Tuesday, December 28, 2010

Penghujung 2010 - Tahun yang penuh CABARAN!


Tahun 2010 hanya tinggal beberapa hari je lagi untuk complete pusingannya ... dikenali dan akan diingati sebagai tahun yang PENUH CABARAN dan DUGAAN buatku. Tahun ini juga memberi rezeki kepada keluargaku dimana Muhammad Afiq Najwa telah selamat dilahirkan sebagai salah seorang penyeri dalam keluarga ini.

Pada pertengahan tahun, aku ditukarkan ke Pusat Konservasi Hidupan Liar ( Seladang ) di Jenderak Selatan, Pahang. Tempat ini bagiku, umpama tempat jin bertendang, memandangkan jauh di pinggir hutan rezab Krau. Alasan pertukaran ini adalah kenaikan pangkat ( apa ada pada pangkat! ) dan aku telah terlalu lama bertapa di Zoo Melaka. Alasan lain pihak atasan adalah kerana adanya seorang Pegawai Veterinar di Klinik Zoo tersebut & khidmat aku sebagai pecacai di sana sudah tidak diperlukan lagi. Aku sedih ... tapi aku redha. Mungkin ada hikmah di sebalik pertukaran ini. Mujur anak-anak aku dapat menyesuaikan diri dalam suasana baru dengan cepat. Alhamdulillah ...

Diam tak diam, Muhammad Afiq Najwa telah berusia 4 bulan pada bulan ni. Alhamdulillah dia sgt aktif ...
Aku dah mula berikan dia makan bubur nasi yang bertapi & diblend kerana dia kurang menyusu. Alhamdulillah juga kerana si kecil ini memahami kesulitan yang dihadapi oleh ibunya. Dia dah takmo minum susu SNOW yang bapak mahalnya .. dia dah beralih ke susu DUTCH LADY yang jauh lebih murah! Terima Kasih Sayang ...

Sayangku pula tidak menampakkan tanda-tanda akan bertukar ke tempat yang berhampiran denganku. Org atasan seakan tidak memahami kesulitan ku ... berjauhan dengan suami tersayang & anak-anak pula berjauhan dengan abahnya. Bukannya tidak ada permohonan dibuat tetapi hanya tidak menampakkan jalannya ... Nampak gayanya aku kena la sacrifice wang ringgit & tenaga aku selagi ada hayatku demi masa depan anak-anak . Ya ALLAH! Kau panjangkan lah umurku demi anak-anak ku yang masih memerlukan mama mereka ini. Murahkankah rezeki kami sekeluarga dan jauhkan lah diri kami dari segala kemungkaran, musibah & gangguan ... Amiinnn..!!

Ok la.. SELAMAT MENYAMBUT 2011 ...

Till then, take care & cherio!

Thursday, December 09, 2010

Cuti-Cuti Malaysia - MELAKA pt.1


Aku dicalonkan as fasilitator untuk " Reptile Veterinary Medicine Training Course" yang bertempat di Zoo Melaka dari 29 / 11/ 10 hingga 2/12/10 lalu. Sebenarnya kursus ni hanya untuk para-para Veterinarians but Dr Sandie memutuskan bahawa Vet juga perlukan AVO untuk membantu dari segi logistic dan seangkatan dengannya. So, kami para-para AVO tegar, telahpun bersetuju menghadiri kursus tersebut. Sedikit sebanyak ilmu tersebut dapat kami serap secara percuma diperturunkan oleh pakar-pakar dari Taiwan dan Hong Kong. Bukan senang orang nak kasi ilmu percuma ... tapi aku tak faham dengan perangai segelintir Vet yang terlalu ego untuk menuntut ilmu ini walaupun pada hakikatnya beliau amat jahil dlm bidang ini. Sanggup pula membayar yuran makan tetapi tidak hadir sepanjang kursus berlangsung. Mujur aku masih ingat selok-belok klinik Zoo macamana ... jadi, taklah malu sangat bila tetamu bertanya. sepanjang kursus berlangsung, aku parkingkan anak-anak aku & bibik kat Apartment Leisure Holidays kat Paradise Melaka ( sebelah Lake Garden Resort ). Kesian lak ... dah la TV kat situ amat buruk siarannya ... Mujur la juga organiser faham aku bawa family , kitorang dikecualikan semasa presentation para-para Vets tu. Buleh la rehat bersama anak-anak & melayan diorang kat swimming pool. My Sayang lak menyusul pada hari Jumaat malam .. sejurus selepas kursus untuk join percutian ini.

Lepas je kursus, kitorang bermalam kat rumah rehat Zoo untuk semalam & memulakan percutian dengan lawatan ke Planetarium Melaka kesokan harinya ... Turut join adalah keluarga warga PERHILITAN Johor yang dikenali dengan jolokan "rombongan Che'Ja". Kitorang checked-in kat Everly Resort, Tanjung Keling pada sebelah petangnya. Aktiviti seterusnya adalah menyerbu Medan Ikan Bakar Terapung ( Restoran Nakhoda ). Ok la makanan kat situ cuma yang tak bestnya , menu ... supposed dibuat 3 hidangan but turned up as 2 hidangan je. Dah la duk kat meja panjang, jenuh nak main pas-pas lauk! BUT Overall, ok la... we all had fun as well as the kids ...

Sunday, masa untuk lawatan ke Zoo Melaka. Kalau dulu celah gigi je bila sebut lawatan ke Zoo, but bila da pindah ni, kitorang dapat rasakan apa yang tourists rasa bila melawat ke Zoo. Well, it's a fun event for those yang jarang melawat Zoo but as for the kids, they enjoyed the scenario. Mujur juga orang-orang Zoo tak sombong dan melayan kami dengan baik. Masa duk kat Melaka dulu, tak sibuk-sibuk nak bergambar dengan gajah kat Zoo. Bila dah tukar ke Pahang ni, baru terasa betapa preciousnya gambar tersebut. Terima kasih kepada Pegawai Bertugas , En Suboh Hassan , kerana me'welcome'kan kami sekeluarga. Ralat juga sebab tak dapat nak round the whole Zoo kerana kami tiba kat sana pun dah lewat & everybody dah pewai sebab mandi kat swimming pool Everly Resort pada sebelah paginya.

Balik dari percutian tu pula, my sis did called me bagitau yang kitorang kena bergilir-gilir menjaga mama kat Hospital as she has to undergo the radiotherapy treatment kat Hospital Penang. Since kitorang ada 4 beradik, and she has to complete 20 cycles ( 4 minggu ), kitorang decided nak bahagikan seminggu sorang. So, nampaknya kena la cuti kat Kulim lak dengan bebudak saja sebab My Sayang dah tak dapat nak bercuti bersama. Apa-apa pun, kena tunggu apa doktor pakar kata bila appointment dengannya esok pagi.

Ok la... enough untuk update kali ni.Next time ( ntah bila kala la pulak! ) aku update lagi.

Till then, take care & cherio!

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA


Selamat Menyambut Hari Raya Qurban ... Sesama la kita berkorban, tak kira dalam apa jua situasi sekalipun.

This year Raya Qurban balik Raya kat Kulim. Kebetulan masa mama operate dulu tak balik. Sure rindu giler kat cucu-cucunya kat sini ....

Doakan keselamatan perjalanan keluarga kami ...

Till then, take care!

Friday, October 29, 2010

Dugaan ..... demi .... Dugaan


Firstly, mohon maaf sebab lama dah tak update blog aku ni. Dah bersawang pun! Bukan apa, sibuk dengan kegiatan harian , dengan baby lagi ... macam-macam!

Dugaan demi dugaan Allah berikan kepada aku sebagai hambanya ... Dugaan yang berat adalah di mana aku tak dapat untuk berada di sisi mama tercinta di kala beliau memerlukan semua anak-anaknya bersamanya. Mama didiagnos mempunyai carcinoma pada dinding uterusnya ... jadi, pada tanggal 27/10/10 lalu, beliau telah menjalani satu pembedahan untuk membuang uterus set ( sekali ovaries ) untuk menghalang kanser tersebut dari merebak / metastasis. So far beliau didiagnos mempunyai Stage 1 cancer. Doktor sepatutnya mengeluarkan lmph nodesnya sekali tetapi tidak berbuat demikian kerana masalah jantung mama yang tidak dapat bertahan lama ... Pembedahan tersebut memakan masa selama lebih kurang 4 jam. Pada saat itu juga, ahli keluarga digalakkan menderma darah untuk kegunaan mama. Aku terkilan kerana tak dapat berbuat demikian demi mama kerana I used to be a regular donor. Kakak-kakak aku memastikan adiknya yang jauh ini mendapat update yg sewajarnya sama ada secara online ataupun telefon. Aku tak dapat balik ke Kedah kerana faktor-faktor yang tak dapat dielakkan, kerana aku juga baru mulai bekerja setelah maternity leave selama 60 hari dan juga anak-anak yang bersekolah ....

Di rumah pula, aku diuji Allah dengan ujian baby aku menangis tanpa henti setiap kali selepas Maghrib. Afiq akan mulai menangis selepas mendengar azan Maghrib & akan berhenti dalam jam 10 malam ... tu pun setelah dia tertido. Suamiku pula bukan jenis yang mempercayai perubatan tradisional .... Semalam, aku bawa Afiq berjumpa dengan Mak Long ( bidan yang mengurut aku tempoh hari ) untuk membuat air tawar. Mak Long mengatakan memang ada makhluk halus yang sering menyakat Afiq setiap hari menjelang Maghrib kerana kedudukan rumah yang terkena pada laluannya. sememangnya kedudukan rumah di sini berhampiran dengan kawasan perkuburan Islam Jenderak Selatan. Alhamdulillah ... selepas dimandikan semasa waktu Zohor seperti yang diarahkan Mak Long & di tawarkan dengan "kunyit bolai" , Afiq tidak lagi diganggu semalaman ... Berat badan Afiq juga sudah bertambah dan berat terkini ( 2 bulan ) adalah 5.21 kg. Alhamdulillah!

Alhamdulillah Syukur juga aku kepada Allah kerana menurunkan dugaan-dugaan ini ... Dugaan ini menjadikan aku lebih cekal dan tabah untuk menghadapi dugaan-dugaan yang akan datang ... InsyaAllah!! Jika tidak kerana dugaan ini, aku mungkin akan berputus harapan & give-up ... Mujur juga aku mempunyai pembantu yang memahami di rumah, melayan kerenah anak-anak aku dan tidak demanding!

Akhir story, nanti aku update lagi ...

Friday, October 01, 2010

Liku Kehidupan or ... Kehidupan yang Berliku?? Hmmm ....


Hidup ini .. pada masa sekarang .. penuh dengan liku-liku di sepanjang perjalanannya. Itulah yang telah ditetapkan dan ditakdirkan oleh ALLAH ke atas umatnya.

Diam tak diam, si kecik aku dah berusia sebulan. Macam-macam pe'el baru yang dipelajarinya. Berat badannya juga bertambah dari sehari ke sehari ... Alhamdulillah ... Tapi yang aku tak tahan, sikap barannya terserlah. Mungkin mengikut jejakku yang pembaran ni.

Aku juga diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang aku berpindah ke Negeri pahang ni. Dugaan yang paling berat bagiku adalah pabila anak-anak dijangkiti demam. Tak tido malam aku dibuatnya! Nur amira Najwa sering dijangkiti demam sebegitu. Dalam situasi sekarang ... suamiku jauh di JB, aku kena harungi berseorangan. Kadangkala aku berasakan mahu saja " GIVE-UP " untuk semua yang berlaku. Tetapi aku fikir semula , kalau aku menyerah kalah, anak-anak yang aku sayangi juga akan terabai. Mereka masih mentah & perlukan perhatian. Wang ringgit? Orang kata bila tinggal jauh di pendalaman, kurang aliran keluar wang untuk bershopping. Ternyata telahan semua tu bi'daah semata-mata. Bila jauh dari segala infrastruktur, pengeluaran wang lebih tinggi. Nak keluar ke Kuala Krau terpaksa menggunakan kereta ... dan jaraknya adalah 13 km ( sehala ). Kalau 2 atau 3 hari sekali ke sana, tahan la ... tapi dengan situasi aku sekarang? dah la kemudahan Klinik tiada ... pakar kanak2 ? lagi hampeh! Yang terdekat adalah Jerantut dan Temerloh yang jaraknya adalah antara 30 km & 50 km satu-satu bandar dari Kuala Krau. minyak kereta dah la mahal sekarang ni .... Sesekali membeli barangan dapur, RM 300-RM 400 tak lari dari budget. Nak diluahkan kepada suami, beliau juga memerlukan wang untuk survive di kotaraya besar JB. Apa nak buat? Aku terpaksa bertahan ...

Aku cuba menjadi seorang yang kuat semangat & tabah hati. Aku sentiasa mendoakan supaya ALLAH menunjukkan jalan yang terbaik untukku meneruskan kehidupan. Aku anggap semua tu ujian Allah terhadapku.Diharapkan tak terlintas di kotak fikiranku untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama ... Nauzubillahiminzaliq!

Semoga aku tabah .... Doakan aku selamat & dimurahkan rezeki selalu ...

Till then, take care & cherio!

Friday, September 24, 2010

KETENANGAN .....

Diam tak diam, dah sebulan aku menjalani proses "BERPANTANG" ... suasana di sini amat berbeza ngan berpantang semasa kat Melaka dulu.Ye la... kalau ketiga-tiga anak yang dulu, mama sanggup temankan sepanjang tempoh berpantang .. at least aku bule kawal gak kepantangan aku tu. Ni kat sini setelah berpindah, mama lak tak sihat di Kulim ... takde siapa yang mengawal proses tersebut. Disebabkan terlalu aman ... tenang .. sejuk ... maklumla, berumah di pinggir hutan, aku cepat terasa BUSANNN ... Ni pun nasib la opis dekat je, boleh la update status FB & buat macam2 lagi sementara baby tido kat rumah. Kali ni proses pantang aku ni hanya dengan bibik je la.

Setiap kali waktu pagi selepas hujan pada malam harinya, suasana di tempat aku amat tenang, berkabus .. macam duduk kat tanah tinggi la pulak! Orang-orang kat felda ni peramah jugak la ...

Afiq pun dah genap sebulan hari ni. Dia dah pandai ... dah dapat mengenal suara , dah nampak orang ... Subdural haematoma kat kepala dia pun dah surut & jaundice masih ada sikit-sikit lagi. Semalam pegi timbang dia, dah naik beratnya ke 4.28 kg . Alhamdulillah.....

Mira pulak, dah semakin pandai ... mengikut je apa yang abang-abang dia buat. Mira lebih rapat dengan Angah berbanding Along. Cuma yang dirisaukan, kerapkali diserang batuk ...maklumla, tempat kat sini sejuk!

Ok la, nak upload gambar pun tak buleh..tension! So, aku tulis la apa yang mampu. Next time aku tulis lagi.

Till then, take care & cherio!

Wednesday, September 08, 2010

NEWCOMER in da House!

Hi! My name is Muhammad Afiq Najwa bin Mohd Najib. I am 15 days to date ... I am the latest bundle of joy of my parents, I guess you know who they are! I was born on the 24 th August 2010, during the month of Ramadhan. I weighed 3.6 kg at birth BUT they decreased when I was admitted due to jaundice.

Ni la anak terbaru kami ... dia ni dipaksa melihat dunia . Masa lahir, Afiq didapati terbelit ngan tali pusatnya sehingga terpaksa disupport dengan Oksigen few minutes selepas dilahirkan. Anak Pahang dalam family ni ... begitu banyak dugaan semasa pembawakan beliau dan juga semasa kelahiran beliau, tetapi rezeki beliau ada di mana-mana ...

Doakan kesejahteraan Afiq semasa hayatnya di dunia ini! Semoga beliau akan membesar menjadi anak yang taat, soleh & bijakpandai!

Will update again later . Take Care & cherio!

Tuesday, August 17, 2010

KEK BATIK buatan sendiri

Nak resepi ? Amik kat bawah ni ...

1 bungkus ( 350 g ) Biskut Marie ... "Munchies" nye
1 cawan Susu isian sejat / susu cair
1/2 cawan susu pekat ( cap apa2 pun boleh! )
1/2 cawan serbuk koko Van Houten
1 cawan serbuk Milo
1/2 buku ( 125 g )butter ( preferable "Buttercup"! )
1 cawan air mineral
2 biji telur

Cara2 :

1. Campurkan susu sejat, susu pekat, serbuk koko, serbuk milo & air ke dlm periuk & panaskan hingga semua bahan
terlarut dengan api yang sederhana.

2. Bila dah larut, campurkan butter dan biar butter larut.
3. Then masukkan telur ( pecahkan ) dan perlahankan api. Kacau approx 30 sec utk pekatkan adunan.
4. Patah-patahkan biskut Marie dan campurkan dalam adunan ...kacau sehingga kesemua biskut diselaputi coklat
5. Masukkan ke dlm loyang dan padatkan.
6. Simpan dlm peti sejuk .

Cuba la... Sedappp....!

Ok, GTG, ada keja! Selamat Mencuba!

Friday, August 13, 2010

HASAD DENGKI dan IRI HATI

Apa persamaan dan apakah perbezaan antara kedua-dua nya? Actually nya, more or less the same and depends to whom it dedicated to . Betul tak?

Aku ingatkan petugas-petugas kat tempat baru aku ni mempunyai semangat kerjasama yang tinggi berbanding tempat lama aku .... TAPI HAMPEHS! Kat sini lagi besar semangat iri hati dan hasad dengki antara satu sama lain. Diskriminasi dan kesaksamaan gender diambil kira kat sini. Siap buat laporan pengaduan kat Pengarah lagi ... tapi bila tanya siapa yang buat, semua taknak ngaku. Ibarat 'baling batu & sembunyi tangan ' .. yang jadi mangsa tetap akan dipandang serong walaupun pada hakikatnya mereka dah buat kerja mereka.

Kat sini, petugas pompuan hanya ada 3 orang, termasuklah aku ... walaupun dari segi gred hakiki, aku lagi tinggi dari diorang, tapi, aku tak kisah semua tu ... apa ada pada pangkat. Yang aku terkejut & berdesing telinga aku bila ada sorang staff yang dengan selambanya berkata " Ha Ina, apa lagi, amikla parang ... ajak Iza sekali. Apa istimewanya korang ...". Dia sound masa aku suruh diorang yang lelaki, gi cari daun disebabkan kontraktor cari daun buat taik takmo hantar bekalan kat sini. Itu la kalau ada otak, tapi letak kat lutut! Cuba kalau situasi ni terjadi pada bini dia yang juga bekerja dan mempunyai pangkat yang sama dengan mereka ni. Adakah beliau akan sound demikian jugak?? Tak ada rasa hormat langsung pada pegawai atasan ....

Banyak mana la kederat kaum hawa ni? Dah la pegi naik hilux & pick-up, takkan nak suruh kaum hawa ni duk kat belakang? Kitorang pun ada sifat belas kasihan dan juga tanggungjawab ... at least kitorang tolong diorang beri pellet pada seladang-seladang tu. Bukannya sikit2 pellet .. satu guni beratnya 50 kg.Jumlah yang patut diberi adalah 6 guni sehari. Bukan diorang nak berterima kasih pun kat kami! Aku pun turut serta walaupun dalam keadaan boyot gini!

Kalau boleh, aku nak cuba elakkan rasa hasad dengki antara petugas-petugas kat sini. Apa yang aku harapkan adalah kerjasama antara satu sama lain, bukan iri hati! Bagi aku, jika kita bekerjasama, semua perkara yang susah akan menjadi mudah! Tenung-tenungkan laa...

Ok la, enough untuk post kali ni. Nanti aku tulis lagi ( kalau belum bersalin laa.... )

Till then, take care & cherio!

Tuesday, August 10, 2010

Politik Kerja OR ... POLITIKUS ...

Life kat tempat baru actuallynya memang ok .. less work than working at the Zoo. Cuma have to monitor specifically dengan teliti dan mendalam kehendak orang atas yang taktahu apa kesah disebalik semua yang berlaku kat sini.

The only species yang ada kat sini adalah Seladang. Mungkin korang tek pernah tengok haiwan ni tapi ada gak yang pernah tengok kat Zoo. Haiwan ni besar ... the 2nd largest animal selepas Gajah kat darat. Berat dewasa boleh mencecah 1 tan lebih. Tak banyak yang tinggal kat Malaysia ni, therefore , kita buat konservasi untuk lepaskan semula ke hutan kat Malaysia.

Persoalannya sekarang .. terjadi permasalahan sepertimana yang terjadi kat tempat lama aku dulu ... makanan tak cukup. Kalau kat sana peruntukan tak cukup, kat sini lak , kontraktor pembekal buat taik! Aku kesiankan petugas-petugas kat sini yang terpaksa cover lak kerja kontraktor untuk cari bekalan daun dan rumput. Memang kerja tak berat, tapi mereka terpaksa cover macam-macam kerja ... penat siot! Aku nak tolong pun macam yang duk ada ... dah sarat ... nak jalan pun dah tak larat! Actually , kalau semua bekerjasama, semua akan jadi ringan ... tapi ada segelintir ( esp orang lama ... ) yang refuse nak buat kerja.

Politik kerja ada kat mana-mana ... tapi cara nak menangani permasalahan tersebut yang berbeza & memakan masa. Hopefully I can cope out with that matters ..! Wish me luck!

Till then, Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak ... Selamat Berpuasa ...

Take Care & Cherio!

Wednesday, August 04, 2010

Pindah Rumah .... Musibah demi musibah datang dan pergi!

Pada 30/7/10 lepas, adalah hari terakhir aku bertugas dan berasa di Zoo Melaka. Pada hari tu , aku secara rasminya menapak kuar dari bumi Melaka dan menjejakkan kaki di bumi Jenderak Selatan.

Lori mula bergerak bersama-sama barang-barangku yang banyak pada tengahari Hari Jumaat yang mulia itu. Aku & family gerak lambat sikit ... Kitorang sampai ke jenderak dalam jam 6.30 petang. Nasib baik la petugas-petugas di PKHL ni baik-baik belaka ... ringan tulang untuk menolong aku mengangkat barang. Semak juga kepala otak aku bila aku dapati rumah masih ada yang perlu dibaiki. Bukannya sikit tapi banyak gila .... So, aku decided nak menumpang kat rumah VIP ( Rumah Tetamu ) kat sebelah rumah aku. Apa lagi, aku pun mula la membebel ... mana taknya, macamana aku nak hidup kalau rumah tu lum siap baiki .... dengan piping yang tersumbat dan macam-macam lagi.Bukan nak tunjuk belang atau kuasa .. tapi terpaksa. Kalau aku sorang pindah, aku tak kisah sangat. Ni satu family dari sebesar-besar orang ke sekecik-kecik anak. Kesian kat diorang.

Hari Jumaat tu juga aku terpaksa bawa Amira ke Paeds sebab demam panas & batuk. Hari kedua ( Sabtu ) , Amir & bibik lak start demam ... Klinik kerajaan mana la bukak hari Sabtu. Habih satu pekan Kuala Krau aku ronda untuk cari Klinik berbayor tapi hampeh! Last-last, aku redah je ke Bandar Temerloh yang jauhnya lebih kurang 50 km. Hari Ahad tu lak, suamiku tersayang dan Adib lak yang demam panas. Petang Ahad tu jugak aku gi amik ubat diorang kat klinik. Aku pun dah mula rasa tak sedap badan & demam tapi aku gagahkan diri gak. Kalau idak, siapa lagi nak nolong aku?

Hari ni dah masuk hari ke 3 aku demam ... ada kurang sikit panasnya tapi sakit tekak & batuk still ada. Duit & kewangan takyah cakap la ... macam air keluarnya. Nasib baik la Najib tak berkira sangat ... kitorang sesama kuar duit.

Tadi gak aku gi check up pregnancy aku. Misi cakap, nak bersalin nanti aku kena gi Hospital Temerloh sebab aku punya kad ada label hijau tua. Pulak dah! lepas satu ... satu ...

Hari ni ( 4/8/10 ) secara rasminya aku berpindah masuk ke rumah aku yang sebenar
( walaupun kuarters kerajaan !). Tapi yang aku hairankan di sini adalah JBA Temerloh ... aku baru je masuk rumah, bila air yang aku kena bayar adalah RM 96.25. Terkejut beruk aku ... bila refer JBA, katanya maybe ada bocor atau kejadian curi air. Masalahnya siapa nak curi? Bukan ada paip pun kat luar rumah. Jangan sampai aku komplen je kat paper ... aku tanya orang sini .. mereka kata JBA Temerloh memang gitu .. ada orang tu sampai kena bayar RM 400! Gilos! Logik ke aku yang belum sampai seminggu pindah dah menggunakan sampai 113 meter padu air? Bengong betul! ...

Ok la, sat gi nak pi amik anak sekolah lak ... Nasib baik la mereka berdua dah pandai cari kawan baru. So, takde masalah sangat. Kelas pun dari tahun 1-6 semua satu kelas each. So, senang sikit. Cikgu2 pun ok.

Apa-apa aku akan update kat blog kesayangan aku ni. Jangan risau ...

Till then, take care & cherio!

Sunday, July 25, 2010

Pulangnya Seorang BIBIK yang baik ..

Semalam , aku baru je menghantar bibik aku yang aku upah selama 2 tahun bekerja ngan aku, balik ke Bandung. Dia dah habis tempoh bekerja dan takmo sambung disebabkan anak-anaknya tak kasi sambung. So, dengan rasa berat hati aku & family hantar dia menaiki Air Asia kat LCCT untuk pulang ke Bandung.

Episod sedih bermula bila Amira , yang pada mulanya "cool" tetapi mula meraung nak ngikut bibik masuk ke Balai Berlepas. Aku? Kononnya takmo menitiskan airmata tetapi tumpas juga dek lihat akan episod sedih tu.

Pengganti? Dah ada. Masih baru. Dari Jawa Barat ( Sukabumi ) juga. So far, beberapa hari dah tinggal di sini, ok la .... nampak nya suka bebudak & melayan anak-anak aku ngan baik. Aku harap akan berterusan begitu. At least the kids tak terasa sangat kepulangan Bibik Imas. Bibik Iin ni masih muda .. belum lagi masuk 30 tahun, tapi dah ada anak sebesar 13 tahun. Katanya pada umur 14 tahun dah kawen .... Mudanya!

Ok la .. enough untuk cerita episod sedih. Next time kita sambung lagi.

Till then , take care & cherio!

Tuesday, July 13, 2010

MENITI HARI-HARI TERAKHIR DI ZOO MELAKA


Sedeyyyy ... siapa yang tak sedih bila terpaksa meninggalkan apa yang telah diusahakan sekian lama , tempat berchenta ... tempat suka duka ... tempat yang penuh dengan memories , pahit dan manis ... TAPI apa kan daya ku, SYMP.

Suamiku berkali-kali bertanya, ikhlas ke keputusan aku untuk menerima kenaikan ini dalam keadaan boyot, memboyot ni. Aku katakan padanya, kalau aku tak terima promotion ni sekarang, kedudukan aku juga tidak terjamin di Zoo ini walaupun masih memegang G27V. Mereka dan seangkatan dengannya akan tetap berusaha untuk mengeluarkan aku dari tempat kesayangan aku ini, kerana bagi mereka ... aku ini adalah ancaman dalam dia ... musuh dalam selimut ... dan macam-macam lagi. Bahkan. ada juga di kalangan orang yang aku percayai di Unit Vet yang dengan serta-merta berubah haluan , mengutuk aku dari belakang! Aku sendiri tidak sangka beliau bersikap demikian , walaupun di depan aku, pijak semut pun tak mati. Aku tahu beliau ni bersikap seperti lalang, tunduk mengikut angin tapi yang aku "hangin" kat sini, kalau dah tak suka aku, terus terang la ... face to face ... toksah duk kutuk aku depan orang len. Pandai beliau berlakon ..... aku tak kesah ... aku halalkan je segala perbuatannya yang tak halal tu .. aku ingatkan selepas aku kutip dari unit yang bakal jatuh hari tu, dia berterima kasih ngan aku, tapi hampeh ... walaupun Allah dah beri 2nd chance utk beliau bertaubat, masih lum insaf!

Manusia, di dalam diam, di kutuknya kita ... macam-macam pe'el ... ada yang hidup penuh hasad dengki, iri hati ... pantang tengok orang len senang . Tentang perpindahan aku, sekarang aku dah bule terima keadaan, aku redha ... nampak sangatlah mereka memang nak kuarkan aku. Aku bersyukur yang aku terlepas dari melihat keseksaan yang bakal berlaku pada haiwan-haiwan kesayangan aku. " Survival of the fittest" bak kata BOSS aku dulu ( sekarang, lepas lapor diri, boss aku dah orang len ... sekarang, boss aku adalah orang yang memahami & menjaga welfare anak-anak buahnya, tak macam dulu! ) . Banyak amanat yang diberikan oleh boss aku sekarang untuk aku laksanakan di tempat baru. InsyaAllah ... itu janji aku!

Sayonara Zoo Melaka ... tempat yang penuh kenangan pahit & manis buatku. Jika ditakdirkan aku akan kembali bertugas di sini, aku akan pastikan "mangkuk hayun"(X2) yang ada kat sini takder baru aku akan masuk semula .... bukan nak balas dendam atau marah, cuma aku taknak masuk semula melihat haiwan-haiwan yang aku sayangi hidup terseksa macam pelarian2 kat Rohinya ...

Sebelum menutup citer pasal tempat lama aku ni, ada pengumuman yang aku nak buat ....

" AKU AKAN MULA BERTUGAS DI PKHL JENDERAK SELATAN ( PROJEK SELADANG ) BERMULA PADA 2/8/10. Selepas daripada tarikh tersebut, aku dah takder kena-mengena lagi ngan Zoo Melaka. Segala kemusykilan atau pertanyaan mengenai Zoo Melaka tidak akan dilayan dan mestilah diajukan terus kepada PENTADBIRAN ZOO MELAKA terutamanya kepada Tuan Pengarahnya. Sekian, terima kasih "

Kepada Unit Veterinar Zoo Melaka :

" TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG ERAT DAN PADU YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA AKU SEPANJANG AKU BERTUGAS DI SINI ( walaupun ada hamba Allah yang tak menyukai aku dalam diam! ) . TERUSKAN PERJUANGAN KAMU SEMUA UNTUK MENGEKALKAN KEKEBALAN UNIT INI DARI ANASIR / ANCAMAN LUAR YANG DENGKI MELIHAT KEAKRABAN KITA .... YOU GUYS WERE THE BEST! Semoga persahabatan kita akan kekal abadi sehingga ke akhir hayat, walau di mana juga kita berada ..."

Till then, take care & cherio!

Friday, July 02, 2010

Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal ~ Lirik yang penuh makna ...


Ku mencari .... Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi,
Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga

Ku mengerti .... Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku,
Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata

( korus )

Jangan diucap selamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal

Jangan diucap selamat tinggal

Kepadaku...


Walaupun seketika...
Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata,
Ke akhir hayat yang ada
Walaupun seketika...
Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata,
Ke akhir hayat yang ada

Wednesday, June 30, 2010

HIJRAH ...


Akhirnya penantian ini berakhir bila isu penangguhan aku tak diluluskan oleh pihak HQ. Nampak sangat la kat sini yang diorang memang ada agenda untuk kuarkan aku dari Zoo ni. Maksudnya, jika ditakdirkan aku menolak kenaikan pangkat ni, kebarangkalian untuk aku ditukarkan ke suatu tempat yang lebih jauh tu ada walaupun post G27V kat sini dah ada.

Aku tau, dan aku sedar ... aku ni kan lama dah kat Zoo ni, dah macam2 pe'el orang aku hadapi dan berapa orang doktor Vet aku dah kerja bersama-sama ... so, banyak la yang aku witness .... dari segi kelemahan, hanky-panky dalaman dan macam-macam lagi. Aku ni jenis tak sayang mulut, kalau aku tak puashati, aku main tegur jer ... bukan nak condemn, tapi nak naikkan lagi nama Zoo. Lately aku tengok, Zoo Melaka bukan semakin mencanak namanya TAPI semakin MERUDUM! Mungkin ada hikmah di sebalik pertukaran ini ... mungkin ALLAH nak selamatkan aku dari kancah percaturan yang tak berapa betul ni ... Alhamdulillah ...

Hubby sendiri berkali-kali tanya kat aku ... " betul ka awak bersedia nak pindah " .. Maka aku jawabla, aku dah tawar hati dengan apa yang sedang dan akan berlaku kat Zoo ni. Apa yang dapat dilihat, binatang dah semakin kurus, teraniaya ... dengan pekerja yang berpuak-puak ... nak buat kerja pun tak aman.

Apa yang aku harapkan, agar aku tabah menempuh semua ni. Harap semua yang kat Jenderak tu boleh diharap untuk membantu aku di kala kesusahan.

Unit Veterinar yang aku sayangi telah organised satu surprised farewell party kat aku. Siap ada hadiah lagi. Sayang & sedih jugak nak tinggalkan diorang setelah 13 tahun bersama. Cuma aku harapkan agar diorang dapat memberikan sepenuh commitment kepada Vet baru ... setahu aku, Unit inilah yang paling kebal kat Zoo ni .... pihak-pihak yang nak buat onar tak boleh nak terjah masuk , mahupun untuk pasang spy kerana KAMI BERSATU HATI & WORK AS A TEAM! Semoga akan berkekalan sebegini ...

Ok la ... nanti aku coret lagi .... mungkin pada masa tu kat tempat baru.

Till then, take care & cherio!

Monday, June 28, 2010

Penantian : Satu Penyeksaan...

Kenapa aku berkata begitu? Ye la ... menanti detik-detik aku ditukarkan yang semakin dekat. Taktau apa citer ngan surat penangguhan aku tu .... lulus ka ... tak lulus ka ... Kalau tak lulus, nampak gayanya mulai 1/7/2010, aku bukan lagi warga Zoo. Aku akan berhijrah ...

Aku kesiankan kat anak2 aku yang bersekolah ni ... dah pertengahan tahun baru nak bertukar sekolah, nak mencari kengkawan baru dengan senario pembelajaran baru. Aku pun lum lagi cari rumah sewa untuk duk sana. Even barangan kat rumah sekarang pun aku lum start pack satu mende pun! Dah la aku ngan keadaan terboyot-boyot ... hubby lak duk jauh kat JB. Nak harapkan bibik, dia pun tak menang tangan ngan anak2 aku nye keletah ...

Ntah bila la penantian aku ni akan berakhir ... Lepas satu ... satu dugaan yang aku hadapi. Memang la aku naik pangkat, tapi apa ada pada pangkat & darjat .. tak bule bawa mati pun!

Ok la ... aku sangat harapkan agar penantian ini akan berakhir secepat mungkin.

Oh Wahir .... tabahkan hatimu ... demi suamimu & anak-anak! Amiinnn...

Sunday, June 20, 2010

Pindah oooo... Pindah..

Surat soh aku kuar dari Zoo dah terima last week. Sepatutnya aku lapor diri kat PKHL Jenderak Selatan pada 1 Julai ni .. tapi aku try minta tangguh hingga lepas aku bersalin. Taktau la dapat ke idak .. Harap-harapnya dapat la!!

Aku tau, ramai yang tak suka aku ada kat sini lelama. Maklumla, lagi lama aku kat sini, lagi banyak drama yang akan aku tonton. Ada jugak yang anggap aku pembangkang dan pemprotes terbaik sebab aku banyak sangat komen itu ini dan tegur itu ini. Aku buat teguran untuk menaikkan semula tempat kerja yang aku kasihi ni. Penat mantan berusaha untuk membangunkan tempat ni, tapi bila masuk pentadbiran dan pengurusan baru, semakin merudum! Aku tak kesiankan orang atau keeper yang bekerja TAPI, aku kesiankan haiwan-haiwan yang tak bersalah dan terkurung kat sini. Dah la depa dikurung, kebajikan mereka tak dijaga, haiwan makin kurus ... tapi nak buat camner .." Saya yang menurut perintah"...

Bukan aku nak kutuk , aku cuma minta haiwan-haiwan ini diberi perhatian. BERDOSA jika menyeksa mereka kerana mereka ni makluk ALLAH juga. Memang , kalau mereka masih di habitat asal, boleh survive ngan makanan yang berlambakan kat hutan tu. Tapi kalau dikurung?
Bukan nak manjakan mereka , tapi .. inilah JIHAD yang kita boleh buat terhadap mereka.

Malas dah aku nak komplen bebanyak.Sat gi jadi isu. Mungkin ada hikmah disebalik "pengeluaran" aku dari sini .... supaya aku tak subahat dan supaya aku tak terlibat dalam kancah percaturan yang tidak sempurna ...

Ok la ... cukup kat sini dulu. Nanti bebila free aku tulis lagi.

Till then, take care & cherio!

Friday, June 18, 2010

Happy 9th Birthday Muhammad Amir Najwa


Nama : MUHAMMAD AMIR NAJWA
No Surat Beranak : AV71737
No IC : 010618-04-0055
Tempat lahir : Hospital Melaka
Berat semasa lahir : 3.55 kg ( vaccum assisted )

Ni la anak teruna aku yang sulong. Diam tak diam dah 9 tahun dah umornya. Hensem tak?

SELAMAT HARI LAHIR anakku ... Semoga kamu membesar menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat dan negara ... Mama dengan abah akan sentiasa mendoakan kejayaanmu.

Mama SAYANG KAmu! Semoga kamu menjadi contoh terbaik kepada adik-adikmu! Amiinn ...


Tuesday, June 15, 2010

Cuti Sekolah

Cuti sekolah datang lagi ... anak-anak aku sekarang dah pandai demand nak pi sana sini ... Aku ngan hubby decided nak balik Kulim je cuti sekolah ni , memandangkan dah lama gak aku tak balik sana. Abah & Mama dah bising nak nengok Amira & cucu-cucunya yang len.

We all gerak dari Melaka hari Ahad tu, rasa terkilan gak sebab terpaksa cancelled janji aku ngan Aida Yurani untuk hadir di majlis pertunangannya hari tu .... Aku Minta Maaf Aida ..! Sampai ke Kedah petang tu at 6 pm. Seronok orang tua aku tu bila dapat jumpa cucu-cucunya.

Hari pertama kat Kulim, aku rasa macam aku yang jadik bibik .. memandangkan bibik sebenar takmo ikut. Hubby & aku dah malas nak paksa-paksa ... sepatutnya dia kena akur arahan majikannya, tapi nak buat macamana. Kalau paksa lagi, dia lak ugut kitorang soh hantar balik cepat ke Indon. Aku ngan hubby start up ngan cleaning up the whole rumah. Kesian kat parents aku yang tak berapa sihat conditionnya. Nak harapkan kakak-kakak aku, diorang pun ada keluarga masing-masing. Hmmm...

Lepas 3 hari kat sana, barulah berkesempatan nak bawak anak-anak aku berjalan. Tupun bawak pi mandi-manda kat Lubok Jong, kat Sg Sedim. Mujurla diorang enjoying themselves sampai kepenatan bermain air sungai yang ber rapid deras. Dak Mira sampai takmo kuar dari air!

Balik dari Kulim ke Melaka pada Sabtu 12/6/10 ..... Hubby balik ke JB pada hari Ahad malam. Hari Senin, walaupun aku masih cuti, aku naik sekejap ke opis untuk tengok apa yang patut aku buat selepas seminggu bercuti. Banyak gak mende yang kena buat ... walaupun dah ada sorang VET baru sebagai ketua aku. Hari tu gak aku dapat surat pertukaran aku ke PKHL Jenderak Selatan, Pahang sebagai memangku gred G32V.Pertukaran tu sepatutnya berkuatkuasa 1 hb Julai nanti tapi kemungkinan besar aku nak minta tangguh ke tahun hadapan. Bukan apa, lari budget & also taknak la ganggu pelajaran anak-anak aku. Kesian kat depa .... tak lupa jugak kesian kat diri aku yang sedang sarat & memboyot ni. Ada lak yang terberanak awal nanti ...

Ok la... petang tadi baru habih transfer 6 ekor Nilghai yang Dr Vet baru tu simpan khas untuk aku ke Bachelor Group. Dia dah siap rancangkan apa nak buat sepanjang minggu ni untuk aku. Bayangkan kalau aku takder nanti?? Camner??

Till then, take care & cherio!

Friday, May 28, 2010

Gundah Gelana .....

Entah kenapa hati ni berasa tak sedap jer ... Lepas satu situasi ke satu situasi . Mana taknya, banyak memikior kan , maka kan ... kusut fikiran. Family penting ke kerja yang penting? Kalau ikut aku, dua-dua sama je kepentingannya ... yang membezakan adalah status mereka. Family adalah personal life aku & kerja adalah career life aku. Kalau aku tak kerja , siapa nak sara makan anak-anak aku yang makin ramai ni? Nak harapkan hubby, banyak lagi komitmen yang dia perlu tanggung ... dah la tinggal berjauhan, nun di selatan sana!

Banyak benda yang aku pikiorkan sekarang ... tido tak lena, makan tak lalu ... mengalahkan orang yang berada di dalam percintaan. Aku rasa ek, masa aku bercinta-cintun dulu takde la aku memikior macam sekarang ni. Lagipun, hubby aku bukan yang jenis romantika di'amor punya orang , so, tak terasa sangat bagaimana orang bercinta. Tapi masalah aku sekarang, macam-macam bermain kat kotak pemikiran aku yang masih waras ni. Masalah pertukaran tempat kerja? hmm ... itu juga sebahagian besar yang aku sedang runsingkan .. bukan takmo berganjak dari tempat aku sekarang, tapi ... memikirkan situsi sekarang, aku jadi taktentu arah .. bercabang-cabang masalahnya yang pengakhirannya aku membuat aku suffer sengsorang. Apa permasalahan nya?

1. Aku pregnant ... lagi 3 bulan nak meletop ... jarak penempatan yang diwar-warkan nala jauh dari spital .. Kalao aku sakit nak beranak tetengah malam camner? Dah la hubby jauh kat JB ....

2. Bibik lak, nak balik & taknak sambung ... kena banyak kuar duit untuk amik bibik baru. Kalau tak, siapa nak uruskan anak-anak aku kalau aku keja? Kalau tempat kejanya dekat, no hal ... kalau jauh?

3. Anak-anak aku dah sekolah, sorang tahun 3 & sorang tahun 1 ... nak uruskan pertukaran skolah lagi ...

4. Kalau aku dapat ke tempat yang dekat sikit ngan family, tak jadi masalah ... sekurang-kurangnya ada yang boleh membantu aku di kala susah. Tak de la aku suffer sengsorang, tak de family members atau sedara terdekat ....

5. Kenaikan gaji pun tak seberapa sangat sebab aku ni dah lama kerja, so, kalau ke tempat yang jejauh, macam tak berbaloi. Banyak kos yang perlu dipertimbangkan ...

Kalau susah-susah sangat, aku tolak jer kenaikan pangkat tu ... Apa ada pada PANGKAT / Darjat / Kedudukan ... bukan boleh bawa ke mati pun! Nak harapkan pencen ngan gaji tinggi ? Hmm ... kalau dah hutang berlambak, sikit juga gaji ... Seniority? Apa aku kesah ... yang penting, pengalaman mengajar aku untuk dewasa dan survive di alam pekerjaan aku ... bukannya seniority. Kalau dah rezeki budak baru naik pangkat dulu dari aku ... GO AHEAD ! Aku tak kesah .. itu rezeki dia. Allah dah tetapkan sebegitu! Yang penting, aku dah ada pengalaman ....

Sebenonya, surat lum ada ... tapi permasalahan di atas adalah implikasi yang akan aku hadapi . Semua ni perlu di ambil kira dalam percongakan! Khabar taufan .. tsunami ... dah heboh ! Merata-rata orang duk ucap tahniah kat aku .. duk tanya bila pindah ... naik rimas aku dibuatnya! Kita tuuunnngguuu ....

Ok la .. nanti aku coret lagi. Till then, take care & adios!

Saturday, May 22, 2010

Relax dalam Stress

Sori la sebab dah hampir 2 minggu tak update blog kesayangan aku ni .... A bit busy & also occupied with other matters yang tak dapat dielakkan. Dah bersawang rupanya blog ni ....

Dua hari lepas aku amik OFF untuk ke JB . Sambil nak tenangkan fikiran, tanpa anak2 ... aku drove ke sana sengsorang. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air ... aku pun gitu, sambil berada di sana, aku gi visit suamiku tersayang yang berada di sana kerana tugas .

Aku check-in kat Tune Hotel kat Danga Bay. Kedengaran gah sangat hotel tu , katanya menawarkan 5 star punya service pada harga 1 star ... hampeh juga walaupun service dia ok. Lagipun, hotel tu baru saja dibuka pada 15 hb tempohari. Masih bau kedai tilamnya! Harga? Hmm .. utk online mmg la murah. Kata front officernya ... harganya akan berubah-ubah setiap hari. Pelik gak! Bilik nya hanya ada double & twin saja ... Aku kena hari tu untuk sehari RM 78. Harga murah yang ditawarkan hanyalah untuk BILIK SAHAJA ... air-conditioning kena bayar len ... sama ada untuk 12 jam atau 24 jam ( harga lain2! ), TV pun kena purchase kalau nak nonton .. toiletries kena beli pada harga RM 5 ... hairdryer nak guna pun kena beli. Tu yang kalau dicampur-campur, mau jejak RM 100 gak ... Sistem kunci adalah keycard yang dah diprogram dengan apa yang kita bayar. Memang lokasi yang convinience ... untuk orang yang balik hotel hanya untuk tido, OK la ...

Malam, aku gi jenjalan ngan hubby ke Bazar JB. Actually hubby ada gak berniaga , tumpang ada brader sorang kat situ pada setiap mlm kerja ( workdays ). Tapi, pada malam tu, dia hanya gi jenjalan je, bawa aku ... aku juga berpeluang berkenal-kenalan dengan supplier2 yg munyupply barangan pada dia ... ( hmm.... )

Hari Jumaat , aku gi lepak kat opis dia , sementara nak nunggu dia balik kerja untuk balik sesama ke Melaka. Walaupun released stress yang ada TAPI nya .......... ?? Still , tak leh nak buat camner ..How aa??

Masa aku duk update ni, aku actually tengah menggunakan komputer riba Mr Joe Shinoobi
( Terima kasih ek .. kerana bagi guna BB ko! ) .. aku tengah melepak sambil menemankan hubby berniaga kat Uptown Banda Hilir. Tak berapa ramai orang minggu ni sebab gaji lum kuar.

Ok la, nanti aku update lagi. Nak makan kebab Melawati jap! Laapaarrr!

Till then, take care & cherio!

Monday, May 10, 2010

HARI IBU

Janji Amir Najwa sempena Hari Ibu : " Saya akan dengar cakap mama ... Saya akan tanya mama dulu kalau nak buat sesuatu atau nak pegi mana-mana "
Janji Adib Najwa sempena Hari Ibu : " Adib akan dengar cakap mama "
Pagi Minggu Hari Ibu, aku dapat dua situasi yang berbeza , yang menyebabkan tumpahnya air mata ku ...Tak perlu lah diceritakan di sini, cukup sekadar menyatakan , sambutan Hari Ibu di luar jangkaan aku!
Cuma kad-kad yang diorang beri ini dapat mengubat sedikit sebanyak walaupun hakikatnya amat sukar untuk semuanya yang telah berlaku!
Gembira ada ... Sedih pun ada ...

Anyway, aku akan cuba untuk melupakan walaupun pahit dan sakit TETAPI ... Aku perlu TABAH!

Doakan semuanya berjaya!

Till then, Take Care & Cherio!

Saturday, May 01, 2010

HAPPY BIRTHDAY ...... Muhammad Adib Najwa = 7 tahun


Nama yang diberi / dalam sijil kelahiran : MUHAMMAD ADIB NAJWA
No. Sijil Kelahiran : BZ 52424
Tarikh Lahir : 1 hb MEI 2003
Jam Kelahiran : 10.30 pagi
Tempat Kelahiran : Hospital Melaka
Berat lahir : 3.7 kg

Sekolah : SK Ayer Keroh
Tahun : 1 Cemerlang

Ini lah Anak Teruna aku yang ke-2. Diam tak diam, dah masuk 7 tahun pun umurnya hari ni. Beliau dilahirkan ke dunia di kala semua pekerja menyambut Hari Pekerja a.k.a. Labour's Day. Di kala itu juga, bilik bersalin kat Hospital Melaka penuh dengan ibu-ibu mengandung yang sedia untuk melahirkan baby mereka. Ya la... Labor Day la katakan! Babies pun diletakkan di kaki lima wad kerana bilik baby dah penuh!

Hadirnya , sebenarnya penuh konflik kerana pada masa tu aku masih belum bersedia untuk tambah anak. Pada masa tu, abangnya baru berusia 11 bulan!

Sekarang, bila besar, ramai kata mereka ni kembar ... selalu bergaduh ... tapi si Abang yang banyak mengalah!

Semoga cahayamataku ini akan membesar menjadi seorang anak yang soleh ... taat ibu bapa & mempunyai hati mulia serta budi pekerti yang baik ... InsyaAllah. ..!

Till then, take care & cherio!

Wednesday, April 28, 2010

Fracture ....

Lower jaw fracture ! Aku pun terkujat bila dapat kes tu pagi semalam. Mana mungkin jadi camtu ... sampai patah rahang bawah. Siap tulang rahang tersembul! Aku tanya keeper, diorang pun tak boleh nak explain ... bila bos tanya kat aku, aku sendiri pun tak boleh nak explain kenapa jadik gitu. Bergaduh ka? Terjatuh ka? Hmmm ....

Proses nak isolate haiwan ni ambil masa sejam sebab dia ni duk dalam kumpulan dan sokmo masuk kolam. As soon as dapat tangkap jer, aku direct pi UPM untuk rawatan lanjut. Aku pun dah consult Dr Vet aku yang kebetulan ada di Taiping untuk meeting ... dia pun tak leh nak buat apa sebab tak cukup equipments ... So, aku contact la Dr Nor . Sampai kat Hospital Veterinar UPM ngam ngam jam 2 ptg. Hari lak mendung & nak hujan. Yang kat atas adalah rupabentuk xray yang dapat. Jelas clean, open fracture kat lower jaw. Haiwan ni kena masuk ICU semenatar nak operate hari ni.

Lupa lak aku nak bagitau ... haiwan ni adalah Memerang Kecil a.k.a Small-clawed Otter . Nama saintifiknya adalah Amblonyx cinerea cinerea. Ni mak tua yang pandai jaga anak-anaknya. Taktau la pulak sama ada kes ni kes dera oleh laki dia ... hehehehehe ...

Aku taktau lagi berita tentang memerang ni since Dr Nor tak update lagi kat FB. Ni la untungnya kalau buat baik ngan Vet-vet kat UPM. Mereka ni tak segan silu mencurahkan ilmu dan memberikan consultancy pada kita. Thanks Dr Nor !

Ok la ... nanti kalau ada berita, aku update lagi. Till then, take care & cherio!

Thursday, April 22, 2010

Buah Hati ... Pengarang Jantung ... Puteriku Sayang !


Dia la madu, dia la racun, dia la penawar duka .... Dia la juga puteri kesayangan aku dan suamiku ..

Namanya NUR AMIRA NAJWA yang membawa maksud Cahaya Ketua yang baik. Telah dilahirkan pada hari Rabu 25 Jun 2008 , jam 5.39 pagi. Dia menjengah ke dunia di kala azan Suboh berkumandang di Masjid Al-Azim.

Dia menjadi buah hati Along dan Angahnya . Jika Mira tidak kelihatan di ruang tamu, akan mereka siasat di mana Mira berada. Jika ada tetamu yang bergurau ingin mengambil Mira, akan mereka ikut tetamu tersebut.

Semoga dia membesar menjadi seorang anak yang baik dan mendengar kata ...

Ammiiinn ....

Take Care & Cherio!

Tuesday, April 20, 2010

Jangan Malu Untuk Berubah ...

Dibawah ni adalah tip-tip yang boleh digunapakai untuk melakukan perubahan kepada diri sendiri. Dipetik dari sebuah akhbar kontemporari . Check it out :

1. NIAT

- merupakan perkara utama / keazaman diri
- Allah akan menolong seseorang yang mempunyai niat yang baik

2. KENALI DIRI SENDIRI

- kenali potensi diri sendiri
- muhasabah diri, senaraikan kelebihan dan kekurangan anda

3. TETAPKAN MATLAMAT HIDUP

- matlamat yang tidak relevan akan membebankan dan akan mewujudkan konflik diri yang tiada penghujungnya.
-pastikan matlamat tersebut realistik agar ia mudah dicapai.

4. BUANG PERSEPSI YANG SALAH

- sentiasa anggap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah atau pengajaran disebaliknya.
- jangan berfikiran sempit dan menyalahkan takdir kerana ini tidak langsung memberikan motivasi untuk anda terus maju dalam kehidupan

5. HENTIKAN PERKATAAN DAN FIKIRAN NEGATIF

- orang yang hebat adalah orang yang berfikir rasional sebelum membuat sesuatu perkara
- fikir secara matang dan positif.

6. PEDULIKAN APA ORANG LAIN KATA

- bukan orang lain yang akan merubah kita ataupun yang memberi rezeki kepada kita.
- tetapkan semnagt jatidiri untuk capai kejayaan
- hidup tanpa cabaran adalah bukan kehidupan yang sebenar-benarnya

7. MEMBACA KISAH HIDUP ORANG_ORANG YANG TELAH BERJAYA

- jadikan buku sebagai teman karib
- dekatilah tokoh-tokoh yang berjaya dan hadiri ceramah-ceramah motivasi untuk meningkatkan keinginan kita untuk mencapai kejayaan.

Jadi, kesimpulannya ...... bukan mudah untuk berjaya, kena berusaha dari bawah. Korang dah besar, pikir-pikirkan laa .... Tinggalkan sikap tak matang tu. Korang dah jadi bapak-bapak budak dan mak-mak budak pun!

Till then, take care & cherio!

Monday, April 19, 2010

FOLLOWER ...

Dalam diam-diam, rupanya ada juga follower blog aku di kalangan mereka-mereka yang aku tak sangka menjadi "follower resistant" . Sampai sanggup pulak beliau printkan post-post kat blog aku ni untuk tatapan semua. BAGUSLA ... dah celik IT rupanya dia. Kalau sebelum ni , email pun tak pernah dibaca, sekarang ni siap boleh print & photostat sekali post-post kat blog aku ni untuk ditatap oleh konco-konco nya. Kat sini dah nampak pembaziran yang dilakukan tanpa sedar!. Hmmmm...

Aku juga dapat tau dia sibuk-sibuk duk tanya siapa gerangan "mamat" dalam post aku yang lepas. Dia sedar atau tidak aku pun taktau la ... Yang dia tu masuk pepagi kat kuarantin aku sambil perhatikan orang bawahan aku kerja tu ... APA KEJADAHNYA?? Ko masuk kawasan aku tanpa undangan, ko kenen anak buah aku tanpa undangan & tanpa undangan jugak la aku silakan ko kuar dari kawasan aku. Kalau ko baca ni & terasa ... itu nasib ko la, ko yang mulakan semua ni!

Sebenarnya aku dah tau siapa yang penulis yang "chicken" / "coward" yang pernah tinggalkan komen kat post aku yang lepas. HAHAHAHAHAHA .... dia ingat aku taktau. ALLAH akan beri petunjuk la . Walau aku tak tanya sekalipun, orang len dengan rela hati menceritakan kepada aku. Alhamdulillah ... aku masih boleh bernafas kat sini. Terima kasih kepada petugas-petugas di bawah seliaan aku yang banyak memberi maklumat! Nanti aku belanja korang makan besar ( aku tak claim aaa .... nanti jadi isu lak! )

Jadi, kepada follower terhormat aku ( BLUEKKK!! ) ... bagus juga ada orang macam ko ni. Sanggup menjadi balachi kepada orang len demi untuk puaskan hati sendiri. Teruskan niat murni ko tu untuk memprintkan post aku ni untuk tatapan ramai. Sekurang-kurangnya , famous sikit penulisan aku ni! hehehehe ... Aku juga sebenarnya heran , ko nak cari pasal ngan aku ni naper? Ada aku kaco unit ko?

Semoga ALLAH membalas "jasa baik " beliau ni kerana telah memfamouskan blog aku .... AMINNNN ....

Hari ni post aku sikit je. Aku actually tengah cari bahan baru untuk post baru nanti. Baru menarik untuk dikongsi bersama ...

Till then, take care & cherio!

Thursday, April 15, 2010

EGO

Well, some people are damn too ego to admit that they are ego .. Hari ni aku nak bercakap tentang EGO ..

Sesetengah orang tu terlalu ego untuk mengakui kenyataan sebenar .... ego untuk mengakui yang mereka tu salah dan juga ego untuk meminta pertolongan dari mereka yang tahu jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah ... tak kira la sama ada yang ada idea penyelesaian tu orang bawahan ke ... gred rendah darinya kee ... buruh ke ... ataupun dari unit yang berlainan. Bagi aku, tak menjadi kesalahan kalau kita merendah diri untuk sesekali ... mungkin ilmu kita belajar tu hanya teori & tak banyak praktikal dan mungkin orang bawahan kita punyai lebih idea kerana mereka ini lebih terlibat secara praktikal dari kita yang mengarahkannya ...

Untuk Unit aku, aku BANGGA dengan semangat kekitaan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh orang-orang bawahan aku. Mereka ni sentiasa bekerjasama antara satu sama lain dan tidak timbul masalah berpuak-puak. Walaupun aku ni bukan la bos besar dalam unit ni, tapi, kami boleh bersatu umpama satu keluarga yang besar. Walaupun kat unit ini hanya 12 orang ( figure semasa ), tugas yang berat akan menjadi ringan jika melakukannya secara bekerjasama. Bukan nak kondem unit lain, tapi ... cuba fikirkan jalan yang terbaik untuk meringankan beban kerja ..... buat sesama ... tak kira la apa pangkat yang anda sandang sekalipun .... " apalah ada pada pangkat atau kedudukan , nanti kita mati kita tak bawa semua tu ke dalam lahad .... Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing "

Berbalik kepada sikap egois yang ada pada manusia, mereka yang ego adalah mereka yang berlagak pandai atau mengetahui sesuatu dan pada hakikatnya mereka tak tahu. Pepatah ada mengatakan " malu bertanya , sesat jalan " janganlah anda tergolong dalam kumpulan ini. Be humble & eager to gain knowledge. Tak semestinya knowledge tu hadir dalam pembacaan kita. Ada juga pengetahuan itu berasal dari kemahiran dan praktikal. Kalau anda tak turun padang untuk buat praktikal, anda takkan dapat semua tu. Dan jangan la pula berlagak pandai .... ALLAH tak suka umatnya berlagak sombong dan beririhati. Terimalah setiap teguran dengan hati dan fikiran yang terbuka. Jangan KOLOT & Jangan Bangga diri!

Disebabkan ego jugak, ada yang sanggup print post aku yang lepas dengan tujuan untuk memperlihatkan serta mengapi-apikan orang bawahan ... Apa motif semua ni? Aku sikit pun tak kaco korang! Aku nak tanya kat sini : Adakah salah jika kita berniat untuk membetulkan keadaan yang dah jauh terpesong dari jalan kebenaran?

Memang betul lain dulu lain sekarang ... sepatutnya sekarang LEBIH BAIK dari dulu ... bukannya LAGI TERUK dari dulu. Fikir-fikirkan laa .... Belajar tinggi-tinggi pun tak guna kalau tak reti nak fikir dan tak reti menggunakan akal fikiran yang ALLAH kurniakan. Bila kita buat teguran, katanya nak masuk campur unit lain ... Kalau tak bersatu hati, sampai bila pun kita tak boleh bekerjasama. Umur baru setahun jagung, dah anggap dirinya tu serba tahu ... takmo refer atau dengar cadangan dari orang bawahan ...

Aku juga sedar dan tahu ada mamat ni yang setiap hari datang jumpa orang bawahan aku .... memang mamat ni duk usha orang bawah aku ni untuk tarik ke unit dia .... Apa alasan dia nak tarik orang ikut suka hati? Berdepan dengan aku dulu kalau berani .... jangan porak perandakan unit aku kerana aku juga boleh porak perandakan unit kau .... Aku tak suka kalau kau sesaja datang kat kawasan aku dengan niat yang serong! Nasib baik la orang bawahan aku tu lebih cerdik dari kau ....

Asta'gharafilullahala'zimm !

Okay la ... kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tak langsung dengan sikap ego ni, sedar la ... apa saja tindakan korang aku dapat tau ... jangan ingat aku tak tahu apa yang berlaku semasa ketiadaan aku tempohari. Orang bawahan aku lagi setia dan boleh dipercayai dari orang bawahan korang ...

Jadi, INGAT INGAT !

Till then,

Jangan duk sibuk jaga tepi kain orang lain kalau tak reti nak jaga tepi kain sendiri ....

Take care & cherio!

Tuesday, April 13, 2010

Tak Puas Hati ....

Ada 2 hamba Allah yang tak puashati ngan post aku yang lepas ... Aku terima segala tuduhan & kata nista mereka ni ... Aku rasa perangai mereka ni lagi teruk dari apa yang aku tulis kat blogpost. Bagi aku, kalau mereka ni purely "anak jantan" yang kononnya gentlemen, aku cabar mereka ni berdepan ngan aku & cakap apa yang mereka tulis tu kat depan aku sendiri. Camner? Ada Bran?? Kalau setakat tulis cenggitu, tanpa bagitau nama sebenar seolah-olah mereka ni memang dasar pengecut & malu mengakui kenyataannya ... Ataupun, mereka ni berpendidikan rendah sehingga tidak kenal apa erti condemned dan apa itu teguran terbuka. Aku bukan nak berlagak pandai, tapi, cuba try test refer kat "Kamus Dewan " yang tebal tu dan cari makna perkataan tersebut. Jangan main sedap mulut, ikut saja orang cakap tanpa tahu makna sebenar perkataan itu.

Aku rasa benda ni tak perlulah melibatkan emosi mana-mana pihak. Biasanya kalau seseorang tu terrrrlebih emosional adalah kerana mereka-mereka ini :

1. TERASA kerana mereka pernah berdepan dengan situsi sebegini , ataupun ...
2. mereka TERLIBAT secara langsung dalam situasi sebegini , ataupun
3. mereka saja je menjadikan post di blog aku ni sebagai platform untuk mereka
ni melampiaskan amarah mereka terhadap seseorang atau sesuatu perkara


Bagi aku, post aku tidak sedetik pun menghina, meng'condemned' sesiapa ... hanya luahan isihati aku terhadap situasi kerja sekarang ini. Sikit pun aku tak melibatkan jabatan aku ... Tapi yang aku heran, mereka-mereka yang 'makan cili' ni sendiri yang terasa kepedasannya. Aku juga tak sebut nama individu terlibat ... Ada aku mentioned nama yang makbapak korang bagi kat sini? Hmmm ... LU FIKIR LA SENDIRI ...

Aku tau post aku panassszz .. bagi sesetengah orang la. Bak kata yang mengomen, " nasib baik dia bukan orang atasan aku" ... Alhamdulillah ... aku pun tak hingin ko jadi orang atasan aku! Buat pening kepala aku jer! Nak keja pun tak senang ... Lagi satu komen lak ... katanya " nasib baik aku tak kerja satu tempat ngan dia" ... well ... Aku pun tak hingin nak kerja dengan orang pengecut macam beliau! Terima kasih la atas komen-komen sebegitu ... tapi dah 13 tahun aku masih setia kat tempat kerja aku ... tak de la berpindah randah dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain. Kalau dah selalu berpindah tu .. sama ada minta tukar ataupun ditukarkan ... nampak sangat la ......

Well, as for the conclusion ... WORK SMART , not WORK HARD!
Don't Simply judge somebody if you are not really a JUDGE!
Look into yourself before you criticize others ... ARE YOU GOOD ENOUGH ? Well, as for me, I'm not boast to myself .... I will take critics at the positive side . Thank You for the compliments ...

Hmmm ... better stop for now before it burst a balloon ... Lagipun aku letih kerana baru balik berkursus. But, I am still wondering ... Will These matters stop? Time will tell ....

Take Care & Cherio!

Tuesday, April 06, 2010

ADUAN ....OOOO... ADUAN !

Aku naik heran trend rakan-rakan sepejabat ngan aku sekarang ni ... Hal-hal remeh temeh dijadikan isu seolah-olah nak " menutup periuk nasi " orang walaupun si mangsa sebesar zarah pun tak kesah apa yang si pelapor nak buat. Apa motif di sebalik semua ni? Apa yang si pelapor tu sebenarnya nak sampaikan di sini? Adakah beliau menganggap dirinya sudah perfect? Well ... come on, nobody's perfect in this world!

Aku rasa lebih baik tempat keja aku sekarang mewujudkan e-aduan untuk golongan-golongan yang mengganggap diri mereka tu perfectionist untuk menyalurkan ketidak puasan hati mereka. Bagi aku, hal-hal yang boleh dibawa berbincang, tak usahla diperbesarkan ... terutamanya seperti menghantar surat layang kepada bos, atau ke SPRM ... semua ni akan membuatkan suasana yang tidak harmoni dalam persekitaran tempat kerja kita. Aku rindukan saat-saat semasa mantan menjadikan peneraju organisasi ini .... suasana memang tenang untuk bekerja serta tiada pressure , dan tiada sikap kronisasi seperti sekarang. Walaupun mantan tegas, pekerja-pekerja amat menghormati antara satu sama lain ... tiada sikap dengki mendengki dan iri hati. Kalau dulu, hanya seorang mandur diperlukan untuk menyusunatur segala kerja-kerja berkaitan di dalam zoo,tapi sekarang ... walaupun ada 1 Pegawai atasan, 1 Penolongnya, 1 penyelia kanan serta 2 penyelia .... masih belum dapat mentadbir serta mengawalselia dengan sempurna , tanpa perasaan PHD ( Perasaan hasad dengki ). Pekerja menjadi berpuak-puak dan suasana tidak tenteram.

Untuk tahun ni sahaja, berpuluh aduan ke SPRM yang diterima .... dari pelapor yang sama, mengenai isu-isu dalaman yang sepatutnya tidak diketahui oleh orang luar.... dan jika ada yang tidak berpuashati, kenapa tidak diajukan persoalan tersebut kepada yang terlibat? Apa yang membuatkan perasaan tersebut timbul? Adakah kerana "orang dia" tidak terpilih dalam sesuatu hal atau projek? Hanya ALLAH sahaja yang tahu apa niat sebenar mereka yang terlibat.

Aku malas nak berleter panjang di dalam blog ini ... cuma nasihatku kepada yang terlibat:

1. " Tak usahla bermuka-muka jika tahu muka tu tak hansem mana "
2. Kita hanya manusia biasa, " NOBODY's PERFECT in this whole world! "
3. Kalau tak puashati, berdepan lah untuk mendapat kebenarannya ... lebih baik bawa ke musyawarah dari memfitnah orang tak tentu pasal ... Ingatla ... kalau kita aniaya orang, beribu kali orang akan menganiaya kita, mahupun keluarga kita .... jangan sampai terjadinya perkara-perkara yang tak diingini kepada kita mahupun keluarga kita , akibat dari dendam yang membara
4. Tanya kepada diri sendiri : Adakah perangai kita sudah cukup elok untuk diteladani oleh orang lain, terutamanya anak-anak kita?
5. Bawa-bawa la bertenang ... ingatla, jika kita mahukan seseorang itu lupus dari persekitaran kita, beribu kali mangsa yang teraniaya itu mahu anda lupus dari persekitarannya! Kalau nak semua "orang kita" yang buat kerja, kan lebih baik kita buka perniagaan sendiri, tak payah makan gaji ... boleh kita gunakan khidmat semua orang yang kita kenali ... atau ..... Adakah kerana komisennya lumayan? Hmm ... wallahua'lam!!

Till then, take care & cherio!

Wednesday, March 31, 2010

BiroKrasi or ... BerukKrasi??

Lately banyak sangat yang aku nampak karenah birokrasi ... itu kena attach, ini kena print, itu kena tulis & ini kena sign ...... Macamana nak amalkan langkah berjimat - cermat, terutamanya utk papers kalau dah semua yang diminta menggunakan paper. Memang itu arahan "orang atas" tapinya, apsal dulu tak banayk sangat semua benda alah tu?

Bila aku suarakan kepada kengkawan aku ( especially yang bukan kerja ngan gomen laaa....! ) reaksi diorang :
" itulah yang kena buat kalau kerja ngan GOMEN " kalau ikutkan hati yang marah & bengang, dah lama aku keja kat swasta. Ada yang dah offer aku keja ... tapi disebabkan aku sayangkan binatang liar , aku tabahkan hati untuk stay & ikut karenah mereka semua. Kalau aku keja kat swasta, hanya deal ngan anjing, kucing , which I tak favourable sangat!

Solution aku senang ja, kalau susah sangat, aku nak tolak untuk oncall ... apa2 deal waktu pejabat jer! Hai ... cepatla sikit replacement untuk VO kat sini ... kalau takpun, tambahkan AVO agar aku tak susah & punyai jadual ketat macam ni....Setiap malam aku tak putus2 doa agar suamiku dapat peluang balik ke Melaka ... dah tak sanggup rasanya! Kesian kat anak2 aku tu!

Takpun, aku kena tanya semua haiwan kat Zoo ni .... pastu aku buat satu jadual. Antara kandungan jadual tu :

1. Bila mereka nak jatuh sakit
2. Bila mereka nak bergaduh sesama sendiri
3. Bila mereka nak terlepas dari sangkar masing-masing
4. Bila mereka nak mati

Kan senang kalau berjadual .... macam mereka-mereka yang bekerja kat opis .... Masa nak claim, photostat jer buat attachment!

Aku sebenarnya dah penat .... tu nasib baik perutku tak nampak keboyotan lagi walaupun dah masuk minggu ke-16! Aku saja jer buat-buat aktif, tak fikir rasa penat ... tapi hakikatnya .... Malah , rasanya tak semua warga-warga Zoo tau berita ni. Official announcement aku malas nak buat .... kalau buat announcement awal-awal, nanti ada lak mulut-mulut becok yang asyik ngomel ... Mudah-mudahan dimurahkan rezeki selepas ni! Amiiinnn ....

Akhir kata, aku malas nak ngomel bebanyak. Trend kat Zoo sekarang : kalau ada yang tak puashati atau PHD ( Perasaan Hasad Dengki ), Laporkan saja kat SPRM atau E-Aduan , tauapun paling kokak ... buat surat layang ke KP ke...CM ke...atau ke Pengarah. INSAF LA kepada mereka-mereka yang buat semua ni ... jangan anggap semua kerja yang kamu buat tu semuanya betul belaka . We are only human ... tak boleh lari dari buat mistakes .... You only have to give & take with them! Buat apa nak sekat rezeki orang ...kalau dah ternyata mereka di jalan yang benar ... Nilaikan diri sendiri dulu sebelum nilaikan diri orang lain. Awak pun tak selalunya betul! Cuba bayangkan kalau rezeki awak pulak disekat ?? INSAF LA ....

Till then, take care & cherio!

Wednesday, March 17, 2010

SAMPAH ~ 2nd edition



Menjijikkan kan? Macam ni la pemandangan kat Dapur Zoo. Sakit di mata, sakit lagi di hati ... walhal, lori sampah di parkingnya kat kawasan kuarantin yang jaraknya hanya 20 meter dari kawasan sampah tu. Aku taktau nak kata apa lagi kat tokei kontrak sampah tu. Dia hanya balas teguran dengan muka "bodo" dan dengan ayat-ayat yang menyakitkan hati. Alasan dia org dia tak cukup .... orang tak datang laaa ..... Sakit hati tak? Dah la parking kat kuarantin tu dengan lori penuh sampah! Siap meleleh air tahi binatang & baunya yang amat meloyakan! Macamana la aku nak kurangkan lalat kat tempat penyediaan makanan atau dapur tu??

Aku rasakan dah berbakul -bakul memo dan teguran yang diberikan oleh incharge Zoo ... haram tak faham maksud kitorang kut! Ke, dah tepu sangat otak untuk memikir? Kalau hari tu sebelum dapat tender sanggup buat apa saja ... ni bila dah dapat, macam s*** jer! Dia ingat kerja kontrak sampah kat Zoo ni macam keja kat sekolah-sekolah ke? Kat sekolah, cikgu boleh ajar anak murid jaga kebersihan, that's why sampah kurang. Ni kalau kat Zoo ... siapa yang sanggup ajar? Tak sama bang ooiii!!


Kat klinik Zoo contohnya ... dah 5 hari ( dari hari Sabtu lepas ) sampah dalam bakul tak clear. Tu kerjanya hanya kosongkan bakul sampah jer ... lum lagi soh ngemop lantai! Rimas aku la ni ... rasa macam duk kat Tapak Pelupusan Sampah kat Krubong pulak!

Dalam hal len pulak ... asyik2 guna khidmat "orang dia" .. dari sebesar-besar kerosakan sampai ke benda kecik-kecik. Tak ikut procedur tak pe yang penting 'orang dia' boleh masuk! Camne? Aku pun heran ... Kalau aku buat aduan , nanti aku di chop! Bahaya ni! Aku takmo terlibat ....

Okay la ... takmo komplen bebanyak!

" ADA AQAL PAKAI, ADA MATA PANDANG, ADA TELINGA DENGAR & ADA MULUT, JAWAB .... JANGAN BIAR ORANG PIJAK KEPALA KITA "

" BERTINDAK MENGGUNAKAN AQAL, BUKAN MENGGUNAKAN NAFSU "

" NILAI DIRI SENDIRI DULU SEBELUM MENILAI ORANG LAIN "


Till then, take care & cherio!

Wednesday, February 24, 2010

SAMPAH


Semenjak dua menjak ni aku lihat Zoo Melaka dah hampir nak jadi TAPAK PELUPUSAN SAMPAH kat KRUBONG ... tengok je la sampah kat gambar ni. Tu baru ranting-ranting dan daun kering dalam gambar ... lum lagi sampah-sarap & tahi binatang! Kat Klinik tempat aku kerja sampah hari-hari kena remind akak cleaner soh datang clear. Kalau idak, 4 hari sekali dia baru clear. Bukan tak de kontraktor pembersihan kawasan Zoo ... dah tukar orang baru ... tapi baru tak baru pun dah almost sebulan dah. BEBAL SANGAT kah dia ?? Sepatutnya dah tau kerja yang perlu di buat! Ni tak ... jam 8.30 baru nak start kerja angkut sampah & tahi .. dah tu jam 9 pagi ( waktu pelawat dah masuk, baru nak melintas kat pintu utama ) . Bayangkan pelawat kena bau bau-an yang kurang enak dari sampah dalam lori. Kalau BOSS lama dulu, dah lama mangkuk melayang kat muka! Macamana nak settle before jam 10 pagi kalau masuk kerja jam 8 pagi & balik jam 5 .30 petang. Dah tu , lori yang penuh sampah tu parking kat kuarantin haiwan bawah jagaan aku tu .... Kesian haiwan aku tu terpaksa hidu bau sampah setiap malam!

Lagi satu kes, bukan nak bandingkan dengan kontraktor yang lepas laa... tapi nya aku rasa yang dulu lagi baik dari yang baru ni. Boleh dikatakan hari2 Penyelia kebersihan kawasan Zoo kena duk ikut bontot diorang untuk push buat kerja. Takkan nak belajar benda yang sikit sampai setahun?! Hari tu, ada ka patut dia parking lori sampah tu ( tanpa dibasuh dulu ) kat betul2 depan rumah kitorang kat kuarters? Bayangkan bau udara nyaman waktu malam kat rumah dah jadi macam duduk kat sebelah tapak pelupusan sampah sarap! Dah la lori penuh sampah ... Aku heran sebab diorang ni tak reti nak fikir langsung atau betul2 BEBAL ... takkan la tak nampak kitorang yang duk kat kuarters tu! Aku dah tak tahan sangat, aku pun tulis la "surat cinta" & lekat kat dashboard lori yang tak berkunci tu .. padan muka diorang!

Bukan aku nak masuk campur urusan pentadbiran tapi ... pemantauan nya mana? Aku pulak yang malu sebab Zoo ni bukan sahaja pelawat dari dalam negara ... malah ramai dari luar negara yang berkunjung ke sini . Apa tindakan kita? Kalau aku bising banyak2 nanti, aku yang disalahkan walaupun niat aku untuk menyedarkan mereka-mereka yang masih TAK SEDAR berlakunya keadaan seperti ini! Anak2 aku yang sekolah rendah pun tahu menjaga kebersihan ... malah diorang pun komplen apsal Zoo banyak sangat ranting, daun kering yang dikumpulkan. Boleh jadi sarang ular ...

Bukan nak buka pekung di dada ... tapi, SEDARKAH ANDA YANG TERLIBAT? Aku tahu ada ramai orang se-JABATAN aku yang baca blog ini & ada juga di kalangan golongan P & P yang baca jugak ... Aku menegur secara baik supaya sedar .. & bangkit sesama membangunkan Zoo tercinta! Kalau takder semangat kerja yang positif, baik pencen awal pun minta tukar ke tempat lain dari terpaksa menanggung malu yang melampau. Jangan pula lepas ni ada sindir-menyindir terhadap orang yang mengkritik ke arah kebaikan ataupun terus melenting tanpa mengkaji kebenaran yang terserlah! BE UNITED kalau nak kerja di Zoo demi menjaga nama baik Zoo & Wildlife. Bukan berpuak-puak atau berkroni macam yang ada sekarang ..... ! Aku SAYANGKAN tempat kerja aku ni. KAlau tak sayang, dah lama aku terima tawaran JPV untuk kerja kat sana ... tak la aku bertahan selama 13 tahun ni!

Apa-apa ... fikir-fikirkan la...jangan salahkan atau tahu tunding jari kat orang lain sedangkan diri sendiri pun tak betul!

Take Care & Cherio!

Saturday, February 20, 2010

Sawang ...

Hmmm ... dah bersawang rupanya blog aku ni! Bukan malas, tapi tak berkesempatan!

Perjalanan hidup aku seharian adalah penuh, start dari pagi ( hantar anak2 + anak2 neighbours ke sekolah ) ... pastu buat keja macam biasa. Kalau ada kes, aku kena utamakan kes yang emergency dulu. Then , tengahari lak kena pi amik bebudak dari sekolah if the neighbours tak dapat nak gi amik. Balik petang, time nak rehat untuk seketika . .... pastu nak kena layan si Amira lak. Budak ni kalau ada mama nya, jangan harap la bibik nak enterframe! Malam, kena nengokkan si Amir & Adib nye kerja sekolah yang buat kat rumah ( homework la tu! ). Bab ni, aku senang ja ... aku katakan kat bebudak tu ... " mama boleh tolong sekadar mampu , bukan mama yang gi sekolah ... so... mana mama tau cikgu suruh buat yang mana kat rumah. Kalau korang tipu, korang dosa ... kalau korang kena pukul ngan cikgu sebab tak buat homework, balik rumah, mama akan pukul 2 kali ganda! "

Setiap malam aku akan pastikan anak2 aku tido tak lebih dari jam 11 malam ... walaupun hari cuti ( exception jika malam minggu if semua homework dah settled! ) Then, the next day the routine continues ...

Kat opis lak, aku amik sikap berkecuali ... bukan apa, malas nak cari gaduh. Kalau aku sound direct tapi yang dengar hanya macam curah air kat daun keladi, menghabihkan air liur aku ja! Cuma satu yang aku tak leh tahan ... kontrak sampah yang baru dalam zoo ni yang tak reti2 nak buat kerja ngan betul walaupun almost 1 bulan dah keja. Macamana kerja nak settle kalau driver lori sampah masuk keja jam 8 pagi & start kerja semua jam 8.30 pagi. Before dapat tender, semua boleh buat ... bila dah dapat, semua nak kena bagitau. Bengap sangat ka sampai kena ajar berkali-kali. Kawasan Zoo dah macam tyempat longgoka sampah kat Krubong kalau pepagi masuk. Aku boleh la nak puji kontraktor yang dulu sekarang sebab diorang betul2 nak kerja ... jam 6.45 pagi dah masuk kerja & lori sampah kutip sampah dalam Zoo jam 7.00 pagi. Tu depa guna sebuah lori ja.... by 9 am, dah habih collect sampah yang berterabur! Banding ngan sekarang? Pekerja dia jadi sampah lagi ada laa .... semua nak kena bagitau! Dah la tu, penyudahnya ... kitorang kena buat kerja diorang! Minggu lepas, 3 hari sampah depan rumah aku tak berangkat. Kena bagitau berkali-kali sedangkan port / stor diorang lebihkurang 10 tapak je dari tong tu. Kat Klinik pun sama ... 4 hari sekali baru nak amik sampah kat bakul. Bayangkan baunya kalau 4 hari tak angkat ... dengan diapers, kertaas bekas kencing etc ... Aku kesian jugak kat makcik cleaner .. dan aku tak salahkan dia jugak sebab dia sorang je kena settle 4 building. Sampai demam makcik tu! Kata kena sediakan 13 pekerja ... yang dapat aku kira ... 10 orang pun tak sampai! Aku juga nak blame sesiapa yang incharge untuk pantau ( dari Zoo nye side! ) ... yang aku hanya nampak sekali sekala je turun padang & hanya biarkan orang bawah dia yang buat kerja2 pemantauan dia! Seolah-olah nak lepaskan tugas2 kepada orang bawah ... hish!!

Okayla ... hanya jauhari mengenal manikam ... LU FIKIR LA SENDIRI!

Till then, take care & cherio!

Tuesday, January 19, 2010

Rotavirus Infection ... Hospital Pantai Ayer Keroh


Balik petang 12/1/2010 lalu, Amira tak semena-mena muntah tanpa henti ... dalam 30 minit, ada la 10-12 kali muntah. Bagi minum air, dia muntah semula banyak mana air yang diminum. Aku rushed kan dia ke Pakar Kanak-Kanak Bright Child di Malim. Dia tak ada symptom demam panas pada malam tu. The Paeds hanya bagi oral dehydration salt & suruh observe. Katanya itu petanda awal untuk Rotavirus infection yang common in toddlers between age 1-3 years. Dah ada outbreak pun virus tu sekarang. Amira refused nak minum mahupun makan pada malam tu.Demam pun dah mula menyerang pada suhu yang sederhana panas ( belum capai 38.5 Celsius. )
13/1/2010 - Balik tengahari tu, aku lihat Amira baring jer .... minum pun taknak. Habis kerja je, aku rushed lagi sekali ke Bright Child Specialist. Kali bi , Paeds bagitau yang Amira teramat dehydrated & need to be warded. Aku called up insurans agent aku tanyakan sama ada cover atau tak untuk penyakit tu ... dia kata insurans Mira cover untuk tu tapi kena pi Hospital Swasta. So, aku decided nak admit dia kat Hospital Pantai Ayer Keroh. Lagi pun, Paeds tu adalah visiting Doctor kat situ ... so, senang citer, dia boleh follow up case tu. Amira warded at 8.30 pm di ward 810 ( Paed's ward ) dengan 2 orang sebilik. Stool & darah diambil untuk kajian.

14/1/2010 - Result came out, confirmed Rotavirus infection! So, doktor suruh dia masuk ke isolation ward di mana semua yang sama kes diletakkan setempat. Rotavirus ni adalah contagious .... So, Amira dipindahkan ke ward 802A. Hari yang sama , 2 orang budak dah discharged. Aku called abahnya yang kebetulan ada kerja luar kat Pontian & paksa dia balik. Ye la ... siapa nak uruskan bebudak kat rumah kalau aku kena jaga Mira kat hospital? Kelam kabut juga aku! Sampai bila nak harapkan neighbours untuk hantar keperluan2 di hospital? Nasib baik la Paeds yang check adalah Dr Liau Kok Keon ( dari Bright Child Specialist ) juga. At least, Amira dah kenal doktor ni!

15/1/2010 - Mira dah mula nak minum sikit2. Muntah2 pun dah stop sebab ubat muntah dimasukkan IV 3 kali sehari. Dia pun nak jenjalan sekitar ward. Kalau kita pun boring kalau tertambat je kat katil. Dia cuma berak cirit je 3 kali sehari dengan najis yang teramat busuk & cair. Nasib baik la layanan nurses kat situ ok. Kalau kat Hospital Melaka, sure la dengan masam muka diorang layan pesakit! Drip dah masuk botol ke 3 hari ni. Aku amat teliti kalau pasai infusion ni. Pantang ada bubble sikit ... aku akan panggil nurse betulkan, since aku dah biasa ngan benda-benda ni! Nak amik air panas pun aku tekan loceng panggil nurse amikkan.

16/1/2010 - Amira getting better walaupun merengek-rengek. Pagi ni, doktor round & kata Amira boleh discharge & buat observation kat rumah je. Follow-up treatment kalau diarhea dia berterusan untuk seminggu lagi di klinik dia. Discharged at 10.30 pm. Kalau ikutkan bil, kena bayar RM 1,576.00, but since insurans dia covered, aku hanya kena bayar RM 339.00 je untuk miscellinous charged di ward.Alhamdulillah ...

17-19/1/2010 - Amira getting better & better ... dah mula nak minum susu & makan pun dah banyak without muntah2. Akal dia pun dah bertambah, dah mula merajuk & sorok muka ... dah pandai main dengan teddy bear .. siap dodoikan teddy tu tido .... Harapnya semua akan kembali normal semula! Sakit pinggang aku pun dah bertambah baik, cuma rasa tak sedap perut & muntah2 .... tension aku! NAsib baik 2 hari ni Najib amik off day dia ... malam ni dia akan balik JB. Maybe this weekends tak balik sebab dah cuti minggu ni. Hmmm....

Ok la, take care & cherio!