Thursday, December 28, 2006

OPERASI BUAYA

~ Najib ( Suami tersayang ) & Renjer PERHILITAN Melaka di lokasi ~

Pada jam 12.39 malam, tanggal 26/12/06 lalu, received a phone call from my Bos saying that my hubby & I have to go for an operation regarding Crocodylus porosus ( Buaya Tembaga laaa... ) kat laman rumah orang, melahap ternakan orang kampung. Tak percaya gak at first but called him back at 6.50 am to confirm. At 7.30 am, susah payah la sediakan team untuk menangkap haiwan tersebut. Dalam hujan renyai-renyai, pi kat lokasi. Mula-mula gi kat Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Surau Kampung Tasek Sg. Rambai untuk jumpa ngan orang kampung yang witness sendiri kehadiran makhluk berkenaan. Lpeas interview lebih kurang, kitorang gi kat lokasi sebenar kejadian. Turut sertai kitorang adalah ADUN Sg Rambai, Datuk Abu Pit dan Pengarah Zoo Melaka sendiri. Kat lokasi, air bah masih lagi pada paras 4 kaki dari lantai ( paras pinggang orang dewasa ). Nak masuk ke situ terpaksa menggunakan boat. Sementara nak uruskan bot, kitorang balik ke Zoo jap. Tak sampai 15 minit, orang kampung telefon mengatakan buaya tu timbul semula melahap ternakan ayam orang kampung. Kali ni kat rumah bersebelahan lak. Tiba kat lokasi, kitorang diikuti oleh krew RTM Melaka yang dahagakan berita sensasi. Untuk elakkan mereka, kitorang gi kat benteng di seberang kampung untuk tinjau jalan untuk bot lalu. tinjau punya tinjau, rupa-rupanya krew RTM dapat merakamkan hamba Allah tersebut timbul .. mereka ni masuk redah jer air bah ngan pajero mereka. Mulanya tak caya gak, tapi lepas replay rakaman, memang sah itu Buaya Tembaga. Dianggarkan panjang buaya tu lebih kurang 4-5 kaki dengan berat kurang dari 100 kilogram. ( kategori buaya "remaja"). Pengarah soh kitorang berkerjasama ngan anggota Unit Kuatkuasa PERHILITAN Melaka untuk pemantauan 24 jam. Sonye .... aku pun kena la oncall 24 jam jugak! Hari pertama aku balik jam 7.00 malam. Pas tu had to entertain akak aku yang kerja JPA tu lak .... had dinner with them kat Asam Pedas Hajah Mona kat Tengkera. Hmmmm....

Hari Kedua, 27/12/06 aku gi lewat sikit at 11 am ke lokasi. Tak nampak kelibat langsung timbul walaupun dah round guna bot 4-5 kali. Habis satu kampung kitorang pusing sebab air lambat surut. Hingga hari ni, kat rumah yang belakang-belakang, air bah masih lagi paras pinggang ( ~ 4 kaki dalam ). Bangkai kambing, ayam, kucing bergelimpangan sana sini. Kalau tak kerana kerja, aku tak sanggup nak meredah air bah tu yang dah berbau hanyir semacam jer.... Isskhhh .... uuuwwweeekkk! Tapinya, yang aku herankan, orang-orang kampung yang dok kat kawasan tu berduyun-duyun balik ke rumah depa dengan alasan nak basuh rumah. Nak basuh apanya kalau air masih kat paras pinggang? Siap bawak anak-anak kecil & mandi air bah tu ... Kalau aku, tak sanggup! Sanggup kah anda? Alasan depa, takut ada orang curi bebarang kat rumah mereka. Hisshhh.... siapa berani nak redah air yang dah tertera ada buaya kat situ?

Hari ni hari ketiga... malas aku nak stay sebab dah 48 jam berkawal, bukan sahaja kelibat buaya tu, bunyi kentut buaya pun tak kedengaran! Hampeh!! Lagipun tadi ada perjumpaan dengan Ketua Pengarah PERHILITAN yang baru dilantik. Tunggu jer call dari UKK Melaka untuk penangkapan kalau mereka terjumpa. Lagipun air lambat betul surutnya!


~ Semasa crating ~

Dalam perkembangan lain, pada 20/12/06 lalu, aku gi Kompleks Kargo & Animal Hotel kat KLIA untuk penghantaran pulang seekor Orang Utan Sumatera ( Pongo pygmaeus abellii ) ke Jakarta dan seterusnya ke Sumatera. Jangan sangka manusia je ada PATI, hidupan liar pun ada PATI. Orang Utan ni namanya " HANSEM ".. dah bermastautin kat Zoo Johor sejak usianya 5 tahun. masa hantar pulang, usianya lebih kurang 16 tahun. Lamanya dia jadi PATI kat Malaysia. Kalau dia kerja, dah jadi trillionaire dah dia bila balik ke Sumatera. Pas ni ada 4 ekor lagi nak hantar pulang ke Kalimantan lak. Hmmm....

Penuh jadual aku sepanjang Disember ni. Anak-anak aku lak kedua-duanya dah kena demam selsema & batuk. Kesian diorang ... tapi nak buat camner, dah kerja mama & abah dia camtu, kena oncall jer !

Nanti aku tulis lagi bila ada perkembangan.

Till then, take care & Cherio!

Sunday, December 17, 2006

PENGAJARAN atau PENDERAAN ?

First impression ... what do you all get from these pictures? When I got home from work this evening, I found out my son's thigh had a pinched mark on his right leg. I asked him and he said " Kakak buat " Then I asked the maid the reason for what had happened ... she said " Amir tu .. suka bergaduh dengan adik, jadi Midah cubit la .. " Dah berapa kali sepanjang 3 tahun, nak masuk 4 tahun this mangkuk kerja ngan my family but still ... suka sangat cubit halus kat Amir. One day rasa macam nak bagi dia rasa sakit atau tidak cubit halus tu pada diri dia. I know my first son ni nakal sikit .. tapi adakah perlu dihukum sebegitu ? Adakah perlu sampai terkeluar kulit untuk beri dia pengajaran ? Sometimes rasa macam nak terminate je mangkuk tu tapi memandangkan I dah terlanjur berjanji kepada mak dia yang miskin untuk beri dia kerja .... I terpaksa harung juga hidup dengan parasit ni ! My kids pun dah terlalu rapat dengan dia memandangkan my husband & I terpaksa oncall. But ..... I'm not keeping it for silence, I took pictures of what had happened. Kalau apa-apa I 've got evidence & anytime boleh lapor kat polis.


Dah nak masuk tahun baru dan bertambah lah tahun si maid ni menetap kat my house. Apa lah nasib dapat maid yang 2/4 tak cukup dan lurus bendul ni ... kalau my mom tak paksa I ambik dia kerja, I wouldn't have take the Indonesian maid as a choice. Tah la..
Till then, take care & Cherio !

Tuesday, December 12, 2006

Busannnn Gillleeeerrr....


Bosan! Itu yang pertama aku terpikir sejak dua tiga hari ni. Mana taknye...anak sulong aku, Muhammad Amir Najwa pepagi lagi telah menaikkan darjah kepanasan darah aku! Actually dia ada Program Mambaca Cahayaku sepanjang cuti sekolah ni kat Tadika dia. So , dia kena gi sekolah macam biasa... hanya Sabtu , Ahad dan Cuti Am aja yang dia cuti.

Aku kejutkan dia setiap hari jam 7.20 pagi. Tak payah pakai baju sekolah sepanjang cuti ni. Biasanya dia mandi ngan aku... semenjak dua menjak ni dia nak bermanja ngan abah dia lak...pastu abah dia bukan nak layan sangat .. habis-habis diberinya "hanger" ...... maunya aku tak bosan! Kesian budak tu. Tapi kalau fikir semula ... memang patut pun sebab degil sangat! Kesabaran kita pun ada hadnya! Segala benda yang dia nak aku beli... semua tempat yang dia nak gi aku bawak... dia tetap degil...! Perangai siapa la yang dia ikut ...!! Rasanya both of us tak la degil camtu ... Aku lasak jer...

TENSIONNYA AKU!! AAARRRGGHHHH...!!!! Rasanya macam aku nak get rid perangai dia for a while... aku nak gi tempat yang aku boleh release tension. Aku nak pi jumpa kengkawan!!!! Leave me alone for a while!

Aku juga nak suamiku yang lama ..... Semenjak cuti sekolah ni, Kelab Sukan Zoo Melaka ada buka gerai jual burger. Suami aku salah seorang orang kuat kelab tersebut. Semenjak tu la... dia jarang meluangkan masa bersama keluarga, bersama anak-anak. Dia lebih pentingkan hal kelab dari family. Sekarang ni, aku nak ajak gi beli barang dapur bersama-sama pun susah... kena berkeras baru dia nak ... tapi kalau barang jualan kelab kehabisan ... on the spot dia sanggup gi beli ... Balik kerja pun selalu dah nak masuk waktu maghrib. Pastu kalau Timb.Presiden Kelab phone ke apa... dia kuar semula. Masa bila dia nak spend time ngan family? Masa bila nak ajak anak-anak bersiar-siar? Tak sabar aku nak tunggu musim cuti sekolah ni habis!! HUaaaaa .... aku nak suami aku yang lama....!!

Takper la ... sekadar meluahkan isihati aku yang terbakar jer...

Till then, take care & Cherio!

Tuesday, December 05, 2006

Alhamdulillah....Syukur...


Alhamdulillah... Syukur aku ke HadratMU... Adib akhirnya sembuh dari demam yang tak kunjung kebah. Semalam, aku bawa kedua anak-anak ku serta aku punya maid pergi berjalan-jalan di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka. Waktu tu dah 6.30 petang & SUNSET time.
Mereka berdua sangat happy kerana dah lama aku tak bawa berjalan-jalan di tepi pantai ever since Adib demam. Seronok melihat mereka berdua bermain di gigi air. Mereka juga merengek-rengek untuk mandi di situ. Lots of people ... I guess they were tourist bermandi-manda kat situ walaupun airnya kotor yang amat sangat!
Kitorang spent time kat situ dari 6.30 petang hinggalah masuk waktu maghrib. Then, singgah beli dinner jap kat restoran yang berlambak-lambak kat situ. Cuti sekolah ni Zoo Malam kat Zoo Melaka buka setiap hari dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Sebenarnya aku sepatutnya bertugas sebagai Pegawai Incharge Klinik dan standby tapi.. aku minta kat Bos untuk ONCALL sahaja. Penat aku! Minggu ni sepatutnya minggu aku bertugas tapi MALAS...
Banyak benda aku nak buat kat rumah... kesian anak-anak aku, aku & suami asyik bekerja sampai takder masa nak bawa diorang berjalan-jalan.
Berita yang paling aku geram pada Bulan Disember ni adalah... ELAUN RISIKO aku dah kena potong. Bukannya aku sorang tapi Pegawai Veterinar, Penolong Pegawai Veterinar dan Pekerja Rendah Awam ( PRA ) di Jabatan aku dikategorikan sebagai TIDAK LAYAK untuk menerima elaun tersebut. BODOH ke Pihak Berwajib ? Ataupun mereka ini SELFISH ? Adakah pekerjaan seperti kami yang setiap hari berdepan dengan hidupan liar dikatakan Tidak Layak menerima elaun risiko tersebut? Bukan nya sikit anak... RM 150.00 sebulan! Alasan mereka ialah... pekerjaan kami tidak ada perkataan "HIDUPAN LIAR" kat hujung nama skim kami. Logik kah alasan itu? Yang aku kesiankan sekali adalah para-para PRA kat tempat kerja aku... hari-hari membersihkan kandang dengan binatang merbahaya tanpa diberi insentif. Dah la gaji depa semua kecik! Fikir-fikirkan lah...
Okay lah... aku taknak timbulkan kontroversi apa-apa cuma menyuarakan rasa tidak puas hati aku dan rakan-rakan senasib sahaja. Kalau kitorang buat donno jer dan biarkan pegawai-pegawai yang ada liar kat hujung nama skim mereka yang buat baru padan muka! Fikir-fikirkan lah....

Till then... Cherio!

Friday, November 24, 2006

Moody .....

Kenapa ? Tah la... semenjak dua menjak ni aku moody sangat kat rumah. Habih anak-anak aku dan orang gaji aku kena hambur.. ada saja yang tak kena di mata aku. Aku kesian kat depa tapi ... TAHLA... Nak kata pre-menstrual syndrome tak pula sebab aku tak pernah kena before ni. Tapi... memang aku belum period lagi !


Anak aku merengek-rengek nak ajak berjalan-jalan ... bukan tak mau tapi aku terpaksa bekerja siang dan malam sepanjang minggu ... maklumla , masa balik raya tempohari dah cuti lama. Lagipun minggu ke-3 adalah minggu aku standby kat Klinik Haiwan Zoo Melaka. Pastu kena gantikan rakan setugas aku yang pi kursus selama 4 hari. Hari ni aku last kerja malam.. Yea..yea.. Aku dah promise anak aku nak pi bawak depa main kat amusement park Jaya Jusco. Kebetulan lak esok aku cuti dan aku ada nak beli sesuatu kat JJ sempena minggu JCard. Sepanjang cuti sekolah ni, Zoo Malam kat Zoo Melaka dibuka setiap malam dari 8.00 malam hingga 11.00 malam sehingga 31 Disember ni.


Cuaca kat sini setiap hari akan hujan selebat-lebatnya di sebelah petang. Lagi la suasana tersebut akan menambahkan mood tak elok aku ni. Rasa malas nak kerja dan macam-macam lagi.


Kesihatan anak aku beransur baik kecuali batuk sesikit lagi. Pas Adib balik hospital, Amir pula kena demam selsema dan batuk. Hishhh... lepas satu...satu... Tapi kalau Amir demama, aku tak risau sangat sebab dia ni cepat recover dari demam. Adib yang aku risaukan. Tak sabar nak gi follow up check-up pada 14/12/06 nanti.

Okayla.. aku stop kat sini dulu sehingga mood aku stabil semula.Till then, Take Care ...

Cherio!

Friday, November 17, 2006

Where Have I Been Lately?


The answer is : I'm at the Melaka Hospital ( Paediatric ward 1-4, bed 27 ) ..... why? Hmmm...

Adib was admitted at 3.45 pm 13/11/06 and was discharged yesterday .. 16/11/06 at 4.30 pm. He has got a very high fever and coughing ever since last Thursday ( 9/11/06 ). Ingatkan demam cam biasa coz dia selalu gak high fever ni. Gi kat Klinik Amal hari Jumaat and dia beri antibiotik ( Trimetho-sulpha or BS Suspension )..Lepas makan ubat tu, batuk & demamnya makin menjadi-jadi. Dia jadi lembik tak bermaya... On Monday, 13/11/06, brought him to the private paediatrician kat Malim.. dia terus ja consult I ke Hospital Besar sebab dia kata Adib dah ada infection kat right lung( Broncho-pneumonia ). So dia soh gi Unit Kecemasan and get warded. When admitted his temperature was 39.5 Celsius. I'm alone with him kat hospital masa warded sebab Najib has to go to Kuala Lumpur ( arahan our Veterinarian ).

Hari pertama ( 13/11/06 ) kat sana... diorang letak IV Drip with H5D5 saline ( Normal Saline + Dextrose 5% ). Masa nak cucuk tu, sikit pun dia tak nangis sebab dah terlalu letih and lembik. Masa pindah pi ward, dia kena ambil darah lak... Bila result sampai, diorang diagnosed Pancytopenia ( aplastic anaemia ) coz dia nye leucocytes very low ( count : 114 ; normal 150-220) pas tu ambil darah lagi sebab diorang buat diagnosis sementara Dengue Fever lak... Dah pulak... dah la budak ni tak minum & makan... Masa Doktor Pakar check.. adib ada hepatitis lak... Liver dia bengkak dan membesar... He was on nebulizer 4 hourly ( Salbutamol 2 mg/5 ml ) dan 8 hourly ( Salbutamol 2 mg/5 ml + Atrovent 250 mg ). Malam tu, I have to wake up every 4 hours untuk beri dia nebulizer. Tido? Kat wad kelas satu ( kelayakan GL aku ) , ada la meja besar untuk makan minum kat situ. Aku tido kat atas meja. Sejuk Ya Rabbi! Air conditioner kat wad tu lak centralised... Menggigil aku!

Hari kedua kat sana ( 14/11/06 ).. pepagi buta as early as 6 am, depa ambil darah lagi. Result came & leucocytes count dia masih lagi rendah. Dah... pastu Pejabat Kesihatan nye orang datang interview coz doktor kat situ report kata Adib kena Denggi. Yang herannya... camne dia diagnose Denggi sedangkan sign & symptom untuk denggi fever langsung tadak! Adib takdak bintik-bintik ruam, tak de gusi berdarah dan sebagainya. At 6 pm , ambil darah lagi sekali.Attenden wad datang pasang kelambu... Adib akan tetap dengan nebulizer sampai la dia discharge nanti. Alhamdulillah..batuk dia berkurangan. He was treated also for broncho-pneumonia... antibiotik Cefuroxime @ Zinnat IV 370 mg 3 kali sehari.


Hari ketiga kat sana ( 15/11/06 ), time ambil darah at 6 am, doktor oncall kejutkan aku untuk ambil darah. Kali ni dia masukkan branula kat tangan kiri Adib. Dah... kiri kanan tangannya bertebuk.. satu untuk IV Drip & satu lagi untuk ambil darah. Doktor oncall lak macam tak biasa je ambil darah.. Rasa macam nak cakap kat dia " Dok tepi diam-diam..biar aku yang ambilkan darah tu! " Digerodaknya untuk cari vein ... kesian Adib .. sakit camner pun dia tak nangis.. Bagus budak ni! Anyway... demam dia dah kebah... back to normal temperature. Dia pun dah start makan sesikit and also nak minum. Beri dia air susu sebab air suam dia kurang sikit...
Pukul 6 pm dia diambil darah again.. leucocytes count dia dah naik sikit. Lab report untuk Dengue Serology test pun dah dapat... NEGATIVE! but Mycoplasma count dia 1:40.... Alhamdulillah...bukan denggi.

Hari last kat sana ( 16/11/06 ), Doktor Pakar Kanak-kanak yang round nampak Adib dah start makan dan minum masa dia round. So she decided nak discontinue IV Drip. dia kata kalau result darah pagi tu leucocytes dia dah increase and back to normal range, Adib boleh kuar Hospital... Result sampai at 2.00 pm, leucocytes count dah back to normal range. So , dia kata petang ni boleh discharge... dia pun tengok Adib dah active and back to his own normal characteristic. Alhamdulillah... Kitorang discharged at 5.30 pm. Doktor suruh aku observe kalau-kalau demam dia menjelma semula... bawa semula ke wad sebab dia kata Adib maybe kena Mycoplasma infection. After 2 minggu, kena gi check-up semula pada 14/12/2006 jam 9 pagi. Ubat oral antibiotik Zinnat @ Cefuroxime125 mg dibekalkan untuk 5 hari dan juga Ventolin 2 mg/5 ml.

Today ( 17/11/06 ) aku ambil extra cuti sehari lagi untuk observe dia. Dia dah mula active macam Adib yang dulu sebelum sakit. Dah makan banyak dan juga minum banyak. Kenangan masa aku kat hospital adalah... setiap kali doktor nak periksa Adib or nurse nak check temperature & BP... Adib akan kata " BO LAYAN " and also " ADIB MALU! ". suara dia je yang kedengaran pepagi buta bo layan kan doktor dan nurse. Hmmm... ALhamdulillah.. SYUKUR kepada ALLAH .. Adib beransur sembuh...

Till then, Take care & Cherio!

Thursday, November 09, 2006

My Beloved Family

Barisan paling hadapan ( dari kiri ) : Muhammad Adib Najwa, Muhammad Syahir, Faeq Aariz ( ribaan ), Siti Nur Bahirah, Muhammad Adam dan Nur Jazirah
Barisan tengah ( dari kiri ) : Jawahir, Muhammad Amir Najwa ( ribaan ), Jamsiah ( eldest sis ), Hajah Jamaliah, Nur Jamilah ( ribaan ), Haji Jaafar , Nur Juzailah
( ribaan ), Jamaiyah ( 3rd sis ) dan Nur Jazilah ( ribaan )
Barisan belakang ( dari kiri ) : Mohd Najib ( husband ), Fatimy, Juwairiyah ( 2nd sis ), Siti Nur Bisyarah, Muhammad Syukri, Bukhari dan Mohd Amzi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mereka-mereka di atas adalah insan-insan penting dalam hidup aku. Balik raya tahun 2006 ni telah mengumpulkan kami semua. Maklumla...semua dah berkeluarga.......

Let's begin ngan Abah. Abah seorang pesara Jabatan Pendidikan Kedah ( bekas KPP Kokurikulum Sukan ). Dulu dia ni pernah jadi guru & guru besar. Abah seorang penghidap diabetes mellitus tapi stabil. Mama lak seorang pesara guru. Dia dulu ngajar kat SRK Tunku Abd Halim, Alor Setar. Mama tak berapa sihat sekarang ... sakit lutut, pinggul dan juga penghidap darah tinggi. La ni abah yang dok take care mama kat rumah.

My eldest sister seorang guru di SRK Sg Kechil, Sg Bakap. Husband ( Bukhari ) dia pun seorang guru tapi lupa lak sekolah menengah mana dia ngajar. Tapi dia di tinggal di Relau, Kedah, tak jauh la dari rumah mama & abah. Boleh balik selalu.

My 2 nd sister seorang KPP ( Psikologi ) kat Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) Putrajaya. Husband dia ( Fatimy ) bekerja sebagai Asst Manager kat Malaysian Reinsurance Bhd, Damansara. Depa ni takder anak ... tapi dah dapat anak angkat ( Faeq Aariz ).

My 3 rd sister ni Nurse kat LPPKN Kulim. Dia ni la yang selalu jenguk mama & abah kat rumah sebab depa tinggal berdekatan. Husband dia ( Mohd Amzi ) kerja kat LRC HP Kulim sebagai Technician. Dia ni yang dapat twins tak seiras kat dalam gambar tu.

Aku ? Well, aku ni memang anak bongsu tapi yang tak manja sebab kakak aku yang nurse tu lagi manja dari aku. Alhamdulillah ... aku ni seorang yang berdikari. Aku seronok dan sayang kerjaya aku sebagai Penolong Pegawai Veterinar kat Zoo Melaka ni. Husband aku ( Mohd Najib ) bekerja kat satu tempat ngan aku sebagai Pembantu Hidupan Liar. Bulan ni dia start kerja kat Klinik Zoo sama ngan aku ... pasai apa? Hmmm... dia ni sebenarnya "SNIPER" a.k.a. shooter untuk rawatan haiwan. Lebih stahun dia pi training untuk gelaran tu dengan Senior Veterinarian PERHILITAN. Ada pro ngan kontra dia kerja kat Klinik Zoo ni... Yang pro nya kitorang dapat kerja bersama.. tahu aktiviti masing-masing. Tang kontra lak ... aku tak berdaya nak marah dia kalau dia salah / silap sebab aku ni isteri dia.... dan dia lak bekerja di bawah seliaan aku. Iskh..iskh..

APA-APA PUN, AKU AMAT SAYANGKAN FAMILY AKU NI ...

Sekian, terima kasih...

TAke CAre & ChErio!

Tuesday, November 07, 2006

Post RAYA 2006














Semua gambar-gambar di atas adalah kenangan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri 2006 lalu..... Semua aksi-aksi yang dipertunjukkan adalah asli dan tidak "mengopy" mana-mana aksi sebelum ini. Segala kesulitan amatlah dikesali.

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday, October 22, 2006

SELAMAT HARI RAYA



SELAMAT HARI RAYA
aidilfitri


MAAF ZAHIR & BATIN



Ikhlas dari:



Mohd Najib bin Othman

Jawahir binti Jaafar
Muhammad Amir Najwa bin Mohd Najib

Muhammad Adib Najwa bin Mohd Najib




~ Zoo Melaka, Lebuh Ayer Keroh 75450 Melaka ~


p/s :

Blog ini akan bercuti dari 23/10 /2006 hingga 5/11/2006. Segala kesulitan amatlah
dikesalkan. Terima Kasih.

Monday, October 16, 2006

WELCOME TO MY NEW FOSTER FAMILY


Hi all,

Yesterday was my lucky day as I have got a new foster family from North Carolina, USA. Their names are :

1. Daddy - Gregory E.Moore ( Greg )
2. Mommy - Sheila Kay ( Sheila )

How do I get to know them ?

Well .... I was at work( Zoo Animal Clinic ) yesterday, playing Yahoo! pool during break time when Greg was happened to be my opponent. He greet me and then approached me to be his global daughter. They have got adopted sons and daughters from all over the world, different races and religions in a family.

Daddy was a retired Law Enforcement Officer, Scientific Investigations Division .... sort of ex-CSI officer. I LOVE watching CSI over AXN ASTRO !!

To My New Daddy and Mommy ... welcome to life. I'll be honored to have you guys.

Till then, take care & Cherio!

Thursday, October 05, 2006

AIDILFITRI Menjengah Lagi..

Sebagaimana kita nanti-nanti kan tahun 2006 ini, Hari Raya Aidilfitri menjelang kembali. Tahun ni actually aku dah standby untuk keje pada Hari Raya tahun ni sebab last year dah cuti panjang.

Hari Isnin lepas ( 2/10 ) adalah hari meeting para pegawai Zoo Melaka. Dalam meeting ni pelbagai perkara dibincangkan termasuk cuti para pegawai untuk Hari Raya tahun ni. Bos terpaksa campurtangan sebab tak mahu ada "perang" macam last year. Sepatutnya Najib kerja pada hari raya pertama ... dia volunteer sebab kalau tak kena keje raya ketiga ke-3 ...naya! Dah la nak balik kampung jauh ... ( Kedah & Pahang ). I did thanked my beloved Director of Zoo Melaka sebab bagi I balik Raya tahun ni... dia cakap, "next year you have to work..." So I replied, " OK Bos .. I memang dah prepared "

Slight changes has been made untuk giliran raya tahun ni. Supposed kitorang celebrate Raya pertama kat Temerloh but last minit ubah untuk Raya kat Kulim ... tu pun sebab anak buah Najib akan adakan Majllis Pertunangan pada 4/11 nanti. So, takkan nak ulang-alik 2-3 kali... kalau expenses boleh recycle takpa jugak!

Kitorang akan balik ke Kedah pada 23/10 petang after work ( both of us have to work dari Deepavali sampai 23/10 ). Kitorang akan start bercuti dari 24/10 till 5/11 ( lama tu weh..! ) .. Kalau ada apa-apa, just contact my number at 012-338 4113.

Okay la, nak inform tu je. Ni nak sambung kerja lak... nak pi field untuk cari kes. Dr Vet on leave dari 1/10 - 10/10. Dia pi Taipei Zoo untuk lawatan muhibbah sambil belajar...

Till then, take care & cherio!

Friday, September 22, 2006

Di Manakah Sifat Perikemanusiaan??




~ Neofelis nebulosa a.k.a Harimau Dahan ~

Apa perasaan anda bila melihat gambar di atas? Pihak Zoo Melaka telah menerima haiwan ini pada jam 2.00 petang 21/9/2006 oleh PERHILITAN Negeri Sembilan. Dari sumber PERHILITAN, haiwan betina ini diambil di Balai Bomba Rahang, Seremban. Ia ditangkap kerana memasuki rumah orang di sebuah kampung.Tak dinyatakan pulak kampung mana yang terlibat....

Cuba bayangkan, seekor anak harimau dahan ( usia anak harimau dahan ini dianggarkan dalam 10 bulan ) yang hampir extinct di Malaysia ini dipukul dengan kejam di kepalanya? Apa yang seekor anak harimau yang tak berdaya untuk buat kepada orang kampung tersebut? Kenapa mesti dipukul sampai patah tulang hidung dan juga pecah tempurung kepala?
Masa sampai, anak harimau ini sudah tidak berdaya, lemah, kurus dan kemungkinan besar telah buta kedua-dua mata akibat hentakan yang kuat. Kenapa mesti dipukul? Kenapa tidak terus telefon pihak berwajib ( PERHILITAN ) ? Mungkin anak harimau dahan ini tersesat kerana Seremban dipenuhi banyak pembangunan dan habitatnya telah diterokai? Fikirkan....
Sebaik tiba di Klinik Haiwan Zoo Melaka, team Veterinar telah berhempas-pulas untuk cuba menyelamatkan haiwan ini walaupun kami telah menjangkakan percent untuk ia survive hanya 5 % ... dan seperti yang dijangkakan, anak harimau ini mati pada hari ini 22/9/2006. Macamana nak selamat kalau ia dah bernafas ikut mulut dan apabila menarik nafas, dahinya seperti belon mengembang dan menguncup ikut pernafasan? Kalau rejim Zionis kejam kerana membunuh umat Islam yang tak berdosa, mereka-mereka yang memukul haiwan yang tak berdosa ini pun boleh digolongkan sebagai rejim Zionis jugak! Anak harimau dahan ini adalah seperti anak kucing lain walaupun gah namanya harimau ... kalau anak kucing boleh dibelai dan dimanja, inikan pula anak harimau yang takder taring lagi ...

SIAPA YANG AKAN CONSERVE HIDUPAN LIAR KALAU TAK KITA SENDIRI ?
Fikir-fikirkan lah .......

Till then, take care & Cherio!

Wednesday, September 20, 2006

Apa ni ???!!!

Huh?! Apa ni?

Ni la padahnya jika anda menderhaka kepada ibu bapa ..... Dapatkah anda semua teka apa nama haiwan ni?
MMmmmm.......

Untuk pengetahuan , ini adalah karkas harimau malaya yang mati disebabkan penyakit jaundis
( Hepatitis B ). Ianya dihantar oleh Perhilitan Terengganu. Haiwan ini dijumpai di ladang ternakan lembu kat dalam felcra dalam keadaan nazak. Bayangkan tangkap harimau tanpa menggunakan tranquiliser ??

Umur harimau ni masih muda giler... around 2-3 tahun berdasarkan giginya. Gambar di atas adalah hasil skinning untuk diawet dan di mount semula bodynya. Kalau ada yang lemah semangat, JANGAN pandang gambar ni.

Harimau ini adalah harimau jantan, mungkin terpisah dari groupnya kat hutan. Or.. maybe jugak di dah dibela oleh seseorang dari kecil dan oleh sebab takut kena tangkap, hamba Allah tu lepas kat dalam kebun sawit berdekatan... Semua tu berkemungkinan...

Dari pengalaman lepas, harimau yang dibela sejak kecil TIDAK MUNGKIN dapat mencari makanan sendiri bila ia dilepaskan semula ke hutan. Ini kerana, sejak kecil ia di handsfeed dan manja ngan manusia. Kesian... Bayangkan... berat karkasnya hanya 49 kg! Nicky yang sekarang berumur 2 tahun pun dah almost 80 kg!

Marilah kita bersama-sama wujudkan kesedaran dalam diri masing-masing agar sayangkan wildlife... Jangan pulak teroka besar-besaran hutan kita dan ranapkan habitat asal binatang liar ini. Kesian kat depa.... Bayangkan kalau kampung kita diranapkan sebegitu?!

Till then, take care & Cherio!

Tuesday, September 19, 2006

RAMADHAN AL-MUBARAK


Bulan Ramadhan muncul lagi untuk tahun ini. Sekejap saja rasanya .... Pada bulan ini kita sebagai Umat Muhamad s.a.w , sebagai Umat Islam di WAJIB kan berpuasa. Tetapi... yang sedihnya... di akhir zaman ini, ramai umat Islam yang bersikap sambil lewa tentang hukum Allah ini. Tak payah ambil jauh, di tempat ku bekerja itu sendiri ramai keeper dan ada juga pegawai yang TIDAK BERPUASA ... alasan mereka adalah penat! Kalau diikutkan, semua orang yang bekerja akan penat. Kalau mereka yang tidak puasa ini menghormati orang lain yang berpuasa ... Alhamdulillah TETAPI, mereka tanpa segan silu smoking di khalayak ramai... even depan pelawat. Tak malu kah mereka ini? Yang paling memalukan, mereka rata-rata anak seorang yang terkenal dengan ilmu agamanya, datang dari negeri yang terkenal dengan serambi mekah nya .... iskh!iskh... PAda tahun ni, aku takkan berdiam diri lagi... aku sudahpun melaporkan kepada pihak berkuasa kerana aku TAK MAU lagi bersubahat. Aku nak beribadat dengan khusyuk!
Kepada mereka yang agak terasa membacakan posting aku kali ini, aku mohon maaf. Marilah kita sama-sama mengerjakan ibadat.. semoga ibadat kita ini di terima oleh ALLAH. Amin....

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Till then, take care & Cherio!

Saturday, September 16, 2006

I'm Back with SEMANGAT!

Hi there...
Baru balik dari BTN Course as stated before kat Kem Bumi Jati, Shah Alam. Tak la seteruk yang disangka... No more bawa telur as amanah or bata... just lectures & LDK. Yang tak best nyer adalah kembara time... A day before event, hujan selebat-lebatnya ! I was the first person kena crawl kat obstacles macam bebudak PLKN buat. habis koyak rabak tudung & belakang baju.
Since hari akhir Hari Jumaat, we all direleased awal. So, yang menumpang my car adalah my Vet & a clerk.Kitorang sempat gi KL Aquaria lagi.. Spent time about 3 hrs kat dalam tu.Menggila tengok ikan, selama ni tengok binatang je. Sampai rumah at about 6 pm. Letih giler... maklum la, sepanjang kursus kami hanya dapat tidur selama 4 jam dari pukul 12 malam hingga 4 pagi je. Pastu, semua waktu solat diwajibkan jemaah kat surau. Untuk event petang, kena buat latihan kecerdasan kebangsaan & flying hockey. I just jadik goal keeper je sebab takleh lari....dua-dua kaki dah teruk maa... kaki kanan retak due tu jatuh gajah in 1999 & kaki kiri lak tendon lutut koyak masa main badminton in 2003.
Okay la...gotto go. Nanti sambung citer.
Take Care & Cherio!

Wednesday, September 06, 2006

BTN COURSE

Friends....
I will be going to BTN Course starting 11th Sept till 15th Sept 2006, which is next week. So, the whole week will not be around.The course will be held at Kem Bumi Jati, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. Ha!ha! just nearby BUT... lama tu.!! I will drive there with couple of my officemates
( pompuan laaa... ).
Malam tadi, gi shopping giler... beli apa? Untuk course BTN, mesti pakai baju tema putih hitam.. so, gi cari baju kurung putih laa... Bought baju sekolah menengah kat MYDIN Store and also kain hitam. Pas tu pi beli baju putih t-shirt untuk sesi kembara lak! Spent about RM 250.00 last night.
Natijahnya, masa course nanti I'll be Perempuan Melayu Terakhir sebab kena pakai heels ( AGAIN! ) ... aarrghhh!!
Okayla... wish me luck...
Take Care & Cherio!

p/s;
To Aida Yurani, Fahroe & Friends ... do enjoy your day off in Kuching. Take Care!

Friday, September 01, 2006

Panjangnya CUTI....

Hmmm... just got back from a long vacation kat Kulim, Kedah Darulaman. Baru naik kerja hari ni... malasnya!! Sampai dari Kedah at about 9.00 pm 30th August. Nak rehat satu hari kat Melaka before naik kerja. Pas tu kena kerja siang malam lah plak!

Hari pertama sampai, attended kenduri kawin one of my cousin's nyer anak wedding day. Iskh...belum sampai Kedah, singgah makan kenduri kat Parit Buntar. Then, straight to my parents home. Masa sampai kat rumah... MASYAALLAH... rumah macam kapal karam! Tak boleh nak blame jugak sebab my mom sakit kaki, pinggang dan seantero dengannya... tak boleh gerak banyak. Jaga anak my sister pun dah terpaksa sebab my sister hantar jugak anak dia ke sana although dia tahu my parents tak berapa sihat dari segi kesihatan lahiriah. So, the second day kat sana , my hubby & I gotong royong kemas rumah. I did kemas kat area dapur & do all the cooking and my hubby kemas kat area bilik, hall dan laman luar. Nasib baik la dia ni tak komplen banyak and my parents puji dia!
Hari kedua dan seterusnya for the week, carried out the same routine. I am the master chef kat rumah tu... gi pasar ngan abah ... order bekalan kopi kedah untuk dibawa balik ke Melaka... as I'm the supplier for kopi kedah kat canteen Zoo Melaka.

Hari Sabtu, 26/8 pi kenduri adik my maid kat Baling.Meriah giler kenduri dia... almost 800 people attending and sampai kehabisan bunga telur. Lauk simple giler and I got a special layanan from her family. Dapat menu lauk pengantin di samping lauk semasa. Cara hidangan pun simple!

Dua hari before balik Melaka baru decide nak pi jenjalan bawa the kids. Kitorang gerak after I masak lunch for the parents and settled all the kerja rumah. Ingat pada mulanya nak bawak bebudak tu mandi laut kat Penang. Gi Penang naik feri.. meraung dak Amir sebab dia ni penakut sikit! Round Batu Feringghi dan Teluk Bahang... survey tempat nak lepak but.. cuaca panas, then tak der lak tempat persalinan dan tempat bilas... last-last gi mandi sungai kat Air Terjun Air Putih nearby kat Kulim. Seronok tengok bebudak tu seronok mandi... Adib sampai menggigil kesejukan dan Amir sampai merah mata!

Balik ke Melaka on the 30th .. pusing ikut Baling, Pengkalan Hulu , Grik, Kuala Kangsar and then masuk highway Utara Selatan. Pi amik my maid dulu kat rumah dia. Siap jamu makan laksa kedah lagi! Nak pi second honeymoon tak kesampaian but really puas hati sebab dapat get rid kerja for 2 weeks!

Now dah 9.15 am, ada kes rimau nak settle after break. Hari ni lak Hari Jumaat. Petang ni ada meeting Keeper lak! Kerja..kerja..kerja...

Till then .. take care & cherio!

Friday, August 18, 2006

TIME OFF 19/8/06 TILL 31/8/06

Hi guys...
My family & I wont be around from 19/8/06 till 31/8/06 ni. Fuiyoo... tentu ramai yang berkata : " Lamanya Cuti! ". I need to spend time secara exclusive ngan family tercinta di samping beri peluang untuk my maid bercuti sebab adik dia kahwin.
So, sedikit pesanan penaja... kalau nak datang melawat Zoo Melaka pada sepanjang cuti sekolah tu... pandai-pandai la jaga diri. Sorry kalau tak dapek den nolong sebab den takdo kek situ.
Okay la... Selamat bercuti persekolahan semua! Have a great time with your family...

Till then, take care & Cherio!

p/s ;
Pada sesiapa yang masih dok marahkan diri ini, sekali lagi maaf dipinta. Ingatla.. " SedangkanNabi ampunkan umatnya " Jangan kerana bertanyakan sesuatu yang kita tidak jelas untuk penjelasan telah membuatkan kita terputus persaudaraan dalam Islam. Salahkah untuk aku bertanya?

Monday, August 14, 2006

Satu Gambar SERIBU Pengertian


Apakah yang dapat ditakrifkan apabila anda semua melihat gambar ini? Hmmmm.....

Thursday, August 10, 2006

SENYUM KAMBING

Inikah yang dikatakan " Senyum Kambing " ? Comel tak?
Actually this photo was posted to by from a friend at NRE ( Natural Resources & Environment Ministry ) . She happened to be my room mate during my Induction Course in INSTUN. Tak tau lah pulak dia amik kat mana anak kambing ni !

Baru satu malam kehidupan " tanpa suami " kat rumah.. have to manage the kids and also the maid. Walaupun tanpa suami selama 10 hari, he is still in my heart.. everyday... everynight... Cintaku hanya untuk nya... Ceh!! Jiwang la plak!

Bebudak ni kalau ada abah mereka... ikut cakap... tapi kalau dengan mama mereka... mula la merengek nak itu & ini. Yang paling tak tahan bila menangis.. memekak... Hishhhh!! tension!

Pagi ni, kerja as usual. The Veterinarian is not around for 2 days sebab kena standby kat Bandar Penawar. Elephant Team managed to take out a wild elephant to translocate somewhere, usually Tasik Kenyir. So, the Vet has to standby in case any injury occured during the translocation. Is is now a procedure when translocating an elephant. Nampak gaya Unit Gajah Kuala Gandah kena hire sorang Vet khusus untuk Projek tu.

Okay la... Till then, Cherio!



Wednesday, August 09, 2006

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan





Just got back dari Ajil & Negeri Terengganu untuk amik burung. Sambil menyelam minum air. Stayed at the K.T Beach Resort kat Kuala Terengganu. Not Bad for a RM 80 ( Deluxe Room / night ) . Duduk semalam je. Pagi , check out awal at 8 am sebab nak bershopping keropok kat Gerai 007 ( depan Masjid Terapung ). Dia nyer keropok memang ngam! sedap!
At 12.30 pm, sampai kat Kuala Berang. Had a short tour at Pusat Pemuliharaan Tuntung kat Kampung Dusun ( tak de Samseng Kg Dusun lagi....dah mati! ) .Pastu, gi visit lak Memorial BAtu Bersurat Terengganu which is just nearby the village. Had lunch at Sahabatku Restoran kat Kuala Berang town. Menu for lunch adalah Sotong ( besau giler! ) Bakar, Sayur tauge dan Ayam Masak Merah.Air? Ais Limau... Kitorang makan 4 orang... semua lebih kurang jer lauk hanya RM 28.00 campur air. Murah siot!
Cikgu Oh Siong Lai ( owner Taman Kuang Ajil ) balik dari ngajar at 1.30 pm. Dapat la tour sikit kat Taman tu. Banyak siot Burung Kuang dia! Dia tetaskan sendiri.... almost 1000 birds dia ada and spend almost RM2000.00 per month for the feed. Bayangkan kalau sekali tetas untuk satu spesis 40-60 biji telur. Itu baru satu spesis... kalau dia ada 50 spesis?? Hmmmm....
I went there untuk collect 1:1:0 Kuang Elliot ( Symmerticus ellioti ) and 1:0 Merak Putih ( Pavo spp ) .. dia donate kat Zoo sebab dah terlalu banyak kat tempat dia. Bertolak balik ke Melaka at about 3 pm and singgah beli buah Cempedak 6 biji... baru RM 15.00. Singgah makan kat Air Mawang Seafood kat Air Mawang, Negeri Sembilan at about 10 pm and sampai balik ke Zoo at 11.00 pm. Alhamdulillah... at last mission accomplished! Next Mission adalah ke Istana Kelantan on 15/8/06 and 16/8/06 untuk amik Beruang Matahari ( Helarctos malayanus ) bok balik Zoo. Banyak sungguh Beruang ni kat Zoo... almost 19 heads. Kalau boleh buat pet kat rumah kan best!
Well... for the next 10 days starting today, kena jadi mama yang serba boleh sebab my hubby kena gi Induksi Umum kat Lanchang, Pahang. Hmmm...
Okay la... nanti sambung lagi. Till then, take care & cherio!

Saturday, August 05, 2006

Gerrraammm!!

Apsal geram? I actually geram kat blogsite nih... dah 2 hari posting, sampai 5 hb Ogos tak ada publish lagik! Masa send tu, dah kata 100 % published. Eeeiii...geram tol!
Anyway, kerja today coz my duty week.Next week pon maybe kerja sebab minggu ke-3 nak cuti panjang ( 10 ) hari... dari 19/8/06 hingga 31/8/06. Peeerrgghh!! Lama giler! Cadang nak pi vacation cum 2nd honeymoon sebab my anniversary yang ke-6 on the 3rd September nanti.. Sama ada nak pi Penang ( Taman Negara Pantai Acheh ) or pi Langkawi.Tengoklah camner nanti.
Hari Isnin & Selasa ( 7-8/8 ) ni nak pi Taman Kuang Ajil, Terengganu ... nak pi amik burung kuang kat situ untuk Zoo. Then on 15-16/8 lak nak pi Istana Kelantan... nak amik Beruang kat situ.Fuiiiyoo!! Masuk Istana beb!!
Okay la.. Saja nak tampek sini sikit je...geram kalau dia tak publish lagi!

Till then, Take Care & Cherio!

Thursday, August 03, 2006

HUH??!!....

~ Right Lung of a Female Nyala ( Tragelapus angasii ) ~

Huh?? Apa tu?? Mesti semua tertanya-tanya apa ke benda gambar di atas. Well... Ini adalah salah satu jangkitan ke atas paru-paru haiwan yang di postmortem. Ini adalh contoh jangkitan kronik di mana paru-paru haiwan tersebut penuh dengan nodul-nodul mengandungi nanah. Pada mulanya kami menyangkakan nyala tersebut mati disebabkan dystocia ( kesukaran melahirkan anak )... but then , once opened, terkejut sekejap. Apa yang dapat dilihat di sini , haiwan tersebut tidak mempunyai ruang langsung untuk paru-paru mengembang dan bernafas. Bayangkan ... betapa seksanya hidup!

Jangkitan ini boleh diberi differential diagnosis of Tuberculosis OR Melioidosis which is zoonotic with human. Macam tu la rupa paru-paru manusia yang dijangkiti TB atau melioidosis.... cuma haiwan jarang kita nampak batuk atau mengadu sakit tekak etc macam manusia. Kita dapat diagnose pun dah tahap kritikal punya stage. Disebabkan I have to face all the circumstances.... I have to take banyak insurans nyawa. All together, I dah ada almost 6 insurans with 3 PA and 3 Life Insurans yang cover sesmua tu dan jumlahnya RM 1 Juta ringgit. Huishhh... kalau happened I meninggal disebabkan tu, kaya waris-waris I ( my hubby & anak-anak ). Kita merancang.... ALLAH yang tentukan. I also dah buat wasiat dengan ARB sebagai langkah awal. Tak rugi rasanya kalau kita buat wasiat... takder la berebut orang-orang yang akan ditinggalkan nanti. Semua dah ada hak masing-masing.

About an hour lepas buat postmortem nyala tu... rasanya dah terjangkit sebab terasa perit dan sakit pada tekak... walaupun dah amik precaution dan dah basuh tangan serta mandi dengan antibacterial soap. Tengoklah progress nya in one or two days lagi.

Well... enough story for today. Nanti sambung lagi.

p/s : To my friend Aida Yurani Mohd Ariffin - SORRY FOR EVERYTHING. Mana tau nanti kalau jadi apa-apa tak sempat lak nak minta maaf. Lepas dari dari kursus .. memang BLURR habis. Semua kerja I buat tak kena di mata orang. I tak bermaksud apa-apa.. just to clear off my curiousity... just to be friend with her. Tak terfikir lak ia akan jadi issue yang boleh meningkatkan kemarahan. Ampun dan Maaf dipinta.

Till then, TAKE CARE & Cherio!

Tuesday, August 01, 2006

Kenangan Di INSTUN 13-27 Julai 2006

~ Nasreen, Me, Rosnani & Fazlina ~

Gambar di atas adalah kenangan semasa berkunjung ke Pekan Tanjung Malim. It was just a small town and "was a dead town" untill Saturday comes.Every Saturday, the small town is busy with people, buying things and rations at the night market ( pasar malam daaa.... )
Masa gambar ni di ambil, my room mate, Nasreen belanja kitorang makan ice-cream. Well... thank you mate! Jadik muda la sekejap sebab depa ni semua ad
ik-adik lagi
( macam la tua sangat! )

Kat INSTUN ni, walaupun almost dok kat dalam hutan, really feel free..bebas dari tugas....bebas dari semuanya! Walaupun kengkadang tu takder air bila orang tingkat atas mandi.. Itu adalah lumrah jika dok hostel.Masa dok UPM dulu pun camtu.Anyway... " tuntut lah ilmu walau ke negeri China " itulah quote yang selalu aku ingat.Tapi... la ni nak pi China pun kena fikir banyak kali sebab banjir kat sana... taufan lagi...

Overall... I was among the first yang habis awal masa exam finale tu. Exam started at 10 am and I managed to finish at 10.30 am. Boring jugak bila habis awal....Tunggu punya tunggu...last2 ketua pengawas exam announce yang sesiapa yang habis dah boleh kuar dari dewan...Yak! Yak! Yea.... aku dah habis!! Soklan senang? Tak jugak...tapi alhamdulillah boleh jawab.Selalu doakan aku agar periksa ni aku lulus & aku dapat confirm kerja secepat mungkin...Ammmiiinnnn.....

Okay la.. nanti aku coret lagi.
Till then.. take care & Cherio!



Gambar Merapoh Lagi!!




Monday, July 31, 2006

DIDO the Malayan Tiger




He was born on the 20 th July 2003. Just celebrated his 3rd birthday with his wife Nicky. He weighed roughly about 130 kgs. Dia ni adalah "THE STAR" masa Aida & The Anserians had a short visit kat sangkar harimau kat Zoo ni. Dia ni jugak la yang Abang Dimas dok menyanyi dan berghasidah ... Gambar kat atas ni masa dia dok spa kat kolam exhibit dia. Masa tu Nicky tido ( pemalas betul dia! ) , so Dido ni pun amikla kesempatan berendam kat jacuzzi tu. Kalau idak, Nicky conquer kolam tu.

Well, to my fellow friends ... jangan serik untuk datang ke Zoo Melaka lagi. Satu peringatan, kalau nak masuk exhibit rimau tu lagi, TOLONG letakkan waris pada insurans anda and make sure you all are FREE from HEART PROBLEM.. hahahaha!! Kalau ada nak beranak tu, tolong make sure beranak dulu!

Till then, take care & cherio!