Tuesday, April 06, 2010

ADUAN ....OOOO... ADUAN !

Aku naik heran trend rakan-rakan sepejabat ngan aku sekarang ni ... Hal-hal remeh temeh dijadikan isu seolah-olah nak " menutup periuk nasi " orang walaupun si mangsa sebesar zarah pun tak kesah apa yang si pelapor nak buat. Apa motif di sebalik semua ni? Apa yang si pelapor tu sebenarnya nak sampaikan di sini? Adakah beliau menganggap dirinya sudah perfect? Well ... come on, nobody's perfect in this world!

Aku rasa lebih baik tempat keja aku sekarang mewujudkan e-aduan untuk golongan-golongan yang mengganggap diri mereka tu perfectionist untuk menyalurkan ketidak puasan hati mereka. Bagi aku, hal-hal yang boleh dibawa berbincang, tak usahla diperbesarkan ... terutamanya seperti menghantar surat layang kepada bos, atau ke SPRM ... semua ni akan membuatkan suasana yang tidak harmoni dalam persekitaran tempat kerja kita. Aku rindukan saat-saat semasa mantan menjadikan peneraju organisasi ini .... suasana memang tenang untuk bekerja serta tiada pressure , dan tiada sikap kronisasi seperti sekarang. Walaupun mantan tegas, pekerja-pekerja amat menghormati antara satu sama lain ... tiada sikap dengki mendengki dan iri hati. Kalau dulu, hanya seorang mandur diperlukan untuk menyusunatur segala kerja-kerja berkaitan di dalam zoo,tapi sekarang ... walaupun ada 1 Pegawai atasan, 1 Penolongnya, 1 penyelia kanan serta 2 penyelia .... masih belum dapat mentadbir serta mengawalselia dengan sempurna , tanpa perasaan PHD ( Perasaan hasad dengki ). Pekerja menjadi berpuak-puak dan suasana tidak tenteram.

Untuk tahun ni sahaja, berpuluh aduan ke SPRM yang diterima .... dari pelapor yang sama, mengenai isu-isu dalaman yang sepatutnya tidak diketahui oleh orang luar.... dan jika ada yang tidak berpuashati, kenapa tidak diajukan persoalan tersebut kepada yang terlibat? Apa yang membuatkan perasaan tersebut timbul? Adakah kerana "orang dia" tidak terpilih dalam sesuatu hal atau projek? Hanya ALLAH sahaja yang tahu apa niat sebenar mereka yang terlibat.

Aku malas nak berleter panjang di dalam blog ini ... cuma nasihatku kepada yang terlibat:

1. " Tak usahla bermuka-muka jika tahu muka tu tak hansem mana "
2. Kita hanya manusia biasa, " NOBODY's PERFECT in this whole world! "
3. Kalau tak puashati, berdepan lah untuk mendapat kebenarannya ... lebih baik bawa ke musyawarah dari memfitnah orang tak tentu pasal ... Ingatla ... kalau kita aniaya orang, beribu kali orang akan menganiaya kita, mahupun keluarga kita .... jangan sampai terjadinya perkara-perkara yang tak diingini kepada kita mahupun keluarga kita , akibat dari dendam yang membara
4. Tanya kepada diri sendiri : Adakah perangai kita sudah cukup elok untuk diteladani oleh orang lain, terutamanya anak-anak kita?
5. Bawa-bawa la bertenang ... ingatla, jika kita mahukan seseorang itu lupus dari persekitaran kita, beribu kali mangsa yang teraniaya itu mahu anda lupus dari persekitarannya! Kalau nak semua "orang kita" yang buat kerja, kan lebih baik kita buka perniagaan sendiri, tak payah makan gaji ... boleh kita gunakan khidmat semua orang yang kita kenali ... atau ..... Adakah kerana komisennya lumayan? Hmm ... wallahua'lam!!

Till then, take care & cherio!

6 comments:

Sue Ellan said...

pergh.... panazzzzz22 walaupong ber-aircon kt ofis ni....

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

hahahahaha...mmg panaz Sue!!

Anonymous said...

ish.....malang tul jabatan dapat pekerja macam ko ni..kalau camni org swasta pun tak nak amik ko keje..
keje ko asik memburukkan jabatan sendiri je...nasib baikla aku bukan org atasan ko

insan yang prihatin said...

aku ni dah baca semua post kau..
macam bagus je kau ni..takkan sesama satu jabatan kau nak kutuk..
nasib baik kat pejabat aku takde orang macam kau ni..
sabar jela dapat pekerja macam kau ni kan.

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

Aik? Terasa nampak ... atau korang yang insan2 terlibat kat atas? Aku sikit pon tak kutuk sesiapa..tapi kalau siapa makan cili, dia la terasa pedasnya! Aku leh trace la IP siapa yang tulis komen kat atas ni, takyah la menyamar.Aku puntak mentioned nama... Kalau terasa tu...nasib la... Lagi malang jabatan dapata orang macam korang ni. Baru setahun dua kerja dah tunjuk belang! Kita tengok siap yang salah & siapa yang betul ... ALLAH SENTIASA BERADA DIKALANGAN ORANG2 yang TAK BERSALAH! InsyaALLah!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.