Friday, August 05, 2005









Good Day Semua...

Remember yesterday I told you about the treatments to those Estuarine Crocodile and the Lemur? Well gambor-gambor tersebut adalah haiwan yang the maksudkan... Amacam??? Thrill tak kerja macam aku?

Tetapi...berita yang amat menyedihkan ialah, the black & White Ruffed Lemur jantan di atas telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada awal pagi ini...5 Ogos 2005. Hasil postmortemnya ialah haiwan tersebut telah dijangkiti bacteria di bahagian URTI ( Upper Respiratory Tract ) dan pendarahan di bahagian peritoneum...Iskh..iskh...kesian sungguh...Ini mungkin disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak menentu dan juga kami mensyaki pelawat telah memberinya makan sesuatu yang tidak sepatutnya kerana haiwan ini amat jinak dan mudah didekati pelawat...
Hari ni jadualku penuh dengan agenda mesyuarat itu dan mesyuarat ini...dari pagi sampai ke petang penuh dengan meeting...Pening...pening...
Pada 13/8/2005 jam 11.00 pagi akan dilangsungkan "Upacara Penyampaian Cek Skim Anak Angkat Zoo Melaka " di mana majlis ini akan dihadiri dan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Macam-macam persiapan kena dilakukan kerana dipenuhi oleh protokol. Agenda yang paling disukai ialah...Jamuan Makan...HHmmmm.....
Sekarang sudah jam 8.15 malam..aku dijadualkan bertugas sebagai Officer incharge Klinik Haiwan Zoo sepanjang minggu ini sehingga ke minggu hadapan...Boring...!!
Okayla..terpaksa masuk ke field sekarang....Lain kali kita berceloteh lagi...


No comments: