Thursday, December 31, 2009

GOODBYE 2009 .... WELCOME 2010! Tandas ... OOO ... Tandas ...

Hari ni, saat ini ... tirai 2009 dilabuhkan dengan penuh story mory ... penuh suka, penuh duka ... dan 2010 menjengah , menaik kan layarnya. Biarla apa yang berlaku dalam tahun 2009 akan berlalu , tanpa ungkitan dan dendam ...
Tapi kan, kat Melaka ni, especially kat tempat aku bekerja, mencari sesuap nasi untuk keluarga aku ... isu lain pulak timbul dan menjadi " Azam Tahun Baru " bagi sesetengah pemimpin. Apa isunya? TANDAS ... atau kata Orang putih ... TOILET atau washroom ... Bukan nak kutuk sesiapa , jauh sekali nak merendahkan martabat seseorang ... tapi isu itu sepatutnya menjadi isu global dan isu 1 MALAYSIA seperti yang diwar-warkan.
Bukan nak kutuk warga negara kita ... kalau nak ikutkan, aku juga warga Malaysia. Tapi, jelas kelihatan perbezaannya ... berbeza dari mana-mana negara luar yang pernah aku lawati. Kengkadang tu, naik malu pun ada kat semua pelancong yang menjadikan Malaysia ni destinasi pelancongan mereka yang utama.
Aku pernah ke negara Singapura bulan April 2009 untuk mewakili jabatan dalam bidang sukan ... apa yang aku lihat ... tandas kat tempat diorang, bersih ... memang bersih ... siap boleh tido kat dalamnya, walaupun nak cari paip air untuk mencebok pun seksa yang amat sangat. Menyesal pulak aku tak bawak babywipes bebanyak masa kat sana. Tapi ... jauh beza, macam langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan tandas awam kat Malaysia.
Next, dalam bulan Oktober tahun yang sama, aku terpilih untuk mengikuti lawatan kerja ke negara Thailand. Sama juga experience yang aku alami macam kat Singapore tu. Walaupun ada sedikit perbezaan ( ada banyak air kat tandas tu! ) , tandas tu very the clean walaupun kat stesen minyak ... And yet, toiletnya takder la secanggih macam kat Singapore, mahupun kat Malaysia. Toilet nya hanya mangkuk tandas cangkung semata ... dengan kolah air kecik kat sebelahnya.
Back to Malaysia ... tak yah jauh , kat Melaka Sentral ... ataupun kat tempat kerja aku pun cukup, isu tersebut tidak ketinggalan. And for the next year , that is the TOP PRIORITY to look after. Yang aku lihat .. kalau pelancong luar tu, lepas masuk toilet, diorang akan flush ( tu pun kalau tempat flush tu elok lagi! ). Kalau pelancong warganegara sendiri? Haram ... sentuh flush pun tak! Kalau malas nak flush, timbakan ajer la ngan air supaya tak berbau hancing. Diorang masuk Zoo, dah jadi macam buat scentmarking lak bila masuk ke tandas! Tension! Dan dek kerana diorang ( bukan semua laa ... ada yang educated! ) , beban kerja petugas-petugas bertambah ... kesian la kat diorang ... banyak lagi kerja hakiki yang diorang kena laksanakan demi sesuap nasi! Aku tak salahkan orang atasan kat sini ... bukan salah diorang ... tapi apa-apa pun, diorang juga yang kena sembur dengan satu lagi pihak atasan diorang! Aku heran, kenapa pelancong / pelawat luar boleh buat tapi orang kita sendiri tak boleh buat. TOP PRIORITY tahun 2010 ni adalah TANDAS ... bila la orang-orang kat Malaysia ni nak insaf tentang kebersihan .. yang diorang tau ... nak dapat nama dengan komplen sana sini!
Lagi satu , ada la satu restoran berdekatan rumah aku ni .... yang aku naik bengang sangat, pengunjung-pengunjung restoran ni nak parking kereta, guna akal diorang yang letak kat lutut ... Dah terang-terangan terbentang kat pintu gate kuarters " DILARANG MELETAK KENDERAAN DI HADAPAN PINTU INI" ... tapi ... kat depan pintu la yang diorang syok duk letak keta diorang.Tau la kereta yang mai makan kat restoran ni semua ada kelasss ... kereta je ada kelas, tapi orang yang memandunya dari kelas bawahan ... lagi bawah dari orang buta huruf! Akal letak kat lutut! Dah la pekerja dia pon sombong giler ... main sukahati letak motor dia ... jenama KRISS NBR **** ... kat garaj kereta aku tanpa kebenaran aku dari jam 9 pg hingga 5 petang. Selisih bahu pun tak senyum , takpun sapa la...minta kebenaran nak letak motor dia yang tak lawa tu. Jangan marahkan aku kalau masa nak balik tgk tayar motor dia kena toreh! Apsal pekerja restoran yang lain boleh parking kat restoran tu sementara dia kena parking kat garaj aku! BODOH!
Okayla ... aku harapkan agar diorang semua ni akan berubah tahun ni . Jadi la manusia yang menggunakan akal fikiran yang ALLAH beri tu dengan seelok-eloknya.Jangan jadi seorang DUNGU walaupun anda semua orang yang terpelajar!
Aku pun dah bertazkirah panjang sebagai penutup tirai malam ni. Kepada yang tak reti guna push-button punya kepala paip, belajar-belajar la praktik gunakan alat tu. Jangan pulak dok komplen air tak ada sedangkan , kepala paip push-button dipulasnya macam kepala paip zaman dulu ... ingat la ... zaman sekarang dah canggih! Jangan ketinggalan zaman ...
Till then, take care & HAPPY NEW YEAR!

Sunday, December 13, 2009

Field Trip Unit Veterinar Zoo Melaka

Field trip ni adalah dari 7-11 hb Disember 2009. Alang-alang aku dah ada kat kulim dari 3 hb, aku bawak la diorang sekali ... maknanya , 2 minggu aku takdak kat opis.

Field trip ni involved gi Langkawi, Penang, Taiping & Bukit Merah. The kids teruja nak pi Bukit Merah. tapi diorang tak pegi area waterpark sebab abah diorang takde ....

Actually, trip i adalah insentif untuk petugas2 di Unit Veterinar yang AMAT JARANG keluar ke mana-mana trip. Kitorang ni tak macam Unit Zoologi yang kaki jalan tu! Ni pun kena buat selection sebab tak boleh nak kuar semua .... Diorang yang terpilih adalah wakil dari sesebuah sub-unit : dapur, kuarantin & klinik. Bos suruh pilih orang tetap sebab TNT banyak lagi untuk orang tetap.

Banyak jugak la pengalaman & ilmu yang dapat dari trip ni selain dari insentif diorang.Balik ni, diorang kena submit laporang lawatan individual sebelum aku compilekan untuk dihantar ke pentadbiran. Bagi aku, aku amat berteima kasih pada Bos sebab memberi peluang unit aku buat 2 kali lawatan ...

Dari pemerhatian kitorang, SYUKUR dapat kerja kat Zoo Melaka . ... Dari segi pengurusan haiwan, Zoo ni jauh lebih BAGUS dari diorang ... lebih teratur dari segi pengurusan haiwan walaupun budget kena cut sana sini. ....

Ok la, malas nak komen banyak2 ... nanti melarat lak! Apa2 ... gi la tengok sendiri ....

LU PIKIR LA SENDIRI!

Take care & Cherio!

Tuesday, December 01, 2009

Aidil Adha 2009


Aidil Adha tahun ni aku balik ke Kpg Lompat, Temerloh, Pahang. Sepatutnya Aidil Adha tahun ni sambut kat Kedah ... tapi disebabkan family inlaws nak mengadakan Qurban tahun ni, so, we all pun balik ke Pahang.

Kat sebelah sini, diorang kalau Qurban, tak main la Qurban lembu ... diorang Qurban Kerbau. Umur kerbau yang nak Qurban tu dalam 2 tahun lebih.Pada sebelah malam sebelum big event, kitorang satu family adakan BBQ ikan patin, Talapia, ayam, udang, sausages + nasi goreng ... memang havoc rumah, almaklumla family ramai. The kids la yang paling seronok.

Selepas je solat sunat Aidil Adha, the main event bermula ..... Kerbau disembelih oleh Abg An. Banyak gambar yang aku dah upload dalam FB aku. Kalau nak tgk, pi la jengah kat sana.

Balik dari Temerloh, aku bercuti panjang .... balas dendam & balik ke Kedah. Tapi cuti kali ni, just me, the maid & the kids .... without abahnya ( tak dapat cuti, nak buat camner! ) Drove back to Kulim dalam keadaan Amira demam kuat. Journey sepatutnya 6 jam dah jadik 8 jam. Tu pun sebab berhenti-berhenti dek Amira muntah.

Kat Kulim, gi ngadap Paeds .... demam Mira mencapai suhu 40.4 C. Alhamdulillah tak kena admit hospital. She's a strong girl ... fight for the fever. Dia aktif, makan OK sepanjang fever tu. Cuma kena pegi amik Nebuliser sehari 2 kali kat Klinik Pakar tu.

Sekarang ni, Alhamdulillah ... dah ok, dah ceria semula ....dan makin nakal.

Ok la, cukup dulu untuk update blog yang dah nak bersawang ni. Nanti bebila ada kelapangan, tulis lagi.
Till then, take care & cherio!

Sunday, November 08, 2009

Hari Keluarga Kelab Sukan Zoo Melaka 1/11/09




Hari Keluarga Kelab Sukan Zoo Melaka dibuat secara ad-hoc & tergempar tanpa perancangan yang betul-betul teliti. Aleh-aleh saja ahli Kelab dinotify 3 hari sebelum event. Nasib baik la minggu tu Najib balik rumah ... kalau idak, aku gi ngan anak-anak saja la nampaknya!

Acara sukan keluarga banyak juga ... ada yang ok & ada yang tak ok. The women kena tunggu hingga akhir sebab acara sukan diorang boleh dikatakan yang last-last. Started ngan event sukan kanak-kanak. Yang bosannya, budak umur 13 tahun pun masuk acara kanak2 ... dah tentu la diorang menang sebab diorang dah besar. Majoiti diorang conquer hadiah 1-3. Kesian untuk bebudak yang umur bawah 12 tahun ni ..... Bila launch complaint, dah makbapak diorang lak yang masam muka ngan kita. Sepatutnya 13 thn tu masuk acara dewasa. Tiket nak masuk Zoo pun kalau 13 tahun ke atas dikira DEWASA!

Aku? Aku masuk acara yang tak libatkan berlari ... yang senang2 je ... Ada gak cabutan bertuah
untuk semua ahli Kelab. Hadiah yang aku dapat? Aku dapat Minyak Masak Saji 5 kg ngan Biskut Munchy! Hadiah lain ada jugak beras 5 & 10 kg. Sabun Fab 3 kg, TOTO, Minyak Masak cap buruh 2 kg ngan biskut tin besar pelbagai jenama. Dalam hati aku, dah macam sumbangan rancangan "BERSAMAMU" la pulak!

Event patut habih jam 6.30 petang tapi habis jam 7.15 malam. Aku cabut awal dari event sebab nak hantar Najib balik kat Melaka Sentral jam 8. So, kena rush ...

Semua tido awal sebab keletihan . Nasib baik la 2 hb aku cuti, boleh la bangun lewat sikit!



Okayla, aku stop sini dulu. Take Care!

Saturday, October 31, 2009

HELLLOOO ...I Love U Abah!!


Mira : Aabbbbaaahh!!
Abah: Miiirrraaa .... sayang abah dah makan?
Mira: Kum..kum..bak!
Abah: Sayang abah cakap apa tu? Tum ..Tum..Bak?

Hmmm ... itulah antara percakapan Si Anak dengan abahnya. Well, as you all tau, Najib will be back in Melaka once a week .. itupun kalau tak ada kerja luar a.k.a outstation. Begini la antara posing menarik yang ditunjukkan oleh anak dara aku sorang ni bila si abah menelefonnya ataupun dia yang telefon abahnya sendiri. Tapi kengkadang tu ..... No phone abah aku yang kat Kulim yang di dailnya. Tu pun sebab nama abah will appear first dlm contact number aku. Kesian ... terkujat orang tua tu !

Mira sekarang dah masuk 16 bulan. Dah pandai berlari & juga dah pandai mengusik orang. Dia juga dah pandai immitate apa yang orang besar buat atau pun apa yang abang-abang dia buat.

Akan aku besarkan Nur Amira Najwa dengan penuh kasih sayang & berharap agar beliau akan membesar menjadi insan yang berguna kelak! Harapan ini juga diharapkan dari Muhammad Amir Najwa & juga Muhammad Adib Najwa. Semoga mereka bahagia selalu ....

Till then, take care & Cherio!

Tuesday, October 27, 2009

KENYATAAN PENTING TKP 1 26/10/09

~ Harian Metro ~

~ Sinar Harian ~


Apa yang aku boleh komen? Memang Zoo Melaka dalam keadaan kritikal sekarang. Aku ni hanya seorang HAMBA yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Veterinar. AKU BUKAN DOKTOR VETERINAR tetapi terpaksa buat apa yang seorang doktor patut buat. Yang penting , kalau apa-apa terjadi, aku boleh lepas tangan ...... TAPI, aku tak berdaya untuk lepas tangan dek kerana aku sayangkan hidupan liar dan haiwan-haiwan di bawah jagaan aku tu. Mereka tak bersalah ... yang bersalah adalah tuanpunya nya!

Komen lain? No Komen .... sat gi aku kena panggei lagi kalau banyak komen. Korang boleh bacakan? Lu baca la sendiri!

Till then, take care & cherio!

Wednesday, October 21, 2009

Sibuksss....


Alllooo ... salam untuk semua ...!

Sorry aaa, lama tak update berita. Bukan apa ... balik dari Bangkok, aku pun terus bengkok ... sakit pinggang laaa ... sakit kaki laaa ... maklumla, jalan banyak sangat masa kat sana. Pastu, kerja lak menimbun sana sini sebab seminggu lebih tinggalkan kerja. Hari senin lepas balik dari Bangkok, kena gi perbincangan Action Plans lak kat Paya Indah Wetland. Tu je dah 2 hari bincang, end up baru 60% completed. Bukan senang ooii!

Balik rumah, Amira lak asyik nak melekap ngan mamanya ... ngan bibik , kalau ada mamanya, jangan haraplaaa! Meraung kalau bibik nak amik. NAsib baik masa aku kat Thailand, dia tak demam ... same goes dengan anak2 teruna aku tu. Alhamdulillah ... Abahnya amik cuti dari Rabu masa aku kat sana. At least, kalau apa2 jadik, dia ada untuk cover.

Shopping? Takde beli banyak pun sebab pitih tak bawak banyak! Lagipun belum gaji masa gi sana. Aku cuma beli t-shirt, topi , chocolates & wallet je masa kat sana. Untuk collegues aku, aku belikan magnet fridge je. Semua tu je dah RM 700 aku spent kat sana.

Kat Bangkok masa hari last, aku tak stop by shopping ... gi River Cruise & jenjalan cuci mata je. Dapat gak naik tut-tut .. kenderaan popular kat sana.

Masa aku takder la ada ResQ Harimau Belang dari Grik dan Harimau Kumbang dari Merapoh. Iskh ... kalau aku pi ResQ kan best!

Ok la, nak sambung kerja balik. Nanti bebila free, aku tulis lagi.

Till then, take care & cherio!

Wednesday, October 07, 2009

Pre-Review Chonburi Trip, Thailand

Masa tulis blog ni, I'm still in Thailand untuk course tu. Well... lagi 2 hari nak balik. Tak sabar rasanya nak jumpa anak2!

Kat Thailand ni, duit makan diberi oleh organiser. So, kena cari makan sendiri! Punya la susah .. Ni pun ambil kesempatan untuk update blog lepas makan2 kat Pattaya... the only place yang senang carik makanan HALAL kat sini.

Kitorang menginap kat The City Hotel Sriracha .. 2 hrs dari Airport baru. I duduk twin sharing with Suginah. Pepagi, kitorang boleh beli makanan a.k.a. biskut ( Jenama Jack & Jill dari Malaysia ... yang penting ada logo HALAL! ) kat plastik dia!

Masa sampai ( 5/10/09), sepanjang petang dan malam kat Khao Kheaw Open Zoo ( siang & Night Zoo ). Bapak ayah besau Zoo nya! Keluasannya 2000 ekar! Yang bestnya, boleh bawa masuk kereta!

6/10/09 lak, sepanjang hari dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang kat Khao Kheaw & malam, kitorang gi sight seeing kat Pattaya. Dalam pada tu , nak cari makanan halal kat sini. Kena berjalan kaki( which I am not prefer of ...) naik bukit, turun bukit untuk tengok conservation center diorang.

Hari ni , 7/10/09 ... pergi Bang Lamung Wildlife Reserve . Journey mengambil masa 1 jam dari Hotel. Esok lak pepagi buta nak gerak ke another Wildlife Breeding & Conservation Center... makan masa dalam 3 jam.

Overall ... walaupun kursus lum habis, I belajar many things yang kita Tak BUAT kat Malaysia. Nanti I upload gambar sebanyak 2200 ( buat masa ni! ) keping kat sini or you all can visit my facebook.

Ok la...sat gi nak balik hotel ... hantar DOBI / laundry. Nanti I update lagi.

Till then, Take Care & cherio!

Sunday, October 04, 2009

Percutian BLOG dari 5-9 Oktober 2009


Notis pemberitahuan ini berkuatkuasa sebelum Solat Suboh 5/10/09 ... off to Chonburi, Thailand . Ni pi bersama-sama pegawai-pegawai Exsitu yang lelain dan juga pegawai-pegawai KBD, IBD dan Management.

Pi berjalan-jalan? Tah la ... ikut rasminya, pi Kursus TOT. Flight will be at 9 am 5/10/09 dan balik dan dijangka sampai KLIA at 10.30 pm 9/10/09.

Anak buah aku sampai dari Kedah ( 2 orang : Syara & Ira ) untuk bantu bibik uruskan bebudak tu kat rumah. Najib tak berkesempatan cuti sebab sebelum ni dah cuti lama. Kalau tidak, dia pun kena gi kursus kat Penang. Alhamdulillah, dia dapat cari pengganti sebab if anything happens semasa aku kat Thailand, dia boleh balik jengah ( JB-MLK hanya 2 jam setengah! ). At first bos dia tak kasi ... my parents lak suruh bawa balik ke Kedah je bebudak tu & bibik. Risikonya? Bebudak tu skolah ... takkan nak ponteng sampai 7 hari? hmmm ....

Ok la ... see you lepas balik dari Thailand tu.

Take care & cherio!

Monday, September 21, 2009

Aidilfitri 1430H = 20/09/2009


Aidilfitri tahun ni agak unik dengan numeric 20092009 ...

Pada pagi lebaran, jam 7.00 pagi aku kejutkan anak-anak serta abahnya sekali .. Sarapan? dari malamnya aku dah sediakan 2 jenis rendang ... rendang ayam ( ayam pencen! ) & rendang daging. Pastu tipon mama tanyakan cara2 nak buat kuah kacang. Aku beli lemang dari kenalan di Rembau & confirmed, raya ke-2 dah settled!

Pas Solat Raya, before sesiapa mai rumah, kitorang pakat-pakat posing ngan baju baru . Bagi Amira, baju kurung dia , my sister beri ... since masih nampak baru & kena pada tema warnanya, tu la baju kurung pertama baginya! Tema Warna kitorang pada tahun ni adalah Merah HAti ...

Baju kurung tu, aku hanya pakai dari jam 8.00 pagi sampai 11.15 pagi je. Lepas dari jam tu, aku terpaksa sarung baju untuk bekerja. Oh Ya! Tahun ni aku kena kerja (kena standby! ) selama 2 hari iaitu raya 1 & raya 2. Petang lebaran ke 2 baru nak balik ke Temerloh, Pahang, since tahun ni giliran sana untuk raya pertama. Kitorang akan balik ke Kulim ( kampung aku lak! ) pada 24 hb. Kitorang akan balik ke Melaka pada 28 hb. Open house aku buat pada Raya 1 untuk orang-orang yang keja Zoo pada masa tu. Zoo mula operasi pada jam 12 tghari ... pengunjungnya ... punya la RAMAI!Depa lawat sedara-mara depa kat Zoo ni pada hari raya! hehehehe

Petang ni, nak gerak balik Temerloh sekitar jam 5.00 petang. Tak boleh nak adjust lagi sebab bekerja .. Nasib baik keluarga Mertua dah faham ngan kerja aku.

Okayla, nanti update lagi!

Take Care ... & cherio!

Friday, September 18, 2009

SALAM LEBARAN 1430 H



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN


Ikhlas Dari :

Mohd Najib Othman
Jawahir Jaafar
Muhammad Amir Najwa
Muhammad Adib Najwa
Nur Amira Najwa

Saturday, September 05, 2009

Operasi Pemindahan Haiwan = ZEBRA


Seekor zebra betina telah berjaya dipindahkan dari Taman Mini Safari ( TMS ) ke satu sangkar isolated kat dalam compound Zoo ni. Zebra ni dipindahkan sebab bergaduh dengan group besar Zebra di TMS. Kesian dia ... habih luka-luka seluruh badan dan dia mengasingkan diri. Walhal, dia sebenarnya belongs to the group ... ada makbapak dia kat sana. Makbapak dia pun reject dia. Mungkin kut dia ni "anak luar nikah" atau "anak yang tak dirancang untuk dilahirkan" oleh mak dia? hmmm ... hanya makbapak dia yang tahu!

Operasi ni dibuat pada 4 hb September ( semalam ). Walaupun I'm not the authorised Veterinarian kat Zoo & kat Malaysia ni, I have to tranquilise her for the translocation. Takkan la nak ajak dia berjalan dari TMS tu ke sangkar baru? After all, she is still a wildlife! So, I did tranquilising her using Immobilon ( a morphin-based tranquiliser ). Berat dia estimated about 90 kgs. Alhamdulillah ... operasi ini successfull!

The animal is on her lateral selepas 5 minit darted. She also o her feet selepas 2 minutes masukkan antidotenya ( Revivon ) IV. Revived after treat her wounds.

In the other story, petang semalam juga I performed a postmortem ( which is not supposed to be done by me! ) of a Scimittar-horned Oryx. Found out he's dead due to old age ... gigi pun dah tak ada! He also had gangrenous feet. Mungkin ada diabetes kut! hehehehhe .... Semasa hayatnya, dia ni famous jugak sebab kerana dia , semua orang kena jawab & tunjuk sebab atas satu email dari seseorang dari Singapore! Berpeluh juga kitorang nak menjawabnya! Bagi aku senang jer ... WE DON't HAVE A PROPER, AUTHORISED VETERINARIAN here at the Zoo. Aku , kalau ikut skema kerja aku, HANYA MEMBANTU Pegawai Veterinar! Aku terpaksa buat kerja-kerja sorang Vet sebab kesiankan binatang -binatang tu! Bila la Vet nak lapor diri kat Zoo ni ...! Hmmmmm .....

Okayla. Nanti bebila free tulis lagi.

Till then, take care & cherio!

Thursday, September 03, 2009

HAPPY 9th ANNIVERSARY to my marriage!


Tarikh Kawen : 3 hb September 2000
Masa Aqad Nikah : 11.00 pagi kat Masjid Kelang Lama, Kulim, Kedah
Tarikh dapat anak sulong : 18 hb Jun 2001

SEMOGA IKATAN INI BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT!
SEMOGA KELUARGA KITA AKAN BAHAGIA SELAMANYA ....

I LOVE YOU!

Thank You for being the BEST husband, the BEST abah to our kids and the BEST menantu to mama & abah!

ANIMAL EXCHANGE PROGRAMME : Tashkent Zoological Garden


Hari ni aku masuk kerja awal giler ... at 6.30 am. Kena jadi Officer incharge for Animal Exchange Programme between Tashkent Zoological Garden dengan PERHILITAN. Well, bukan officer incharged tu satu gelaran yang BESAR, tapi jugak memeningkan kepala otak aku. Dah la dari segi documentations aku kena buat, crating the animals & all sorts of things! Aku terkejar sana-sini pada hari sebelumnya. Dah la aku di SERANG BERSIN tahap gaban & hingus asyik bertakung je sejak sahur!

Animals yang kita hantar ke Tashkent Zoo adalah :
  1. Long-tailed Macaque a.k.a KERA - 9 ekor
  2. Pig-tailed Macaque a.k.a BERUK - 5 ekor
  3. Dusky-leaf Monkey a.k.a LOTONG CHENGKUNG - 9 ekor
  4. Binturong - 2 ekor
  5. Kongkang - 2 ekor
  6. Mandril - 1 ekor
  7. Beruang - 2 ekor
  8. Ungka Tangan Putih - 2 ekor

Animals yang Tashkent Zoo AKAN hantar kat kita :

  1. Grey Wolf - 2 ekor
  2. Kucing Lynx - 3 ekor
  3. Barbary Sheep - 4 ekor

Ini juga boleh dikategorikan exchange antara Uzbekistan dengan Malaysia.

Kitorang sampai kat Animal Hotel ( bertaraf 6 stars! ) di MAS Cargo dalam lebihkurang jam 8.30 pagi. Lepas settled semua documents, diserahkan kepada forwarder untuk buat clearance ... kitorang juga tak lupa bagi makan & minum kat haiwan-haiwan tu ( sebab depa tak posa! ). Then co-ordinator represent Tashkent Zoo sampai, we handed in the keys to the crates, we all pon chow leee ... balik ke Melaka dalam keadaan keletihan dan kemengantukan sebab berpuasa!

Balik Zoo, kena jawab pelbagai permasalahan .... rimas aku! Aku dah buat apa yang aku terdaya lakukan .... tapi masih diheret kepada permasalahan tersebut!

Okayla, nak balik ... berkhidmat untuk family aku pulak! Anak-anak aku ni, nasib baik diorang faham akan keja aku. So diorang tak cerewet. Sat gi nak pi Pasar Ramadhan ... semalam kesian kat diorang, berbuka posa tanpa aku ( sebab ada ops crating sehingga jam 8 mlm! )

Till then, take care & Cherio!

Monday, August 31, 2009

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN yang ke-52


Merdeka kan minda & jiwa anda sebelum anda dimerdeka kan oleh orang lain!

Selamat menyambut Kemerdekaan yang ke-52 tahun MALAYSIA!

till then, take care & cherio!

Thursday, August 27, 2009

Cuti -Cuti ... TAPI duk kat rumah jer!

~ Kuih Bahulu Mersing ~

Aku actually sedang bercuti, from 25 till 28/8/09. Saja je ngabihkan OFF yang banyak & jugak merelax kan minda yang terlalu kusut. Sebelum semua problem tu menjejaskan kesihatan aku ( yang bak SUPERWOMAN tu ...) , baik aku amik proaktif nye tindakan.

Sebenarnya aku dah apply cuti dari 24 hb, tapi terpaksa postponed sebab aku kena gi UPM, HQ dan merata tempat hari Senin tu. Hari pertama cuti, bertubi-tubi sms masuk ... dari coordinator animal exchange ke Tashkent Zoo. Aku dah agak tak sempat 2 hb Sept nak hantar binatang, tapi BOSS dah kata ok. Aku terpaksa OK walaupun hati aku memberontak bagai nak rak! MANA SEMPAT! Documentations je dah amik masa seminggu .. tu kalau takder query. Ni orang Cites KL dah tipon aku pepagi bagitau yang ada query kat Cites dari Uzbec. Dah agak dah! Kalau dulu, Cites untuk Praha Zoo amik masa 2 minggu, ni taktau bila lak nak siap. Animals dah nak hantar minggu depan. Boleh jadi gila aku! MAna nak uruskan ngan orang JPV untuk lesen keluar-masuk binatang, health cert , forwarder dan macam2 lagi. Aku rasa macam aku ni KAMBING HITAM untuk sesetengah orang! Tu yang aku cuti buat donno jer utk hal tu. I need a rest jugak! Nampak je aku macam tak banyak keja ... Sat gi tulis bebanyak, aku kena "ngadap" lagik! Diorang senang je nak tunding jari sana sini .... EGO tinggi memasing! Yang nak buat keja tu siapa? Cuba la fikir ....

Bebulan puasa ni, baik aku amik langkah BERTENANG ... baik aku duk kat rumah, layan anak-anak aku yang sedia ada nakal! Biar aku bertempik kat diorang agar aku tak kena Hypertension kemudian hari. Anak-anak aku ( kecuali Amira ) aku didik diorang berpuasa di bulan puasa ni. Aku taknak bila besar nanti jadi macam sesetengah orang ... depan bini letih bagai nak gila berpuasa ... tapi kat tempat keja, cukup time melantak bukan main! Tak malu ke? Rumah dah kata pergi, Kubur dah kata mari ... pun ramai juga yang masih tak puasa. Alasan: Gastrik! .. Tu bukan alasan la ... zaman ni dah ada ubat untuk gastrik. Telan jer la! Memang la nanti kubur masing-masing & seksa kubur individual ... Biar JAIM masuk satu hari & ramai-ramai naik kereta jenazah! Berbalik kisah anak-anak aku, Si Abang dah 2 hari tinggal puasa tapi Si Adik baru sehari. Alhamdulillah ... mereka ada juga sound lapar ... aku katakan pada diorang, "semua orang lapar dan dahaga di bulan puasa ni."

Okayla ... nanti aku sambung lagi.

Till then, Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa & take care

CHERIO!

Thursday, August 20, 2009

Peeerrrgghhh ... Lama sungguh tak UPDATE!!


15 Ogos 2009, kitorang anak-beranak ( excluding abahnya! ) gi ke Felda Nitar 2, Kahang, Johor. Tak drive ... tumpang kereta baru "Abang Long". Kebetulan Proton Exora dia baru kuar, so, kitorang pun menempel la sekali ... orang putih kata " CAR POOL ". hehehehe!

Najib tak turut serta gi sana walaupun at first dah rancang nak tido kat Mersing. Dia kena gi Kursus kat PPHL Bangas.

Well, kenduri tu boleh dikatakan meriah & besar-besaran . Maklumla, rumah ketua blok & anak pun anak sulung ... ada 7 khemah untuk berlindung semasa makan ( although buffet style ).Satu extra khemah untuk kugiran .... Masak-memasak diorang gotong-royong. Masa sampai, hujan renyai .. pas tu dia hantam panas hingga ke tulang hitam!

Gerak ke sana at about 9.00 am & balik dari sana at 2.30 pm. Memula tu ingat nak tunggu & tgk Faiq bersanding ... tapi lambat sangat pengantin bersiap. Masa balik tu, diorang tak datang lagi pun! The bride is from Chini, Pahang.

Masa sampai rumah, kepala rasa macam nak tercabut. Pening, pusing semua ada!

Before kenduri, on 13/8/09 ... ada petandingan bowling tertutup Zoo Melaka & I managed to be the juara for the girls with 352 jatuhan pin. Dapat la hadiah set gelas & also RM 100.00. Kalau tak menang, malu giler ... dah la dapat satu lane ngan BOSS .

Habis bowling at about 11.30 mlm ( including pi minum & pekena Planta Naan + Kari Kambing ! ). Esoknya lak, kerja menimbun duk menunggu ...

Okay la, enough for today. bebila ada kesempatan, will update lagi.

Take Care & Cherio!

Monday, August 10, 2009

Life Story ...


Last Saturday , tinggalkan Mira ngan Abah & Abg Long Amir, I went to the Dentist for the maid's appointment. Suddenly dapat MMS cenggini. After check-up, we all gi lak Giant. The maid nak beli baju, seluar dia ( duit dia sendiri! ) . Lama giler kitorang sopping since dah terlepas kuar! hehehehe ...

So , lega sebab abahnya berjaya control & babysit anak dara dia sorang ni ... Saja je nak test kredibility abahnya utk babysit baby since dia transfered to JB. Alhamdulillah!

Diam tak diam, Mira pun dah nak start melangkah. Dah boleh la 5-6 tapak. Dak Amir punya kuarantin rumah ( Sekolah Ayer KEroh cuti seminggu! ) dah nak tamat hari ni. Esok dah start sekolah semula. Hopefully semua pelajarnya selamat!

Ok la, nanti kita update lagi. Nak pi toilet jap! hehehehe

Till then, take care & cherio!

Tuesday, July 28, 2009

Anda Tentu Disukai ramai jika ....

~ Baheyra ~

Got the article from isuhangat.com. Berbaloi untuk diambil iktibar .....

Anda Tentunya Akan Disukai Ramai Sekiranya ......

*Bila anda mengucapkan "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.

*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.

*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.

*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.

*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda

*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.

*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.

*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.

*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.

*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.

*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.

*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).

*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.

*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.

Well ... teladan la apa yang dirasakan baik & berguna ... jauhi dari yang mungkar & munafiq!

Take Care & Cherio!

Friday, July 24, 2009

Sukan NRE 17-19/7/09


Kejohanan sukan NRE dah selesai diadakan 17-19/7/09 di PERMATA ( Pusat Latihan Petronas ) Bangi, Seksyen 14 Bangi dan juga kat The Mines ( Bowling & Snooker ). I had to attend intensive training at the Mines dari 13-16/7/09, ulang alik Mlk - KL - Mlk ( nasib baik tol supported! ) . My hubby gak gi training tapi dia training sepak takraw kat IBD Lanchang.

Najib's game dah start as early as 8.30 pg kat Permata. Unfortunately, tahun ni dia hanya duk kat kerusi reserved sebab coach nak bagi laluan kepada pelapis . End up? Kalah juga ... salah satu dari penyumbang kekalahan kepada jabatan. Tapi tak pa, next 2 years kita aka try lagi.

My game started at 10 am kat the Mines Bowling Center. Bagi team lelaki, game started hari Sabtu. Tu sebab Mines tak banyak lanes ... hanya 28 lanes. Tu pun gila babas nyer! Bola bowling asyik sangkut je kat belakang ( lepas throw ). Secara psycologically, I was not prepared untuk tengok bola bowling yang baru dibeli ngan harga RM 330 jadi calar sana sini, terkopek dan sebagai nya. Kesian kat bola aku ... lepas game kena masuk ICU selama 3 hari ! Aku rebel jugak ... lapor pada petugas tentang calar torehan tersebut tapi sakit hati bila dia kata , " Biasala kak .. kat mana-mana bowling Alley pun ada masalah camtu!" Geram aku !! Kalau dia nak bayar harga ICU bola takper la jugak! Dah .. lepas ni aku takkan main lagi bowling kat situ menggunakan bola aku sendiri. Biarla yang calar tu houseball! Aku nya game pun fumble sebab bola aku terkopek sebesar duit syiling 20 sen dan calar sepanjang lebih kurang 5 cm ... sampai nampak ebonite biru kat dalamnya! Tournament tu dimenangi oleh team JPS ( sememangnya terer siottt! ) Team FRIM yang selama ni digeruni lawan pun boleh kalah.

Satu yang boleh dibanggakan adalah, Team bolasepak PERHILITAN berjaya merangkul juara menentang FRIM. Acara tersebut paling kemuncak sebelum penutup. PERHILITAN menang penalty 7-6. Bangga siot!

Balik, aku rehat 2 hari. Penat giler memandu ... Nasib baik masa balik Najib drive keta. Dapat la lelap sekejap. Tu pun lepas merajuk baru dia nak ikut balik sekali. Kalau tak, dia lagi suka naik kereta bersama kengkawan dia dari naik kereta ngan bini dia sendiri!

Hari Rabu lepas, cuba try lane baru kat MITC International Bowling Center kat Tmn Tasik ( MITC ). Ada 52 lanes ( yang terbanyak buat masa ni kat Malaysia! ) Lanes ni AMF nye lanes. Seronok gak ... maklum la, lanes baru, bola baru ... tapi mahal siot! Satu game RM 6. Sekarang sampai 29 hb ni, dia buat promotion buy 1 free 1 ( RM 3/ game ). Belum lagi official launch. Rasminya 1/8/09 nanti.

Okay la, aku separuh hari kerja hari ni sebab tadi tengahari gi amik ubat Mira kat Pakar Kulit. Dia kena allergic dermatitis kat kepala dia. Mana taknya ... lasak mengalahkan abang-abangnya! Ni nak balik, rest sekejap before gi amik Najib kat Tol Ayer Keroh malam nanti.

Till then, take care & cherio!

Friday, July 10, 2009

Kursus Jatidiri Pemimpin Koperasi


Attended a kursus @ d'Village Resort dari 8-9/7/09 lalu. Ini untuk Pemimpin Koperasi seluruh Melaka. Macam la aku ada gaya pemimpin sangat!

Anyway, kursus ni started at 9 am till 4.30 pm. Although supposed to start ( dalam jadual ) @ 8.30 am, tapi biasa la, orang Melayu ... mesti lewat 30 minit nyer! Rata-rata peserta terdiri dari golongan veterans ... yang dah memimpin koperasi selama berpuluh tahun. Macam aku ni, baru nak masuk 8 tahun jadi setiausaha Koperasi Murni.

Aku namakan kursus ni kursus " Kena-Mengena Orang", "Kursus Meluahkan Perasaan " & "Kursus Bergelak Sakan " . Maunya tak ... dua hari aku gi kursus ni, kedua-dua hari balik kursus aku semput! Kena telan Ventolin 4 mg setiap kali habih kursus! Semput sebab bergelak sakan! Maklumla, korang pun tau cara orang-orang lama bercakap ... ada yang tak boleh stop bercakap bila dah mula , ada yang sindir-menyindir ... sampaikan penceramah pun terkena tempiasnya!

Yang paling boleh ingat, kitorang kena buat bot kertas masa dinamika kumpulan ... apa lagi, yang tetuanya bising la sebab buat depa macam bebudak kecik, main bot kertas!

Aku? Kumpulan aku excellent habih! Boleh buat bot kertas 20 bijik dalam masa 20 minit. Satu group 7 orang ... semua satu kepala! Gelak jer kitorang tengokkan ragam peserta yang lain. Masa presentation, group kami the only group yang tak kena tanya oleh yang lain. Maybe kitorang dah jelaskan sejelas-jelasnya dalam bentuk tulisan & depa semua faham kot! Group yang lain-lain, kena jawab soklan yang kaw-kaw nye!

Habih kursus @ 4.30 pm sharp everyday. Aku ngan Kak An macam minah rempit la plak sebab naik moto tanpa topi keledar ... selamba kodok jer kitorang , ngan Kak An naik motor duduk sebelah jer ... strolling along Jalan Tasik Ayer Keroh without topi keledar untuk pergi & balik kursus . Giler punya perangai!

K la... enough untuk kursus. Take Care & Cherio!

Sunday, July 05, 2009

Bowling @ Metropoint Kajang


Aku ada selection bowling untuk Sukan NRE pada Jumaat malam ( 3/7/09 ) lalu . Gerak dari Melaka lepas kerja , jam 6 petang, bersama-sama Zura & Nani.Gambar kat atas adalah Highest score aku pada malam itu ... Bengong betul orang yang tulis score board kat Ampang Superbowl pada malam itu !! Ada ka nama aku yang sedap ni ditulisnya JAWAR ... macam nama Jawaharlal Nehru la plak!

Kitorang start main bowling jam 9 malam. Ada 6 orang girls yang terlibat dalam selection tu. My Scores? Well ...
1 st Game = 123
2 nd Game = 118
3 rd Game = 149
4 th Game = 146

Not bad kan? Aku puas hati malam tu! Habis main at about 12.00 midnight. Siap boleh gi minum-minum ngan team / bowlers Jabatan yang kebanyakannya aku kenal. Maklumla ... orang dah lama keja kat jabatan ni!

Gerak balik dari Kajang at about 12.30 am. Tak singgah memana pun ... terus shoot off balik Melaka. Sampai Melaka jam 1.32 pagi. Mengantuk takyah cakap la!

Najib lak tak balik minggu ni. Dia gi memancing laut dengan geng-geng jabatan kat satu tempat keja ngan dia! Dia ada tipon semalam ... masa tu hujan amat lebat kat Mersing. Hujan 'seriat' baru nak masuk laut. Sanggup depa sewa boat. Bermalam? Kat Pulau berhampiran.

Next week dapat tau ada intensive untuk bowling ni. Mulanya diorang kata kena daftar kat IBD or IKBN Temerloh . Tapi, kat area sana mana ada bowling lane ... so The Manager suggested main bowling kat Genting Highlands. Uishhh!! JAuh tu nak ulang-alik selama 4 hari. Final game lak kat The Mines. So, masa bincang2 after game, nak usulkan training kat area KL , and to be exact ... kat The Mines itself sebab nak biasakan ngan lane. Najib pun kena gi IBD untuk intensive Sepaktakraw ... memang every 2 tahun dia akan wakil jabatan untuk sukan tu. Kalau training kat Mines, aku kena sacrifice ulang-alik dari Melaka tengahari sebab main di sebelah petang & malam. Banyak nya expenses bulan ni!

7-10 hb ni lak ada Kursus Asas Veterinar untuk G 17 baru. Yang peliknya, lectures 97 % dari JPH Melaka. Jabatan nya lecture hanya on SOP & also Amali / Demo. Lantikan Fasi pun tadak, habih tu apa peranan aku? Dia suruh standby barangan kat Klinik, tapi barang apa nak standby? Takkan nak suruh JPH nye Vet tackle cases kat Zoo as their practicals? Aku hanya dapat tentative program without any perbincangan dengan pihak yang uruskan. Hmmm ... Kita tengok je la nanti!

Okayla, kang kalau cakap banyak, jadi isu besar la plak! Tak pasal-pasal lak ada hamba Allah yang lapor SPRM tanpa ada kena-mengena ngan post aku macam dulu. Bengong! Kita tunggu & lihat jer!

Till then, take care & Cherio!

Tuesday, June 30, 2009

Family Outing @ POOL


Hari Ahad ( 28/6/09 ) yang lepas, me & hubby decided nak bawa bebudak outing. Dah lama tak bawak depa semua mandi swimming pool. Diorang pun bila dengar nak pi mandi pool, baru nak ikut / dengar cakap kita. Kalau idak ... sampai nak kuar tekak pun diorang buat deekkk jer!

Kitorang pi mandi kat Swimming Paradise Malacca iaitu untuk ahli-ahli Leisure Holidays. Rasa tak rugi lak jadi ahli & bayar RM 11K untuk 30 tahun. We can make use of their facilities anytime.

This was the first time for Mira untuk mandi pool. Masa pi Port Dickson tempohari , dia masih kecik & terkujat sebab kena rendam ... apa lagi, meraung la! Tapi bila dah setahun ni, dia lagi suka main air, especially bila abang-abangnya tunjuk cara macamana nak kocakkan air & splash pada orang lain. Habih basah mama dia walaupun tak masuk ke pool!

As for Amir & Adib, one thing I noticed, Amir dah tak takut & dah taknak guna life jacket yang dia selalu pakai masa gi pool. Maybe dia dah rasa dia besar kut! Adib still wearing his jacket masa masuk pool although he's quite a swimmer berbanding ngan Amir. We all mandi tak lama sebab dah senja. Maybe we will have that outing again masa Najib balik weekends nanti & kalau takder program lain untuk family.

Imas ( the maid ) taknak gi join masa gi pool ... dia ni quite shy . Kalau ramai orang lagi tak tentu arah dibuatnya ... so, she decided nak stay at home. When we came back home, dia dah siap masak or panaskan lauk. Almaklumla ... bebudak kalau lepas mandi pool memang kebulur giler! We bought some food masa on the way back from pasar malam & the food was almost finished when we got home. Lapar betul anak-anak aku! ( including mama & abahnya! hehehehe ...)

Okayla, next time I story again .... till then, back to real life ... berpijak di bumi nyata!
Take care & cherio!

Latihan Menembak di Lapangsasar Bukit Kangkar, Muar. Johor


Latihan menembak bagi anggota PERHILITAN & Zoo Melaka telah diadakan pada hari Sabtu ( 27/6/09 ) lepas di Lapangsasar Bukit Kangkar, Muar, Johor. Latihan telah bermula seawal jam 9.00 pagi dengan kerjasama Unit Persenjataan IPK Melaka Tengah , yang diketuai oleh Sarjan Idris. Pada hari tu, kitorang merefreshkan memories tentang cara-cara nak handle senjata api yang fully loaded ngan peluru hidup. My target pictures? Hmm .... bagi acara senapang patah, target kena merata termasuk kat tengah kepala dan juga dada.Tak kurang juga yang kena pada bahagian kaki. Bagi kategori pistol, kitorang merasmikan pistol P99 yang baru diperolehi oleh PDRM dengan peluru .09 mm calliber . Acara tembak guna pistol adalah favourite aku, aku dapat 2 bulls dan hanya 1 tersasar . Kitorang dibekalkan dengan 12 butir peluru seorang. Walaupun ditengah panas terik, aku tetap bersemangat. Aku BAYANGKAN target-target tu seperti orang - orang yang aku benci. Kalau direalisasikan ..., maunya aku duk kat penjara! Nauzubillah !! Walaupun aku benci kat seseorang tetapi aku masih boleh berfikiran WARAS seperti seorang yang terpelajar! Aku professional babe! ( perasan lak!! hehehehe .....)

Latihan menembak habis dalam jam 2 ptg ... siap disupplykan lunch lagi! Balik rumah, penat giler! Dengan armpit swollen dek penggunaan senapang patah tadi. Nasib baik tak dibawa M16 sebab kat lapangsasar tu jaraknya jauh lebih dekat dari lapangsasar kat IPK Bukit Beruang. Macam-macam karenah orang dapat dilihat sepanjang latihan dijalankan. Dapat tau juga dalam Bulan November maybe ada satu pertandingan menembak kat situ. Seronoknya!! Maunya idak, yang lepas adalah latihan tergempak yang pernah diadakan ...

Okayla, will update later on.Till then, take care & cherio!

Tuesday, June 23, 2009

Update ... oh .... Update ....


Hi all ... quite sometimes juga I tak update ini blog. After all that happens ... since I think right now my blog duk dipantau, so I kena berhemah sikit dalam penulisan blog ni. Kang paaanaaassszzz .... sampai pencen panasnya!

Well, takder apa yang menariknya sekarang. Cuma a bit busy with work yang tak sudah-sudah & meeting yang berlambak-lambak! Maeeting Agung Koperasi Murni hari Khamis ni ( 25/6/09 ) .. jatuh lak masa birthday Nur Amira Najwa yang setahun. Kalau ikut hati, nak amik cuti jer. ... nak tenangkan fikiran yang sarat! STRESS GILER! Kalau ikutkan , hari ni my suhu badan je dah 37.6 Celcius. Tadi, balik kejap telan ubat. Nak tido je rasanya! Masa meeting tadi pun tak tumpu perhatian sangat!

Okay la. Enough update kali ni. Nak kena sambung keja semula. Internet pon baru ada.
Till then, take care & Cherio!

Tuesday, June 16, 2009

HIPOKRIT vs JUJUR

Hari ini aku terpaksa menjadi seorang hipokrit demi untuk menjaga reputasi seseorang yang bergelar INSAN ... demi menjaga reputasi dirinya , aku diarahkan men"delete" post luahan hati aku yang lepas, walaupun dalam keadaan terpaksa. Luahan tersebut represent kejujuran .... AKU TAK SUKA BOHONG ORANG & AKU JUGA TAK SUKA DIBOHONGI! Mak aku pesan kat aku, sejak dari kecil lagi ... " Wahir, tipu atau bohong hukumnya adalah BERDOSA ... orang berdosa akan masuk NERAKA bila depa mati nanti " Jadi, Lu pikir la sendiri ...! Kalau sesiapa minta pendapat aku, aku berikan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Kalau aku tak tau , aku cakap taktau ataupun aku akan cuba cari jawapannya ... AKU TAK SUKA HIPOKRIT!

Apa yang aku tenung, renung dan tengok ngan mata kepala aku sendiri, ramai manusia sekarang sanggup menjadi pengampu ... or dengan kata lain sekarang ni " pemasang air-conditioner " demi untuk mencapai apa yang mereka mahu di dalam hidup, tak kira pangkat ke ... darjat ke ... yang penting, depa dapat apa yang depa nak ... bergantung kepada berapa horsepower air-conditioner yang depa gunakan. Lagi besar hp , lagi besar peluang yang ada. Ramai orang berada di belakang aku, menyokong aku, membantu aku di kala aku memerlukan mereka. Terima Kasih yang tak terhingga aku ucapkan! Sokongan kalian membuatkan aku berasa lebih bersemangat untuk teruskan perjuangan hidup aku.

Nasihat aku kepada mereka di luar sana .... BERHENTI lah jadi kaki ampu ... kalau sudah tertulis oleh ALLAH bahawa rezeki itu kita yang punya , orang lain takkan dapat merasakan rezeki tersebut. Takyah la pasang air-conditioner tu ... bazir tenaga, wang ringgit & juga air liur!

Kalau ada sesiapa yang terasa semasa membaca posting aku yang lepas, aku minta maaf ... bukan niat aku nak jatuhkan maruah sesiapa atau malukan sesiapa tetapi itu adalah luahan hati aku yang sebenar ... bukan selalu pun aku luahkan begini. Yang biasa-biasa , aku kena marah atau kena tegur oleh siapa-siapa ... aku simpan je dalam hati. Tau jer la, siapa aku untuk melawan ... aku ni "KULI" jer. Kalau tak ikut cakap, nanti aku dikenakan hukuman!

Aku letih ni ... banyak mende nak kena fikir, buat dan juga handle. Sampaikan anak-anak aku pon selalu gak ditinggalkan walaupun mereka TETAP UTAMA dalam hati aku.
I LOVE YOU ALL!

Dah, aku nak balik lepas seharian memandu kereta. Nanti aku update lagi!
Till then, STOP JAGA TEPI KAIN ORANG LAIN ... take care & cherio!

Saturday, June 06, 2009

Balik Kampung .... KULIM 8-12/6/09


Hi all,

Ni nak habarq mai yang kitorang akan balik kampung sempena cuti-cuti skolah lusa. We are heading to my hometown at KULIM from 8-12/6/09. Bukan apa, kesian kat the kids yang tak pi memana pun cuti ni. So, decided nak balik utara sebab, dah balik Pahang cuti Hari Guru tempohari.

Kitorang akan gerak dari Melaka Hari Senin, 8/6/09 sebab, hari Sabtu & Ahad tu I have to work. Kebetulan kena lak masa minggu I supposed to be the Duty Officer kat Klinik. Lagipun, my sister from KL nak datang jenjalan kat Melaka & will be staying at my place.

Anything new? Hmm ... I dah cool down a bit dari kepanasan hari tu BUT still kalau ada yang trigger akan meletup lagi sekali.

Okayla ... nanti balik dari cuti, I will update lagi.

Till then, take care & cherio!

Monday, June 01, 2009

Ops. Panther 27-28/5/09 di Felda Kota Gelanggi 3, Pahang


Went to Felda Kota Gelanggi 3 for a ResQ on 27-28/5/09. It was a male Black Panther
( panthera pardus delacouri ). Estimated weight for him is about 45-52 kgs. Its age is estimated at 6-7 years.

Journey bermula pada jam 8.00 malam dari Melaka ke Jerantut. By the time kitorang sampai Jerantut pada jam 12.30 pagi, hujan renyai ke arah hujan lebat. Sepanjang malam hujan ... berbuih mulut berdoa agar masa operasi esoknya dah tak hujan. Kitorang bermalam di Hotel Sakura Castle Inn kat bandar lama Jerantut. Boleh tahan la biliknya ... 3 ke 4 biji hotel kitorang tanya untuk bermalam, tapi semuanya fully booked. Nasib baik kat hotel ni masih ada bilik kosong .... kalau idak, tido dalam keta la jawabnya.

Operasi sepatutnya bermula pada jam 10.30 pagi, tetapi terpaksa ditunda ke jam 12.30 tengahari kerana orang Pahang ada hal di sebelah pagi. Menunggu diorang pon dah 2 jam di Pulau Tawar. Kenapa tak gi sendiri ke site? Hmm ... macam la kitorang tahu tempatnya!

Terkujat sekejap masa nak gi resQ ... rupanya , perangkap tu dipasang jauh ke dalam ladang kelapa sawit Felda Kota Gelanggi 3. Kitorang kena masuk OFF ROAD sejauh lebih kurang 25 km. Dah tu, bayangkan kalau off road lepas hari hujan? Hmm ... berlemoih ( cakap orang utara! ) jugak la keta kitorang. Oh ya ... kitorang pegi naik Jimny & Hilux je. Nasib baik la aku tak mengandung ... kalau tak, mau terberanak aku dalam keta sebab jalannya ... nauzubiLLah punya jalan ... berbatu-batu & berlekuk-lekuk! Sampai kat site, bebudak ladang dah penuh kat area perangkap dipasang. Rupa-rupanya , perangkap tu dipasang berhampiran dengan sebuah kandang penternakan kambing.

Panther tu terpaksa di sedate untuk angkut keluar dari perangkap. Aku gunakan Zoletil 100 je. Perangkap lak atas bukit, so, terpaksa angkut turun & buat mende-mende yang sepatutnya dibuat semasa resQ seperti masukkan transponder ( IC binatang tu! ), ukur panjang, tinggi, dan badan panther tu serta ambil sampel darah & bulu untuk DNA cryotyping. Renyah ... tapi bagi orang yang tak biasa akan kata kitorang seronok gi jenjalan tempat orang. Kitorang hanya pergi berempat je sebab ni resQ haiwan saiz sederhana. Kalau resQ tapir, memang kitorang kena gi ramai orang sebab nak mengangkatnya bukannya ringan. Rata-rata berat tapir adalah antara 200 kg ke 250 kg. Pewai jugak la kalau nak harapkan orang zoo je! Balik dari resQ panther ni pun pewai .... journey yang jauh membuatkan badan lagi letih!

Sepanjang perjalanan kitorang bawa slow je. Panther tu pun sedar dari sedation dia about 1.5 jam. Kitorang berhenti kat Petronas Serting untuk isi minyak kenderaan dan juga nak mandikan panther yang bergelumang ngan lumpur tu.

Sampai balik ke Zoo at about 6.15 pm...debuk debik nak turunkan binatang dah dekat jam 6.45 pm. Balik resQ, aku kena tunaikan janji aku ngan anak-anak lak ... gi amik basikal depa yang dibaiki kat kedai. Najib lak, sampai balik dari kursus malam tu .... dia gi kursus Bahasa Inggeris kat IBD selama 5 hari, bermula Isnin 25/5/09. Seronok diorang dapat mendalami English ... ni dia dah balik JB.

kitorang mungkin bercuti, balik kampung kat Kulim,Kedah dari 8-12/6/09. Bukan apa, nak bawa anak-anak balik kampung ... Mira? dah nak dekat setahun dah umur nya. Time ni dia mula nak ringankan badan ... berak cair la ... demam la ...pening kepala aku!

Okay la, aku stop kat sini .... next time kalau ada citer menarik, akan dicoretkan lagi.
Till then, take care & cherio!