Zoo Melaka??
Mungkin not everybody knows about this zoo...and mungkin jugak yang dah bertahun lamanya tidak menjejak kan kaki ke tanah Melaka ( like my bestfriend..Aida at channel11 point 5 )
Well..sudah 8 tahun lamanya aku bekerja di sini, bermula dari Julai 1997...dari zaman anak dara sehingga lah bertemu jodoh dengan salah seorang kakitangan di sini.Sehingga sekarang, aku bahagia bersama keluarga...suami dan 2 orang hero ku yang lasak ( seperti mama nya ).
Tugas ku??
Aku bertugas sebagai Penolong Pegawai Veterinar Gred G27 Jabatan PERHILITAN, mula memasuki jawatan tetap pada 16.9.2004 dan dipostingkan ke Zoo Melaka. Berdasarkan pengalaman yang sedia ada, aku bertugas dengan penuh dedikasi ( bukan daddy kasi..hehe ) dan bertugas bersama-sama seorang Pegawai Veterinar dan seorang lagi Penolongnya , menerajui Klinik Haiwan Zoo Melaka.
Bagaimana hendak ke Zoo Melaka?
Hmmmm....sesiapa yang hendak ke Zoo Melaka bolehla menggunakan lebuhraya utara-selatan dan kuar melalui exit Ayer Keroh...Zoo ini terletak lebih kurang 5 minit perjalanan dari tol ( kalau pandu kereta dengan kelajuan 80 km/j )
Kalau naik bas, tanya driver dia akan ikut lebuhraya atau Alor Gajah...kalau ikut Alor Gajah, perjalanan itu TIDAK menempuh Zoo Melaka. You guys kena amik bas ke Ayer Keroh.
Tiket??
Dewasa : RM 7.00 ( Zoo Siang ) Kanak-kanak : RM 4.00 ( Zoo Siang )
( Tram kena bayar )
RM 10.00 ( Zoo Malam ) RM 5.00 ( Zoo Malam )
( Tram FREE )
Waktu lawatan??
Zoo Siang : 9.00 pagi hingga 6.00 petang ( Sabtu / Ahad/ Kelepasan Am/ Cuti Sekolah )
9.00 pagi hingga 5.30 petang ( Hari biasa )
Zoo Malam : 8.00 malam hingga 11.30 malam ( Jumaat/ Sabtu/ Ahad / eve of kelepasan am )
( Kalau taknak ramai orang, datang ler hari Jumaat malam atau Ahad malam
sebab Sabtu malam ...masyaAllah...ramai orang !! )
Kemudahan-kemudahan ??
1. Tram rides 2. Sewaan Kerusi Roda ( for disabled person )
3. A & W Kiosk 4. Kedai Makan
5. Sewaan box simpan helmet 6. Surau & toilets ( of course la... )
Okayla..that's all for now.
Take Care...
No comments:
Post a Comment