Tuesday, June 30, 2009

Family Outing @ POOL


Hari Ahad ( 28/6/09 ) yang lepas, me & hubby decided nak bawa bebudak outing. Dah lama tak bawak depa semua mandi swimming pool. Diorang pun bila dengar nak pi mandi pool, baru nak ikut / dengar cakap kita. Kalau idak ... sampai nak kuar tekak pun diorang buat deekkk jer!

Kitorang pi mandi kat Swimming Paradise Malacca iaitu untuk ahli-ahli Leisure Holidays. Rasa tak rugi lak jadi ahli & bayar RM 11K untuk 30 tahun. We can make use of their facilities anytime.

This was the first time for Mira untuk mandi pool. Masa pi Port Dickson tempohari , dia masih kecik & terkujat sebab kena rendam ... apa lagi, meraung la! Tapi bila dah setahun ni, dia lagi suka main air, especially bila abang-abangnya tunjuk cara macamana nak kocakkan air & splash pada orang lain. Habih basah mama dia walaupun tak masuk ke pool!

As for Amir & Adib, one thing I noticed, Amir dah tak takut & dah taknak guna life jacket yang dia selalu pakai masa gi pool. Maybe dia dah rasa dia besar kut! Adib still wearing his jacket masa masuk pool although he's quite a swimmer berbanding ngan Amir. We all mandi tak lama sebab dah senja. Maybe we will have that outing again masa Najib balik weekends nanti & kalau takder program lain untuk family.

Imas ( the maid ) taknak gi join masa gi pool ... dia ni quite shy . Kalau ramai orang lagi tak tentu arah dibuatnya ... so, she decided nak stay at home. When we came back home, dia dah siap masak or panaskan lauk. Almaklumla ... bebudak kalau lepas mandi pool memang kebulur giler! We bought some food masa on the way back from pasar malam & the food was almost finished when we got home. Lapar betul anak-anak aku! ( including mama & abahnya! hehehehe ...)

Okayla, next time I story again .... till then, back to real life ... berpijak di bumi nyata!
Take care & cherio!

Latihan Menembak di Lapangsasar Bukit Kangkar, Muar. Johor


Latihan menembak bagi anggota PERHILITAN & Zoo Melaka telah diadakan pada hari Sabtu ( 27/6/09 ) lepas di Lapangsasar Bukit Kangkar, Muar, Johor. Latihan telah bermula seawal jam 9.00 pagi dengan kerjasama Unit Persenjataan IPK Melaka Tengah , yang diketuai oleh Sarjan Idris. Pada hari tu, kitorang merefreshkan memories tentang cara-cara nak handle senjata api yang fully loaded ngan peluru hidup. My target pictures? Hmm .... bagi acara senapang patah, target kena merata termasuk kat tengah kepala dan juga dada.Tak kurang juga yang kena pada bahagian kaki. Bagi kategori pistol, kitorang merasmikan pistol P99 yang baru diperolehi oleh PDRM dengan peluru .09 mm calliber . Acara tembak guna pistol adalah favourite aku, aku dapat 2 bulls dan hanya 1 tersasar . Kitorang dibekalkan dengan 12 butir peluru seorang. Walaupun ditengah panas terik, aku tetap bersemangat. Aku BAYANGKAN target-target tu seperti orang - orang yang aku benci. Kalau direalisasikan ..., maunya aku duk kat penjara! Nauzubillah !! Walaupun aku benci kat seseorang tetapi aku masih boleh berfikiran WARAS seperti seorang yang terpelajar! Aku professional babe! ( perasan lak!! hehehehe .....)

Latihan menembak habis dalam jam 2 ptg ... siap disupplykan lunch lagi! Balik rumah, penat giler! Dengan armpit swollen dek penggunaan senapang patah tadi. Nasib baik tak dibawa M16 sebab kat lapangsasar tu jaraknya jauh lebih dekat dari lapangsasar kat IPK Bukit Beruang. Macam-macam karenah orang dapat dilihat sepanjang latihan dijalankan. Dapat tau juga dalam Bulan November maybe ada satu pertandingan menembak kat situ. Seronoknya!! Maunya idak, yang lepas adalah latihan tergempak yang pernah diadakan ...

Okayla, will update later on.Till then, take care & cherio!

Tuesday, June 23, 2009

Update ... oh .... Update ....


Hi all ... quite sometimes juga I tak update ini blog. After all that happens ... since I think right now my blog duk dipantau, so I kena berhemah sikit dalam penulisan blog ni. Kang paaanaaassszzz .... sampai pencen panasnya!

Well, takder apa yang menariknya sekarang. Cuma a bit busy with work yang tak sudah-sudah & meeting yang berlambak-lambak! Maeeting Agung Koperasi Murni hari Khamis ni ( 25/6/09 ) .. jatuh lak masa birthday Nur Amira Najwa yang setahun. Kalau ikut hati, nak amik cuti jer. ... nak tenangkan fikiran yang sarat! STRESS GILER! Kalau ikutkan , hari ni my suhu badan je dah 37.6 Celcius. Tadi, balik kejap telan ubat. Nak tido je rasanya! Masa meeting tadi pun tak tumpu perhatian sangat!

Okay la. Enough update kali ni. Nak kena sambung keja semula. Internet pon baru ada.
Till then, take care & Cherio!

Tuesday, June 16, 2009

HIPOKRIT vs JUJUR

Hari ini aku terpaksa menjadi seorang hipokrit demi untuk menjaga reputasi seseorang yang bergelar INSAN ... demi menjaga reputasi dirinya , aku diarahkan men"delete" post luahan hati aku yang lepas, walaupun dalam keadaan terpaksa. Luahan tersebut represent kejujuran .... AKU TAK SUKA BOHONG ORANG & AKU JUGA TAK SUKA DIBOHONGI! Mak aku pesan kat aku, sejak dari kecil lagi ... " Wahir, tipu atau bohong hukumnya adalah BERDOSA ... orang berdosa akan masuk NERAKA bila depa mati nanti " Jadi, Lu pikir la sendiri ...! Kalau sesiapa minta pendapat aku, aku berikan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Kalau aku tak tau , aku cakap taktau ataupun aku akan cuba cari jawapannya ... AKU TAK SUKA HIPOKRIT!

Apa yang aku tenung, renung dan tengok ngan mata kepala aku sendiri, ramai manusia sekarang sanggup menjadi pengampu ... or dengan kata lain sekarang ni " pemasang air-conditioner " demi untuk mencapai apa yang mereka mahu di dalam hidup, tak kira pangkat ke ... darjat ke ... yang penting, depa dapat apa yang depa nak ... bergantung kepada berapa horsepower air-conditioner yang depa gunakan. Lagi besar hp , lagi besar peluang yang ada. Ramai orang berada di belakang aku, menyokong aku, membantu aku di kala aku memerlukan mereka. Terima Kasih yang tak terhingga aku ucapkan! Sokongan kalian membuatkan aku berasa lebih bersemangat untuk teruskan perjuangan hidup aku.

Nasihat aku kepada mereka di luar sana .... BERHENTI lah jadi kaki ampu ... kalau sudah tertulis oleh ALLAH bahawa rezeki itu kita yang punya , orang lain takkan dapat merasakan rezeki tersebut. Takyah la pasang air-conditioner tu ... bazir tenaga, wang ringgit & juga air liur!

Kalau ada sesiapa yang terasa semasa membaca posting aku yang lepas, aku minta maaf ... bukan niat aku nak jatuhkan maruah sesiapa atau malukan sesiapa tetapi itu adalah luahan hati aku yang sebenar ... bukan selalu pun aku luahkan begini. Yang biasa-biasa , aku kena marah atau kena tegur oleh siapa-siapa ... aku simpan je dalam hati. Tau jer la, siapa aku untuk melawan ... aku ni "KULI" jer. Kalau tak ikut cakap, nanti aku dikenakan hukuman!

Aku letih ni ... banyak mende nak kena fikir, buat dan juga handle. Sampaikan anak-anak aku pon selalu gak ditinggalkan walaupun mereka TETAP UTAMA dalam hati aku.
I LOVE YOU ALL!

Dah, aku nak balik lepas seharian memandu kereta. Nanti aku update lagi!
Till then, STOP JAGA TEPI KAIN ORANG LAIN ... take care & cherio!

Saturday, June 06, 2009

Balik Kampung .... KULIM 8-12/6/09


Hi all,

Ni nak habarq mai yang kitorang akan balik kampung sempena cuti-cuti skolah lusa. We are heading to my hometown at KULIM from 8-12/6/09. Bukan apa, kesian kat the kids yang tak pi memana pun cuti ni. So, decided nak balik utara sebab, dah balik Pahang cuti Hari Guru tempohari.

Kitorang akan gerak dari Melaka Hari Senin, 8/6/09 sebab, hari Sabtu & Ahad tu I have to work. Kebetulan kena lak masa minggu I supposed to be the Duty Officer kat Klinik. Lagipun, my sister from KL nak datang jenjalan kat Melaka & will be staying at my place.

Anything new? Hmm ... I dah cool down a bit dari kepanasan hari tu BUT still kalau ada yang trigger akan meletup lagi sekali.

Okayla ... nanti balik dari cuti, I will update lagi.

Till then, take care & cherio!

Monday, June 01, 2009

Ops. Panther 27-28/5/09 di Felda Kota Gelanggi 3, Pahang


Went to Felda Kota Gelanggi 3 for a ResQ on 27-28/5/09. It was a male Black Panther
( panthera pardus delacouri ). Estimated weight for him is about 45-52 kgs. Its age is estimated at 6-7 years.

Journey bermula pada jam 8.00 malam dari Melaka ke Jerantut. By the time kitorang sampai Jerantut pada jam 12.30 pagi, hujan renyai ke arah hujan lebat. Sepanjang malam hujan ... berbuih mulut berdoa agar masa operasi esoknya dah tak hujan. Kitorang bermalam di Hotel Sakura Castle Inn kat bandar lama Jerantut. Boleh tahan la biliknya ... 3 ke 4 biji hotel kitorang tanya untuk bermalam, tapi semuanya fully booked. Nasib baik kat hotel ni masih ada bilik kosong .... kalau idak, tido dalam keta la jawabnya.

Operasi sepatutnya bermula pada jam 10.30 pagi, tetapi terpaksa ditunda ke jam 12.30 tengahari kerana orang Pahang ada hal di sebelah pagi. Menunggu diorang pon dah 2 jam di Pulau Tawar. Kenapa tak gi sendiri ke site? Hmm ... macam la kitorang tahu tempatnya!

Terkujat sekejap masa nak gi resQ ... rupanya , perangkap tu dipasang jauh ke dalam ladang kelapa sawit Felda Kota Gelanggi 3. Kitorang kena masuk OFF ROAD sejauh lebih kurang 25 km. Dah tu, bayangkan kalau off road lepas hari hujan? Hmm ... berlemoih ( cakap orang utara! ) jugak la keta kitorang. Oh ya ... kitorang pegi naik Jimny & Hilux je. Nasib baik la aku tak mengandung ... kalau tak, mau terberanak aku dalam keta sebab jalannya ... nauzubiLLah punya jalan ... berbatu-batu & berlekuk-lekuk! Sampai kat site, bebudak ladang dah penuh kat area perangkap dipasang. Rupa-rupanya , perangkap tu dipasang berhampiran dengan sebuah kandang penternakan kambing.

Panther tu terpaksa di sedate untuk angkut keluar dari perangkap. Aku gunakan Zoletil 100 je. Perangkap lak atas bukit, so, terpaksa angkut turun & buat mende-mende yang sepatutnya dibuat semasa resQ seperti masukkan transponder ( IC binatang tu! ), ukur panjang, tinggi, dan badan panther tu serta ambil sampel darah & bulu untuk DNA cryotyping. Renyah ... tapi bagi orang yang tak biasa akan kata kitorang seronok gi jenjalan tempat orang. Kitorang hanya pergi berempat je sebab ni resQ haiwan saiz sederhana. Kalau resQ tapir, memang kitorang kena gi ramai orang sebab nak mengangkatnya bukannya ringan. Rata-rata berat tapir adalah antara 200 kg ke 250 kg. Pewai jugak la kalau nak harapkan orang zoo je! Balik dari resQ panther ni pun pewai .... journey yang jauh membuatkan badan lagi letih!

Sepanjang perjalanan kitorang bawa slow je. Panther tu pun sedar dari sedation dia about 1.5 jam. Kitorang berhenti kat Petronas Serting untuk isi minyak kenderaan dan juga nak mandikan panther yang bergelumang ngan lumpur tu.

Sampai balik ke Zoo at about 6.15 pm...debuk debik nak turunkan binatang dah dekat jam 6.45 pm. Balik resQ, aku kena tunaikan janji aku ngan anak-anak lak ... gi amik basikal depa yang dibaiki kat kedai. Najib lak, sampai balik dari kursus malam tu .... dia gi kursus Bahasa Inggeris kat IBD selama 5 hari, bermula Isnin 25/5/09. Seronok diorang dapat mendalami English ... ni dia dah balik JB.

kitorang mungkin bercuti, balik kampung kat Kulim,Kedah dari 8-12/6/09. Bukan apa, nak bawa anak-anak balik kampung ... Mira? dah nak dekat setahun dah umur nya. Time ni dia mula nak ringankan badan ... berak cair la ... demam la ...pening kepala aku!

Okay la, aku stop kat sini .... next time kalau ada citer menarik, akan dicoretkan lagi.
Till then, take care & cherio!

Friday, May 29, 2009

Hasad Dengki, Jealous & Iri Hati

Ni la sifat yang ada dalam diri manusia lately ... sifat-sifat yang tak pernah lari dalam diri depa. Depa ni dengki kalau nampak orang senang, jealous bila tengok orang lain hidup bahagia & iri hati dengan pencapaian dan sokongan orang lain terhadap orang yang di dengki. Iskh ...

Untuk yang dah mendengki dengan coretan aku ni, ada satu clause yang aku nak korang baca :

" BLOG ni Blog AKU! Apa yang aku coret kat sini adalah perasaan AKU! Aku nak luahkan macamana , itu adalah HAK AKU ... hanya AKU yang berhak atas BLOG ni. Kalau korang tak puas hati dengan blog ni, lebih baik jangan baca ... buat tambah sakit hati bakper ... baik korang buat keja len yang lebih berfaedah! " Kalau tak puas hati dengan aku dan blog aku, jumpa aku direct ... ada aku KACAU periuk nasi korang? Ada aku sebut nama korang? Takder? So ... LEBIH BAIK DIAM dan JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG LAIN !! Ingat ... jaga tepi kain sendiri yang dah koyak tu dari dok jaga tepi kain orang lain. Ikut suka AKU la nak buat apa ... bukannya kacau korang pon!"

Sebelum aku mengamok dengan lebih jauh, baik korang diam ... toksah dok bawa masuk meeting ke ... apa ker ..... sebab aku tak kacau korang. Kalau ada yang terasa hati tu : SIAPA YANG MAKAN CILI, DIA LA YANG AKAN TERASA PEDASNYA! So,
Please leave me alone. Ni BLOG aku ... sukati aku!

Till then, take care, mengucap bebanyak ... & Cherio!

Wednesday, May 06, 2009

Mama ..... Selamat Hari Ibu!


Bila dahaga, yang susukan aku .... mama
Bila lapar, yang suapkan aku .... mama
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku ..... mama
Kata mama, perkataan pertama yang aku sebut .... mama
Bila bangun tidur, aku cari .... mama
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mama
Bila nak bermanja, aku dekati .... mama
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah .... mama
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya .... mama
Bila nakal, yang memarahi aku .... mama
Bila merajuk, yang memujukku cuma .... mama
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah .... mama
Bila takut, yang tenangkan aku .... mama
Bila nak peluk, yang aku suka peluk .... mama
Aku selalu teringatkan .... mama
Bila sedih, aku mesti talipon .... mama
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu ..... mama
Bila bengang .. aku suka luahkan pada .... mama
Bila takut, aku selalu panggil ... "mmaaamaaa! "
Bila sakit, orang paling risau adalah .... mama
Bila nak exam, orang paling sibuk juga .... mama
Bila buat hal, yang marah aku dulu .... mama
Bila ada masalah, yang paling risau .... mama
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni ..... mama
Yang selalu masak makanan kegemaranku .... mama
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan buah-buahan, lauk pauk & duit ..... mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku .... mama
Yang selalu berleter kat aku ..... mama
Yang selalu puji aku .... mama
Yang selalu nasihat aku .... mama
Bila nak kahwin .. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk ..... mama

SELAMAT HARI IBU, MAMA!

Sunday, May 03, 2009

Ops Tapir di Kampung Gajah Mati, Jamaluang, Johor

Pada 29/4/09 jam, 11.00 mlm, iaitu sejurus selepas citer CSI VEGAS ... aku terima panggilan telefon dari Halid ( Ketua Projek Jamaluang ) yang mengatakan ada tapir kena resQ di Kampung gajah Mati. Giler ke ... jam 11 malam lak tu! Mana nak meraba orang nak ajak pi sana! Last-last aku minta dia call bos aku. Bos baru aku ni cerewet sikit. Aku taknak lak dikatakan pekerja yang tak hormat bos. Cara bos baru ni AMAT BERBEZA dengan bos lama ( Mantan ).

At 8.15 am keesokannya ( 30/4/09 ), aku dah bersiap sedia nak hantar anak2 bulu aku masuk wad kat Hospital Veterinar, bos tipon aku. Dia minta aku tangguhkan ke UPM & gi resQ tapir kat Jamaluang. Katanya bos Johor dah tipon dia. So, aku terpaksa take lead untuk pi resQ ni. Bos nak tengok senarai orang yang akan pi & nak tau kenderaan mana yang nak digunakan untuk operasi ni. Mana nak kumpul orang, cari crate, baiki crate ( ada rosak skit ) dan cari kenderaan. Aku malas sebenarnya nak pi sebab AKU BUKAN PEGAWAI VETERINAR!. Untuk kes resQ tapir ni, aku kena guna Immobilon ( sejenis morphine-based yang merbahaya! ) dan yang authorised utk guna hanyalah Doktor Veterinar! Ni la susahnya kalau kat Zoo ni takder Pegawai Vet. Aku buat keja free tanggung kerja Peg. Vet & untuk operasi, kalau la terjadi insiden yang tak baik, aku boleh mati katak jer! Anyway, disebabkan atas rasa tanggungjawab dan kesian kat haiwan Zoo, aku tawakkal jer la!

Aku gerak dari Zoo dengan lagi 7 orang team aku ( termasuk driver - aku pandu pajero & driver pandu Hilux! ) jam 11.00 pagi. Kitorang sampai ke lokasi jam 3 petang. Lokasinya dalam kebun kelapa sawit & bersempadan ngan belukar. Tapir tu tak isolated, bebas cuma kurang gerak sebab dia ada banyak buah-buahan kat kawasan tu & tapir tu juga cedera , berkemungkinan ditembak di belakangnya. Mungkin pemburu haram, guna Bulk Shot , sebab ada 2 lubang kat situ ... siap ada ulat lagi!Lupa lak nak bagitau, tapir tu Betina ... age lebih kurang 4-5 tahun. Perjalanan untuk dart ada la lebihkurang 200 meter dari jalan kelapa sawit ke dalam belukar. Kalau boleh di selamatkan manually , lagi aku suka sebab tak payah guna tranquiliser! Dalam keadaan cenggitu, aku gunakan hanya 0.3 ml Immobilon sahaja ( pure ) & tapir tu tidur ... senang team aku nak angkat masuk tong. Guess what! Berat tapir tu adalah 253 kg! Berat giler!

Settle semua kerja dalam jam 6.30 petang. Break sekejap untuk minum , makan & solat kat Felda Nitar 2. Gerak semula jam 7.30 mlm untuk balik ke Zoo. Tapir tu dah sedar tetapi disebabkan hepatic cycling, dia masih laloq masa kitorang gerak balik. Perjalanan amik masa 4 jam, nagn trellar panjang banyak kat laluan Kahang - Kluang ..... tension betul!

Sampai Zoo jam 11.00 malam ... Baru noticed, semua event berkaitan jam 11. Settle turunkan tapir tu dalam 11.30 malam. Penat giler! Dah la tu, minggu ni minggu kerja lak tu. Badan exhausted tahap cipan ni!

Ok la, nanti update lagi. Till then, take care & Cherio!

Thursday, April 23, 2009

Sukan MNRE & MEWR di Singapore


Just got back dari Sukan Persahabatan antara MNRE dengan MEWR di Singapore last Sunday. Bermalam di Hotel New York, JB, Pepagi Sabtu ( 18/4/09 ) gerak ke Singapore. We all stayed kat sana the whole day. Lewat tengah malam, after grand dinner baru balik ke JB semula.

Acara Sukan apa? Hmmm ... I represent NRE & Malaysia untuk Bowling. Takder la terer sangat tapi boleh la tergolong dalam top 10 in ranking. Score? Tak banyak ... purata dalam 120 - 160 jatuhan pin se-game.

Balik dari sukan, letih giler. Sampai Melaka at noon , kebetulan Najib baru balik dari Hutan. I minta dia fetched me up kat R&R Ayer Keroh. Hari Isnin, amik emergency leave sebab dah tak daya nak bangun. Sakit satu badan & juga pinggang. Hari Selasa, workloads berlambak kat klinik.

Amira lak, dah tau I dah balik, dia refused nak didukung oleh bibik. Menjerit-jerit bila suruh bibik amik. Nasib baik ngan abah dia ok.

Internet kat Klinik ingatkan dah settle ... HAMPEH! Satu apa pun lum buat lagi. Kata nak modified sambungan BUT nothing happened! Ni pun update guna PC Peg Vet. Nasib baik la Pegawai Vet tu lum ada yang masuk lagi!

Ok la, enough dulu. Malam ni ada bowling tournament suka-suka antara pekerja Zoo kat Mahkota Parade. Siap ada hadiah lagi tu .... Need to rest sebab nak fight malam ni.

Take Care!

Wednesday, April 15, 2009

SPKG 11-12 April 2009 MRSM Beseri

Been to MRSM Perlis for the above event. Seronok dapat jumpa kengkawan lama. Banyak stories yang nak diceritakan. Sanggup amik cuti semata-mata nak ke sana.

Been with the juniors from batch 24. Terasa tua lak sebab aku dulu dari Batch 7. Ramai seniors and superseniors yang aku tak kenal BUT kitorang boleh gather & make this event very the Happening! Tahniah untuk kitorang ....

In 2010, 3rd April ( purposal ) MRSM Perlis akan menyambut Jubli Peraknya ( 25 tahun ). Masa ni kitorang akan sambut besar-besaran. InsyaAllah kalau takder aral melintang, aku akan hadir.

Pada hari perasmian, kitorang kena nyanyi lagu maktab, which is aku dah tak berapa ingat dah! But at last, aku recall sendiri lagu tu. Pastu lagu topten, Warisan pun kena nyanyi. Malam tu, aku bermalam di rumah Syaf, bersama-sama Wawa. Kitorang dinner kat Kuala Perlis ( ikan bakar laa...!). Kalau nak tengok gambar, sudi-sudilah jengah kat Facebook aku.

Actually internet kat klinik masih takder, due to kemeltupan adapter wireless.Ni pun aku hijacked PC Pegawai Vet.

Okayla..nanti aku update lagi. Till then, take care & cherio!

Sunday, April 05, 2009

Update yang tak Lengkap!

Hi ALL,

Coretan ini adalah sekadar update tetapi tak lengkap.Nanti akan dilengkapkan bila internet kat Klinik aku dah ok semula.Upload gambar pun lepas internet ok sebab ni aku tumpang PC Peg Vet yang kosong. Nasib baik dia ada wireless.

Kitorang balik dari bercuti di Langkawi pada 18/3/09. Pastu lepak kat Kulim sampai Sabtu. Hari Ahad lak, aku dipanggil untuk bertugas sebab ada beruang yang collapsed kat sangkar. Aku masuk tugas dari 9-12 tghari je.Tak kose aku nak lelama!

Masa kat Langkawi, aku gembira tengok anak2 aku enjoy. Kitorang gi Cable Car, Oriental Village, Bird Park UWL dan jenjalan pekan Kuah. Hotel? So far aku puas hati walaupun apartment 2 bilik tu bayarannya agak mahal iaitu RM 300 semalam.Dah tu air-conditioning kat bilik utama lak buat hal .... gas habih! Tapi overall ... makanan & layanan ok! Pool dia by-the-sea, memang lawa pemandangan. Sepanjang kitorang kat sana, time tengahari je, hujan ribut kat pekan Kuah. Tension betul! Managed untuk jumpa kengkawan aku, Ariati, yang keja kat UWL. Pastu dengan effort sikit, aku pi jumpa lak kawan aku yang dah lama tak jumpa ... she was my ex-schoolmate masa di SNC , iaitu Dr REET KAUR SANDHU. Masa tu dia ada Kursus Induksi KKM di Aseania Resort. Aku tengok maid aku pun enjoy sebab ni dia punya first time pi Langkawi. Aku sampai balik kat rumah Kulim at 12 midnight. Yang lambat tu bukan apa, Najib jumpa kawan dia kat Perlis .... siap ajak makan malam sekali!

Nanti aku upload gambar, tapi tak semua laaa .. sesiapa nak tengok banyak lagi, pi la tengok kat FB aku. Maybe aku akan upload semua gambar percutian aku tu.
Last week, aku amik periksa PTK lak kat IBD. Aku tido kat rumah MIL aku. Balik dari situ, Najib lak ada Periksa Khas dan pastu dia kena masuk hutan dari 8-18/4/09 kat Taman Negara Pahang untuk kawalan kuatkuasa.Tinggal la aku & anak-anak kat Melaka. Dia balik pun nanti masa hujung bulan.

Okayla ... enough untuk update sesikit.Lenkali tulis lagi.

Till then, take care & cherio!

Thursday, March 12, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA dari 14-21 Mac 2009


Dear Readers ....
Aku akan balik ke Kedah dan daerah-daerah yang sama waktu dengannya dari 14-21 Mac ni. Oleh yang demikian, amatlah susah untukku mengabdikan diri kat CC kat memana untuk update blog ni.Dengan intu, kepada reader-reader yang berkenaan dan yang berhajat nak buat appointment ngan aku ni, sila tipon mengikut nombor-nombor yang telah aku kasi pada korang ... ( perasan orang nak jumpa la konon! )

Sementelah itu, aku juga akan menghala ke arah Langkawi untuk percutian family aku ( family Vacation ) yang julung-julung kali dapat aku adakan buat anak-anak aku yang tersayang. Aku akan stay kat Bella Vista Hotel & Apartment dari 16-18 Mac.

Okay la ..... nanti aku updatekan tentang percutian kami di dalam blog kesayangan ini. Ini termasuklah update ngan gambar-gambarnya sekali.

Till then, take care & cherio!

Saturday, March 07, 2009

What A Busy Mommy!


Been busy with work sampai Amira demam pun tak alert! Amira demam sepanjang minggu lepas , nak tumbuh gigi kut punya pasal.Asyik nak menggigit orang dan asyik merengek je ... Dalam bulan Mac je dah 4 kali gi Bright Child Specialist.Start ngan batuk, then selsema, then demam ... macam-macam lagi la! Si Adib pun sama, batuk tak sudah-sudah.

Just came back dari Klinik , Mira kena amik nebuliser. Dah 2 hari dah sebab phlegm banyak sangat kat peparu dia. Berpeluh mamanya & bibik ! Dia punya ronta, kalah abang - abangnya dulu.But Alhamdulillah, dia dapat finish the course.

Kat Zoo pulak, memacam aktiviti depa buat ... excluding my routine job. Pengarah baru pun masuk last week. So far, he is very the gentleman, softspoken man.Kengkadang tu rasa macam nak pakai hearing aid pulak sebab dia cakap slow giler! Tapi, he is a nice man. Dah kenal dia even before I kawen, masa tu dia Penguasa Taman Negara Kuala Tahan, Pahang ... Luckily dia masih ingat!

Okay la, nanti tulis lagi. Till then, take care & cherio!

Thursday, February 26, 2009

10 ciri-ciri TUA !


Credit to Mazwin , a friend keja kat Zoo Taiping. Citer dia cenggini ....

1. Dulu, kalau nak membaca ... dari jauh pun boleh baca.
Sekarang dekat2 tak nampak .... kena jauh-jauh sikit.

2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr! !!! Masuk ..... !! !
Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat- dekat, pelan-pelan lepas ... baru masuk ...

3. Dulu, masa tidur menhadap muka...rapat- rapat,
Sekarang berlaga punggung saja ... itu pun dah kira rapat sangat dah tu ....

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi ( dalam kereta ke, handbag ke ... ),
Sekarang, bawa juga ... tapi minyak angin la ...

5. Dulu, pakai baju mesti sama ... sama color, sama design, sama brand .... sedondon ...
Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la ...! "

6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron tudung ... pakai tudung ....
Sekarang, "Alah...you pakai yg " wrinkle free" tu je la....! " ( dlm hati ... macam la
ada orang
nak tengok dia...hiyyyy! !! Malam tadi tak mau nak gosok ... lembab!! )

7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping,
Sekarang ... tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS ..."Lama lagi ke? " "Apa aje yg you cari ni ...?"

8. Dulu, hebat ....!!! Sebulan sampai 12 kali ...,
Sekarang, kalau dapat 12 bulan sekali pun kira hebat juga ...

9. Dulu, menunggu pun dah keras ....
Sekarang, menunggu nak keras ...

10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh , suruh buka ... jgn pakai apa-apa.
Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka juga ... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boley ke...?"

Well...although ianya a bit 18SX, ada betulnya ... Betul tak?

Have a good days ahead! Take Care & Cherio!

Thursday, February 19, 2009

JOKES for today ...

Just for laugh. Got this article from isuhangat.com. Here it is .......

Marriage Life Before and After !!

Before marriage.
Darling here.. Darling there...
After marriage.
Baling here... Baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you. "
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . Up to you .

Before wedding
You are my heart, you are my love"
After wedding
"you get on my nerves. "

Before wedding
"you are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding
"you are worse than godzila"

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or biawak


Erkk ... betul ke?

Monday, February 16, 2009

HUBBY oooo HUBBY!!


Gambar kat atas adalah gambar husband tersayang aku ..... coretan ni bukan nak mengata atau memburukkan suami tapi sekadar LUAHAN HATI ...

Tak dinafikan aku memang amat sayangkan hubby aku ni. Dia la husband aku dunia akhirat! Dia juga seorang bapa yang penyayang bagi anak-anak aku yang 3 orang ni .... Akan tetapi, aku merasakan semenjak dua menjak ni dia semakin jauh dengan keluarganya
( kitorang kat Melaka ni la! ) . Taktau la pasai apa aku rasa gitu ... maybe sebab dia dah jarang balik mingguan kut! Kalau balik pun sekejap je atau ada hal tertentu. Macam minggu lepas, dia balik sebab ada latihan untuk sukan jabatan. Boleh dikatakan dia begitu attached dengan kengkawan dia pada hari Jumaat & Sabtu tu. Makan malam pun bersama kengkawan dia. Kalau dikira dengan jam, hanya lebih kurang 4 jam je dia bersama aku & anak-anak. Bayangkan, anak-anak dia sanggup tunggu dan tak tido semata-mata nak tunggu abah ... Minggu sebelum tu ( minggu birthday aku! ) dia tak balik sebab katanya ada kerja luar iaitu rondaan, walaupun masa tu Johor cuti Thaipusam. Aku tau, memang la dia cari rezeki untuk keluarga ... Sepanjang malam aku menangis ... sedih ada ... geram pun ada ... Minggu depoan dia dah beritau dia tak balik Melaka sebab ada sukan kat IBD Lanchang !

Hari Sabtu lepas, dia ngajak aku & anak-anak ( termasuk bibik! ) dinner kat Luar. Kitorang ke Restoran Sri Percik, Malim. Maybe dia rasa bersalah sebab sepanjang malam sebelum tu aku asyik sindir dia jer.... salah satu projek dia nak pujuk la tu! Biasanya dia tak suka makan kat luar sebab anak-anak dia yang lelaki tu lasak giler! Selalunya aku yang mainkan peranan untuk ajak dia makan kat luar!

Hari Ahad, dia balik ke JB jam 7.30 malam. Anak-anak siap tanyakan bila nak balik lagi .... kenapa abah tak kerja kat Melaka lagi .... Kenapa abah kena kerja kat JB ... penat aku nak menjawabnya!

Okay la, kepada suamiku, ini ada luahan hati isterimu. Ingatla bahawa kami di sini sentiasa menyayangimu ...

Till then, take care & cherio!