Friday, May 25, 2007

NEW ARRIVAL at the Zoo !






Hi all .... This is LEKIR. He was born last night or at dawn this morning. His Dam is Sg Besar a.k.a GEMUK and his Sire is Tabin. Tabin was born in Singapore Zoological Garden and Gemuk was caught from the wild. He got a brother, TUAH but he was sent to Sungai Dusun last April. Is he Cute or what ???

Saturday, May 12, 2007

Orang Gaji buat Hal lagi....

I am really..really GERAM with my orang gaji yang tak sedar dek untung.Perasan diri dia bos. Last night, my husband yang pendiam dan penyabar pun jadi tak sabar ngan dia. Dia mencabar my husband. So as the reward, dia kena syarah panjang oleh my husband. Me? I buat-buat je masuk bilik tidur.. malas nak interrupt takut jadi lebih teruk.

Last night, during watching Gerak Khas on TV, my Adib berak. Since we ( my hubby & I ) tengah dinner & masa tu iklan, my hubby soh le si Midah ni basuh berak. Suruh sekali dia tak berganjak dari depan tv, suruh kali kedua pun camtu ... last-last my hubby hilang sabar, ambik remote Astro & sorok kat atas almari yang dia tak boleh panjat. FYI. dia ni buta IT sikit. My Amir lagi pandai dari dia. Dia bengang & kononnya nak lari balik rumah dia kat Baling, Kedah. My husband c abar dia nak beritau mak dia apa yang dia buat selama ni kat our house. I'm keeping a record as in diary of what activities & kerja-kerja yang dia lakukan sepanjang dia kat rumah.... since last year dah buat dah. Semua perangai kuang ajor dia recorded as a hard evidence. Dia ugut kitorang nak lapor kat mak dia & kitorang ugut dia lak dengan video aktiviti dia kat rumah and also recording yang menunjukkan dia kurang ajar ngan majikan. Larat ke ... setiap kali buat perangai, dia minta maaf the next day dan kata dia menyesal & also yang last. Hmmm... masuk yang today, dah beratus kali dah. Gap dari maaf yang lepas hanya 7-12 hari je.Pastu buat lagi.

Kerja-kerja yang dia buat kat rumah most of the time jaga the kids. Selain dari mop lantai, jemur kain, lipat kain & masak nasi untuk the kids. Untuk dia pun I will do the cooking... padan la ngan gaji dia hanya RM 270. Tapi cuba fikirkan ..... dah 4 tahun duk ngan kitorang, gaji minta dinaikkan but kerja masih the same, no improvement .Wajarkah dinaikkan gaji? This year sebab dia duk buat perangai & prestasi buruk... tak ada kenaikan gaji for this year. Kalau mak dia tanya , we will beritau + evidences lagi. Baru padan muka dia! Semua kerja kat rumah nak kena bersuruh besides yang routine. Lembap betul! Kalau sesiapa yang pernah datang ke my house, tau la dia punya perangai camner. Aida..Aween...Fahroe...is that true?

Terminate her? Hmmm ... part ni susah sikit sebab everytime dia kata nak berenti, both my kids demam giler-giler punya. Dilemma both of us. Lagi satu, nak amik maid Indon dah susah sekarang plus nak guna duit banyak. Hmmmm .... Kitorang dah pernah gertak dia beritau dah order maid baru ... termenung dia. Pastu bila my hubby beri kata dua kat dia, dia janji nak kerja lagi and also taknak buat perangai lagi. Heck! Cakap tak serupa bikin punya orang !

Okay la .... cukup untuk lepaskan tension buat masa ni. Nanti tulis lagi. NAk kena gi field round. Next week, the whole week sibuk ngan kursus tangkapan hidupan liar for the new officers. Mesti sibuk giler !

Till then, take care & cherio!

Tuesday, May 01, 2007

HAPPY 4th BIRTHDAY TO ADIB !



Muhammad Adib Najwa bin Mohd Najib is turning 4 years old at 10.30 am today. Happy Birthday Sayang ... semoga hidupmu diberkati ALLAH selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayatmu. Mama doakan semoga kamu membesar dengan penuh kasih sayang daripada mama dan abah mu.


Ketahui lah ..... mama tidak pernah mengalami apa-apa kesulitan semasa mengandungkan mu. Nak deliver kamu pun amat senang ... hanya 10 minit di dalam bilik bersalin. Kamu seorang budak yang sihat tatkala berat badanmu semasa lahir adalah 3.7 kg. Kamu juga "budak yang ada ONG " kata orang Cina kerana mempunyai 4 pusar di kepalamu( 3 di tengah kepala dan 1 di depan ; kesemuanya berlawanan arah antara satu sama lain) . Semua orang cakap kamu seorang yang lasak, cerdik dan juga arif tentang perihal haiwan. Memang betul ! .... Rambutmu tidak boleh dibiarkan panjang !



...... SELAMAT HARI LAHIR SAYANG .....

p/s;

Juga Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja di Malaysia.





Tuesday, April 24, 2007

Kisah Adib

Adib dapat tonsilitis again ... for the second time of his life tonsil dia bengkak teruk. He got a very high fever ... 40.5 degree Celcius at about 1.30 am 2 days ago. Tersedar dari tidur, lihat dia menggigil because of the very high fever. Dia jadi kesejukan. Lucky I ada belajar serba-sedikit tentang first aid for the toddlers. I bukak baju dia, terus showerkan dia walaupun dia menangis kesejukan. Bukan sejuk kerana sejuk, but kesejukan kerana terlalu panas suhu badannya. Then, I balut dia ngan tuala mandi. Pastu make sure kepala dia sentiasa basah. Took about 2 hours untuk suhu badannya turun after masukkan Voren 12.5 suppository. Puas melayankan dia muntah , sampai keluar muntah hijau-kuning. Kesian dia! Alhamdulillah, akhirnya Adib dapat tidur again & include me too. Suhu badannya dah turun ke 37.4 degree Celcius.

Satu perkara yang dapat dilihat kat sini. Kalau Adib hanya diserang tonsilitis, without any coughing or flu, dia akan cergas walaupun dalan keadaan suhu badan yang teramat tinggi. Doktor yang I gi semua kata dia ni happy boy. A private GP ada beri dia Erythromicin untuk tonsil dia but tak da effect langsung. Semalam gi kat Paed's Specialist kat Malim ... Alhamdulillah ... lungs dia clear. Specialist tu tukar antibiotik dia ke Augmentin 5 ml BID. Semalam , berjaga-jaga juga takut kalau berulang semula demam panasnya. Syukur dia dapat tidur dengan lena. Hopefully dia tak ada apa apa masalah kesihatan coz abah dia akan menghadiri kursus di IKB Lanchang, Pahang dari 24-27 hb April which is today. Actually bukan kursus tetapi pemilihan untuk mewakili sukan jabatan yang akan berlangsung Mei ini.
Okayla. Nanti update semula. Till then , Take Care & Cherio !
p/s - Selamat bercuti untuk Aida Yurani , yang akan bercuti-cuti ke Russia this week. Selamat berhijrah ke Dubai juga untuk Intan Nazrahayu. BTW, Aminah Azirah ... ke mana kamu menghilangkan diri?? Hmmmm ......

Thursday, April 19, 2007

Blood Donation at Pantai Hospital

Dracula ke?? Heh .. heh ... Nak buat amal jariah sedikit. Buat apa darah bebanyak dalam badan, lebih baik kita donate sedikit kepada yang memerlukan. Well .... I am a regular donor ever since kat Universiti Putra Malaysia ( UPM ) dulu. Masuk yang ini, dah lebih 23 kali I donated my blood. Cuma gapped sikit bila preggy. But now, since dah gugur, lebih baik I teruskan niat nak buat amal ni. Lagipun my blood group adalah O positif.

Actually, derma darah ni bagus untuk kesihatan. Ia akan bina sel darah merah yang baru untuk badan kita. Cuma yang dikesalkan, tak ramai yang sanggup mendermakan darah mereka kat Malaysia ni. Macam dalam iklan kat radio tu .... pelbagai alasan diberikan ... sibuk la... takut darah la ... macam-macam lagi. Especially LELAKI, kalau nak tau, kaum ini lah yang paling kedekut dan paling penakut nak derma darah mereka. Berani untuk benda lain tapi kalau nak buat amal jariah , paling hampeh .... even though berat badan mereka dah nak dekat satu tan, mereka sanggup untuk boroi seumur hidup dek kumpulkan sel-sel darah mati bercampur lemak kat perut mereka tu. Kaum wanita ni, kalau tak derma darah mereka pun tak apa sebab mereka dah mengeluarkan darah kotor mereka setiap bulan .... kaum lelaki nak keluarkan darah kot mana? Tu yang terjadinya BOROI !

Kepada sesiapa yang belum tahu, mereka yang mempunyai berat badan melebihi 50 kg adalah dialu-alukan untuk menderma darah. Banyak yang diperlukan di hospital kerana kadar kemalangan adalah tinggi sekarang di Malaysia. Kalau ada yang kata derma darah buat dia gemuk ... itu pandangan yang salah ... sebenarnya derma darah ni membuatkan kita maintain berat badan kita. Penyakit pun susah nak hinggap kat kita sebab sel darah kita sentiasa bertukar baru setiap 3 bulan.

Okaylah, nak prepare myself untuk derma darah ni. Tadi baru habis rawatan haiwan kat dalam kawasan. Petang nanti pun ada satu kes lagi. Pegawai Veterinar kena outstation tengahari ni, so, kenalah standby untuk petang nanti. Lepas tu baru nak pi derma.

Till then, take care & cherio!

Thursday, April 12, 2007

Balik Temerloh, Pahang 14/4/07-17/4/07




I will be at my MIL house from 14/4/07 till 17/4/07 , have not yet been there since January 2007. Bukan taknak balik rumah inlaws but tak berkesempatan lagi. Balik ke Kedah dah 3 kali since awal tahun ... itupun sebab my abah tak sihat. Lagipun commitment kerja terlalu banyak and the Veterinarian selalu je outstation. Nak buat camner, itu la nasib sebagai Penolong Pegawai Veterinar. Therefore, I shall not be online or updating the blog sepanjang kat Pahang sebab takde komputer.




Apa citer terbaru? Hmmm .... tak der apa sangat. Actually, since missed abortion yang lepas, I tak pantang apa-apa pun. Bukan nak ignore petua orang tua-tua tapi the miscarriage tu hanya sarung je & masa D & C tu, that particular sac dah ada kat pintu rahim dan memasuki my vagina. So, benda tu memang dah nak kuar sangat. I assumed macam period nak kuar je.
Cuma sekarang ni kena tunggu 100 days before I boleh try again ... untuk bagi rahim tu chance untuk pulih. ... ( katanya lah ... )


Okayla .... will get back to you as soon as I balik dari Temerloh, Pahang. Till then, Take Care & Cherio !

Wednesday, April 04, 2007

The ART of Hand Printing ...

























Received these from a friend few weeks ago. Hope you all enjoy the pictures .....








Friday, March 30, 2007

KARNIVAL PANCING ZOO MELAKA 1/4/2007


Tarikh : 1 hb April 2007 ( Ahad )
Masa : Jam 8.00 pagi hingga 1.00 tgh ( 5 jam )
Pendaftaran bermula sekarang dari jam 9.00 pg hingga 6.00 petang.
Pendaftaran seawal 6.30 pagi hingga 7.30 pagi ( pendaftaran lewat )
Borang boleh didapati di kaunter Zoo dan khemah urusetia di Dataran Sejarah
Yuran penyertaan : RM 50
( 1 joran / 2 mata kail )
Termasuk tiket ke Zoo Melaka untuk 2 orang serta 25 % diskaun
untuk keluarga
Kategori pertandingan : Ikan terberat
No untuk dihubungi : 06-232 4053 / 54 ( Zoo Melaka )
06-281 6000 / 013-648 8000 ( NH Travel )
019-352 2046 ( Din )
013-654 6627 ( Razali )
019-284 1810 ( Azmi )
016-277 8736 ( Kamar )
Sesiapa berminat, sila hubungi nombor di atas untuk borang & keterangan lanjut.
Till then, GOOD LUCK ... take care & Cherio!

Friday, March 23, 2007

6 WEIRD THINGS ABOUT ME !

I've been tagged by Channel 11.5 ( Aida ) regarding 6 weird things about myself. Well ... Here goes ..... :

  1. I tak boleh minum kopi / black coffee . Kalau minum jugak, jawabnya I will sleep the whole day. Orang lain minum kopi akan berjaga tetapi berlawanan dengan myself. Kalau nak berjaga / stay up, I will drink MILO or Hot Chocolate.
  2. Jarang sekali orang akan nampak I minum hot drinks. Minuman yang selalu I pesan kalau makan di luar adalah jus buah tanpa gula or iced tea or iced lime juice. Kalau nak nampak I ambil minuman panas suam hanya Milo di waktu pagi sebelum gi kerja.
  3. I'm a regular blood donor. Masuk yang latest in January 2007, dah 22 kali I derma darah. Memandangkan my blood group O positive, baik I buat amal jariah sikit dengan membantu orang yang memerlukan darah. I will know when I have to donate my blood ... kalau I started mengambil makanan dengan banyak or kerap sangat nak makan, tandanya I have to do the blood donation. Selepas derma darah, usually orang akan kata kita akan makan banyak but berlawanan dengan myself ... I boleh control my meal selepas derma darah.
  4. I LOVE driving my car. Bayangkan ... I can go to Muar & patah balik ke Melaka in within an hour. Biasanya I akan buat kerja giler ni waktu break lunchtime. Keluar dari Zoo at 12.45 pm and will be back at work by 2.00 pm. Kalau gi rescue binatang pun, if I had the chance, I will drive to the location. Driving will release all my stress.
  5. I HATE LIPAS ... especially yang suka terbang. EEiiii ... kalau I jumpa lipas, I will habiskan 1 can penuh aerosol pada lipas tu sampai lipas tu tak bergerak lagi. Pastu baru I stop spraying.
  6. I LOVE TIGERs. So far, I dapati ianya hanya garang physically dan kalau kita selalu bercakap dengannya , kita akan dapati sebenarnya tigers ni gentle and caring animals. I dah bela lebih kurang 12 cubs sepanjang I kerja di Zoo Melaka ni and mereka semua masih boleh dipegang, dipanggil and even didekati without any tranquilisers. Kalau lama kita tak jumpa mereka or bercuti ... then gi jumpa semula, they will act just exactly like other domestic cats. That is why my nickname is rimaugirl5275.

Well ... harap cik Aida kita puas hati. I will pass this tagging things to those 6 peoples :

  1. Syaf di New Zealand
  2. Azura of PERHILITAN Melaka
  3. Mala Agai di Zoo Melaka
  4. Nik Zamani di Zoo Melaka
  5. Intan Mawaddah di Putrajaya
  6. Irmawati di Maybank

That's all for now. Take Care & Cherio !

Wednesday, March 21, 2007

... CITER BALIK KAMPUNG .....



Nak dijadikan citer, hari Khamis 15/3/07 ... dalam keseronokan bermain bersam anak-anak, tetiba aku terasa "something" ...terus aku ke toilet & check .. DUMMM!! Ya ALLAH ! Another bleeding ... Petang tu jugak aku ajak hubby ke Pusat Bersalin berjumpa ngan Pakar Gynae Dr.Koh. Buat ultrasound an he confirmed that kandungan I was just a sac and no embryo in it. Dia minta aku buat D & C as soon as possible.Bila tanya kos, RM 500 katanya. Balik, bincang punya bincang, my sister yang nurse kata baik gunakan GL since I worked with the government sector. Dia kata RM 500 is a lot of money since I'm travelling. Betui jugak katanya ... hmmm ... So, went off to casualty at the Hospital Kulim at 11.25 pm untuk admit myself kat ward. Dr datang check at about 2.30 am .. masa tu actually ada makcik sedang nazak due to her ovarian cancer. Dah la dia duduk kat katil sebelah I ... seram sejuk den dibuatnya! Makcik tu meninggal at about 4.30 am 16/3/07. Masih terngiang-ngiang makcik tu mengaduh sakit .... Menurut nurse, ketumbuhan dia dah sebesar jantung pisang. My D & C was done at 5 pm. Diorang hanya bius spinal sebab I had asthma ..... takut I kena spasm in the middle of the journey. Kena baring flat for 6 hours .. rasa nak tercabut pinggang since surgeon tu cucuk kat bekas split disc aku masa jatuh motor kat UPM tempohari. Salah aku gak, tak beritau dia aku ada split disc ....
Aku kuar hospital 17/3/07 ... punya la seronok dapat balik and my hubby had successfully played his role as husband, father and son-in-law. Sayang Najib !
Abah? Well ... a bit confusing here. Dia buat blood profile kat Pathlab, the doctor cakap semua organ dia berfungsi as normal .. hairan pasai apa dia masih kena dialisis. Dia kena dialisis selang sehari . Dalam profile dia, lymphocyte dia a bit high at the peak.Ultrasound pun dah buat & doktor pun cakap semua ok. 1/4/07 nanti dia nak pi Hospital Alor Setar untuk pasang fistula. Aku geram jugak dengan my sis yang nurse tu sebab dia cuci luka my dad hanya dengan normal saline, without proper dressing ... tak flush posket kat dalam ... So, I cakap kat abah, "meh sini .... nurse binatang lak nak buat cara dia " Bukan nak samakan dia dengan my patient but alang-alang nak dressing, biar bebetul ! So, I cuci luka dia ngan Hydrogen Proxide, put Povidone Iodine and flush habis pus kat pocket ... sapu external antibiotik kat dalam and balut. Alhamdulillah .... next day, nampak ada perubahan, luka dia dah kembali merah, bengkak infection dah mulai surut. I minta abah continue dressing by himself masa I dah balik Melaka nanti. I dah tunjukkn cara ....
Balik Melaka 20/3/07. Dapat MC sampai 21/3/07. Esok dah mula kerja, dah ada kes orang utan nak buat dental surgery. Beratur kerja yang nak diselesaikan.
Okaylah ... rasanya enough dulu. Nanti sambung lagi ... tapi taktau bila sebab my networking internet rosak teruk kena sambar petir. Mintak-mintak bos luluskan untuk diperbaiki.
Till then, take care & cherio!

Friday, March 09, 2007

Balik Kampung.....10/3/07 till 19/7/07

Just to inform, we will be heading towards Kulim, Kedah for holidays and also visiting my father ( again.. ) at the Hospital. It's kindda long holidays ( or should I say vacation? ) ... starting tomorrow 10/3/2007 till 19/3/2007.

Esok pagi maybe nak gi kenduri kahwin kat Hulu Langat dulu before balik Kulim. Mungkin akan sampai kat Kulim malam. Maklum laa... musim cuti sekolah ni juga dikenali sebagai musim kahwin bagi mereka-mereka yang dah sampai seru. Aku dah lama dah menyahut seruan tu, dah ada 2 result yang berjaya dibukti kan.. ( ? ) Sekarang ni pun tengah menunggu lagi satu result dalam experiment ... hahahahaha... faham tak maksud ayat di atas ??

Yang dapat dilihat, the kids tak sabar-sabar nak balik ziarah wan kat kampung. The maid lagi laa... mengalahkan the kids. Masa ni tral untuk the maid to behave herself as I told her that there is time for me to change back the decision. I can change the decision within 24 hours. So now, she is polite, no rudeness ... doing things without any intructions ...bla..bla..bla.. Yesterday evening, I received my phonebill .. shocked to see that my maid had called up her brother in law in the afternoon and talked for almost 40 minutes ! Mannn... now she has to pay RM 26.80 for that call and also other calls which reached RM 54.00. Good for her ! At least she knew that I am not joking whenever I do the talking and something related with expenses. For this month's salary, I will deduct RM 54.00 ... then I told her ... " Lain kali, call Baling lagi masa siang ... dah berbuih mulut saya suruh awak call pada malam hari jam 9.00 ke atas tapi degil ... Ingat Baling ngan Melaka tu sebelah rumah jer ? "

Okay la, nanti citer lagi bila dah balik dari cuti. Doakan semuanya selamat. Till then ....

TAKE CARE & Cherio!

Monday, February 26, 2007

CERIA disebalik DUKA...


Just came back from my personal GP Doctor at Klinik Amal & Surgeri . My personal doctor, Dr Rahimah Puteh undo the scanning this afternoon. She said that my embryo was fully intact at my uterus.The age is about to turn 8 weeks. So, from now on, cannot do all those hard stuffs that I used to do and also keep my stress reduced. Dalam 2 minggu lagi have to do the ultrasound sekali lagi untuk tgk baby ok ke tidak ....

Cuma dugaan yang amat besar disebalik keceriaan ini adalah .... abah dimasukkan ke wad medikal Hospital Kulim kerana disyaki Chronic Renal Failure. Yang geramnya my sis cerita yang doktor bertugas kat casualty 24 Hrs tu taknak admit abah ke wad . Katanya no reason nak admit abah walaupun physically muka abah dah bengkak and also ada referral letter dari GP ( General Practisioner ) yang buka 24 hrs. Abah admitted ke ward after the argument within my sisters ngan doktor tersebut and even ngan Pengarah Hospital. After buat blood profile, darah abah ada tahap urea & creatinine yang tinngi. Itulah reason sebenar muka abah bengkak and masa tu jam 2 pagi , 23/2/07. Doktor pakar medikal kata sepatutnya kes abah ni boleh di detect awal kerana abah pergi ke OPD ( Outpatient Dept ) setiap bulan kerana penyakit diabetes yang dihidapinya. Lagi satu , dia ada luka infected kat kakinya ... jadi kematu dan pecah. Ini merupakan negligence dari pihak OPD Hospital Kulim. Kalau diikutkan hati, memang aku dan kakak aku nak bawa perkara ni ke Kementerian Kesihatan since my sis kat JPA tu ada kawan kat sana... tapi atas permintaan abah, kitorang tak jadi buat laporan.

Hari pertama masuk wad, abah kena buat peritoneal dialisis selama 3 hari. Paras toxin dalam darah abah terlalu tinggi. Selepas 7 bag NaCl dimasukkan untuk dialisis, muka abah dah mula surut bengkak dan dia dah ada selera makan. Semalam, dapat bercakap dengan dia sekejap . Dia nampak ceria sedikit dari percakapannya tetapi, hari ni vein di leher abah akan ditebuk untuk rawatan IJC. Rawatan itu akan dibuat selama 2-4 jam ikut kemampuan abah menahan sakitnya dan juga paras toxin dalam darah. Kalau paras tu masih tinggi, abah kena buat permanent dialisis 3 kali seminggu dengan kos RM 150-200 setiap dialisis. Diharapkan abah tabah ...

Maybe I will go back to Kulim pada 28/2 - 1/3/07 nanti untuk jengah abah.Tak sedap hati kalau tak balik tengok. And also nak buat discussion among adik-beradik since abah & mama sakit ... nak kena amik maid, nak kena uruskan semuanya. Sampai sekarang, mama tak diberitahu dengan condition abah kerana takut dia tak dapat terima hakikat. Beberapa kali dia nak pi jengah abah kat Hospital but my sister tak kasi.

Anyway, hope abah tabah ... AMMMIIIINNNN...

Thursday, February 22, 2007

Sad News of the Early 2007

Went to the doctor yesterday evening ... nak dapatkan kepastian sebab selagi tak buat ultrasound, selagi tu tak boleh nak tido malam.
Nak pergi ke klinik biasa, orang yang menunggu sampai melimpah keluar klinik, so merayau la ngan hubby & kids ( without the maid ) nak cari klinik yang buat ultrasound and of course mestilah doktor tu pompuan.
Citernya camni, on the 19 th February, had a major bleeding but for just that particular night only. MasyaAllah... macam darah nifas la pulak punya banyaknya! But both my hubby & I alhamdulillah tak panic. Tak gi hospital pun ! Masa masuk toilet, ternampak macam ada ketul darah jatuh tapi tak sempat nak tahan dari masuk lubang tandas, so bermula la perasaan was-was. Cuti tahun baru, rata-rata klinik pun bercuti, so diamkan je ... treat macam period biasa je. Semalam baru gi buat ultrasound. My urine check masih lagi positif untuk preggy but bila scan, tak nampak apa-apa ketulan & by right in 8 weeks of preggy sepatutnya dah ada sedikit rupa bentuk.So, the doctor asked me to wait for a week before doing the urine test again ... if still positif, dia soh buat ultrasound again.. but for me, it is a miscarriage ! Takper.. nanti try again! Yang ralatnya, memang we expected to have the newcomer in this family ... dah plan macam-macam untuk dia. Nak buat camner, takder rezeki. Maybe foetus tu ada masalah therefore dia gugur dengan sendirinya.
Well, tak boleh nak buat benda-benda lasak sangat for the time being ... buat yang ringan-ringan jer.
Till then, take care & Cherio!

Wednesday, February 14, 2007

OPERASI TAPIR KAT KUANTAN 12/2/2007


Hi all ...
Just came back from a Tapir rescue at Sg Soi, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Dia ni betina and now dah hantar ke Pusat Konservasi Badak Cipan di Sg Dusun, Selangor Darul Ehsan.
Received an order from my bos at 10.30 am 12 February 2007 ( Monday ). Ada anggota PERHILITAN Kuantan telefon dia ... minta selamatkan seekor tapir betina , full grown adult jatuh ke dalam perigi yang penuh dengan lumpur sedalam 12 kaki. Masa gambar di atas dirakamkan, tapir tu dah penat... terlalu penat ... kitorang suspect dia ni pregnant. Dasar jantan keparat ... dibiarkan tapir tu cari tempat beranak sesekor ... dah la dibuntingkan ...iskh!iskh!
Anyway, we managed to get her out . Our team arrived at the site at about 5 pm, bergerak dari zoo at 12 noon. Hujan lebat & gerimis di sepanjang jalan highway Segamat-Kuantan. Sebaik sampai, Dr Vet dari HQ dah ada kat sana & kita pun mulakan operasi menyelamat. Kitorang terpaksa minta back hoe korekkan tebing perigi tu untuk buat path bagi tapir tu masuk ke crate. Tenaga kerja dah la tak ramai .... Lastly, dapat naikkan dia without guna any tranquilisers at about 7.00 pm. Penat giler ... dah la team tak makan lunch, hanya makan roti jer dalam perjalanan.
Bergerak balik ke Melaka after having our lunch-ner at Ilham Tomyam, Kuantan on the way back .. semua yang ada punya la pelahap ... makan tak ingat dunia! Kitorang share bayar RM 71.00 semua sekali! Pastu kitorang berpecah, kenderaan Hilux yang bawa tapir tu gerak terus ke Sg Dusun bersama 3 ahli and pajero yang I drive balik ke Melaka dengan 5 ahli ( including me! ). Balik ikut Temerloh-Triang sebab nak elak Lori Balak. Sampai Melaka at 1.30 am 13/2/07. Nasib baik tak rempuh sekatan polis yang dibuat dalam gelap selepas selekoh. Bodoh betul!
Okay la.. tapir tu pu dah selamat kat Sg Dusun. Letih tu letih ... tapi best! Harap2 ada lagi rescue before confinement sometimes in September. Amin....
Till then, take care & Cherio!

Thursday, February 08, 2007

Newly Arrival at the Zoo

MUKADIMMAH :

Ini lah akibatnya jika bekerja sepenuh hati .... terutama untuk shift malam. Tengok la betapa letihnya dia sampai gambar diambil pun tak sedar. Siap tangkap lentok lagi. Natijahnya, bekerja la ikut kemampuan badan. Takut nanti bila masuk kerja keesokan harinya anda semua akan jadi camni. Habih tu camner nak produktif ..... Tak dapek den nolong!



Oh ya .. perkenalkan, di bawah ni seekor anak Orang Utan, berumur lebih kurang 2 tahun ... namanya " SEN ". Dia ni betina. Masih lagi menyusu, kalau di Zoo Melaka, susu untuk anak-anak haiwan yang kami gunakan adalah jenama " SNOW P7 infant formula ". Susu ni bukan khas untuk primate jer ..... even anak Gajah pun menyusu guna susu dari jenama ni. Mahal tu! Harga se-tin susu ni RM 33.70 ( 900 gm ). Takder tin besar ...



Sen ni diserahkan kepada Ibupejabat Jabatan PERHILITAN di Cheras oleh orang awam dan terus diorang hantar ke Zoo Melaka untuk intensive care. Dia sangat manja ... Lepas tu amat memilih pemakanannya. Dia lagi suka betik dari pisang, epal mahupun anggur.

Okay la .... saja jer nak meng-updatekan blog ni.

Till then, take care & Cherio!

Monday, February 05, 2007

HAPPY BIRTHDAY TO ME....


Happy Birthday to me ... Happy Birthday to me .... Happy 32 nd Birthday to me ... Happy Birthday to me ...
Today, 5 th February 2007, aku dah memasuki usia 32 tahun. Alhamdulillah , dah 32 tahun aku hidup dalam dunia yang penuh nikmat ni. SYUKUR ALHAMDULILLAH ...
Pepagi lagi dah berduyun-duyun SMS kat handphone wishing me Selamat panjang umur dan murah rezeki. Ada yang hantar SMS seawal 12.15 pagi. Cuma satu sahaja yang buat aku sedih pepagi hari lahir aku ni ...
SUAMI AKU SENDIRI tak mengingati hari bersejarah aku ni. Sedih aku ! Aku punya la menanti dia wish aku Happy Birthday or at least ciuman kasih sayang kat pipi walaupun aku tak harapkan hadiah mahal2 dari dia ... tapi hampeh ! Dia buat donno jer. Huaaaaa..!! Takper la...nak buat camner .. maybe aku tak penting dalam hidup dia .....
Anyway, Selamat Hari Lahir Jawahir Jaafar ... Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu ... Ingatlah .. dah tua pun anda !
Till then, take care & Cherio!

Thursday, January 25, 2007

Eddy...

Just got back from Zoo Negara yesterday evening ..... brought back a male Orang Utan named EDDY ( originally from Sepilok, Sabah ). Bukan tu aja as an Exchange Programme .... ada Capybara ( the BIGGEST rodent ) and also a pair of Flying Fox. Tapi hari ni kita nak citer pasai EDDY ....


Eddy ni berusia 21 tahun sekarang. Pada umur camni dia dah ada serious dental problems. Kalau tengok gambar, gigi semua dah tinggal gusi dan taring pun hanya tinggal sebelah je. Lagi sebelah tu macam dah kena korek ngan backhoe dan boleh di tanam pokok kat dalamnya. Tapi jangan tak caya ..... Eddy ni masih teruna lagi ! Belum pernah buat projek ! Hehehehehe ....

Ingat lagi, masa I was working at the Zoo Negara, umur Eddy baru 10 tahun setengah. Masa tu boleh didukung lagi. Dia ni manja ngan keeper di, Abang Ramli. Semalam masa sampai kat Zoo Negara, terkezut badak aku sebab rupa Eddy dah tak comel lagi .... berat badannya estimated about 120 kg.

Sampai dari Zoo Negara dah pukul 6.15 petang. Cuak juga di sepanjang perjalanan balik, mana la tau kalu taufan melanda and Eddy escape dari cratenya .... takke haru jadiknya !Bayangkan ada Orang Utan kat tengah-tengah highway ..... hmmmm .... but Alhamdulillah, semuanya selamat and he behave nicely sepanjang 2 hrs journey back to Melaka. Kat Zoo , dia kena tranquilise again selepas dilakukan perkara yang sama kat Zoo Negara. Kali ni, kitorang cungkil dan cuci lubang kat taring tu. Baunya ...... SubhanAllah !! Punya la busuk ! Dalam gigi tu penuh ngan hampas tebu yang tah dah berapa kurun ada kat dalam tu ! Kalau gi dentist rasanya dia pun pengsan masa dok ngorek gigi tu.

Eddy diambil oleh Zoo Melaka untuk program breeding since Zoo Melaka pun dah lama takder baby Orang Utan.Last sekali si Mawar, dua tahun lepas. So, kita akan kawinkan dia ngan Orang Utan dari Sabah yang lain ... sama ada Anita, Marina atau Tini. Semoga dikurniakan anak-anak yang comel .... Aminnnn ....

Okay la, malas nak citer pepanjang lagi pasai Eddy. sekadar nak update blog jer. Nanti kita cari bahan lagi. Till then, Take Care & Cherio!




Tuesday, January 16, 2007

My Favorite Pictures







Those pictures taken masa kitorang bercuti and also masa raya tempohari ... transit Genting Highland masa nak balik ke Temerloh, Pahang dari Kulim, Kedah.

PD Weekends 12/1/07 till 14/1/07


Went to Port Dickson for weekends with family from Friday till Sunday. Our main agenda was to have a break from work and be with the kids.

Reached PD at about 4.00 pm and checked in at the Kemang Indah Condominium ( well, I'm a member of Leisure Holidays thou ! ). Managed to get a pool side view unit. The kids were very happy to see the pool coz' they haven't been to the pool since early 2006. Kitorang tak ambil vacation the whole 2006 and our connecting points banyak giler!

Minggu ni jugak berpeluang untuk gather ngan Kakak Angkat I, seorang Dr Homiazura Othman. Dia jadi kakak angkat I since I was in the primary school ... Ex-MRSM Jasin . Kitorang pernah lost contact beberapa tahun. Dia pun dah berfamily, anak dah 2 orang. Dia belanja kitorang dinner Friday night. Dia akan bertukar tempat kerja dari Hospital Port Dickson ke Hospital Melaka sebab husband dia, Abang Nokman, dah buka business komputer di Masjid Tanah... so dia nak settle down kat sana since family dia pun kat Masjid Tanah.


Second day kat Port Dickson, gi Muzium ATM. Best giler gi sana sebab cara intepretasi mereka amat berkesan dan kita juga dapat mengenali sejarah Malaysia dari zaman penjajah hingga lah sekarang. The kids enjoyed it! Kita juga boleh merasakan bagaimana PKM ( Parti Komunis Malaya ) tinggal di dalam terowong and also boleh tahu aktiviti mereka dan ubat-ubatan yang telah digunakan sepanjang mereka tinggal dalam terowong tersebut. Others, dapat bergambar ngan tankers, caribou, helicopter dan juga jet pejuang. Besttt !







Both my sons tak nak balik ke Melaka sebab dah seronok sangat bercuti. Bukan apa, diorang seronok mandi laut & also mandi swimming pool. Next time boleh spend our weekends again kat PD. Lagipun kat situ sahaja lokasi terdekat untuk pergi bercuti.

Balik Melaka on Sunday .... semua exhausted dan esoknya nak kerja lak.

Okay la .. bila ada story nanti I write again. Till then, Take Care & Cherio!




Thursday, January 11, 2007

A VERY BUSY BEGINNING

Hi All..

Sorry for not updating in such a long break.Bukan apa..
1.) takdak citer nak story
2. ) Busy sikit ngan laporan tahunan .. rescue .. bla .. bla .. bla ..

Yesterday evening, received a phone call from the BOS, had to go to TC Arapaima Park in Saleng, Kulai, Johor Darul Takzim. Had to assist PERHILITAN Johor untuk amik barang-barang rampasan ( kes polis ) dia and bring back to Zoo Melaka. Banyak gak haiwan yang dirampas.!

I had to form team members untuk rescue kakli ni. Mana nak cari orang ... pukul 6.30 petang baru nak soh pi sana? Last-last, managed to form one. We all bergerak dengan kenderaan Jabatan : sebuah lori 3 tan, sebuah pick-up Isuzu dan Pajero. Kitorang kuar Zoo at 7.45 pm ... Of course I tarik orang yang nearby ngan I , my husband yang baru nak mengunjun ikan haruan pun kena tarik untuk pi sana. Dia kena drive Pajero. All together 11 orang. Berhenti untuk dinner at 9.30 kat Pagoh ( R&R ). Pas tu singgah Machap ( R&R ) untuk isi minyak kenderaan & then terus pecut ke Kulai. Sepanjang jalan hujan gerimis. Ingatkan nak buat esoknya awal-awal pagi but terpaksa buat kerja dalam hujan sebab dah ada Pengarah PERHILITAN Negeri Johor & the press. Dalam keletihan .. kitorang bersatu ngan commitment untuk siapkan kerja. Jam 1.30 pagi baru settled!

My Kids?

Well.. diorang terpaksa ditinggalkan ngan my maid. But promised them untuk gi Port Dickson dari 12/1 /07 hingga 14/1/07 ... bagi depa puas-puas mandi laut & swimming pool. Managed to reserve my resort home kat Kemang Indah Kondominium under Leisure Holidays. Lega!

Berbalik kepada citer tadi, we all bergerak balik ke Melaka at about 1.45 am. Semua keletihan, sejuk & basah giler! Singgah kat R&R Machap heading north untuk pekena kopi panas & supper. Hujan-hujan ni memang cepat lapar. My hubby after having bihun soto, dia amik 2 butir pau pulak! Pas tu bila perut dah kenyang, mula la mata pun steam. He asked me to drive sebab dah tak tahan ngantuk. Lucky I tak boleh tidur. ( Eversince insiden Hilux Jabatan terbalik kat Bukit Tujuh, Gua Musang, Kelantan in Nov.1997... mata ni tak boleh nak tido sepanjang perjalanan kalau menaiki kenderaan Jabatan walaupun dipandu oleh husband sendiri! Masa tu I nak accomplish first assignment untuk hantar Rusa Sambar ke Projek kat Gua Musang. Disebabkan tu, stranded kat Kelantan selama 5 hari ). Masa memandu tu cuak juga sebab trailer panjang & bertali arus. Dah tu depa pandu melelong ... makan jalan! Tension giler... but ALHAMDULILLAH .. selamat sampai Zoo at about 5.15 pagi. Unfortunately, kitorang kena bertungkus lumus lak settlekan pokok tumbang menghempap pagar Kambing Gurun. Nasib baik binatang yang ada tak terlepas! Syukur ....

Balik rumah debuk-debik at 5.45 pagi .. hanya sempat take a nap about 30 minit before bangun again untuk kerja & hantar Dak Amir ke sekolah. Tengahari ni.. ngantuk giler... take a short 30 minutes nap before gi Derma Darah lak kat Hospital Pantai at 2.00 pm. Well ... I'm a regular donor dengan darah jenis O positif. Masuk hari ni dah 22 kali menderma since the beginning masa study kat UPM dulu. So, kalau sesiapa reader yang kekurangan darah dan amat perlukannya ... boleh la call me directely. Kita bincang. Bila lagi nak buat AMAL JARIAH ?! Oh Ya .. I'm also an organ donor bila dah meninggal kelak. I'm willing to give away my kidneys, lungs & liver untuk bantuan kepada mereka yang memerlukan untuk terus hidup. At first my husband tak benarkan but I managed to convinced him .. Bila lagi nak buat AMAL JARIAH?! So ... dah registered pun! Alhamdulillah .. semoga dimurahkan rezeki selalu !

Okay la .. enough untuk update kali ni. Tu pun dah panjang berjela .. Till then, Take Care & Cherio!

Monday, January 01, 2007

HAPPY NEW YEAR 2007

Happy New Year 2007 to all readers. Semoga kita dapat menempuh tahun 2007 ni dengan ketabahan dan dikurniakan rahmat oleh Allah swt.

Azam tahun baru ?

Well ... actually no specific azam sebab yang lepas-lepas belum tentu sudah terlaksana sepenuhnya. Cuma satu yang diharapkan ... semoga dikurniakan keluarga yang bahagia, anak-anak yang sihat dan juga dipermudahkan segala urusan dalam tahun ini.

Tahun 2007 juga dijadikan TAHUN MELAWAT MALAYSIA. Tahun ni juga negara Malaysia akan mencapai 50 tahun kemerdekaan. Alhamdulillah ... negara ini adalah salah satu negara yang paling aman, tidak ada sebarang perang cuma menghadapi kes-kes jenayah sosial yang tak putus-putus.

Okaylah, let us pray to have a peace Malaysia this year ahead.

Till then, take care & cherio!