Sunday, June 20, 2010

Pindah oooo... Pindah..

Surat soh aku kuar dari Zoo dah terima last week. Sepatutnya aku lapor diri kat PKHL Jenderak Selatan pada 1 Julai ni .. tapi aku try minta tangguh hingga lepas aku bersalin. Taktau la dapat ke idak .. Harap-harapnya dapat la!!

Aku tau, ramai yang tak suka aku ada kat sini lelama. Maklumla, lagi lama aku kat sini, lagi banyak drama yang akan aku tonton. Ada jugak yang anggap aku pembangkang dan pemprotes terbaik sebab aku banyak sangat komen itu ini dan tegur itu ini. Aku buat teguran untuk menaikkan semula tempat kerja yang aku kasihi ni. Penat mantan berusaha untuk membangunkan tempat ni, tapi bila masuk pentadbiran dan pengurusan baru, semakin merudum! Aku tak kesiankan orang atau keeper yang bekerja TAPI, aku kesiankan haiwan-haiwan yang tak bersalah dan terkurung kat sini. Dah la depa dikurung, kebajikan mereka tak dijaga, haiwan makin kurus ... tapi nak buat camner .." Saya yang menurut perintah"...

Bukan aku nak kutuk , aku cuma minta haiwan-haiwan ini diberi perhatian. BERDOSA jika menyeksa mereka kerana mereka ni makluk ALLAH juga. Memang , kalau mereka masih di habitat asal, boleh survive ngan makanan yang berlambakan kat hutan tu. Tapi kalau dikurung?
Bukan nak manjakan mereka , tapi .. inilah JIHAD yang kita boleh buat terhadap mereka.

Malas dah aku nak komplen bebanyak.Sat gi jadi isu. Mungkin ada hikmah disebalik "pengeluaran" aku dari sini .... supaya aku tak subahat dan supaya aku tak terlibat dalam kancah percaturan yang tidak sempurna ...

Ok la ... cukup kat sini dulu. Nanti bebila free aku tulis lagi.

Till then, take care & cherio!

4 comments:

Anonymous said...

hi puan... dah lama benor nak menyatakan sesuatu tapi tak berkesempatan. sebagai seorang rakan sekerja, gua sebenarnya mmg awal-awal dah terkejut dengan berita ni. aper yang terdetik ialah terdapat satu mainan politik secara terang-terangan tetapi berteduh dibalik daun pisang.sungguhpun gua juga adalah pencacai yang selalu dikambing hitamkan tapi gua tetap dengan pendirian gua yang perkara seperti ini mmg sepatutnya tidak terjadi di zaman serba moden ini.kebanyakan mereka-mereka yang membaling batu amat ramai ketika ini tetapi sebenarnya mereka sengal tak sempat menyorokkan tangan dah kantoi. selagi kita berpegang kepada kesabaran insya allah kita akan berjaya....

Anonymous said...

gua x puas ati lagi nih!bila puan sebut lak pasal menaikkan semula tempat kerja,gua rasa apa puan rasa sebenarnya. gua heran sungguh dengan keadaan sekarang yang kononnya aman ini.pada gua tiada apa yang dapat diperbetulkan lagi kecuali kita semua BERSATU. untuk makluman puan sebenarnya mmg terdapat satu misi untuk oleh seseorang itu untuk mengkacau bilaukan keadaan di tempat kita yang tersayang ini...modus operandi org tu mmg cukup mudah.mungkin misi pertamanya berjaya tapi dia kena ingat, Allah tu ada. tapi saya rasa dia x percaya kot. sbb, kalu dia percayakan Allah dia xkan buat kat orang cam tu. sama-samalah kita berdoa semoaga Allah buka kan hati dia. tapi kalau Allah dah tutup pintu hati dia, mungkin kita hanya mampu berdoa.

Anonymous said...

walaupun kita ni pencacai tapi kena ingat yang kita ni mampu berfikir dan mampu menggunakan otak yang Allah pinjamkan untuk berfikir.kalau mengaku didepan semua orang pengalaman 30 tahun pun, niat dalam hati ada neraka jahannam pun xguna gak, tul tak? ntah ape2 ntah..

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

Terima kasih banyak2 Anonymous kerana menyokong saya ...

Mmg betul sesungguhnya Allah itu ada & akan sentiasa membantu mereka yang dianiaya!