Tuesday, June 28, 2011

SAWAANNNGGG......

,
Sawang? Why I chosed this title? Hmm ... because am awaaayyy tttoooo long to update my beloved blog. Sure ada yang merindu utk baca posting baru kan? Bukan apa .. terlalu banyak yg berlaku dalam interval tersebut ... terlalu banyak outstation , terlalu banyak dugaan dan segala macam mak nenek lagi yang berlaku during the time frame. Apa yang berlaku? Erkkk ... bila aku last buat posting ek?

20/5 - 31/5/2011

Masa ni aku banyak duk ulang alik pi PKHL Gua Musang, Kelantan & also pi buat rawatan gajah kat Kuala Gandah. Tu yang aku tak sempat nak update ... busy sokmo ... mesti balik lewat petang atau malam ... !

1/6 - 12/6/2011

Aku cuti sepanjang tarikh ni . Apa lagi, balik Kedah laa ... dah lama beno aku tak balik sana. Banyak betul kenduri kendara kat sana. Abah ngan Mama sihat ... aku seronok bila nengok diorang happy sebab anak cucu depa balik. Hari ke-3 balik, dak Afiq lak batuk-batuk & terus demam panas. Walaupun dalam keadaan kesihatan yang tak sihat tu, dia masih lagi aktif. Aku bawa dia jumpa Pakar Kanak-Kanak Kamaichi kat Kelang Lama. Kena la amik nebuliser sedas. Doktor kata dia kena bronchiolitis. Hari terakhir kat Kulim, aku masih teruskan perjalanan balik ke Jenderak juga. Tapi tak banyak singgah sebab hujan. Kitorang bergerak balik Jenderak pada 5/5/2011. Hari Senin ( 6/6/11 ) tu, aku noticed berak dia ada darah sikit awal pagi tu. Pastu, bibik pun noticed yang berak dia ada darah dan kerap lak dia berak. So, hubby & I decided nak bawa dia & Abg Ngah dia gi Klinik Kerajaan. Nak safe cost la sebab dah banyak berhabis ... Angah Adib hanya dapat antibiotik & ubat batuk while dak Afiq lak , bila citer kat Doktor yang dia berak ada darah , terus dia kata Afiq kena Dysentry. Dah tu, terus je dia soh admit wad.Aku kabar la kat dia, maybe sebab suhu panas sangat & ubat tak sesuai, doktor tu masih tak percaya. Dah lagi satu haru ... Nasib baik la dia admit masa abah dia masih dalam bercuti. Apa nak buat? Bebudak yang lain kitorang tinggalkan di Kg Lompat & hubby duk ulang-alik ke HoSHAS. Masuk pulak bilik yang dia masuk masa kena AGE 3 bulan lepas .... duduk pun kat katil yang sama. Tapinya, dia berak ada darah tu hanya untuk sehari je. Pastu dah normal tapi batuk & demam tak kebah. End up , diagnosis sebagai Acute bronchiolitis with pneumonia & dysentry. Kena nebuliser every 3 jam ( well ... 4 doktor yang berlainan with 4 diagnosis & treatment yang berlainan! ) Pastu on Nasal brom
( Oksigen ) sehingga hari terakhir kat wad. Dah tu,Hari-hari kena cucuk amik darah. Hancur belakang tangan penuh ngan kesan cucuk. Dah la lama .. took about 1-1.5 hrs utk cari vein. Nak je aku serbu masuk & ajar doktor tu kat mana vein yang senang. The second attempt was the hattick one. Mungkin diorang sedate my son with isofluran sebab ada bau pada baju dia pakai. Aku direct je tanya doktor pasai tu, doktor tu menafikan tapi body language mengiyakan! Dia ingat aku taktau pasai tu.

One more ... aku found out yang "singa betina" yang garang 3 bulan lepas dah dijinakkan. Dah pandai berbudi bahasa & molek pulak bahasanya ngan patients. Alhamdulillah .... Afiq buleh discharge pada jam 4 petang 11/6/2011.

13/6 - 25/6/2011

Tarikh ni pulak, aku sibuk ngan operasi tangkap tapir kat Kuantan. Sampai la ni tapi yang terlepas tu tak menampakkan rupanya. Pastu sibuks lagi ngan rawatan gajah kat Gandah. Iskh! Iskh! sibuks betul aku ni! Letih? Tak payah nak habaq la ... Bagai nak tercabut pinggang aku ni! Hari Jumaat tu ( 24/6/11 ) , dah sibuks ngan penerimaan 5:4 ekor Singa Afrika dari Johor. Tu termasuk 3:1 ekor anak singa dalam usia 3 minggu. Operasi besar-besaran dibuat oleh Zoo Melaka, Perhilitan Johor, IBD & juga UKK HQ. Havoc & happening giler!! Penat tak tergambar kat sini!

Minggu ni?? Aku lum menyibuks kan diri aku ni lagi. Harapnya tak de la upcoming cases yang berlaku. Aku baru nak tarik nafas lega! Nak konsentrat bowling untuk sukan NRE lak pulak!

Ok la ... stop kat sini dulu. Nanti bila free conteng lagi!
Till then, take care & cherio!

Thursday, May 19, 2011

PEEERRRGGGHHH!! Very The Busy Woman!!


Assalamualaikum & Salam sejahtera ....

Sori la sebab dah lama tak update blog. Diam tak diam dah nak masuk sebulan dah .... Maunya tak, aku ni busy sokmo ..! Sekejap-sekejap, dapat call minta aku pi buat first aid kat Gajah ! Pastu lak, kena gi sana, gi sini ... dah la bulan tinggal separuh, aku pun tinggal suku jer ... faham-faham jer la!

Dugaan betul aku bulan ni ... mana ngan OT masuk lambat, claim pun lewat ... pastu banyak pulak outstation ! Haru-biru dibuatnya! Iya la ... anak-anak kat rumah pun kena jugak "disuap" walaupun hanya pergi untuk sehari! Mula la nak minjam sana, minjam sini ....

17/5 yg lepas, aku kena gi Latihan Penandaan di Bukit Marak, Terengganu. Latihannya pada pagi 18 hb ... Journey jer dah separuh hari. Sakit pinggang sampai taktau nak habaq! Kalau jalan yg dilalui elok takper la jugak, ni jalan macam masuk Rally Drakkar & Camel Trophy jer! Nasib baik bawa keta jabatan ...

Ermmm ... masa balik tu, singgah sekejap kat Santuari Gajah Sg Ketiar, Kenyir. Bapak ayah jauh dari manusia sekeliling! Nasib baik semua yg bertugas kat situ lelaki. Kalau ada pompuan, jawabnya memalam menangis la ! Taktau la macamana para petugas tu makan ... Jauh giler dari kedai & sebagainya!

Sampai rumah jam 11 mlm ... anak2 semua dah tido. Mira & Afiq dah start batuk. Adib & Amir mmg la dah lama batuk tapi lum baik lagi ... hmm ... dugaan betul!

Ok la .. next time tulis lagi. Till then, take care & cherio!

Wednesday, April 27, 2011

Update oo... Update!


Diam tak diam, dah sebulan lebih aku tak update blog kesayangan ni. Dah bersawang spiderman kat sini! BUkan apa, sibuks sikit ... Ni pun baru je habis Sukan Interzone Perhilitan kat IBD & IKBN. Sakit pala .. dah la rentung berjemur kat panas terik.

Aku masuk sukan apa? hmm... aku ni sebenarnya semangat sportwoman tu ada, cuma kaki aku tak menyetujui langkah aku ke arah ini. Aku cuma boleh sertai sukan yang tak banyak menggunakan kaki. Aku masuk acara pingpong, mewakili Zon 4 ( Pantai Timur ). Team aku utk beregu campuran ... boleh la kalau nak cari makan ... yang aku kesalkan, Zon aku nye team je. Untuk fight tempat ke-3, pemain-pemain semua ntah ke mana. Yang tinggal hanya aku & sorang lagi budak Kemaman je. Kalau ikutkan, Zon 1 soh kitorang menyerah kalah je tapi, aku minta fight juga walaupun utk acara beregu campuran. Kitorang fight tapi kemenangan berpihak kepada mereka... aku kalahdgn mata deuce pada set ke-5. Iskh!iskh!

Tahun ni Zon 4 dapat tempat terakhir ... tak salahkan pemain-pemain & sudah dijangkakan kerana para pemain semuanya "Tangkap Muat" je.. tanpa latihan secukupnya untuk game mereka. Ada yang tak pandai mainsesuatu permainan tapinya nama dia dicalonkan untuk permainan itu ... habis tu camner? Orang dari Zon lain semua sibuk berlatih untuk menghadapi kejohanan, Zon 4 pula, hari nak lawan tu baru dikira sesi latihan ... Ntah la!

On family side, dak Afiq dah 8 bulan pada bulan ni. Dah banyak akal dia & banyak juga yang dah dia pelajari ... antaranya, nak ikut mamanya keluar ... suka naik kereta .. dah pandai jeles ngan kak Ciknya dan macam-macam lagi. Dak Mira lak, dah pandai conquer permainan ... dengan abang-abangnya selalu cetus pertengkaran. Geram ngan tu, dia menjerit sekuathati ... gigit tangan abangnya dan macam-macam lagi. Amir & Adib pula, mereka ni score dalam peperiksaan mereke bebaru ni. Amir dapat no 1 dlm kelas yang ada 42 orng ... tetapi hanya 2A1B& 2C je. Teruk sangatkah pembelajaran bebudak dalam kelas dia? Dak Adib lak dapat no.2 dalam kelasnya dengan 4 A. Hmmm ...

Ok la, enough utk update kali ni. Nanti bila ada story yg menarik, kita update lagi!

Till then, take care & cherio!

Thursday, March 24, 2011

DUGAAN : Datang dan Pergi ...

Aku diuji lagi tatkala suamiku berada jauh dari jangkauan ... Anak ketiga ku mengalami demam panas yang melampau 3 hari lepas ... lembik dan tak bermaya! Aku hanya boleh melelapkan mata pada kadar masa 2 jam sahaja pada malam itu ... mana dengan nak handle si Kecik, Afiq ... mana dengan nak handle yang sakit ... seringkali aku mengatakan yang aku hanya mempunyai dua kaki dan dua tangan kepada anak-anakku , dengan harapan yang abang2 boleh meringankan tulang mereka di rumah. Tapi, kederat mereka tak seberapa mana. Aku lakukan apa yang terdaya sahaja.


Bibik balik ke Indonesia dan masih belum pulang ke sini ... memang betul ada seseorang untu k membantuku menjaga bebudak ni tetapi hanya untuk siang hari dan malam sebelum tido. Bebudak masih tido dengan aku especially yang kecik2. Bila sorang start menangis, lagi sorang lak meminta perhatian. Syukur kepada Allah, dak Mira seolah-olah faham situasi aku ni ... cuma banyak kerenah bila demam. dak Afiq pulak, pantang kita lambat sikit, diraungnya sekuat hati!!

Dua hari ni, aku pulak yang ditimpa musibah ... badan jadi lesu, demam panas, tak berselera makan dan juga fikiran melayang. Kengkadang tu terlintas juga, " Adakah aku akan mati? " .... Ya Allah ... Panjangkanlah umur ku supaya aku dapat melihat anak-anakku membesar!

Ok la, dah bermaya nak tulis panjang ... take care & cherio!

Wednesday, March 16, 2011

Bila Melihat KAU Membesar ....



Hati ibu mana yang tak berbunga girang bila melihat anaknya membesar di hadapan mata ... di kalangan orang-orang yang disayangi dan menyayangi dia ...

Bila melihat kau ketawa riang, hati yang gundah gelana akan turut menjadi riang juga! Juga telatah Nur Amira yang amat keletah ...




Diharapkan dikau membesar menjadi anak yang soleh serta patuh kepada ibu bapa ... tak degil dan pemurah.

Kepada anak-anakku yang lain juga .... Amir, Adib & Amira ... mama harapkan korang juga begitu. Jangan degil ...

Semoga kamu semua dilimpahi RAHMAT & REZEKI oleh ALLAH selalu & semoga keluarga kita akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat ...

Till then, take care & cherio!

Wednesday, March 02, 2011

AFIQ - Antara SAKIT PERUTdengan SAKIT HATI ( bagi mak dia laa.... ) ...


Muhammad Afiq Najwa telah dimasukkan ke Wad Melor 2 ( Pediatrik ) di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
( HoSHAS ) Temerloh dari 22-26/2/2011 kerana mengalami simptom-simptom cirit-birit & muntah-muntah
( AGE Symptom ). Lama tu ... aku berkampung di HoSHAS. Suami aku lak tak balik sebab ada kursus...habis kursus baru la dia buleh balik. Aku dah minta dia balik awal & kasi la excuse anak masuk wad tapi pihak penganjur tak luluskan excuse dia tu. Tension aku! Ya laaa... mana aku nak monitor Afiq lagi, mana nak fikir yang ditinggalkan di rumah lagi ... Dah la bibik tak balik sini lagi!

Macam-macam pe'el doktor vs pesakit aku dapat saksikan di sini. Tapi yang aku paling ingat adalah aku bertekak ngan Doktor yang kononnya pakar kat spital tu. Apa yang aku tak puashati adalah cara dia melayan pesakit dan juga warisnya. Lagaknya macam "Singa Betina yang ada anak" ... garang nak mampus! Sepanjang aku bekerja kat sini dan dengan wildlife ... aku rasa rimau & singa betina yang ada anak pun tak segarang dia! Infact, dia bukannya kawen lagi pon ... so, tak de experience bela anak!

MO & HO yang lain semua lemah lembut , elok budi bahasanya , kontra habis ngan perangai singa Betina tu. Jururawat pun Ok & ramah serta boleh bekerjasama dengan para waris yang menunggu. Although facilities kat HoSHAS tu tidak di tahap yang boleh dibanggakan, tapi layanan para petugasnya ( except Singa Betina tu! ) di tahap tiptop. Terima kasih diucapkan ...

To date, Dak Afiq dah getting much better ... faeces dah tak cair lagi dah. Minum pun sekarang dia dah buleh habiskan 6 oz susu , menyusu pada sela masa 2 jam. Makan? Tak yah cakap laa ... pantang tgk makanan, mulut dia mesti berdeciap ... ( macam mak dia jugak kut! ). Cuma kesian kat SIL aku yang duk jaga dia sepanjang bibik balik ke Indonesia. Dia ragging cukup-cukup mak sedara dia tu! Stail menangis pada usianya 6 bulan ni adalah stail jerit sekuat hati ... macam orang pukul!

Ok la .. Laporan ke HoSHAS & KKM tentang ketidakpuasan hati serta sakit hati aku telah dibuat . So far, pihak HoSHAS dah bagi feedback akan siasat & amik tindakan. Feedback ni Timbalan Pengarah Perubatan sendiri yg balas email aku !Aku harap doktor berkenaan sedar dan berubah selepas aduan aku ni. Kalau tak berubah jugak, aku taktau laa...

Kepada para-para Doktor Pakar, jangan anggap kitorang ni takde hati & perasaan ...watch your mouth & watch what you are saying .... jangan main sedap mulut je menyindir! Jadilah Doktor yang dihormati & disegani dan bukannya doktor yang dikutuk & dikeji!

Till then, take care & cherio!

Wednesday, February 09, 2011

Isu Semasa : BUNUH DIRI atau TERJUN BANGUNAN?

Semenjak dua menjak ni aku baca paper ... asyik-asyik berita tentang ragut, mati lemas, bunuh diri dan tak kurang juga terjun bangunan yang tinggi-tinggi. Apa la nak jadi kat rakyat Malaysia sekarang ni ... dah takde keja lain lagi nak buat atau dah busan dengan kehidupan?

Macam dalam Harian Metro yang dibaca pada pagi ni , Si Isteri merajuk dengan suami yang tak mahu bawa anak mereka ikut sama baiki kereta di bengkel ... terus campak anaknya yang baru berusia 5 tahun dari tingkat 6 pangsapurinya! Husshhh .... kesian kat budak yang tak berdosa tu. Dah tu, lepas tu dia pulak yang bunuh diri sendiri dengan terjun dari tingkat 10 pangsapuri yang sama ( tapi blok yang berlainan ! ). BENGONG PUNYA TINDAKAN! Apa dia ingat nyawa dia ada spare parts macam kenderaan? Buleh mati ke kalau tak ikut si Suami baiki kenderaan? Mungkin dia nak tengok sama ada spare parts badan dia ada dijual kut kat bengkel tu ....

Pastu lak , cerita ragut meragut pulak. Macam dah jadi satu trend kat Malaysia ni . Lepas ragut, rogol dan campak kat tepi jalan dalam keadaan koma. Apa punya manusia berhati binatang ni? Aku rasa binatang pun pandai kesiankan anaknya ataupun kaum spesisnya! Sekurang-kurangnya binatang mergut untuk makanan dan untuk teruskan hidup ... tapi bila manusia pulak meragut ... ni ragut untuk tamatkan hidup seseorang yang tak bersalah! Dah tak banyak kerja ke sekarang untuk dibuat ? Kalau bukak portal Jobs Malaysia, berlambak pekerjaan yang halal untuk dilakukan sama ada sektor swasta mahupun kerajaan. Apply jer la! Tapi yang aku lihat , dengar & baca adalah mereka yang datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan ... hmm ... mungkin itulah pekerjaan yang paling senang dilakukan dan paling pantas dapat duit. Warga asing yang lakukan jenayah tersebut amatlah tidak bersyukur kerana dapat jejak kaki ke bumi Malaysia yang aman ni. Pergi balik negara sendiri la weiii!! Aku lak jadi takut nak lepaskan anak-anak aku tanpa pengawasan walaupun hanya berbasikal untuk ke sekolah. Bimbang akan keselamatan mereka sepanjang perjalanan ke sekolah demi untuk ilmu! Apalah nak jadi kat dunia sekarang ...

Hilang kesah ragut, timbul kesah amah atau pembantu rumah yang nak lari dari majikan sama ada secara solo atau bersama kekasihnya. Macam dalam Harian Metro semalam yang amah sanggup pintal cadar tilam dan juga kain lampin untuk turun melalui tingkap rumah majikannya. Teruk sangat ka perlakuan Si Majikan sampai amah tersebut sanggup menacabut nya sendiri? Yang majikan ni pun satu ... dah dapat pembantu yang sudi membantu dalam kerja-kerja seharian di rumah, layan pulak mereka tu macam binatang jalanan ... sanggup kurung, tak bagi makan ataupun bagi makan, tetapi dengan makanan yang kita sendiri tak lalu nak makan. Apa salahnya layan mereka yang sudi membantu kita tu dengan baik seumpama keluarga sendiri? Mereka pun manusia juga & mempunyai hati dan perasaan. Give & take la dengan mereka dan nescaya mereka akan suka bekerja dengan kita! Ni tidak ... siap dera lagi! BENGONG! Tengok macam aku ni ... dah dapat bibik yang baik, agen yang bawa masuk bibik lak yang buat sial! Dah tak pasal-pasal aku kena kompaun dek jabatan Imigresen & terpaksa hantar bibik aku balik. Tapi, InsyaAllah ... bibik tersebut akan datang balik bekerja dengan aku yang baik ni ... ccchhheewwaaahh! ( puji diri sendiri la pulak! )

Okayla ... cukup sudah sesi leteran pada kali ini. Next time akan berleter lagi.

Till then, take care & cherio!

Tuesday, February 01, 2011

Februari Menjelma Lagi ...


Diam tak diam Bulan Februari ... bulan keramat ini menjelma lagi. ALHAMDULILLAH ... ini bermakna aku masih idup & masih boleh mengecapi kebahgiaan di dunia yang fana ini. Dah lama jugak la aku tak update blog aku ni. Ibarat dah bersawang dah ! Diam tak diam jugak la Dak Afiq dah masuk usia 5 bulan. Bertambah akalnya ... Dak Mira juga dah bertambah umurnya ke 3 tahun. Dak Amir & Adib pulak dah melangkau ke alam teruna sunti ... Terasa pulak dah tua aku rupanya .... iya la... dah nak masuk 36 tahun hari Sabtu, 5 hb ni. Lagi 20 tahun aku nak pencen dari pekerjaan sekarang ni .. InsyaAllah ... kalau dipanjangkan umurku.

Aku busy gak menangani karenah petugas-petugas kat sini. Sikap dengki-mendengki dan irihati masih berleluasa .... Busan aku! Aku impikan suasana kerja yang bersemangat "TEAMWORK" macam aku kat Zoo Melaka dulu. Aku rindukan suasana sedemikian ... happy bila buat kerja. Tapi, apakan dayaku ...

Kerapkali kat rumah aku kat sini ketiadaan elektrik. Tau la aku ni duk kat pinggir hutan ... Macam bebaru ni .. bekalan elektrik terputus pada jam 3.50 pagi. Dak Afiq dah mengamuk kepanasan. Nak tau bila ada semula bekalan elektrik? Hmm ... bekalan kembali pulih pada jam 1.30 pagi keesokannya ... bayangkan , 22 jam duduk bergelap & berpanas. Nak buka pintu dan tingkap rumah .. takutla pulak! TNB careline dah berpuluh kali call aku bertanyakan situasi tapi hampeh ... asyik statusnya dalam tindakan technician tak habih2. Pada jam 11 malam tu, careline ada call aku utk follow-up sama ada dah ada bekalan belum. Katanya technician bagitau dia yang bekalan sedang disalurkan. Sementara menunggu, aku terlelap ... jam 1 pagi aku terjaga tetapi masih bergelap. Aku pun terus bising2 kat careline ... terus dia buat aduan kedua... setengah jam lepas tu baru bekalan pulih . Bayangkan ..... bukan sekali dua berlaku begitu ... minimum 4 jam takde bekalan ...

Cuaca kat sini seminggu yang lepas hingga ke hari ni amatlah sejuk ... hujan sokmo ... sampaikan kat tapak Pekan Hari Kuala Krau pun dah naik air hingga ke tebing. Kat jalan masuk ke Pusat Konservasi ni pun dah naik air pada Ahad malam tu tapi Alhamdulillah ... ianya surut dengan pantas. Nak tumpang bermalam kat rumah mertua pun ... silap-silap lagi terkepung dengan air banjir kerana lagi dekat dengan Sungai Semantan ...
Aktiviti berbasikal aku pun terbantut gara-gara hujan sepanjang hari. Hmmm ... bila nak turun berat kalau macam ni!

Pagi ni , aku dan group A bergotong-royong membersihkan serta mempolish Baran yang di bawah jagaan MARDI. Bukan nak kondem diorang, tapi kitorang nak menolong untuk mencuci serta servis barn tu. Sayang ... sebab projek yang menelan belanja berjuta ringgit tu tek terbela disebabkan petugas MARDI hanya seorang ditempatkan kat situ. Adalah merbahaya kepada petugas tersebut kerana bekerja seorang diri bersama-sama 4 ekor seladang . Walaupun nampak jinak pada zahirnya tetapi ... wildlife tetap akan jadi WILD walau macamana jinak sekalipun dia. Yang aku sedihnya ... ada pihak yang cuba menangkis niat murni kitorang ni ... niat kitorang ingin menolong tetapi bagi orang tersebut seolah-olah ingin mengondemn kan anak sedara dia ... Iskh! Iskh! ... Bangga sangatlah dengan title bapa sedaranya tu! Tapinya ... " Sometimes we have to be rude in order to make things right!" ... Fikir-fikirkan lah!

Okaylah ... cukuplah dulu untuk update kali ini. Nanti bila aku free , akan aku coretkan lagi!

Till then, Take Care & Cherio!

Monday, January 03, 2011

HAPPY NEW YEAR 2011 !


2010 telah jauh meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan .... baik pahit , mahupun manis. AZAM TAHUN BARU ? Hmm .. setiap orang pasti ada dan tak ketinggalan juga yang duk menyibuk nak tahu azam orang lain , sedangkan azam sendiri belum tertunai! Bukan sombong ... bukan berkira ... tapi rasanya tak penting nak tahu azam orang lain ... lebih baik tumpukan untuk memenuhi azam diri sendiri dulu.

Azam aku tahun ni adalah untuk menumpukan kepada masalah-masalah keluarga yang masih tertunggak dan belum selesai. Mudah-mudahan ALLAH akan memurahkan rezeki aku & keluargaku pada tahun ni serta memudahkan segala urusan yang akan dilakukan nanti. Tak lupa juga aku tak putus-putus berdoa agar Sayangku ... suamiku ... dijauhi dari segala maksiat dan noda bila berada di kota besar JB tu. Harapan agar dia sentiasa mengingati keluarganya, terutama anak-anaknya selalu .... Aku juga tak putus-putus berharap agar Sayangku dapat bertukar ke tempat yang lebih dekat dengan kami sekeluarga ... Ya ALLAH ... makbulkan lah permintaan aku ini! Ammmiiinnn .....

Aku juga berharap agar pekerja-pekerja di tempat aku sekarang ni mengurangkan sifat / sikap BERKIRA danirihati terhadap satu sama lain pada tahun ni ..... Di permulaan tahun baru ni sudah timbul sikap tersebut memandangkan ada yang bercuti pada permulaan penggal persekolahan. Ada yang tak ada anak pun tapi bercuti mengalahkan orang yang ada anak bersekolah ... Kalau emergency tu lain perkaralah... itu dah tak dapat nak elak!

Permulaan persekolahan jugak , anakku memulakan hari sekolahnya sebagai seorang Pengawas . Tahniah Muhammad Amir Najwa, kerana dilantik sebagai Pengawas Sekolah pada usia 10 tahun. Muhammad Adib Najwa pulak sudah memasuki Tahun Dua persekolahan. Mujur yuran kat sekolah kat sini tak beitu mahal berbanding semasa di Melaka dulu!

Okay la... Nanti bebila free aku coret lagi!

Till then, take care & cherio!

Tuesday, December 28, 2010

Penghujung 2010 - Tahun yang penuh CABARAN!


Tahun 2010 hanya tinggal beberapa hari je lagi untuk complete pusingannya ... dikenali dan akan diingati sebagai tahun yang PENUH CABARAN dan DUGAAN buatku. Tahun ini juga memberi rezeki kepada keluargaku dimana Muhammad Afiq Najwa telah selamat dilahirkan sebagai salah seorang penyeri dalam keluarga ini.

Pada pertengahan tahun, aku ditukarkan ke Pusat Konservasi Hidupan Liar ( Seladang ) di Jenderak Selatan, Pahang. Tempat ini bagiku, umpama tempat jin bertendang, memandangkan jauh di pinggir hutan rezab Krau. Alasan pertukaran ini adalah kenaikan pangkat ( apa ada pada pangkat! ) dan aku telah terlalu lama bertapa di Zoo Melaka. Alasan lain pihak atasan adalah kerana adanya seorang Pegawai Veterinar di Klinik Zoo tersebut & khidmat aku sebagai pecacai di sana sudah tidak diperlukan lagi. Aku sedih ... tapi aku redha. Mungkin ada hikmah di sebalik pertukaran ini. Mujur anak-anak aku dapat menyesuaikan diri dalam suasana baru dengan cepat. Alhamdulillah ...

Diam tak diam, Muhammad Afiq Najwa telah berusia 4 bulan pada bulan ni. Alhamdulillah dia sgt aktif ...
Aku dah mula berikan dia makan bubur nasi yang bertapi & diblend kerana dia kurang menyusu. Alhamdulillah juga kerana si kecil ini memahami kesulitan yang dihadapi oleh ibunya. Dia dah takmo minum susu SNOW yang bapak mahalnya .. dia dah beralih ke susu DUTCH LADY yang jauh lebih murah! Terima Kasih Sayang ...

Sayangku pula tidak menampakkan tanda-tanda akan bertukar ke tempat yang berhampiran denganku. Org atasan seakan tidak memahami kesulitan ku ... berjauhan dengan suami tersayang & anak-anak pula berjauhan dengan abahnya. Bukannya tidak ada permohonan dibuat tetapi hanya tidak menampakkan jalannya ... Nampak gayanya aku kena la sacrifice wang ringgit & tenaga aku selagi ada hayatku demi masa depan anak-anak . Ya ALLAH! Kau panjangkan lah umurku demi anak-anak ku yang masih memerlukan mama mereka ini. Murahkankah rezeki kami sekeluarga dan jauhkan lah diri kami dari segala kemungkaran, musibah & gangguan ... Amiinnn..!!

Ok la.. SELAMAT MENYAMBUT 2011 ...

Till then, take care & cherio!

Thursday, December 09, 2010

Cuti-Cuti Malaysia - MELAKA pt.1


Aku dicalonkan as fasilitator untuk " Reptile Veterinary Medicine Training Course" yang bertempat di Zoo Melaka dari 29 / 11/ 10 hingga 2/12/10 lalu. Sebenarnya kursus ni hanya untuk para-para Veterinarians but Dr Sandie memutuskan bahawa Vet juga perlukan AVO untuk membantu dari segi logistic dan seangkatan dengannya. So, kami para-para AVO tegar, telahpun bersetuju menghadiri kursus tersebut. Sedikit sebanyak ilmu tersebut dapat kami serap secara percuma diperturunkan oleh pakar-pakar dari Taiwan dan Hong Kong. Bukan senang orang nak kasi ilmu percuma ... tapi aku tak faham dengan perangai segelintir Vet yang terlalu ego untuk menuntut ilmu ini walaupun pada hakikatnya beliau amat jahil dlm bidang ini. Sanggup pula membayar yuran makan tetapi tidak hadir sepanjang kursus berlangsung. Mujur aku masih ingat selok-belok klinik Zoo macamana ... jadi, taklah malu sangat bila tetamu bertanya. sepanjang kursus berlangsung, aku parkingkan anak-anak aku & bibik kat Apartment Leisure Holidays kat Paradise Melaka ( sebelah Lake Garden Resort ). Kesian lak ... dah la TV kat situ amat buruk siarannya ... Mujur la juga organiser faham aku bawa family , kitorang dikecualikan semasa presentation para-para Vets tu. Buleh la rehat bersama anak-anak & melayan diorang kat swimming pool. My Sayang lak menyusul pada hari Jumaat malam .. sejurus selepas kursus untuk join percutian ini.

Lepas je kursus, kitorang bermalam kat rumah rehat Zoo untuk semalam & memulakan percutian dengan lawatan ke Planetarium Melaka kesokan harinya ... Turut join adalah keluarga warga PERHILITAN Johor yang dikenali dengan jolokan "rombongan Che'Ja". Kitorang checked-in kat Everly Resort, Tanjung Keling pada sebelah petangnya. Aktiviti seterusnya adalah menyerbu Medan Ikan Bakar Terapung ( Restoran Nakhoda ). Ok la makanan kat situ cuma yang tak bestnya , menu ... supposed dibuat 3 hidangan but turned up as 2 hidangan je. Dah la duk kat meja panjang, jenuh nak main pas-pas lauk! BUT Overall, ok la... we all had fun as well as the kids ...

Sunday, masa untuk lawatan ke Zoo Melaka. Kalau dulu celah gigi je bila sebut lawatan ke Zoo, but bila da pindah ni, kitorang dapat rasakan apa yang tourists rasa bila melawat ke Zoo. Well, it's a fun event for those yang jarang melawat Zoo but as for the kids, they enjoyed the scenario. Mujur juga orang-orang Zoo tak sombong dan melayan kami dengan baik. Masa duk kat Melaka dulu, tak sibuk-sibuk nak bergambar dengan gajah kat Zoo. Bila dah tukar ke Pahang ni, baru terasa betapa preciousnya gambar tersebut. Terima kasih kepada Pegawai Bertugas , En Suboh Hassan , kerana me'welcome'kan kami sekeluarga. Ralat juga sebab tak dapat nak round the whole Zoo kerana kami tiba kat sana pun dah lewat & everybody dah pewai sebab mandi kat swimming pool Everly Resort pada sebelah paginya.

Balik dari percutian tu pula, my sis did called me bagitau yang kitorang kena bergilir-gilir menjaga mama kat Hospital as she has to undergo the radiotherapy treatment kat Hospital Penang. Since kitorang ada 4 beradik, and she has to complete 20 cycles ( 4 minggu ), kitorang decided nak bahagikan seminggu sorang. So, nampaknya kena la cuti kat Kulim lak dengan bebudak saja sebab My Sayang dah tak dapat nak bercuti bersama. Apa-apa pun, kena tunggu apa doktor pakar kata bila appointment dengannya esok pagi.

Ok la... enough untuk update kali ni.Next time ( ntah bila kala la pulak! ) aku update lagi.

Till then, take care & cherio!

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA


Selamat Menyambut Hari Raya Qurban ... Sesama la kita berkorban, tak kira dalam apa jua situasi sekalipun.

This year Raya Qurban balik Raya kat Kulim. Kebetulan masa mama operate dulu tak balik. Sure rindu giler kat cucu-cucunya kat sini ....

Doakan keselamatan perjalanan keluarga kami ...

Till then, take care!

Friday, October 29, 2010

Dugaan ..... demi .... Dugaan


Firstly, mohon maaf sebab lama dah tak update blog aku ni. Dah bersawang pun! Bukan apa, sibuk dengan kegiatan harian , dengan baby lagi ... macam-macam!

Dugaan demi dugaan Allah berikan kepada aku sebagai hambanya ... Dugaan yang berat adalah di mana aku tak dapat untuk berada di sisi mama tercinta di kala beliau memerlukan semua anak-anaknya bersamanya. Mama didiagnos mempunyai carcinoma pada dinding uterusnya ... jadi, pada tanggal 27/10/10 lalu, beliau telah menjalani satu pembedahan untuk membuang uterus set ( sekali ovaries ) untuk menghalang kanser tersebut dari merebak / metastasis. So far beliau didiagnos mempunyai Stage 1 cancer. Doktor sepatutnya mengeluarkan lmph nodesnya sekali tetapi tidak berbuat demikian kerana masalah jantung mama yang tidak dapat bertahan lama ... Pembedahan tersebut memakan masa selama lebih kurang 4 jam. Pada saat itu juga, ahli keluarga digalakkan menderma darah untuk kegunaan mama. Aku terkilan kerana tak dapat berbuat demikian demi mama kerana I used to be a regular donor. Kakak-kakak aku memastikan adiknya yang jauh ini mendapat update yg sewajarnya sama ada secara online ataupun telefon. Aku tak dapat balik ke Kedah kerana faktor-faktor yang tak dapat dielakkan, kerana aku juga baru mulai bekerja setelah maternity leave selama 60 hari dan juga anak-anak yang bersekolah ....

Di rumah pula, aku diuji Allah dengan ujian baby aku menangis tanpa henti setiap kali selepas Maghrib. Afiq akan mulai menangis selepas mendengar azan Maghrib & akan berhenti dalam jam 10 malam ... tu pun setelah dia tertido. Suamiku pula bukan jenis yang mempercayai perubatan tradisional .... Semalam, aku bawa Afiq berjumpa dengan Mak Long ( bidan yang mengurut aku tempoh hari ) untuk membuat air tawar. Mak Long mengatakan memang ada makhluk halus yang sering menyakat Afiq setiap hari menjelang Maghrib kerana kedudukan rumah yang terkena pada laluannya. sememangnya kedudukan rumah di sini berhampiran dengan kawasan perkuburan Islam Jenderak Selatan. Alhamdulillah ... selepas dimandikan semasa waktu Zohor seperti yang diarahkan Mak Long & di tawarkan dengan "kunyit bolai" , Afiq tidak lagi diganggu semalaman ... Berat badan Afiq juga sudah bertambah dan berat terkini ( 2 bulan ) adalah 5.21 kg. Alhamdulillah!

Alhamdulillah Syukur juga aku kepada Allah kerana menurunkan dugaan-dugaan ini ... Dugaan ini menjadikan aku lebih cekal dan tabah untuk menghadapi dugaan-dugaan yang akan datang ... InsyaAllah!! Jika tidak kerana dugaan ini, aku mungkin akan berputus harapan & give-up ... Mujur juga aku mempunyai pembantu yang memahami di rumah, melayan kerenah anak-anak aku dan tidak demanding!

Akhir story, nanti aku update lagi ...

Friday, October 01, 2010

Liku Kehidupan or ... Kehidupan yang Berliku?? Hmmm ....


Hidup ini .. pada masa sekarang .. penuh dengan liku-liku di sepanjang perjalanannya. Itulah yang telah ditetapkan dan ditakdirkan oleh ALLAH ke atas umatnya.

Diam tak diam, si kecik aku dah berusia sebulan. Macam-macam pe'el baru yang dipelajarinya. Berat badannya juga bertambah dari sehari ke sehari ... Alhamdulillah ... Tapi yang aku tak tahan, sikap barannya terserlah. Mungkin mengikut jejakku yang pembaran ni.

Aku juga diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang aku berpindah ke Negeri pahang ni. Dugaan yang paling berat bagiku adalah pabila anak-anak dijangkiti demam. Tak tido malam aku dibuatnya! Nur amira Najwa sering dijangkiti demam sebegitu. Dalam situasi sekarang ... suamiku jauh di JB, aku kena harungi berseorangan. Kadangkala aku berasakan mahu saja " GIVE-UP " untuk semua yang berlaku. Tetapi aku fikir semula , kalau aku menyerah kalah, anak-anak yang aku sayangi juga akan terabai. Mereka masih mentah & perlukan perhatian. Wang ringgit? Orang kata bila tinggal jauh di pendalaman, kurang aliran keluar wang untuk bershopping. Ternyata telahan semua tu bi'daah semata-mata. Bila jauh dari segala infrastruktur, pengeluaran wang lebih tinggi. Nak keluar ke Kuala Krau terpaksa menggunakan kereta ... dan jaraknya adalah 13 km ( sehala ). Kalau 2 atau 3 hari sekali ke sana, tahan la ... tapi dengan situasi aku sekarang? dah la kemudahan Klinik tiada ... pakar kanak2 ? lagi hampeh! Yang terdekat adalah Jerantut dan Temerloh yang jaraknya adalah antara 30 km & 50 km satu-satu bandar dari Kuala Krau. minyak kereta dah la mahal sekarang ni .... Sesekali membeli barangan dapur, RM 300-RM 400 tak lari dari budget. Nak diluahkan kepada suami, beliau juga memerlukan wang untuk survive di kotaraya besar JB. Apa nak buat? Aku terpaksa bertahan ...

Aku cuba menjadi seorang yang kuat semangat & tabah hati. Aku sentiasa mendoakan supaya ALLAH menunjukkan jalan yang terbaik untukku meneruskan kehidupan. Aku anggap semua tu ujian Allah terhadapku.Diharapkan tak terlintas di kotak fikiranku untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama ... Nauzubillahiminzaliq!

Semoga aku tabah .... Doakan aku selamat & dimurahkan rezeki selalu ...

Till then, take care & cherio!

Friday, September 24, 2010

KETENANGAN .....

Diam tak diam, dah sebulan aku menjalani proses "BERPANTANG" ... suasana di sini amat berbeza ngan berpantang semasa kat Melaka dulu.Ye la... kalau ketiga-tiga anak yang dulu, mama sanggup temankan sepanjang tempoh berpantang .. at least aku bule kawal gak kepantangan aku tu. Ni kat sini setelah berpindah, mama lak tak sihat di Kulim ... takde siapa yang mengawal proses tersebut. Disebabkan terlalu aman ... tenang .. sejuk ... maklumla, berumah di pinggir hutan, aku cepat terasa BUSANNN ... Ni pun nasib la opis dekat je, boleh la update status FB & buat macam2 lagi sementara baby tido kat rumah. Kali ni proses pantang aku ni hanya dengan bibik je la.

Setiap kali waktu pagi selepas hujan pada malam harinya, suasana di tempat aku amat tenang, berkabus .. macam duduk kat tanah tinggi la pulak! Orang-orang kat felda ni peramah jugak la ...

Afiq pun dah genap sebulan hari ni. Dia dah pandai ... dah dapat mengenal suara , dah nampak orang ... Subdural haematoma kat kepala dia pun dah surut & jaundice masih ada sikit-sikit lagi. Semalam pegi timbang dia, dah naik beratnya ke 4.28 kg . Alhamdulillah.....

Mira pulak, dah semakin pandai ... mengikut je apa yang abang-abang dia buat. Mira lebih rapat dengan Angah berbanding Along. Cuma yang dirisaukan, kerapkali diserang batuk ...maklumla, tempat kat sini sejuk!

Ok la, nak upload gambar pun tak buleh..tension! So, aku tulis la apa yang mampu. Next time aku tulis lagi.

Till then, take care & cherio!

Wednesday, September 08, 2010

NEWCOMER in da House!

Hi! My name is Muhammad Afiq Najwa bin Mohd Najib. I am 15 days to date ... I am the latest bundle of joy of my parents, I guess you know who they are! I was born on the 24 th August 2010, during the month of Ramadhan. I weighed 3.6 kg at birth BUT they decreased when I was admitted due to jaundice.

Ni la anak terbaru kami ... dia ni dipaksa melihat dunia . Masa lahir, Afiq didapati terbelit ngan tali pusatnya sehingga terpaksa disupport dengan Oksigen few minutes selepas dilahirkan. Anak Pahang dalam family ni ... begitu banyak dugaan semasa pembawakan beliau dan juga semasa kelahiran beliau, tetapi rezeki beliau ada di mana-mana ...

Doakan kesejahteraan Afiq semasa hayatnya di dunia ini! Semoga beliau akan membesar menjadi anak yang taat, soleh & bijakpandai!

Will update again later . Take Care & cherio!

Tuesday, August 17, 2010

KEK BATIK buatan sendiri

Nak resepi ? Amik kat bawah ni ...

1 bungkus ( 350 g ) Biskut Marie ... "Munchies" nye
1 cawan Susu isian sejat / susu cair
1/2 cawan susu pekat ( cap apa2 pun boleh! )
1/2 cawan serbuk koko Van Houten
1 cawan serbuk Milo
1/2 buku ( 125 g )butter ( preferable "Buttercup"! )
1 cawan air mineral
2 biji telur

Cara2 :

1. Campurkan susu sejat, susu pekat, serbuk koko, serbuk milo & air ke dlm periuk & panaskan hingga semua bahan
terlarut dengan api yang sederhana.

2. Bila dah larut, campurkan butter dan biar butter larut.
3. Then masukkan telur ( pecahkan ) dan perlahankan api. Kacau approx 30 sec utk pekatkan adunan.
4. Patah-patahkan biskut Marie dan campurkan dalam adunan ...kacau sehingga kesemua biskut diselaputi coklat
5. Masukkan ke dlm loyang dan padatkan.
6. Simpan dlm peti sejuk .

Cuba la... Sedappp....!

Ok, GTG, ada keja! Selamat Mencuba!

Friday, August 13, 2010

HASAD DENGKI dan IRI HATI

Apa persamaan dan apakah perbezaan antara kedua-dua nya? Actually nya, more or less the same and depends to whom it dedicated to . Betul tak?

Aku ingatkan petugas-petugas kat tempat baru aku ni mempunyai semangat kerjasama yang tinggi berbanding tempat lama aku .... TAPI HAMPEHS! Kat sini lagi besar semangat iri hati dan hasad dengki antara satu sama lain. Diskriminasi dan kesaksamaan gender diambil kira kat sini. Siap buat laporan pengaduan kat Pengarah lagi ... tapi bila tanya siapa yang buat, semua taknak ngaku. Ibarat 'baling batu & sembunyi tangan ' .. yang jadi mangsa tetap akan dipandang serong walaupun pada hakikatnya mereka dah buat kerja mereka.

Kat sini, petugas pompuan hanya ada 3 orang, termasuklah aku ... walaupun dari segi gred hakiki, aku lagi tinggi dari diorang, tapi, aku tak kisah semua tu ... apa ada pada pangkat. Yang aku terkejut & berdesing telinga aku bila ada sorang staff yang dengan selambanya berkata " Ha Ina, apa lagi, amikla parang ... ajak Iza sekali. Apa istimewanya korang ...". Dia sound masa aku suruh diorang yang lelaki, gi cari daun disebabkan kontraktor cari daun buat taik takmo hantar bekalan kat sini. Itu la kalau ada otak, tapi letak kat lutut! Cuba kalau situasi ni terjadi pada bini dia yang juga bekerja dan mempunyai pangkat yang sama dengan mereka ni. Adakah beliau akan sound demikian jugak?? Tak ada rasa hormat langsung pada pegawai atasan ....

Banyak mana la kederat kaum hawa ni? Dah la pegi naik hilux & pick-up, takkan nak suruh kaum hawa ni duk kat belakang? Kitorang pun ada sifat belas kasihan dan juga tanggungjawab ... at least kitorang tolong diorang beri pellet pada seladang-seladang tu. Bukannya sikit2 pellet .. satu guni beratnya 50 kg.Jumlah yang patut diberi adalah 6 guni sehari. Bukan diorang nak berterima kasih pun kat kami! Aku pun turut serta walaupun dalam keadaan boyot gini!

Kalau boleh, aku nak cuba elakkan rasa hasad dengki antara petugas-petugas kat sini. Apa yang aku harapkan adalah kerjasama antara satu sama lain, bukan iri hati! Bagi aku, jika kita bekerjasama, semua perkara yang susah akan menjadi mudah! Tenung-tenungkan laa...

Ok la, enough untuk post kali ni. Nanti aku tulis lagi ( kalau belum bersalin laa.... )

Till then, take care & cherio!

Tuesday, August 10, 2010

Politik Kerja OR ... POLITIKUS ...

Life kat tempat baru actuallynya memang ok .. less work than working at the Zoo. Cuma have to monitor specifically dengan teliti dan mendalam kehendak orang atas yang taktahu apa kesah disebalik semua yang berlaku kat sini.

The only species yang ada kat sini adalah Seladang. Mungkin korang tek pernah tengok haiwan ni tapi ada gak yang pernah tengok kat Zoo. Haiwan ni besar ... the 2nd largest animal selepas Gajah kat darat. Berat dewasa boleh mencecah 1 tan lebih. Tak banyak yang tinggal kat Malaysia ni, therefore , kita buat konservasi untuk lepaskan semula ke hutan kat Malaysia.

Persoalannya sekarang .. terjadi permasalahan sepertimana yang terjadi kat tempat lama aku dulu ... makanan tak cukup. Kalau kat sana peruntukan tak cukup, kat sini lak , kontraktor pembekal buat taik! Aku kesiankan petugas-petugas kat sini yang terpaksa cover lak kerja kontraktor untuk cari bekalan daun dan rumput. Memang kerja tak berat, tapi mereka terpaksa cover macam-macam kerja ... penat siot! Aku nak tolong pun macam yang duk ada ... dah sarat ... nak jalan pun dah tak larat! Actually , kalau semua bekerjasama, semua akan jadi ringan ... tapi ada segelintir ( esp orang lama ... ) yang refuse nak buat kerja.

Politik kerja ada kat mana-mana ... tapi cara nak menangani permasalahan tersebut yang berbeza & memakan masa. Hopefully I can cope out with that matters ..! Wish me luck!

Till then, Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak ... Selamat Berpuasa ...

Take Care & Cherio!

Wednesday, August 04, 2010

Pindah Rumah .... Musibah demi musibah datang dan pergi!

Pada 30/7/10 lepas, adalah hari terakhir aku bertugas dan berasa di Zoo Melaka. Pada hari tu , aku secara rasminya menapak kuar dari bumi Melaka dan menjejakkan kaki di bumi Jenderak Selatan.

Lori mula bergerak bersama-sama barang-barangku yang banyak pada tengahari Hari Jumaat yang mulia itu. Aku & family gerak lambat sikit ... Kitorang sampai ke jenderak dalam jam 6.30 petang. Nasib baik la petugas-petugas di PKHL ni baik-baik belaka ... ringan tulang untuk menolong aku mengangkat barang. Semak juga kepala otak aku bila aku dapati rumah masih ada yang perlu dibaiki. Bukannya sikit tapi banyak gila .... So, aku decided nak menumpang kat rumah VIP ( Rumah Tetamu ) kat sebelah rumah aku. Apa lagi, aku pun mula la membebel ... mana taknya, macamana aku nak hidup kalau rumah tu lum siap baiki .... dengan piping yang tersumbat dan macam-macam lagi.Bukan nak tunjuk belang atau kuasa .. tapi terpaksa. Kalau aku sorang pindah, aku tak kisah sangat. Ni satu family dari sebesar-besar orang ke sekecik-kecik anak. Kesian kat diorang.

Hari Jumaat tu juga aku terpaksa bawa Amira ke Paeds sebab demam panas & batuk. Hari kedua ( Sabtu ) , Amir & bibik lak start demam ... Klinik kerajaan mana la bukak hari Sabtu. Habih satu pekan Kuala Krau aku ronda untuk cari Klinik berbayor tapi hampeh! Last-last, aku redah je ke Bandar Temerloh yang jauhnya lebih kurang 50 km. Hari Ahad tu lak, suamiku tersayang dan Adib lak yang demam panas. Petang Ahad tu jugak aku gi amik ubat diorang kat klinik. Aku pun dah mula rasa tak sedap badan & demam tapi aku gagahkan diri gak. Kalau idak, siapa lagi nak nolong aku?

Hari ni dah masuk hari ke 3 aku demam ... ada kurang sikit panasnya tapi sakit tekak & batuk still ada. Duit & kewangan takyah cakap la ... macam air keluarnya. Nasib baik la Najib tak berkira sangat ... kitorang sesama kuar duit.

Tadi gak aku gi check up pregnancy aku. Misi cakap, nak bersalin nanti aku kena gi Hospital Temerloh sebab aku punya kad ada label hijau tua. Pulak dah! lepas satu ... satu ...

Hari ni ( 4/8/10 ) secara rasminya aku berpindah masuk ke rumah aku yang sebenar
( walaupun kuarters kerajaan !). Tapi yang aku hairankan di sini adalah JBA Temerloh ... aku baru je masuk rumah, bila air yang aku kena bayar adalah RM 96.25. Terkejut beruk aku ... bila refer JBA, katanya maybe ada bocor atau kejadian curi air. Masalahnya siapa nak curi? Bukan ada paip pun kat luar rumah. Jangan sampai aku komplen je kat paper ... aku tanya orang sini .. mereka kata JBA Temerloh memang gitu .. ada orang tu sampai kena bayar RM 400! Gilos! Logik ke aku yang belum sampai seminggu pindah dah menggunakan sampai 113 meter padu air? Bengong betul! ...

Ok la, sat gi nak pi amik anak sekolah lak ... Nasib baik la mereka berdua dah pandai cari kawan baru. So, takde masalah sangat. Kelas pun dari tahun 1-6 semua satu kelas each. So, senang sikit. Cikgu2 pun ok.

Apa-apa aku akan update kat blog kesayangan aku ni. Jangan risau ...

Till then, take care & cherio!