Saturday, October 08, 2005
DUGAAN BULAN RAMADHAN
Apa perasaan anda semua bila melihat gambar-gambar berikut di Bulan Ramadhan? Hmmmm....sedapnya...terliur aku melihatnya!
Gambar-gambar tersebut telah dikirimkan oleh seorang kenalan...Cisss!!
Apa menu untuk dimasak pada petang ni?Aku dah kehabisan idea untuk memasak...maklumla..malam ni & esok kerja lagi untuk Zoo Malam. Nampak gayanya, terpaksa la beli kat pasar-pasar Ramadhan yang berhampiran. Sahur? Nasib baik la suamiku tak cerewet untuk masakan sahur. Semalam, aku hanya buat Telur Masak Kicap & Sayur Bayam je..boleh la makan unttuk lapik perut. Satu petua yang diberi oleh seorang teman untuk kekal bertenaga dan tidak berasa lapar giler adalah....MINUM SEGELAS SUSU TEPUNG semasa bangun sahur. Kenapa? Tak percaya? mmmmm...PERCAYALAH.. Even orang gaji aku yang ada penyakit Gastroenteritis ?/ gastrik boleh mengerjakan ibadah ini dengan hanya minum segelas susu pada waktu sahur...Kalau susu tepung yang aku bekalkan habis, susu tepung anak aku, Nespray 3+ pun di belasah semacam jer...hehehe
Okay la..diluarnya, hujan rahmat turun selebat-lebatnya membasahi bumi Melaka. Aku? Nak teruskan kerja-kerja yang terbengkalai...
Take Care everyone & Cherio!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment