Saturday, February 04, 2006

HAPPY BIRTHDAY TO ME




These are the photos of the gathering on the 11th December 2005 at my place with the ex- 7th Batch Beserians... Check them out!
The sweetest photo is
the far left's one where you can labelled it as The MostPrecious Photo !
Agree with me?
Hmmmm.....





















Actually, I'm turning 31 tomorrow... still young at heart... diam tak diam dah 31 tahun aku hidup, dah ada 2 orang anak dan sedang mengecapi kebahagiaan bersama keluarga tersayang. ALHAMDULILLAH.... syukur kepada Allah.
Hari ini, aku dapat advanced greeting from Intan Mawaddah.. Thanks Intan! Really appreciate that. Ada gak oang yang ingat akan birthday aku ni....

Apa azam aku setelah meningkat umur? Well... aku nak mengekalkan kebahagiaan yang aku kecapi kini, bersama suami tercinta yang banyak memahami kerenah aku! Walaupun tidak dibanjiri dengan wang ringgit, harta benda...tetapi insan yang bernama Mohd Najib Othman itu telah memberikan aku harta yang tidak ternilai harganya...iaitu kasih sayang dan juga hero-hero yang ada sekarang. Terima Kasih , SAYANG!

Okay la.. stop kat sini dulu. Nanti aku coretkan lagi. Not feeling the very the well today coz kena serangan influenza. Ni la akibatnya selalu berembun dek kerja!

Till then, Take Care & Cherio!

Thursday, January 26, 2006

GONG XI FA CAI & SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1427h

Gong Xi Fa Cai for the Chinese & Happy New Year 1427 H for the Muslims

Duduk tak duduk dah masuk Tahun Baru Hijrah 1427 pada 2006 ni. Pada sesiapa yang tinggal di KL sangat menguntungkan pada akhir bulan ni sebab almost one week vacation. Bagi aku yang kat Melaka ni cuti hanya sampai 1/2/06 je laa...

Chinese New Year ni aku kena standby untuk rawatan...mungkin masuk keje pagi je kut! Kalau tak de case, tengahari balik rumah la...TIDO! Aku hanya akan start bercuti pada 13/2/06 hingga 19/2/06 ni...ingat nak balik ke Kulim jap jengah mama & abah kat sana. Lagipun masa gap tu, Najib kena hadir Kursus Induksi Jabatan kat Lanchang. Nak balik ke rumah Mertua kat Temerloh dah selalu sangat....turn balik Kulim je.. Bujang kejap masa tu....!! Hahaha...

Minggu akhir Februari, dah ada Kursus Teknik Tangkapan Hidupan Liar untuk MASCargo di Zoo Melaka selama 3 hari dari 22/2/06 hingga 24/2/06.

Diam tak diam jugak aku dah nak masuk umur yang ke- 31 pada 5/2/2006 nanti. I wonder apa yang my husband akan beri masa birthday nanti....hhmmmm...

Okay la...nanti kita sambung lagi.. Till the next chapter...TAKE CARE & BYE!

Cherio...

Sunday, January 15, 2006

Hujung Minggu Yang Sedih

Kenapa aku berkata begitu?? Hmmmm...

I received phone call from my sister Jue , saying that one of my closest cousin has passed away at 3 pm yesterday. I was so shocked!! That cousin was the one I used to stay with his family for 2 years when I was studying in UPM. He passed away all of the sudden..not knowing what was the cause of death, nobody around him.. his wife was at the neighbour's, his children were playing at their neighbour's too.. Kak Gie noticed that her hubby was lying with face down in front of the TV, with the front door was widely opened. At first she thought that her hubby was too restless and sleepy ... she called up and there.. her husband was already "meninggal dunia " - left her with 3 children aged between 9 to 17 years old.

I got so many memories with his family, susah senang kitorang bersama for 2 years... Kes dia jadi kes polis sebab sudden death and will go for the autopsy this morning. Ada suspicious sket sebab pintu rumah terbuka luas... mungkinkah dia DIBUNUH?? Well...tunggu je la result autopsy. The autopsy was done at 10 am this morning... and from the result, the cause of death was cardiac arrest due to circulatory heart failure. The pulmonary vein that runs for the heart was blocked with mucose and milky exudates. so the speculation that he was being murdered was totally wrong. May be he do opened the front door to get help from the neighbours but he was too weak to do so. The jenazah dikebumikan di kampung Kak Gie di KM 40, Kpg. Ramuan Cina Kecil, Masjid Tanah, Melaka; just before the Asar prayer. One thing I remember most about Pak Din is dia memang penakut makan ubat , kuat merokok & takut untuk pi jumpa doktor. Kalau sakit pun, di hanya bergantung pada Acetomorphen ( Panadol ) untuk sembuhkan. According to his daughter, Jee'Aa, Pak Din did complaint about chest pain approx. 1 hour prior to his death but his daughter did not inform Kak Gie.

Okay la..enough for today. Hope Kak Gie akan tabah meniti hari-hari yang mendatang.

Take Care..Cherio!

p/s, to My friend AIDA YURANI MOHD ARIFFIN.... Get Well Soon.. jangan takut untuk jumpa doktor.

BYE!

Wednesday, January 04, 2006

HAPPY NEW YEAR 2006

Actually semalam dan hari ni I have to take my OFF DAY sebab nak hantar Muhammad Amir Najwa ke Tadika for the first time. Teruk jugak nak tangani first timer untuk Tadika Kids...macam-macam karenah ada..

First Day at Tadika Anak Pintar ( 3/1/06 ) dia okay je... cuma masa nak balik, cikgu dia cakap dia melalak sebab nak balik. I gi fetch dia at 1.00 pm sebab dah perjanjian ngan Pengurus dia camtu.

Second Day ( 4/1/06 ) lagi teruk... meraung tak nak gi Tadika... nasib baik cuti lagi.. boleh la lepak sekejap ngan dia kat Tadika. Ni nak gi amik dia lak.

Well... nanti sambung lagi.

Take care & Cherio!

Tuesday, December 27, 2005

Minggu Yang Penuh

Hello everybody.....Assalamualaikum....

Firstly, sorry la kalau lama dah tak update blog ni. Sibuk sikit last week... sebab?

Dari 19/12/05 hingga 23/12/05 , minggu ni Pegawai Veterinar Zoo Melaka kena gi Kursus kat INTAN Bukit Kiara. So, masa ni really... I had a verrryyy packed schedule.. Pada 21/12/05, have to attend a postmortem case on a Przewalskii Horse. In the same day, after got back from UPM, had to go to Palace of Golden Horses (PGH ) Seri Kembangan for " Malam Kegemilangan Atlit Malaysia" with our Prime Minister. Well...I'm not one of the athletes but I have to bring along "Nicky" , the Zoo most famous Tiger untuk dijadikan anak angkat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ( KBS ). Memang keletihan yang amat sangat masa tu sebab balik dari UPM, hanya sempat tarik nafas untuk 30 minit. Then masa kat PGH, kena lak our PM datang at 11.45 pm. Debuk debak pukul 1.00 pagi baru boleh kemas dan balik ke Zoo Melaka. Pagi esoknya lak, nak naik keje lewat sikit pun tak boleh sebab orang pejabat ( admin ) dah call me up at 8.00 pm.

Pada 23/12/05 lak kena gi rescue Panther ( Panthera pardus delacouri ) kat Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Panther tu betina tapi estimated age 10 tahun ( dah tua dah...!! ) Balik at about 10 pm. Bertambah la koleksi panther kat Zoo Melaka ni...

Dari 24/12/05 hingga 26/12/05.... I took my leave..saja untuk merehatkan fikiran dan juga badan. Dah tentu I have to inform my BIG BOSS... after dapat greenlight dari dia, shoot off ke Kampung Lompat, Temerloh ( kampung mertua laa... ). Kebetulan lak kawan baik my hubby buat kenduri sambut menantu ( dia la yang kawin!! ). For the first time, I pegi kenduri kawin tak dapat bunga telur atau sweets... Heran gak.. maybe adat orang sana macam tu kut!

Okay la...enough for the busy week. Pas ni ada lagi busy week yang akan muncul towards the NEW YEAR of 2006.

HAPPY NEW YEAR.. 2006, here I come!!

Cherio!

Monday, December 12, 2005

GATHERING OF THE 7 th BATCH ANSERIANS

Gambor-gambor nanti di tampek kan dalam next posting.

Saturday ( 9.30 pm ) 10/12/05.... Minah sampai dari Singapore dah malam.. cleared kat causeway pun pukul 4.30 petang. We all ( Aween, Minah and Me ) lepas tu gi makan-makan bersama family masing-masing kat Ikan Bakar. At first nak pi Perkampungan Ikan Bakar Pernu-Umbai but then terpaksa cari alternative place sebab parking takde dan orang nauzuBillah punya la ramai kat situ. I was wondering, " depa ni tak reti nak duk kat rumah ke hujung-hujung minggu ni "...hehehe..jangan marah... Kitorang punya alternative choice adalah kat Cristal Bay a.k.a Alai... orang tak berapa ramai kat Gerai Ikan Bakar Alaaa...Kassim.. We managed to get a long table for our group. Menu for that night were Ikan Siakap masak sweet sour ( 3 ekor ); Ikan Pari , Ikan Siakap dan Ikan Kembung ( one each.. ikan kembung for Aween punya Bibik ) bakar; Sotong goreng tepung ( borong satu tray ~ 1 kg ); Ketam 6 ekor goreng kunyit; Nasi lemak 20 bungkus dan Air Buah 2 jag dan air kosong 1 jag. Mesti korang berkata... " Itu makan ke melantak? "... We had a great time there and sooo kenyang too !! Harga? Well.. tak mahal actually.. we only spent RM 180.00 for the night ... and masakan dia okay jugak ! Balik and reached home at about 12.00 midnight... Semua kekenyangan..

Sunday ( 7.15 am ) 11/12/05 .... start masak Mee Kari , Nuggets and the Bubur Lambuk ( for the kids ). Nasib baik la pulak my maid dengan rela hati menolong untuk siang bawang and also rampai untuk mee kari.. Finished cooking at about 11.00 am. Linda Safri and co. sampai kat rumah at about 10.00 am but depa prefer pi Zoo dulu sebab nak tengok Animal Show. Pas tu Aida, Fahroe, Aween & co. and Minah & co sampai ( siap bawak kuih raya lagi tu ~ Thank You ! ) .. Mawaddah & co. sampai yang paling last ( pun, dia bawak kuih raya jugak! Thanx ! ) .. about noon baru sampai. Mula-mula depa ingat nak tengok Show Gajah pukul 12 tgh tu tapi sebab Mawaddah datang lewat, we proceed dengan acara makan-makan.... LEGA RASA HATI lihatkan kengkawan enjoy food yang dimasakkan untuk depa! Then, at about 1.30 pm, gi round Zoo..berpeluh jugak la.. even my kids yang biasanya waktu nap depa tengahari pun ikut jalan sama.. happy betul diorang ! Balik round at about 2.30 pm.. semua lepak ! Aida yang kurang sihat pun pecah peluh berjalan dalam Zoo.. !!
Dah sihat Aida ? ( http://www.11point5.blogspot.com )
Semua dah mula beredar at about 5 pm. Yang paling last balik adalah Aida, Fahroe dan Mawaddah & co. Terasa terubat jugak la rindu untuk jumpa dengan kengkawan yang baik ( Good Friends ) macam depa....

Next week pulak... ada appointment dengan Syukur Manaf ( 91001 ) . Dia pun nak bawak family dia jugak datang ke Zoo Malam.. Pas tu Irmawati & co. lak nak mai.. To both of you ..Please do the confirmation...

To ALL MY FRIENDS... really appreciate kalau kita dapat gather atau jumpa di mana-mana mengikut kesempatan masing-masing... to refresh our memories kat Beseri dulu. Mesti havoc giler ! Sedangkan semalam punya event pun dah havoc... tu baru 3 families dan 3 singles yang gather... kalau semua... mesti havoc... kalau buat kat Melaka, I boleh sewakan Dataran Sejarah kat tepi Zoo ni utk merai kan semua..!! Aida, Fahroe.. nanti boleh buat gathering besar-besaran kat Melaka... Aida : tukang buat aturcara hahaha... Jangan Marah Aida! Please make sure you are in the perfect MOOD..!

Well, nanti akan dipost kan gambar-gambar gathering kali ini. Diharapkan akan dapat berkumpul macam ni selalu...

... Thank You for being my friends ...

Take care & cherio!


Sunday, December 04, 2005

7 PERKARA LELAKI PERLU FAHAM TENTANG WANITA


Lagi interesting topic kan? Well... bagi lelaki-lelaki di luar sana, baca lah supaya kamu lebih memahami apa yang berlaku kepada teman wanita kamu ...
This great article I found in Eh! Magazine dated about a year ago ( Dis 2004 ). Tengah dok mengemas Klinik, happened to came across this magazine.. interesting to share with all of you... Here goes:

1. " Mengapa wanita suka bergayut di telefon berjam-jam lamanya?"
Men and women have completely opposite ways of approaching the telephone. Satu kajian menunjukkan, lelaki lebih suka & selesa membuat panggilan telefon dengan kerap ( pemanggil produktif ) tetapi mengawal perbualan dgn penjimatan kata-kata kerana lelaki beranggapan dengan cara begitu lebih berkesan bila memancing cinta. Wanita pula memiliki cakupan topik yang lebih luas. Segala macam perkara yang akan dibualkan oleh wanita bermula daripada sebesar-besar isu hingga sekecil-kecil isu.

2. " Mengapa wanita suka bergossip? "

Tidak semua wanita suka bergossip sebenarnya.. selebihnya wanita pasti akan menjawab "Saya punya sebab untuk bercakap kerana saya perlu tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling saya " Ingat... wanita sememangnya dibekalkan dengan naluri suka mengorek rahsia, suka menggali sesuatu yang tersembunyi daripada cukup sekadar berpuashati dengan mendengar kenyataan orang sahaja.

3. " Mengapa wanita selalu berleter? "

Wanita berleter kerana itu adalah mediumnya untuk melampiaskan sepenuh perasaan kepada lelaki. Malah ada yang mengakui mereka terpaksa berleter kerana itu sahaja cara untuk memecahkan tembok ego lelaki
yang enggan menerima nasihat, enggan meminta pendapat malah enggan mengakui kesalahan sendiri!

4. " Mengapa pasangan saya cemburukan kawan wanita saya "

Selain cemburu, sikap dan kepercayaan wanita terhadap pasangannya juga menjadi persoalan. Jealousy
adalah manifestasi tidak sengaja yang tercetus daripada rasa kasih dan sayang seorang wanita terhadap
pasangannya. Kerana tidak percayakan lelaki, dan kerana fikirannya selalu memikirkan tentang masa si lelaki yang 'dicuri' oleh kawan-kawan wanitanya di pejabat, maka kerana itulah cemburu terbenih. Daripada itulah timbul sikap " she wants to control you ! "

5. " Mengapa isteri saya menelefon memberitahu anak demam kala saya keluar minum dengan rakan-rakan? "

Memang adat wanita jengkel dan tidak senang duduk jika suaminya keluar minum ( walaupun minum teh tarik!) dengan rakan-rakan pada waktu malam. Ini kerana wanita lah yang tersekat dan terkedang dengan
anak-anak di rumah, menjaga anak yang berteriak dan menangis. Wanita sebenarnya menghantar isyarat
" Jangan tinggalkan Saya ". Jadi, kepada suami-suami di luar sana... apa kata peruntukkan sedikit masa
untuk membawa isteri dan anak-anak keluar makan sekali-sekala.

6. " Mengapa wanita kuat berbelanja "

Tidak seperti lelaki , wanita memerlukan 10 pasang kasut yang disesuaikan dengan aktiviti sosialnya...dan
wanita juga memerlukan 10 helai bra yang disesuaikan dengan pantiesnya! ... Namun, lelaki harus ingat...wanita adalah pemegang kunci perbelanjaan dapur dan wanita juga orangnya dalam menata masa depan rumahtangga .. daripada pemilihan langsir hinggalah kepada pasu bunga!

7. " Mengapa pasangan saya tidak berapa rapat dengan famili saya terutama emak saya "

Tidak ada ibu mertua yang tidak gembira menerima menantu. Namun, apabila terjadi kepada seorang wanita yang perlu menerima kehadiran seorang wanita dalam hidup anak lelakinya, maka fasa pertukaran kasih sayang pasti akan berlaku. Di sini lah first exchange yang unik berlaku. Perasaan khuatir atau takut dilihat sebagai perampas takhta atau controller baru adalah perkara lazim kepada seorang menantu wanita. Jadi, jangan hairan lah jika dia takut-takut untuk mendekati si ibu mertua!

Well guys...fahami wanita di sisi anda semua. Semoga hubungan kalian akan berkekalan....

Take Care & Cherio!

Monday, November 28, 2005

8 TIPS ATASI FOBIA

Interesting topic...kan?

Well, dalam dunia ni...tak semua orang tu berani. Mungkin diorang cuma berlagak dan hipokrit bila dicabar oleh si Polan untuk membuat sesuatu yang dia sendiri tak berani buat. Anda pernah mengalami nasib begini? Kat sini saya coretkan 8 tips yang menarik untuk atasi phobia kata orang putih...fobia taua ketakutan kata orang melayu. Tips ini saya dapati menarik untuk dikongsi semua apabila saya terbaca di dalam Majalah REMAJA keluaran Januari 2005. Walaupun dah agak berusia, saya masih membaca majalah-majalah seperti ini...bukan perasan awet muda but banyak topik-topik menarik dan tips yang berguna di dalamnya. Here are the tips :

  1. Kenalpasti punca sebenar anda berada di dalam keadaan takut tersebut. Pasti ada satu pengalaman silam yang membuatkan anda mengelakkan diri dari berada di dalam situasi atau berhampiran objek tersebut.
  2. Berehat dengan fikiran yang tenang. Belajar bagaimana untuk berehat dan menenangkan fikiran. Contohnya , tarik nafas sedalam-dalamnya dan tahan selama lebih kurang 5-6 saat. Kemudian, hembus keluar perlahan-lahan.
  3. Senaraikan semua objek / situasi yang anda tidak suka untuk menghadapinya. Contoh , anda takut suasana gelap. Kemudian, tulislah apa objek yang anda takut seperti lipas, rama-rama, ulat dan sebagainya.
  4. Semak senarai tadi dan kemudian mulakan 'bertenang' dengan perkara-perkara yang paling kurang menimbulkan kebimbangan kepada anda sehinggalah habis kesemua senarai yang dibuat. Bayangkan anda berada di dalam situasi tersebut dan kemudian cuba tarik nafas dan hembus seperti para ke- 2 di atas dan cuba tenangkan fikiran.
  5. Anda boleh juga semak senarai yang dibuat tadi dan bayangkan anda berada di dalam situasi yang akan menyebabkan anda fobia sambil berlatih untuk menenangkan fikiran dan merehatkan diri.
  6. Lakukan semua perkara yang menimbulkan fobia pada anda atau bayangkan situasi fobia anda sambil berlatih menenangkan fikiran.
  7. Luahkan kesemua perasaaan yang anda alami ketika menhadapi perasaan fobia seperti " saya akan mati " ataupun " saya tidak boleh bernafas ". Sebaliknya tulislah juga alternatifnya seperti " saya tidak akan mati " atau " saya boleh bernafas " ataupun " saya boleh berehat ".
  8. Dalam kehidupan realiti, letakkan diri anda di dalam situasi yang kurang menimbulkan kebimbangan dalam senarai terakhir dan berlatihlah merehatkan diridengan tenang seperti yang anda bayangkan. Tanamkan dalam diri anda dengan pelbagai alternatif dan positive thinking yang dapat membantu menenangkan keadaan anda pada masa tersebut.

Dapat tips tu? Tips ini amat berguna ...amalkan...mudah-mudahan perasaan fobia TIDAK LAGI wujud dalam diri anda semua.

Well guys, right now, I am still counting days towards meeting my GOOD FRIENDS next month...

Take care & Cherio!

Tuesday, November 22, 2005

COUNTDOWN TO MEET MY FELLOW GOOD FRIENDS



Venue : My own house at Zoo Quarters
Date : 11 December 2005
Time : 8.00 am till 12.00 midnight


* Salah dua orang yang akan datang kat rumah aku nanti *



That particular date is important coz pada masa dan tarikh tu la kengkawan baik aku nak korbankan masa depa datang ke Melaka...Tak sabar rasanya... Even Aminah Azirah dari Singapore pun nak join jugak.. Bangga giler ngan kengkawan aku ni..

Cuma aku je tak confirm lagi takut kena outstation..pagi semalam aku dapat surat kena ada wakil Vet Unit ke Kempen Kesedaran Pelanggan di Taman Negara Pulau Pinang. Ada Pameran binatang seperti ular, burung dan Orang Utan. Tarikhnya pula secara kebetulan ..toink..kena pada hari gathering tu.Ni dok tengah tunggu Dr Vet yang mc tu naik kerja semula untuk decide siapa yang akan pergi..Pray for me tak yah gi sana...

Apa menu?? Maybe mee kari kut...tak tau sedap ke idak, bantai jer laa..yang penting ada barang makan.Kalau susah-susah, order je Pizza Delivery ke..Mc Donald's yang dekat sesangat ngan rumah ke..tak pun bawak gi makan reramai kat Taman Ikan kat seberang jalan tu. Tak susah, kedai makan banyak!

Okay la guys, hope to see all of you soon. I'm glad to have all of you as my GOOD FRIENDS.

Take care. Cherio!


Saturday, November 19, 2005

KRONISME

Apa itu kronisme?
Well.....itu lah hakikat yang melanda, bukan sahaja di sektor kerajaan, sektor swasta dan agensi-agensi lain terlibat. Tidak dinafikan di dalam jabatan-jabatan kerajaan , ada di antaranya sarat dengan kronisme antara pegawai dan kakitangan bawahannya. Mereka ini ingin menunjuk " AKU YANG BERKUASA...PANGKAT AKU LEBIH TINGGI DARI KAU...APA YANG AKU KATA ADALAH BETUL...ARAHAN AKU MESTI DITURUTI TANPA ALASAN ". Mereka ini membentuk kroni atau kumpulan mereka tersendiri demi menjaga reputasi atau pangkat tanpa menghiraukan kakitangan bawahan yang tertindas. Bagi ahli kumpulan, mereka ini cukup bertuah jika pandai membodek, air-cond kan Si Ketua...akan dilayan dengan baik dan bermulut manis sedangkan bagi yang bukan ahli serta golongan tertindas, hampeh ...dimaki,dihamun,dicerca serta diugut... salah sedikit, digemburnya satu tapak perumahan serta diugut untuk dibuang kerja. Mereka-mereka ini tidak menghiraukan apa masalah orang bawahan ataupun welfare mereka...Cuba la fikirkan....jika dibuang kerja, apa kah yang akan disuapkan kepada anak bini di rumah.. Kengkadang tu aku kesian melihatkan mereka yang tertindas dan ingin menghulurkan bantuan sekadar yang termampu tetapi...sekarang, aku sendiri pun mengalaminya...mangsa keadaan...

Di Malaysia ni, ada undang-undang yang adil dan saksama. Oleh itu, bagi mereka-mereka yang terasa ditindaskan akibat kronisme...pergi lah ke Biro Pengaduan yang ditubuhkan oleh kerajaan...Jabatan Buruh pun ada kat Malaysia ni yang boleh membantu.

Apa-apa pun..yang utamanya...pegang prinsip " aku tak kacau periuk nasi kau; kau jangan kacau periuk nasi aku "...buat kerja dengan ikhlas dengan niat yang difokuskan untuk nafkah anak bini...InsyaAllah..Allah Maha Mengetahui dan sentiasa memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya...Amiiinnnn...

Well guys, Cherio!!

Monday, November 14, 2005

Two Weeks After Hari Raya

Hello everybody.....

Just got back from a lloooonnngg vacation at my hometown & Najib's....tak der apa yang best nyer...balik Temerloh kejap je sampai raya ke-2 & then spent banyak kat Kulim sebab mama sakit.

Di kesempatan ini jugak, saya nak MOHON MAAF jika ada yang terasa apabila membaca blog ini...bukan YG NI jer...yang lepas-lepas pun...bukan apa..sekadar nak luahkan perasaan TAK PUAS HATI yang bersarang...KETIDAK ADILAN...dan sebagainya termasukla dengan masalah apabila mendengar berita yang mama sakit...dan apa yang dah berlaku.....MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Sampai sekarang, mama masih tak okay lagi...ikut kata ustaz yang menilik, badan mama ni ada yang dok menumpang...you know..."orang yang tak boleh dilihat dengan mata kasar"..katanya orang yang buat tu adalah orang yang keluarga we all kenal..tah la...biar Allah sahaja yang membalasnya...apa yang depa dengki sangat kat keluarga kitorang tak tau laa...

Hari ni, first day keja..keadaan di Klinik Zoo masih berserabut...they all tengah upgrade klinik...kerusi meja tunggang terbalik...tak sabar nak tunggu siap...the new look of the Zoo's Clinic.

Okay la..dah pukul 6 petang..malam ni kena naik kerja lak...ni dah direct sampai ke akhir bulan...Letih wooo...

Take Care & Cherio...

Saturday, October 29, 2005

BALIK RAYAAAA..!!!

Setelah aku mengamok sakan , akhirnya dapat jugak aku bercuti raya tahun ni kat dua-dua kampung...Temerloh & Kedah.

Aku & family akan balik ke Kg Lompat,Temerloh, Pahang pada Deepavali ni iaitu 1/11/2005 hingga la Raya ke-3 iaitu 5/11/2005.

Aku & family akan balik lak ke No. 13, Jalan Jelawat, Taman Maktab, Kulim, Kedah pada Hari Raya ke-3 sampai la 13/11/2005 nanti.

Pada siapa-siapa nak mai rumah kat Melaka, boleh la mai selepas 13/11/05 nanti TAPI.....mesti call dulu. Pada siapa-siapa nak mai kat kampung pun tipon dulu...boleh get ready.

Okay laa...nanti sambung lagi.

Take Care dalam perjalanan. pandu kereta dengan cermat, berhati-hati di jalan raya...& HAVE FUN!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR & BATIN

Cherio!

Thursday, October 20, 2005

Al-Fatihah Untuk Puan Seri Endon Mahmood

Hari ni, tanggal 20/10/2005 jam 7.55 pagi, isteri kesayangan Perdana Menteri Malaysia, Puan Seri Endon Mahmood telah kembali ke Rahmatullah disebabkan oleh kanser payu dara.
Rasanya bebaru ni Pak Lah ada membuat statement mengatakan isterinya bertambah sihat selepas menjalani rawatan chemotherapy di Los Angeles, US..tak sangka pula perubahan positif yang ditunjukkan adalah untuk dijadikan kenagan sepanjang hayat...dan pagi ni beliau menghembuskan nafas terakhir di hadapan seluruh ahli keluarganya.

Al-Fatihah...
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman.

Monday, October 17, 2005

FAMILY DAY OUT

Semalam, 16/10/2005.... family aku telah membuat satu family outing . Kitorang gi survey kat Nilai 3 dan Nilai Square, Negeri Sembilan. Kebetulan lak orang gaji aku nak membeli barang-barang persiapan untuk majlis perkahwinan adik lelaki dia. Bagi dia, rabak la RM 261.00 untuk beli bunga telur & bunga pelamin. Aku? well, aku lak rabak beli kain langsir untuk persiapan Hari Raya yang bakal menjelma. Amaun? Aku rabak RM 247.00 dalam sekelip mata untuk 26 meter kain langsir yang berharga RM 9.50 ( harga letak = RM 10.80 ). Nak buat camner..yang tu paling murah among yang berkualiti. Lain-lain, cuma bawak anak-anak aku berjalan sambil makan angin di bulan posa ni. Pergi Nilai Square, rata-rata Nilai Square masih tak banyak choices dari segi pakaian dan kain tetapi, di Nilai 3, variety choices dari perabot hingga la ke makanan. Kalau macam ni.. Tangkak pun boleh bangkrap! Sebijik macam Tangkak kat kedua-dua tempat cuma negeri je berlainan.

Hari sebelum tu, aku dah rabak RM 278.00 untuk servis kereta. At last, aku nyer problem ngan kereta dah solved....cuci dan servis total body, tukar brake pads depan, servis brakes dan tukar speedo meter...Huihs...keselamatan mesti di jaga sepanjang perjalanan balik ke kampung di musim perayaan..

Okay la.... aku henti dulu setakat ini. Take care everyone....Cherio!

Friday, October 14, 2005

MOOD BULAN RAMADHAN


Apa mood anda hari ni?

Itulah pertanyaan yang sering aku tanyakan pada diriku sepanjang 10 hari berpuasa ni....hmmm...apa mood aku di bulan Ramadhan ni. Mungkinkah seperti gambar di sebelah?

Aku sebenarnya takder mood nak masak di bulan yang mulia ni. Bukan apa...lebih baik kita beli daripada membazir...lagipun banyak choices kat Bazaar Ramadhan yang bersepah kat Melaka ni. Cuma last two days, aku dapat ilham nak masak Mee Hailam untuk family. Suami aku belikan rencah dan bahan-bahan nak masak...tupun kuah banyak tak habis. Rasanya hari aku bercuti saja aku boleh masak, memandangkan I am a working / karier woman...sure keletihan dengan field kerja aku yang tak menentu.

Kerja? Well...hari ni hujan cats & dogs kat Melaka, lagi membuatkan mood aku down..nak tackle cases kat dalam kawasan pun malas. Hari ni pagi, sementara orang-orang yang tak berpuasa tu menjamah makanan yang di order, kitorang tranquilise Nicky untuk dipasangkan ID Transponder bernombor 00-0689-DE49 ( Trovan ) dan mengambil ukuran.

Okay la..rasanya cukup untuk Mood Di Bulan Ramadhan..Take Care everyone...Cherio!



Tuesday, October 11, 2005

BERTAKHTA DI HATI

~ Insan-insan yang bertakhta di hati~

Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Dipisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat lihat
Sinarnya menyala
Lihat lihat
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta di hati

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu siapa
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan
terhadapmu
Biar digugat
Biar dicabar
Biar dihalang

Vokal : Faradhiya

Saturday, October 08, 2005

DUGAAN BULAN RAMADHAN






Apa perasaan anda semua bila melihat gambar-gambar berikut di Bulan Ramadhan? Hmmmm....sedapnya...terliur aku melihatnya!
Gambar-gambar tersebut telah dikirimkan oleh seorang kenalan...Cisss!!
Apa menu untuk dimasak pada petang ni?Aku dah kehabisan idea untuk memasak...maklumla..malam ni & esok kerja lagi untuk Zoo Malam. Nampak gayanya, terpaksa la beli kat pasar-pasar Ramadhan yang berhampiran. Sahur? Nasib baik la suamiku tak cerewet untuk masakan sahur. Semalam, aku hanya buat Telur Masak Kicap & Sayur Bayam je..boleh la makan unttuk lapik perut. Satu petua yang diberi oleh seorang teman untuk kekal bertenaga dan tidak berasa lapar giler adalah....MINUM SEGELAS SUSU TEPUNG semasa bangun sahur. Kenapa? Tak percaya? mmmmm...PERCAYALAH.. Even orang gaji aku yang ada penyakit Gastroenteritis ?/ gastrik boleh mengerjakan ibadah ini dengan hanya minum segelas susu pada waktu sahur...Kalau susu tepung yang aku bekalkan habis, susu tepung anak aku, Nespray 3+ pun di belasah semacam jer...hehehe
Okay la..diluarnya, hujan rahmat turun selebat-lebatnya membasahi bumi Melaka. Aku? Nak teruskan kerja-kerja yang terbengkalai...
Take Care everyone & Cherio!

Wednesday, October 05, 2005

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK


Diam tak diam dah masuk tahun Hijrah yang ke 1426..mmm...begitu cepat masa berlalu sekarang.Hari ni, Hari Kelepasan Am bagi Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Hari ni juga aku kena duty kat klinik.Iskh....

Pagi tadi, lauk sahur hanya ayam masak sos dan a bit sayur . My orang gaji uzur.....so, dia boleh take care makan minum anak-anak aku. Know what I mean? Tau tak per...

My husband dah kena tukar Unit semenjak naik pangkat ni...dia kena masuk Unit Kurator and take care under Hoofstocks. ni la susah..sat gi nak kena berkomunikasi through walkie-talkie..kang terbawak-bawak lak panggilan kat rumah dalam set tu...bahaya tuh!! Hehehe...Nak marah pun susah...tapi the positive part lak..senang bercuti.

Nak tulis panjang pun tak larat...mata pun dah kuyu..perut pun dah berbunyi....well...almost 3/4 of the keeper here in the Zoo TAK POSA...Iskh...tak malu dan tak tahu malu...makan di depan orang posa...kalau Jabatan Agama ambush kat Zoo...semuanya kena naik KERETA JENAZAH...baru padan muka depa! Yang paling dahsyat.........................................kepala dan tukang beli makanan adalah seorang dari negeri yang terkenal dengan nama Serambi Mekah..dan terkenal dengan keagamaan nya...iaitu negeri Kelantan!! Malu!! Dah tu si ketua ni dah berfamily...nanti aku interview bininya...apa perasaan dia bila tahu laki dia tak posa?...

Well...got to go...waiting for Aida's e- mail yang dia janji nak hantar...
Take Care, Selamat Berpuasa semua....& Cherio!

Sunday, October 02, 2005

PULAU SINGA BESAR

Hi again...just got back from Pulau Singa Besar , Langkawi, Kedah. After 4 days, finally I managed to come home. Letih tak yah cakap ler..journey jauh.Went there untuk hantar Burung Merak Biru ( Pavo cristatus ) 2:8:0 untuk pembiakan kat sana....and also to introduce ke hutan. Kat sana, kitorang dari Zoo Melaka kena buat all the furnitures and also hiding place plus the enrichment. Dah la kena naik speedboat for about 10 minutes and the weather tak elok langsung. Bayangkan, stranded kat tengah laut akibat hujan lebat & boatman hilang panduan!! Apa yang main kat kepala hanya nak cari tempat landing or pulau berhampiran untuk selamatkan diri!
Shopping? Well...actually tak de apa yang best sangat kat sana.Perabih duit lagi ada la and the cost of living there too expensive. Boat je dah RM 18.00 from Kuala Kedah to Langkawi.Tu belum masuk mana-mana tempat perlancongan. Nak masuk Underwater World pun RM 38.00 per adult & RM 22.00 per children.Bayangkan kalau ada 6 orang anak? Sekurang-kurangnya nak pi Langkawi, seseorang kena sediakan at least RM 2000 untuk berbelanja kat sana.Now everything kat sana berbayar...As for me, kitorang masuk Underwater World dengan berpakaian sukan dan berselipar jepun je...baru lepas buat kerja kat Pulau Singa Besar. On thing famous there adalah Gamat...tak ketinggalan juga all those shirts & chocolates...hmmm...YUMMY! I borong Toblerone 400 gms...3 for RM 10.00. Yang tak leh tahan..those yang nak kirim...just kirim air liur je..like my neighbour...Bila dah serah barang yang dipesan..not COD but after 2 weeks baru dibayar!!Tension!
Balik dari Langkawi, kena demam panas dan selsema akibat main hujan banyak sangat! Tadi, baru balik dari jumpa doktor sebab dah tak tahan sangat. Telan Panadol Actifast pun tak jalan! Kena la RM 40.00 untuk ubat! Rasa nak pengsan pun ada...Sampaikan my husband kata..panas badan I hingga berbahang & dia juga turut terasa bahangnya!
Kena kerja these weekends sebab takde orang nak ganti...Regarding Budget 2006, sedih sebab I tak dapat COLA sebab I duduk di kuarters...RUGI besar!!
Well...got to go...
Take Care everyone!
Cherio!