Monday, September 26, 2005

What A Weekend...

Hmmm..My family & I just got back from a long journey, we went to Besut, Terengganu Darul Iman. Holiday again? Nooooo...we had to attend friendly games with the State PERHILITAN. Actually, we went there together with other representatives from Zoo Melaka Sports & Recreation Club....CONVOI..Supposed we only had a 6 hours journey BUT instead of it, we had a 12 hours journey, with two cars having problems with the back tyre bearing ( hancur! ) and the injection rotorbody problem ( keta aku ler!! ). Journey kitorang bermula dari 7 pm 23/9/05 dan sampai Besut at 7 am 24/9/05.

Malam ni dah kena bergerak ke Pulau Singa Besar, Langkawi untuk hantar Burung Merak Biru ( Pavo critatus ). Hai..letih badan..tapi dah aku seronok, nak buat camner! Rasa tak sabar nak jejak kaki ke sana semula after about 10 years tak gi sana. Last gi sana in 1996 masa buat Kajian Kemungkinan under En Mahbub UPM . My titile for that kajian was Kajian Kemungkinan untuk Membina Sebuah Restoran Terapung di Pulau Singa Besar. At that time, the island was under JPH..Now, Pulau tu dah bawah jagaan Jabatan PERHILITAN as reserved area ( Protected Area ). baju pun aku tak berkemas lagi! Dengar citernya aku kena belayar selama 7 jam dari Jeti Kuala Kedah ke Kuah, Langkawi naik kargo. Kalau naik boat penumpang , hanya 1 1/2 jam je perjalanan...Ada hikmah juga nampaknya...BOLEH MEMANCING LAUT!! yea..yea..

Okay la..got to go. See you guys on Thursday, 29/9/05 nanti!

Cherio!

Wednesday, September 21, 2005

...Hari-Hari yang PENAT GILER...
19/9/05
20/9/05
21/9/05

Tiga hari di atas merupakan hari-hari yang penat giler dalam kamus hidup aku dalam setengah tahun 2005. Rasanya masa Dr Vet bercuti tak la aku penat camni...mana taknya..hari-hari tu aku kena tackle banyak kes rawatan dalam Zoo, gi Jabatan Haiwan uruskan permit haiwan-haiwan yang akan masuk dan keluar dari Zoo ( Malayan Tapir - Tapirus indicus ) dan macam-macam lagi..uihs...rasanya Pak Lah pun tak sibuk camni...

Masa aku tulis blog ni , aku baru je habis taklimat menggantikan Dr Vet yang ke Singapura hantar Tapir dan ambil Tapir...nasib baik la Dr Vet tu kind enough nak buatkan Powerpoint Presentation untuk aku. So...aku baca je la! Pas tu buat unformally...Questions & Answers session ngan peserta-peserta Sijil Perhutanan Kepong untuk Renjer Hutan. Nasib baik ler depa ni tak banyak tanya soalan gila...hehehe...

Habis je taklimat, aku buat rawatan memerang kat Klinik...susah sikit nih!! Nak kena pujuk dulu baru memerang ni nak makan ubat biji...Dekat setengah jam aku menyuapkan ubat-ubat dia. Memerang ni terhempas pintu sangkar atas badan dia. Nasib baik dia ni takde insurans...kalau tak, banyak duit giler kalau dia buat claim! Mau taknya...claim untuk keilatan sementara...MC lagi...huihs...banyak tu! Hahaha...

Esok ada lagi sesi ngan para peserta Sijil Perhutanan tu. Kali ni theyall kena cuci sangkar di waktu pagi dan sesi petang lak...tangkap-menangkap beruk, kera & musang untuk slot tangkap pindah dan juga cara-cara membuat pemeriksaan kesihatan.Arrgghh...boringnya... dah la depa tu quite old members...

Okay la..enough for these busy days...

Cherio!

Sunday, September 18, 2005

Hmmm

Hari ni ..Sunday, 18/9/2005...aku kena ganti the other AVO untuk keje..hampeh...Hari ni takde cases but ada volunteers from Forestry Faculty in UPM. Pukul 8.30 pagi dah tercacak 130 orang... untuk my unit, aku amik 9 orang je. Kalau amik bebanyak, depa semua tak banyak keje nak buat.

Yesterday night ada case last minute...keeper kata memerang tu bergaduh tapi bila ditekan....dia ubah pengakuan dan kata memerang tu kena pintu, pintu terhempas atas badannya..so, jadik le memerang lumpuh..makan minum bersuap. Ni la kecuaian yang common kat Zoo Melaka ni.. keepers are not really alert to what they do. Dah banyak kes terjadi but they'll never learnt. Bila sakit, mati, Unit Veterinar yang jadi mangsa panahan, cacian Pengarah..Kesian kat kami..hhmmm....

Student volunteers habih at 11.00 am. Keje depa yang aku kasi adalah Operasi Mencegah Aedes dari membiak..well, it works!

Okay la..nak pi break. Cherio!

Friday, September 16, 2005

.... Minggu Sedih ....

Minggu ni..peristiwa sedih berlaku untuk semua warga Zoo..kami kehilangan seekor lagi Red Panda jantan yang selama ini tidak menunjukkan kepincangan dalam hidup dia. Setelah 2 hari tak makan, dan..setelah 2 jenis antibiotik diberi dan disuntik, dia pergi jua pada pukul 8.45 malam 15/9/05. Di akhir-akhir nyawanya, frothy fluid bercampur darah keluar dari mulutnya...Sedih wei...binatang tu valuenya adalah RM 100,000 seekor dan nak dapat punya lah susah!

Pas tu...pagi tadi, seekor lagi buaya Jejulung ( False Gharial ) mati..yang ni lak si Jantan dah teerrrlebih power sampai mati yang betina di buatnya! Dah 2 ekor mati angkara si jantan yang 13 kaki panjang tu!Kesiann....

Dua hari lepas, aku berulang ke UPM kerana bawa Red Panda tu..dapatla jumpa juniors dan juga lecturer yang pernah mengajar aku dulu..Well Intan Nazrahayu..your pop quiz tu nanti la aku jawab..

Minggu Depan, exchange program between SZG & Zoo Melaka akan berlangsung..kesian Minah, aku tak jadi pi sana last minit sebab Bos suruh Dr Vet gi. Bos suruh aku gi Pulau Singa Besar next week gak!

Aku maybe ikut team Bolasepak Zoo Melaka gi Terengganu untuk friendly game ngan PERHILITAN sana.Jalan lagi....

Rezeki aku sefamily melimpah ruah bulan ni...aku dapat 7 tangga kenaikan gaji, suami aku lak dapat naik pangkat ke G17 dan juga dapat Khidmat Cemerlang...ALHAMDULILLAH...

Okayla..enough for today, nak gi JPH Melaka untuk uruskan permit import / eksport Tapir.

Cherio!

Wednesday, September 14, 2005

NICKY
Dah lama tak update blog ni.Hmmm..been busy lately.Pas ni nak kena gi Pulau Singa Besar, Langkawi untuk gi hantar Merak Biru yang nak dilepaskan di sana.Nasib baik tak kena gi Singapore...Kalau tidak, letih giler!
Yesterday, masa baca blog Aida at Channel 11.5, ternampak lak blog address untuk Intan Nazrahayu....same batch with us masa kat MRSM Beseri.Dah matang pun dia! All this while baru tau yang anak kecik yang menyanyi lagu Anuar Zain tu anak dia! Maklumla..mak dia tulis lirik lagu Anuar Zain tu...
Semalam gak, our celebrity, si Nicky tu ada shooting Majalah 3. Dah petang baru datang ! Si Nicky ni lak tak suka bebenor ngan kamera....ada ke kamera tu nak diterkamnya!! Bila berjaya pujuk, dia siap menjeling katy kamera lagi....Semalam dah vaccinate dia dengan FRCPV ( 4 + 1 vaccine ) .Pas ni kena booster lak a month later.
Balik rumah, betapa senangnya hati sebab husband tersayang secara volunteer nak masak nasi goreng sebab dia tengok isterinya sibuks the whole day. At first aku nak beli ja...dia tak nak..Julung-julung kali dia nak masakkan untuk family...Masa makan..not bad nasi goreng dia, cuma kurang rencah je..overall, ALHAMDULILLAH..dia nak masak pun dah besar Rahmat!
Hari ni, incharge klinik sebab Dr Vet cuti...before dia cuti, agenda aku telah dipenuhkan..Enough for today rasanya..
Cherio...

Tuesday, September 06, 2005

Celebrity Month!


Yesterday tak tulis blog sebab terrrlalu sibuks, meeting, rawatan dan lain-lain lagi. Penat giler..Hari ni (2/9/2005) pagi, Datul Jamaludin Jarjis, Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi serta family datang melawat Zoo especially Nicky. Petang lak, ada mesyuarat keeper.

Yang ditunggu-tunggu....3/9/2005 pagi, gi PD setelah dijemput oleh my sis untuk bercuti merangkap second honeymoon after 5 years of marriage. Diam tak diam dah 5 tahun aku mendirikan rumahtangga...mmm...apa yang spesel lagi? Kedua-dua anak aku sampai taknak kuar dari swimming pool...naik biru muka menahan kesejukan...mana taknya, dah 2 bulan aku tak bawa diorang gi swimming.Biarla mereka swimming sepuas-puasnya!

Balik dari PD ..a busy week ahead. Semalam, aku kena soung bertalu-talu oleh pengarah dalam tipon sebab tak kunci pintu klinik..sedangkan masa tu ada yang belum balik. Pagi tadi semua orang klinik kena mengadap dia..apa lagi, tadah je la telinga tu nak mendengar leteran dia. Lepas berleter, dia ada meeting ngan TKP PERHILITAN kat Bilik Gerakan. Aku? Lepas tu kena buat postmortem Rusa Bintik ( Axis Deer ) yang mati akibat stress dikejar. Aku dah laporkan kat Bos apa yang berlaku semalam supaya lepas ni aku tak kena leter lagi.

Hujan selebat-lebatnya pagi ni. 8 & 9 bulan ni dah nak kena bawak Nicky gi Star Celebration kat Shah Alam....tak tau lagi siapa yang nak kena accompany dia.

Ni nak pi minum..redah je la hujan tu. Next time sambung lagi...Cherio!

Wednesday, August 31, 2005

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
Tanggal 31 Ogos 2005, sudah 48 tahun Malaysia menyambut kemerdekaannya. Keranamu Malaysia.. slogan yang digunakan sejak tahun 2000..mmmm...lama tuh!
Tanggal 31, Bulan 8 -57
hari yang mulia
hari bahagia
tu la sebahagian lagu yang famous setiap kali menyambut kemerdekaan. Merdeka kah anda? Itu la ucapan yang selalu bermain di fikiran aku... Apa erti merdeka? Merdeka itu adalah bebas dari belenggu penjajahan, mencapai keharmonian dengan demokrasi...seperti semua rakyat Malaysia mengalaminya sekarang..hhmmmm...
Berita sedih yang aku terima semalam....ibubapa kawan sepermainan, sekelas dengan aku semasa di sekolah rendah ( SRK St. Nicholas Convent Alor Setar ), Tun Mafiza binti Tun Majid telah meninggal dunia kemalangan di jalan Jerangau-Jabor, Dungun. Aku pernah melalui jalan itu semasa ke Ajil tempohari...MEMANG jalan itu merbahaya...selekoh nya berbukit dan kereta yang melaluinya kebanyakannya adalah dipandu dengan had laju melampaui batas! Seerraaaammm... Salam Takziah untuk Tun Mafiza... Al-Fatihah..
Hari ni aku kerja karana Zoo Melaka tak ditutup..malah ramai lagi pengunjungnya pada hari kelepasan seperti ini. Esok ada sesi kedua meeting & discussion dengan Pengarah..kena siapkan text.
See Ya!

Tuesday, August 30, 2005

.....Meeting...Shooting....Meeting.....Cooking...



Dah masuk hari kedua since semalam aku ada meeting dengan Bos aku..sebab? Dr Vet aku cuti 2 hari & on the 1st ada lak meeting dengan TKP PERHILITAN...dia ni cerewet sikit. Hari ni gak ada shooting Nicky dengan TV3 dan bapak angkat dia ( The STAR ) nak mai lawat at 10 am...uihs...sibuks giler!

Semalam tak tulis blog sebab sibuk kena buat paperwork nak present today. Baru habis brain-storming tadi...hari Rabu nanti kena attend 2nd round lak of that meeting ngan Bos.

At about 11.45 am tadi..ada sesi bergambar Nicky ngan parents angkat dia. Puas nak melayan karenah dia. letih pun ada gak. Nasib baik la TV3 postpone ke 12 & 13 hb September nanti. Glamer bagi nicky tapi PENAT...bagi yang menjaganya.

Petang, ada rawatan lagi...hmmm...ni nak pi lunch lak..jumpa lagi..

Sunday, August 28, 2005

...work..work..work...
Hari ni, 28/8/2005...kerja! Semalam cuti ..but..penat jugak sebab hari aku cuti, aku kena jadi orang gaji...Orang Gaji aku?? Oooo..hari semalam dia lah jadi majikan sebab kerja dia TIDO! Bangun, lipat kain kejap & then bila anak aku bangun tido, dia pi jalan satu zoo.Camner aku tak tension? Dah la kena masak, basuh kain, semua keje dia aku buat sebab dia buat BODO je...Eiii...tension! Biar le aku keje hari ni...AKU SANGGUP!
Takde case hari ni so far.Just buat office work & main Game!!hehe..Tadi dah ada orang call nak buat appointment ngan aku untuk jumpa...dia adalah BOS KOPKENEM RISDA yang supply makanan kat Zoo. Aku tak tau pasai apa dia nak jumpa aku...Ttuuunnnggguu....
Esok? Aku ada meeting pegawai Zoo kat Bilik Mesyuarat at 9 am..sure banyak agenda yang nak dibincangkan...also, banyak jugak la yang nak kena di smash! Hai...dah nasib badan!
Ok la..takde mende sangat aku nak tulis ni.Nanti esok aku tulis lagi.Mana tau...kut..kut..banyak lak idea bernas esok!
Cherio..

Thursday, August 25, 2005

......Busy Day......huh?
Hari ni..busy giler, just imagine....pagi ni shooting Nicky with the Star paper for a magazine yang akan dipublish nanti...camner Nicky makan, tidur, main bla..bla..bla..kalah Mawi punya ke popularan!
Tak lupa juga..pagi ni muka aku masuk newspaper the Star pasai lawatan isteri TYT kelmarin...page 3...Famous ...Glamer gitu!! hahaha
At Noon, tolong Jabatan Haiwan Melaka untuk tangkap Merak India dia yang terlepas. Ada ke pagawai dia kata Burung Kasawari terlepas...tertanya tanya...bila masa lak JPH bela kasawari? Memalukan...keje ngan haiwan but tak kenal kasawari & Merak!! Apa lagi..satu batalion gi sana...sebab yang kitorang tahu, kasawari tu burung yang menendang...siap baffle board lagi.
Pas tangkap merak tu, kena attend Blue Wildebeest nak beranak lak...hi...masa cuti sekolah ni la nak beranak! Tak reti merancang betul!! Nasib baik takde complication macam Kuda Mini tempohari...
Petang lak...rawatan Buaya Tembaga ..follow up case. Then, siapkan list kematian-kelahiran untuk meeting pegawai-pegawai ngan Pengarah esok! Siap sedia gak nak kena marah !!
Aku tulis blog ni pun dah lewat sebab kesibukan tu...dah la server internet & networking kat klinik ni lembap & bloeh diklasifikasikan tahap Cipan..macam kata Fahroe hari tu! Bagi aku..ni dah masuk tahap SIPUT BABI! Rasanya macam nak campak je server tu kat dalam Tasik Ayer Keroh sebelah rumah aku tu!!
Got to go now! Nak gi shopping barang dapur...See Ya!

Wednesday, August 24, 2005

NICKY..Shooting...Shooting...NICKY...

This week ahead adalah week yang paling sibuk bagi Unit Vet Zoo. Mana tak nya..kena attend reporters la...VVIPs la...TV3 la..hmmm...famous jap! They all semua nak amik gambar NICKY..Malayan Tigers yang menghilangkan diri sekejap kat dalam Zoo tempoh hari..( remember? ). Nama Zoo Melaka terus melonjak naik selepas peristiwa itu..dan yang bestnya, Nicky dah disponsored oleh The STAR Publications.
Sepanjang pagi, isteri TYT Melaka datang melawat Zoo semata-mata nak bergambar ngan Nicky. Beliau jugak bawa cucu-cucunya melawat & bergambar.Next agenda Nicky, ada shooting ngan TV3 the whole day pada 30/8 and also pada 8-9/9 nanti, pi lawat The Star Publication untuk meraikan birthday akhbar itu.
Petang, kena do a bit of office work, persediaan untuk meeting on Friday...apa lagi, kena buat list kematian-kelahiran kat dalam Zoo for this month. Maybe the week after next week, aku kena gi Pulau Singa Besar untuk Program merelease kan 10 ekor Merak India ke dalam rezab.Besssstttnyee.....tak sabar nak pi sana...!!!
Next month also ada shooting dokumentari bawah Ten Views Pictures regarding rawatan haiwan, postmortem bla..bla..bla..sibuk benor aku nampak gayanya..
Well, have to go for now. Tomorrow sambung lagi.Cherio!

Tuesday, August 23, 2005

Mendung.... tidak bererti HUJAN...mmmm...
Waktu-waktu sebegini di Melaka ..cuaca amatla mendung..semalam hujan turun begitu lebat, nasib baik tak banjir kilat. Nak kuar pun malas sebab setiap sangkar dah jadi macam sawah padi...boleh tanam padi di dalamnya.
Hari ni a bit free for the Vet's Unit kat Zoo ni...cases pun hanya indoor je. So, petang, hanya lepak kat Klinik buat office works. sesambil tu amik peluang untuk tulis blog ni.
Next 2 days, 25/8/2005 ( hari gaji tu... yea!yea! ) ada taklimat kat LDHN regarding cara-cara nak isi borang C1 untuk Koperasi Murni. Orang jadi Setiausaha Koperasi la katakan....mesti la sibuksssss....
Alamak!!! Bos dah balik dari meeting...tunggu masa je nak kena panggil menghadap..Gotto go for today..
Cherio!!

Monday, August 22, 2005

I'M BACK!
I'm back....itulah kalimah pertama aku ucapkan setibanya aku semula di Zoo Melaka...Seminggu kat Pahang rasa macam sebulan!
The workshop? Well..everything going on well...my unit was the advanced unit since we all dah siap semua one day earlier than the schdule. Workshop tu adalah untuk membuat satu Manual Procedur Kerja ( MPK ~ those yang keje ngan kerajaan mesti tahu tentang ni!! ) Semua unit dalam Jabatan PERHILITAN bergabung membuat satu manual mengikut fungsi bahagian masing-masing...hingga la ke carta aliran kerja unit masing-masing. Then kena buat presentation regarding apa yang dah dibuat...Nasib baik la Pengarah Unit Ex-Situ dan orang kuat bahagian datang sertai kami di workshop.
Zoo Melaka juga telah dikejutkan dengan kehilangan anak harimau ( Indochinese Tiger ; Panthera tigris corbetti ) yang telah diselamatkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Perdagangan Malaysia di Papua New Guinea, Datuk S.H.Foo. Anak rimau ni bernama Nicky...Well...I have no idea apa yang berlaku coz masa tu I WAS NOT THERE! Anak rimau ni kemudian telah dijumpai di dalam sangkar harimau ( handraised ~ DIDO ) 2 days after the missing. Adalah menjadi satu kebiasaan bagi anak rimau yang terlepas untuk survive dengan cara mencari herd dia semula ( melalui penghiduan ). ini MUNGKIN apa yang berlaku di sini di mana ia dijumpai di sangkar haiwan yang sama spesis dengannya.
First day keje after berehat panjang...banyak kes yang nak ditackle...pagi lagi anak beruang tersepit kuku di celah pintu sangkarnya...then kes ungka tersilap masuk pulau iaitu masuk pulau Siamang . Nasib baik la dia tak gaduh! Then, wing-clipped Burung Botak ( Lesser Adjutant Stork ). Petang...kena rawat buaya lak...ala...yang luka dulu...
Okay la..diorang dah tunggu untuk rawatan. Nanti sambung lagi! Cherioooo......

Sunday, August 14, 2005

BENGKEL ( WORKSHOP ) & BALIK KAMPUNG MERTUA
DI TEMERLOH, PAHANG
Today is Sunday ( 14/8/05 ), hmmm...aku kerja hari ni. Start esok ( Senin ) sampai la Senin depan ( 22/8/05 - birthday my best friend...Aida at Channel 11 point 5 ) aku takda kat Zoo Melaka kerana menghadiri satu Workshop Manual Prosedur Kerja anjuran Jabatan PERHILITAN kat IKB Lanchang, Pahang. Sambil menyelam minum air...itu la pepatah yang boleh aku gunakan di sini sebab aku & keluarga boleh amik kesempatan ni bercuti kat kampung sebelah mertua di Temerloh. Suamiku sanggup mengambil cuti seminggu untuk balik kampung..hehehe..jangan jeles...
Hari ni tak ramai sangat orang melawat Zoo Melaka sebab kat sini hujan renyai-renyai di sebelah petang...at least ia dapat kurangkan jerebu...
Kes untuk ditackle pun tak banyak..just sekitar klinik je.Today's treatment only for Fishing Cat yang telah dibuat surgeri untuk mammary gland tumor. Tumor tu dah dibuang and under ICU at the Klinik Zoo Melaka. Settle semua kes besar supaya Dr Sandie tak banyak kes untuk ditackle esok sebab orang kat klinik hanya tinggal 4 orang sahaja for a week. Kesian dia...
Okayla..enough for today. See you guys a week from today...Cherio!

Saturday, August 13, 2005

HARI PENYAMPAIAN CEK SKIM ANAK ANGKAT
ZOO MELAKA
Hari ini, tanggal 13/8/2005, berlangsung satu upacara "Penyampaikan Cek Skim Anak Angkat Zoo Melaka" seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini. Upacara ini telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang ( siap jamuan makan tengahari ~ part yang paling BEST! ) dan dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka; Datuk Seri Utama Haji Mohd Ali Rustam. Hari ni juga ramai yang terkejut dengan penampilan aku dengan baju kurung batik berwarna hijau....nasib baik tak hujan..kalau tidak, bikin spoil ini majlis. Gambar akan diposkan kemudian lepas siap diprint.
After the event, got to work as usual duty officer for the Animal Clinic since these weekends stated as my Duty Week. Alhamdulillah.....pagi ni none of the animals in the zoo jatuh sakit. Yang monyok ada la..iaitu partner Black & White Ruffed Lemur yang mati dulu...may be kesunyian....hahaha...
Okayla..banyak kerja nak disiapkan petang ni...Got to go. Take Care!!

Friday, August 12, 2005

....TIME OFF...
Next week, starting 15/8/05 ( Mon ) till 18/8/05 ( Thurs ), have to attend a workshop on Manually Working Procedure ( MPK = Manual Prosedur Kerja ) at the Institut Kepelbagaian Biologi Kebangsaan, Lanchang, Pahang. My beloved husband will take his leave for 7 days including Sat & Sun to accompany me with the whole family..Hoowww sswweeeetttt.....
On 21/8/05 ( Sun ) my family & I kena attend kenduri kawin my anak buah kat Dewan Masjid, Putrajaya....mmmmm...makan kenduri lah pulak!
Pagi tadi ada surgeri on mammary gland tumor on fishing cat. Kesian dia... ada la besar bola pingpong tumor dia. Then operasi pindahkan Orang Utan ( Salina ) ke nightstall sangkar Chimpanzee...berat giler dia!
Petang, kena menghadap Bos lak...iskh..iskh...sibuk la hari ni...
My Friends, Aida & Fahroe sedang syok bercuti kat Sanubari Resort, Kuantan, Pahang... Ni yang jeles nih!! Hope diorang okay...selamat bercuti Aida & Fahroe!! hehehehe..hepi couple tu!
Okay.. stop for now..Cherio!!

Thursday, August 11, 2005

Tiger, cases bla..bla..bla...
Early in the morning, at about 7.30 am, received a female tiger cubs, aged about 3 months but stunted & very thin..I named her NICKY. Nanti la aku post gambar dia..nampak je kecik tapi mentekedarah kuat ya amat!
Then at noon, kes musang jebat lak, macamana tak sakit...tempat lepak dia basah giler...bila keeper yang neglect, Unit Veterinar yang kena sembur! hishhh..tension betul! Apa tak nya...bila binatang tu sakit, keeper lewat lapor pada Unit Veterinar..suddenly binatang tu mati during treatment...haaa...masa meeting bulanan pegawai Zoo, naya vet kena sembur!. I'm telling you this because tempiasnya aku juga yang kena...hishhh..Kalau semuanya Unit Veterinar nak kena buat, baik tak payah ada Unit Kurator..biar Unit Veterinar handle satu Zoo...!!!
Aku geram kat Asst Kurator mammals yang gila kuasa...habis semua Unit dia nak masuk campur. Dah tu arahkan Unit Veterinar buat itu & ini...disebabkan aku ni jenis HARDCORE ... habis dia kena sembur!! Mana taknya aku mengamuk...kerja dia tak terbuat, nak masuk campur kerja orang lain....Pagi-pagi sepatutnya dia dalam kawasan...si Mamat ni lak masuk Klinik...check kes yang sepatutnya dilaporkan oleh dia....pas tu arahkan keeper Klinik buat itu ini...Silap Unit ke dia ni??Memang betulla dia ni GILA KUASA!!
Petang ni, ada kes Oryx lagi..hai..kalau ada kes, tak lekat kat Klinik..
Jumpa lagi di lain hari....cherio!! Take Care Guys!

Wednesday, August 10, 2005


.....WORST CASE SCENARIO.....
Yesterday evening at 6.30 pm, a keeper came to my house, telling me about his animal, the female Miniature Horse ( Equus caballus spp. ) is in pain for delivery...went there to the enclosure to have a check. When arrived, the animal was really in pain for delivery, so, I asked the keeper to stay back in case the situation is getting worsen. Then, I went out for a while ti buy few rations for the week at TESCO Stores nearby...spent for 31 things = RM 278.37..including the pampers & milk. At about 11.15 pm the same night, the keeper called me again , telling me that the foal is emerging from its mother ..... support its mother with Oxytocin to help the delivery process....waited for about 30 mins before helped with the process. The keepers & me helped to pulled the foal that is already died from its mother's tummy. Its a male!!..About an hour & a half later, the mother suddenly shivered and died..I was sooooo shock!!
Early in the morning, perform postmortem on the carcass and few others, which are mostly birds..finished at almost 1.00 pm. How "pewai" I am....
At 2.00 pm today, have to tackle case on Panther ( Panthera pardus delacouri ) . The panter was the same animal who charged a keeper ( female- new staff ) with its claws and ripped off her face underneath the eye and at the forehead. What a tragic situation for her who is only a week old in her job...The incident happened in April 2004 at about 3.00 pm.The case?? Well, the animal's tailed was torn out by its neighbour ( Tiger= LOBO; the captive born tiger)...GOOD for him..said the unlucky keeper! Hahaha...
Well...story again tomorrow..Cherio!!

Tuesday, August 09, 2005

WOUNDS....CASES...TREATMENTS....
Arghhh....early in the morning, have a neonat case on Nyala ( Tragelaphus angasii ) ...apa lagi..pusat berulat ler..ishhh...
Abih cases tu tolong Vet lak perform postmortem on the new arrival of Malayan Tapir ( Tapirus indicus ) betina.Mak datukk..!! besar giler tapir tu!! bila dah habis, nampak macam baru lepas bunuh orang...darah berlumuran satu badan...can't imagine orang bertempiaran lari bila lihat aku..hehehe
Tengahari, ada lunchdate dengan Bos Kopkenem kat Taman Ikan.Mimpi apa tah dia nak belanja lunch for today..
Petang, ada kes Scimittar-horned Oryx ( Oryx dammah ) ..kena bukak balutan kaki...and do the wound dressing...Iskhhh..ni lagi satu kes yang sungguh "mengharumkan suasana"...
Malam, takde pemantauan for tonight..so lepak kat rumah, nonton Sembilu..tak pun tido awal..eeeiiii....BESTnye!!
Got to go..tempek lagi di lain hari..Take Care!

Monday, August 08, 2005


Greetings to all..

Pagi ni takdak apa yang menarik untuk diceritakan. Waktu break pagi tadi, went to the banks...settle all my bills and then have to queue up at Bank Rakyat. Punya la ramai manusia kat Bank Rakyat tu...mmm..semua orang sibuk nak mengadu kat bank ..as for me..OT lak lewat giler nak dapat..iskh..iskh..

Kat sebelah is me & DODI the 5 year old Orang Utan ( Pongo pygmaeus abelii ; Sumatran Orang Utan ) . Dia ni adalah serahan orang awam ( seorang nelayan ) kat PERHILITAN...dijumpai hendak diseludup ke Malaysia ...dalam tongkang nelayan lak tu! Kesian...

Hari ni juga aku dah beli Tudung Kepala Jenis Bawal1 warna hijau pucuk pisang yang dah lama , berharga RM 38.00 untuk function Skim Anak Angkat nanti. Baju lak siap dijahit pada 12/8/05, sehari sebelum event tu...Hopefully semua berjalan lancar dan takdak case pada hari tu ..or else, terpaksa aku kejar binatang tu dengan memakai pakaian baju kurung tersebut. Tak dapek den bayangkan....hahaaha..

Petang nanti nak tackle case buaya tembaga yang dah ditulis pada 3 hari lepas ( rasa-rasanya ler... ).Nothing much, just follow-up treatment.

Okla..berhenti kat sini dulu. Lain kali tempek lagi!..