat manja ... Lepas tu amat memilih pemakanannya. Dia lagi suka betik dari pisang, epal mahupun anggur.
Okay la .... saja jer nak meng-updatekan blog ni.
Till then, take care & Cherio!
Monday, February 05, 2007
HAPPY BIRTHDAY TO ME....

Thursday, January 25, 2007
Eddy...
Just got back from Zoo Negara yesterday evening ..... brought back a male Orang Utan named EDDY ( originally from Sepilok, Sabah ). Bukan tu aja as an Exchange Programme .... ada Capybara ( the BIGGEST rodent ) and also a pair of Flying Fox. Tapi hari ni kita nak citer pasai EDDY ....Eddy ni berusia 21 tahun sekarang. Pada umur camni dia dah ada serious dental problems. Kalau tengok gambar, gigi semua dah tinggal gusi dan taring pun hanya tinggal sebelah je. Lagi sebelah tu macam dah kena korek ngan backhoe dan boleh di tanam pokok kat dalamnya. Tapi jangan tak caya ..... Eddy ni masih teruna lagi ! Belum pernah buat projek ! Hehehehehe ....
Ingat lagi, masa I was working at the Zoo Negara, umur Eddy baru 10 tahun setengah. Masa tu boleh didukung lagi. Dia ni manja ngan keeper di, Abang Ramli. Semalam masa sampai kat Zoo Negara, terkezut badak aku sebab rupa Eddy dah tak comel lagi .... berat badannya estimated about 120 kg.
Sampai dari Zoo Negara dah pukul 6.15 petang. Cuak juga di sepanjang perjalanan balik, mana la tau kalu taufan melanda and Eddy escape dari cratenya .... takke haru jadiknya !Bayangkan ada Orang Utan kat tengah-tengah highway ..... hmmmm .... but Alhamdulillah, semuanya selamat and he behave nicely sepanjang 2 hrs journey back to Melaka. Kat Zoo , dia kena tranquilise again selepas dilakukan perkara yang sama kat Zoo Negara. Kali ni, kitorang cungkil dan cuci lubang kat taring tu. Baunya ...... SubhanAllah !! Punya la busuk ! Dalam gigi tu penuh ngan hampas tebu yang tah dah berapa kurun ada kat dalam tu ! Kalau gi dentist rasanya dia pun pengsan masa dok ngorek gigi tu.
Eddy diambil oleh Zoo Melaka untuk program breeding since Zoo Melaka pun dah lama takder baby Orang Utan.Last sekali si Mawar, dua tahun lepas. So, kita akan kawinkan dia ngan Orang Utan dari Sabah yang lain ... sama ada Anita, Marina atau Tini. Semoga dikurniakan anak-anak yang comel .... Aminnnn ....
Okay la, malas nak citer pepanjang lagi pasai Eddy. sekadar nak update blog jer. Nanti kita cari bahan lagi. Till then, Take Care & Cherio!
Tuesday, January 16, 2007
My Favorite Pictures
PD Weekends 12/1/07 till 14/1/07

Went to Port Dickson for weekends with family from Friday till Sunday. Our main agenda was to have a break from work and be with the kids.
Reached PD at about 4.00 pm and checked in at the Kemang Indah Condominium ( well, I'm a member of Leisure Holidays thou ! ). Managed to get a pool side view unit. The kids were very happy to see the pool coz' they haven't been to the pool since early 2006. Kitorang tak ambil vacation the whole 2006 and our connecting points banyak giler!
Minggu ni jugak berpeluang untuk gather ngan Kakak Angkat I, seorang Dr Homiazura Othman. Dia jadi kakak angkat I since I was in the primary school ... Ex-MRSM Jasin . Kitorang pernah lost contact beberapa tahu
n. Dia pun dah berfamily, anak dah 2 orang. Dia belanja kitorang dinner Friday night. Dia akan bertukar tempat kerja dari Hospital Port Dickson ke Hospital Melaka sebab husband dia, Abang Nokman, dah buka business komputer di Masjid Tanah... so dia nak settle down kat sana since family dia pun kat Masjid Tanah.Second day kat Port Dickson, gi Muzium ATM. Best giler gi sana sebab cara intepretasi mereka amat berkesan dan kita juga dapat mengenali sejarah Malaysia dari zaman penjajah hingga lah sekarang. The kids enjoyed it! Kita juga boleh merasakan bagaimana PKM ( Parti Komunis Malaya ) tinggal di dalam terowong and also boleh tahu aktiviti mereka dan ubat-ubatan yang telah digunakan sepanjang mereka tinggal dalam terowong tersebut. Others, dapat bergambar ngan tankers, caribou, helicopter dan juga jet pejuang. Besttt !





Both my sons tak nak balik ke Melaka sebab dah seronok sangat bercuti. Bukan apa, diorang seronok mandi laut & also mandi swimming pool. Next time boleh spend our weekends again kat PD. Lagipun kat situ sahaja lokasi terdekat untuk pergi bercuti.
Balik Melaka on Sunday .... semua exhausted dan esoknya nak kerja lak.
Okay la .. bila ada story nanti I write again. Till then, Take Care & Cherio!
Thursday, January 11, 2007
A VERY BUSY BEGINNING
Sorry for not updating in such a long break.Bukan apa..
1.) takdak citer nak story
2. ) Busy sikit ngan laporan tahunan .. rescue .. bla .. bla .. bla ..
Yesterday evening, received a phone call from the BOS, had to go to TC Arapaima Park in Saleng, Kulai, Johor Darul Takzim. Had to assist PERHILITAN Johor untuk amik barang-barang rampasan ( kes polis ) dia and bring back to Zoo Melaka. Banyak gak haiwan yang dirampas.!
I had to form team members untuk rescue kakli ni. Mana nak cari orang ... pukul 6.30 petang baru nak soh pi sana? Last-last, managed to form one. We all bergerak dengan kenderaan Jabatan : sebuah lori 3 tan, sebuah pick-up Isuzu dan Pajero. Kitorang kuar Zoo at 7.45 pm ... Of course I tarik orang yang nearby ngan I , my husband yang baru nak mengunjun ikan haruan pun kena tarik untuk pi sana. Dia kena drive Pajero. All together 11 orang. Berhenti untuk dinner at 9.30 kat Pagoh ( R&R ). Pas tu singgah Machap ( R&R ) untuk isi minyak kenderaan & then terus pecut ke Kulai. Sepanjang jalan hujan gerimis. Ingatkan nak buat esoknya awal-awal pagi but terpaksa buat kerja dalam hujan sebab dah ada Pengarah PERHILITAN Negeri Johor & the press. Dalam keletihan .. kitorang bersatu ngan commitment untuk siapkan kerja. Jam 1.30 pagi baru settled!
My Kids?
Well.. diorang terpaksa ditinggalkan ngan my maid. But promised them untuk gi Port Dickson dari 12/1 /07 hingga 14/1/07 ... bagi depa puas-puas mandi laut & swimming pool. Managed to reserve my resort home kat Kemang Indah Kondominium under Leisure Holidays. Lega!
Berbalik kepada citer tadi, we all bergerak balik ke Melaka at about 1.45 am. Semua keletihan, sejuk & basah giler! Singgah kat R&R Machap heading north untuk pekena kopi panas & supper. Hujan-hujan ni memang cepat lapar. My hubby after having bihun soto, dia amik 2 butir pau pulak! Pas tu bila perut dah kenyang, mula la mata pun steam. He asked me to drive sebab dah tak tahan ngantuk. Lucky I tak boleh tidur. ( Eversince insiden Hilux Jabatan terbalik kat Bukit Tujuh, Gua Musang, Kelantan in Nov.1997... mata ni tak boleh nak tido sepanjang perjalanan kalau menaiki kenderaan Jabatan walaupun dipandu oleh husband sendiri! Masa tu I nak accomplish first assignment untuk hantar Rusa Sambar ke Projek kat Gua Musang. Disebabkan tu, stranded kat Kelantan selama 5 hari ). Masa memandu tu cuak juga sebab trailer panjang & bertali arus. Dah tu depa pandu melelong ... makan jalan! Tension giler... but ALHAMDULILLAH .. selamat sampai Zoo at about 5.15 pagi. Unfortunately, kitorang kena bertungkus lumus lak settlekan pokok tumbang menghempap pagar Kambing Gurun. Nasib baik binatang yang ada tak terlepas! Syukur ....
Balik rumah debuk-debik at 5.45 pagi .. hanya sempat take a nap about 30 minit before bangun again untuk kerja & hantar Dak Amir ke sekolah. Tengahari ni.. ngantuk giler... take a short 30 minutes nap before gi Derma Darah lak kat Hospital Pantai at 2.00 pm. Well ... I'm a regular donor dengan darah jenis O positif. Masuk hari ni dah 22 kali menderma since the beginning masa study kat UPM dulu. So, kalau sesiapa reader yang kekurangan darah dan amat perlukannya ... boleh la call me directely. Kita bincang. Bila lagi nak buat AMAL JARIAH ?! Oh Ya .. I'm also an organ donor bila dah meninggal kelak. I'm willing to give away my kidneys, lungs & liver untuk bantuan kepada mereka yang memerlukan untuk terus hidup. At first my husband tak benarkan but I managed to convinced him .. Bila lagi nak buat AMAL JARIAH?! So ... dah registered pun! Alhamdulillah .. semoga dimurahkan rezeki selalu !
Okay la .. enough untuk update kali ni. Tu pun dah panjang berjela .. Till then, Take Care & Cherio!
Monday, January 01, 2007
HAPPY NEW YEAR 2007
Azam tahun baru ?
Well ... actually no specific azam sebab yang lepas-lepas belum tentu sudah terlaksana sepenuhnya. Cuma satu yang diharapkan ... semoga dikurniakan keluarga yang bahagia, anak-anak yang sihat dan juga dipermudahkan segala urusan dalam tahun ini.
Tahun 2007 juga dijadikan TAHUN MELAWAT MALAYSIA. Tahun ni juga negara Malaysia akan mencapai 50 tahun kemerdekaan. Alhamdulillah ... negara ini adalah salah satu negara yang paling aman, tidak ada sebarang perang cuma menghadapi kes-kes jenayah sosial yang tak putus-putus.
Okaylah, let us pray to have a peace Malaysia this year ahead.
Till then, take care & cherio!
Thursday, December 28, 2006
OPERASI BUAYA
~ Najib ( Suami tersayang ) & Renjer PERHILITAN Melaka di lokasi ~Pada jam 12.39 malam, tanggal 26/12/06 lalu, received a phone call from my Bos saying that my hubby & I have to go for an operation regarding Crocodylus porosus ( Buaya Tembaga laaa... ) kat laman rumah orang, melahap ternakan orang kampung. Tak percaya gak at first but called him back at 6.50 am to confirm. At 7.30 am, susah payah la sediakan team untuk menangkap haiwan tersebut. Dalam hujan renyai-renyai, pi kat lokasi. Mula-mula gi kat Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Surau Kampung Tasek Sg. Rambai untuk jumpa ngan orang kampung yang witness sendiri kehadiran makhluk berkenaan. Lpeas interview lebih kurang, kitorang gi kat lokasi sebenar kejadian. Turut sertai kitorang adalah ADUN Sg Rambai, Datuk Abu Pit dan Pengarah Zoo Melaka sendiri. Kat lokasi, air bah masih lagi pada paras 4 kaki dari lantai ( paras pinggang orang dewasa ). Nak masuk ke situ terpaksa menggunakan boat. Sementara nak uruskan bot, kitorang balik ke Zoo jap. Tak sampai 15 minit, orang kampung telefon mengatakan buaya tu timbul semula melahap ternakan ayam orang kampung. Kali ni kat rumah bersebelahan lak. Tiba kat lokasi, kitorang diikuti oleh krew RTM Melaka yang dahagakan berita sensasi. Untuk elakkan mereka, kitorang gi kat benteng di seberang kampung untuk tinjau jalan untuk bot lalu. tinjau punya tinjau, rupa-rupanya krew RTM dapat merakamkan hamba Allah tersebut timbul .. mereka ni masuk redah jer air bah ngan pajero mereka. Mulanya tak caya gak, tapi lepas replay rakaman, memang sah itu Buaya Tembaga. Dianggarkan panjang buaya tu lebih kurang 4-5 kaki dengan berat kurang dari 100 kilogram. ( kategori buaya "remaja"). Pengarah soh kitorang berkerjasama ngan anggota Unit Kuatkuasa PERHILITAN Melaka untuk pemantauan 24 jam. Sonye .... aku pun kena la oncall 24 jam jugak! Hari pertama aku balik jam 7.00 malam. Pas tu had to entertain akak aku yang kerja JPA tu lak .... had dinner with them kat Asam Pedas Hajah Mona kat Tengkera. Hmmmm....
Hari Kedua, 27/12/06 aku gi lewat sikit at 11 am ke lokasi. Tak nampak kelibat langsung timbul walaupun dah round guna bot 4-5 kali. Habis satu kampung kitorang pusing sebab air lambat surut. Hingga hari ni, kat rumah yang belakang-belakang, air bah masih lagi paras pinggang ( ~ 4 kaki dalam ). Bangkai kambing, ayam, kucing bergelimpangan sana sini. Kalau tak kerana kerja, aku tak sanggup nak meredah air bah tu yang dah berbau hanyir semacam jer.... Isskhhh .... uuuwwweeekkk! Tapinya, yang aku herankan, orang-orang kampung yang dok kat kawasan tu berduyun-duyun balik ke rumah depa dengan alasan nak basuh rumah. Nak basuh apanya kalau air masih kat paras pinggang? Siap bawak anak-anak kecil & mandi air bah tu ... Kalau aku, tak sanggup! Sanggup kah anda? Alasan depa, takut ada orang curi bebarang kat rumah mereka. Hisshhh.... siapa berani nak redah air yang dah tertera ada buaya kat situ?
Hari ni hari ketiga... malas aku nak stay sebab dah 48 jam berkawal, bukan sahaja kelibat buaya tu, bunyi kentut buaya pun tak kedengaran! Hampeh!! Lagipun tadi ada perjumpaan dengan Ketua Pengarah PERHILITAN yang baru dilantik. Tunggu jer call dari UKK Melaka untuk penangkapan kalau mereka terjumpa. Lagipun air lambat betul surutnya!
~ Semasa crating ~Dalam perkembangan lain, pada 20/12/06 lalu, aku gi Kompleks Kargo & Animal Hotel kat KLIA untuk penghantaran pulang seekor Orang Utan Sumatera ( Pongo pygmaeus abellii ) ke Jakarta dan seterusnya ke Sumatera. Jangan sangka manusia je ada PATI, hidupan liar pun ada PATI. Orang Utan ni namanya " HANSEM ".. dah bermastautin kat Zoo Johor sejak usianya 5 tahun. masa hantar pulang, usianya lebih kurang 16 tahun. Lamanya dia jadi PATI kat Malaysia. Kalau dia kerja, dah jadi trillionaire dah dia bila balik ke Sumatera. Pas ni ada 4 ekor lagi nak hantar pulang ke Kalimantan lak. Hmmm....
Penuh jadual aku sepanjang Disember ni. Anak-anak aku lak kedua-duanya dah kena demam selsema & batuk. Kesian diorang ... tapi nak buat camner, dah kerja mama & abah dia camtu, kena oncall jer !
Nanti aku tulis lagi bila ada perkembangan.
Till then, take care & Cherio!
Sunday, December 17, 2006
PENGAJARAN atau PENDERAAN ?
First impression ... what do you all get from these pictures? When I got home from work this evening, I found out my son's thigh had a pinched mark on his right leg. I asked him and he said " Kakak buat " Then I asked the maid the reason for what had happened ... she said " Amir tu .. suka bergaduh dengan adik, jadi Midah cubit la .. " Dah berapa kali sepanjang 3 tahun, nak masuk 4 tahun this mangkuk kerja ngan my family but still ... suka sangat cubit halus kat Amir. One day rasa macam nak bagi dia rasa sakit atau tidak cubit halus tu pada diri dia. I know my first son ni nakal sikit .. tapi adakah perlu dihukum sebegitu ? Adakah perlu sampai terkeluar kulit untuk beri dia pengajaran ? Sometimes rasa macam nak terminate je mangkuk tu tapi memandangkan I dah terlanjur berjanji kepada mak dia yang miskin untuk beri dia kerja .... I terpaksa harung juga hidup dengan parasit ni ! My kids pun dah terlalu rapat dengan dia memandangkan my husband & I terpaksa oncall. But ..... I'm not keeping it for silence, I took pictures of what had happened. Kalau apa-apa I 've got evidence & anytime boleh lapor kat polis.
Tuesday, December 12, 2006
Busannnn Gillleeeerrr....

TENSIONNYA AKU!! AAARRRGGHHHH...!!!! Rasanya macam aku nak get rid perangai dia for a while... aku nak gi tempat yang aku boleh release tension. Aku nak pi jumpa kengkawan!!!! Leave me alone for a while!
Aku juga nak suamiku yang lama ..... Semenjak cuti sekolah ni, Kelab Sukan Zoo Melaka ada buka gerai jual burger. Suami aku salah seorang orang kuat kelab tersebut. Semenjak tu la... dia jarang meluangkan masa bersama keluarga, bersama anak-anak. Dia lebih pentingkan hal kelab dari family. Sekarang ni, aku nak ajak gi beli barang dapur bersama-sama pun susah... kena berkeras baru dia nak ... tapi kalau barang jualan kelab kehabisan ... on the spot dia sanggup gi beli ... Balik kerja pun selalu dah nak masuk waktu maghrib. Pastu kalau Timb.Presiden Kelab phone ke apa... dia kuar semula. Masa bila dia nak spend time ngan family? Masa bila nak ajak anak-anak bersiar-siar? Tak sabar aku nak tunggu musim cuti sekolah ni habis!! HUaaaaa .... aku nak suami aku yang lama....!!
Takper la ... sekadar meluahkan isihati aku yang terbakar jer...
Till then, take care & Cherio!
Tuesday, December 05, 2006
Alhamdulillah....Syukur...

Alhamdulillah... Syukur aku ke HadratMU... Adib akhirnya sembuh dari demam yang tak kunjung kebah. Semalam, aku bawa kedua anak-anak ku serta aku punya maid pergi berjalan-jalan di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka. Waktu tu dah 6.30 petang & SUNSET time.
Mereka berdua sangat happy kerana dah lama aku tak bawa berjalan-jalan di tepi pantai ever since Adib demam. Seronok melihat mereka berdua bermain di gigi air. Mereka juga merengek-rengek untuk mandi di situ. Lots of people ... I guess they were tourist bermandi-manda kat situ walaupun airnya kotor yang amat sangat!
Kitorang spent time kat situ dari 6.30 petang hinggalah masuk waktu maghrib. Then, singgah beli dinner jap kat restoran yang berlambak-lambak kat situ. Cuti sekolah ni Zoo Malam kat Zoo Melaka buka setiap hari dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Sebenarnya aku sepatutnya bertugas sebagai Pegawai Incharge Klinik dan standby tapi.. aku minta kat Bos untuk ONCALL sahaja. Penat aku! Minggu ni sepatutnya minggu aku bertugas tapi MALAS...
Banyak benda aku nak buat kat rumah... kesian anak-anak aku, aku & suami asyik bekerja sampai takder masa nak bawa diorang berjalan-jalan.
Berita yang paling aku geram pada Bulan Disember ni adalah... ELAUN RISIKO aku dah kena potong. Bukannya aku sorang tapi Pegawai Veterinar, Penolong Pegawai Veterinar dan Pekerja Rendah Awam ( PRA ) di Jabatan aku dikategorikan sebagai TIDAK LAYAK untuk menerima elaun tersebut. BODOH ke Pihak Berwajib ? Ataupun mereka ini SELFISH ? Adakah pekerjaan seperti kami yang setiap hari berdepan dengan hidupan liar dikatakan Tidak Layak menerima elaun risiko tersebut? Bukan nya sikit anak... RM 150.00 sebulan! Alasan mereka ialah... pekerjaan kami tidak ada perkataan "HIDUPAN LIAR" kat hujung nama skim kami. Logik kah alasan itu? Yang aku kesiankan sekali adalah para-para PRA kat tempat kerja aku... hari-hari membersihkan kandang dengan binatang merbahaya tanpa diberi insentif. Dah la gaji depa semua kecik! Fikir-fikirkan lah...
Okay lah... aku taknak timbulkan kontroversi apa-apa cuma menyuarakan rasa tidak puas hati aku dan rakan-rakan senasib sahaja. Kalau kitorang buat donno jer dan biarkan pegawai-pegawai yang ada liar kat hujung nama skim mereka yang buat baru padan muka! Fikir-fikirkan lah....
Till then... Cherio!
Friday, November 24, 2006
Moody .....
Friday, November 17, 2006
Where Have I Been Lately?

The answer is : I'm at the Melaka Hospital ( Paediatric ward 1-4, bed 27 ) ..... why? Hmmm...
Adib was admitted at 3.45 pm 13/11/06 and was discharged yesterday .. 16/11/06 at 4.30 pm. He has got a very high fever and coughing ever since last Thursday ( 9/11/06 ). Ingatkan demam cam biasa coz dia selalu gak high fever ni. Gi kat Klinik Amal hari Jumaat and dia beri antibiotik ( Trimetho-sulpha or BS Suspension )..Lepas makan ubat tu, batuk & demamnya makin menjadi-jadi. Dia jadi lembik tak bermaya... On Monday, 13/11/06, brought him to the private paediatrician kat Malim.. dia terus ja consult I ke Hospital Besar sebab dia kata Adib dah ada infection kat right lung( Broncho-pneumonia ). So dia soh gi Unit Kecemasan and get warded. When admitted his temperature was 39.5 Celsius. I'm alone with him kat hospital masa warded sebab Najib has to go to Kuala Lumpur ( arahan our Veterinarian ).
Hari pertama ( 13/11/06 ) kat sana... diorang letak IV Drip with H5D5 saline ( Normal Saline + Dextrose 5% ). Masa nak cucuk tu, sikit pun dia tak nangis sebab dah terlalu letih and lembik. Masa pindah pi ward, dia kena ambil darah lak... Bila result sampai, diorang diagnosed Pancytopenia ( aplastic anaemia ) coz dia nye leucocytes very low ( count : 114 ; normal 150-220) pas tu ambil darah lagi sebab diorang buat diagnosis sementara Dengue Fever lak... Dah pulak... dah la budak ni tak minum & makan... Masa Doktor Pakar check.. adib ada hepatitis lak... Liver dia bengkak dan membesar... He was on nebulizer 4 hourly ( Salbutamol 2 mg/5 ml ) dan 8 hourly ( Salbutamol 2 mg/5 ml + Atrovent 250 mg ). Malam tu, I have to wake up every 4 hours untuk beri dia nebulizer. Tido? Kat wad kelas satu ( kelayakan GL aku ) , ada la meja besar untuk makan minum kat situ. Aku tido kat atas meja. Sejuk Ya Rabbi! Air conditioner kat wad tu lak centralised... Menggigil aku!
Hari kedua kat sana ( 14/11/06 ).. pepagi buta as early as 6 am, depa ambil darah lagi. Result came & leucocytes count dia masih lagi rendah. Dah... pastu Pejabat Kesihatan nye orang datang interview coz doktor kat situ report kata Adib kena Denggi. Yang herannya... camne dia diagnose Denggi sedangkan sign & symptom untuk denggi fever langsung tadak! Adib takdak bintik-bintik ruam, tak de gusi berdarah dan sebagainya. At 6 pm , ambil darah lagi sekali.Attenden wad datang pasang kelambu... Adib akan tetap dengan nebulizer sampai la dia discharge nanti. Alhamdulillah..batuk dia berkurangan. He was treated also for broncho-pneumonia... antibiotik Cefuroxime @ Zinnat IV 370 mg 3 kali sehari.

Hari ketiga kat sana ( 15/11/06 ), time ambil darah at 6 am, doktor oncall kejutkan aku untuk ambil darah. Kali ni dia masukkan branula kat tangan kiri Adib. Dah... kiri kanan tangannya bertebuk.. satu untuk IV Drip & satu lagi untuk ambil darah. Doktor oncall lak macam tak biasa je ambil darah.. Rasa macam nak cakap kat dia " Dok tepi diam-diam..biar aku yang ambilkan darah tu! " Digerodaknya untuk cari vein ... kesian Adib .. sakit camner pun dia tak nangis.. Bagus budak ni! Anyway... demam dia dah kebah... back to normal temperature. Dia pun dah start makan sesikit and also nak minum. Beri dia air susu sebab air suam dia kurang sikit...
Pukul 6 pm dia diambil darah again.. leucocytes count dia dah naik sikit. Lab report untuk Dengue Serology test pun dah dapat... NEGATIVE! but Mycoplasma count dia 1:40.... Alhamdulillah...bukan denggi.
Hari last kat sana ( 16/11/06 ), Doktor Pakar Kanak-kanak yang round nampak Adib dah start makan dan minum masa dia round. So she decided nak discontinue IV Drip. dia kata kalau result darah pagi tu leucocytes dia dah increase and back to normal range, Adib boleh kuar Hospital... Result sampai at 2.00 pm, leucocytes count dah back to normal range. So , dia kata petang ni boleh discharge... dia pun tengok Adib dah active and back to his own normal characteristic. Alhamdulillah... Kitorang discharged at 5.30 pm. Doktor suruh aku observe kalau-kalau demam dia menjelma semula... bawa semula ke wad sebab dia kata Adib maybe kena Mycoplasma infection. After 2 minggu, kena gi check-up semula pada 14/12/2006 jam 9 pagi. Ubat oral antibiotik Zinnat @ Cefuroxime125 mg dibekalkan untuk 5 hari dan juga Ventolin 2 mg/5 ml.
Today ( 17/11/06 ) aku ambil extra cuti sehari lagi untuk observe dia. Dia dah mula active macam Adib yang dulu sebelum sakit. Dah makan banyak dan juga minum banyak. Kenangan masa aku kat hospital adalah... setiap kali doktor nak periksa Adib or nurse nak check temperature & BP... Adib akan kata " BO LAYAN " and also " ADIB MALU! ". suara dia je yang kedengaran pepagi buta bo layan kan doktor dan nurse. Hmmm... ALhamdulillah.. SYUKUR kepada ALLAH .. Adib beransur sembuh...
Till then, Take care & Cherio!
Thursday, November 09, 2006
My Beloved Family
Barisan paling hadapan ( dari kiri ) : Muhammad Adib Najwa, Muhammad Syahir, Faeq Aariz ( ribaan ), Siti Nur Bahirah, Muhammad Adam dan Nur JazirahBarisan tengah ( dari kiri ) : Jawahir, Muhammad Amir Najwa ( ribaan ), Jamsiah ( eldest sis ), Hajah Jamaliah, Nur Jamilah ( ribaan ), Haji Jaafar , Nur Juzailah
( ribaan ), Jamaiyah ( 3rd sis ) dan Nur Jazilah ( ribaan )
Barisan belakang ( dari kiri ) : Mohd Najib ( husband ), Fatimy, Juwairiyah ( 2nd sis ), Siti Nur Bisyarah, Muhammad Syukri, Bukhari dan Mohd Amzi
Mereka-mereka di atas adalah insan-insan penting dalam hidup aku. Balik raya tahun 2006 ni telah mengumpulkan kami semua. Maklumla...semua dah berkeluarga.......
Let's begin ngan Abah. Abah seorang pesara Jabatan Pendidikan Kedah ( bekas KPP Kokurikulum Sukan ). Dulu dia ni pernah jadi guru & guru besar. Abah seorang penghidap diabetes mellitus tapi stabil. Mama lak seorang pesara guru. Dia dulu ngajar kat SRK Tunku Abd Halim, Alor Setar. Mama tak berapa sihat sekarang ... sakit lutut, pinggul dan juga penghidap darah tinggi. La ni abah yang dok take care mama kat rumah.
My eldest sister seorang guru di SRK Sg Kechil, Sg Bakap. Husband ( Bukhari ) dia pun seorang guru tapi lupa lak sekolah menengah mana dia ngajar. Tapi dia di tinggal di Relau, Kedah, tak jauh la dari rumah mama & abah. Boleh balik selalu.
My 2 nd sister seorang KPP ( Psikologi ) kat Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) Putrajaya. Husband dia ( Fatimy ) bekerja sebagai Asst Manager kat Malaysian Reinsurance Bhd, Damansara. Depa ni takder anak ... tapi dah dapat anak angkat ( Faeq Aariz ).
My 3 rd sister ni Nurse kat LPPKN Kulim. Dia ni la yang selalu jenguk mama & abah kat rumah sebab depa tinggal berdekatan. Husband dia ( Mohd Amzi ) kerja kat LRC HP Kulim sebagai Technician. Dia ni yang dapat twins tak seiras kat dalam gambar tu.
Aku ? Well, aku ni memang anak bongsu tapi yang tak manja sebab kakak aku yang nurse tu lagi manja dari aku. Alhamdulillah ... aku ni seorang yang berdikari. Aku seronok dan sayang kerjaya aku sebagai Penolong Pegawai Veterinar kat Zoo Melaka ni. Husband aku ( Mohd Najib ) bekerja kat satu tempat ngan aku sebagai Pembantu Hidupan Liar. Bulan ni dia start kerja kat Klinik Zoo sama ngan aku ... pasai apa? Hmmm... dia ni sebenarnya "SNIPER" a.k.a. shooter untuk rawatan haiwan. Lebih stahun dia pi training untuk gelaran tu dengan Senior Veterinarian PERHILITAN. Ada pro ngan kontra dia kerja kat Klinik Zoo ni... Yang pro nya kitorang dapat kerja bersama.. tahu aktiviti masing-masing. Tang kontra lak ... aku tak berdaya nak marah dia kalau dia salah / silap sebab aku ni isteri dia.... dan dia lak bekerja di bawah seliaan aku. Iskh..iskh..
APA-APA PUN, AKU AMAT SAYANGKAN FAMILY AKU NI ...
Sekian, terima kasih...
TAke CAre & ChErio!
Tuesday, November 07, 2006
Post RAYA 2006
Sunday, October 22, 2006
SELAMAT HARI RAYA

aidilfitri
MAAF ZAHIR & BATIN
Muhammad Amir Najwa bin Mohd Najib
Muhammad Adib Najwa bin Mohd Najib
~ Zoo Melaka, Lebuh Ayer Keroh 75450 Melaka ~
Blog ini akan bercuti dari 23/10 /2006 hingga 5/11/2006. Segala kesulitan amatlah
dikesalkan. Terima Kasih.
Monday, October 16, 2006
WELCOME TO MY NEW FOSTER FAMILY

Hi all,
Yesterday was my lucky day as I have got a new foster family from North Carolina, USA. Their names are :
1. Daddy - Gregory E.Moore ( Greg )
2. Mommy - Sheila Kay ( Sheila )
How do I get to know them ?
Well .... I was at work( Zoo Animal Clinic ) yesterday, playing Yahoo! pool during break time when Greg was happened to be my opponent. He greet me and then approached me to be his global daughter. They have got adopted sons and daughters from all over the world, different races and religions in a family.
Daddy was a retired Law Enforcement Officer, Scientific Investigations Division .... sort of ex-CSI officer. I LOVE watching CSI over AXN ASTRO !!
To My New Daddy and Mommy ... welcome to life. I'll be honored to have you guys.
Till then, take care & Cherio!


















