Semalam, 16/10/2005.... family aku telah membuat satu family outing . Kitorang gi survey kat Nilai 3 dan Nilai Square, Negeri Sembilan. Kebetulan lak orang gaji aku nak membeli barang-barang persiapan untuk majlis perkahwinan adik lelaki dia. Bagi dia, rabak la RM 261.00 untuk beli bunga telur & bunga pelamin. Aku? well, aku lak rabak beli kain langsir untuk persiapan Hari Raya yang bakal menjelma. Amaun? Aku rabak RM 247.00 dalam sekelip mata untuk 26 meter kain langsir yang berharga RM 9.50 ( harga letak = RM 10.80 ). Nak buat camner..yang tu paling murah among yang berkualiti. Lain-lain, cuma bawak anak-anak aku berjalan sambil makan angin di bulan posa ni. Pergi Nilai Square, rata-rata Nilai Square masih tak banyak choices dari segi pakaian dan kain tetapi, di Nilai 3, variety choices dari perabot hingga la ke makanan. Kalau macam ni.. Tangkak pun boleh bangkrap! Sebijik macam Tangkak kat kedua-dua tempat cuma negeri je berlainan.
Hari sebelum tu, aku dah rabak RM 278.00 untuk servis kereta. At last, aku nyer problem ngan kereta dah solved....cuci dan servis total body, tukar brake pads depan, servis brakes dan tukar speedo meter...Huihs...keselamatan mesti di jaga sepanjang perjalanan balik ke kampung di musim perayaan..
Okay la.... aku henti dulu setakat ini. Take care everyone....Cherio!
No comments:
Post a Comment